|
....samun jer..
Suspek samun kereta mewah ditembak mati
KUALA LUMPUR 27 Mei – Seorang suspek yang memiliki tujuh rekod jenayah lampau dan pernah ditahan di Simpang Renggam, Johor, mati ketika berbalas tembakan dalam cubaan menculik dan menyamun seorang pengurus pengaturcara di Subang Bestari, Petaling Jaya, dekat sini awal pagi ini.
Suspek yang berusia 39 tahun dan berasal dari Damansara itu amat dikehendaki polis kerana terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes samun kereta mewah.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi, ketika mangsa berusia 31 tahun bersama seorang rakannya yang menaiki kereta jenis Nissan Skyline singgah di sebuah kedai serbaneka di Damansara Perdana.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, ketika seorang rakannya keluar dan mangsa berada di dalam kereta, dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba datang menghampiri mangsa.
“Dua lelaki tersebut dengan salah seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol telah menghampiri dan melarikan mangsa dengan keretanya menuju ke arah Subang Bestari.
“Suspek turut melepaskan tembakan ke arah rakan mangsa yang baru keluar dari kedai serbaneka itu dan melihat kejadian tersebut tetapi tersasar.
“Seorang lagi suspek yang berada di dalam sebuah kereta lain jenis Proton Wira turut mengekori kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
********************
skyline tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #81 mycos79\ catat
kete yg kejar kete yg kena kidnap tu kete ebo seploh pdrm... |
|
|
|
|
|
|
|
Dua mekanik ditahan curi komponen kereta
SUBANG JAYA 28 Mei - Akibat terlalu taksub dengan kehebatan kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo, dua mekanik sanggup mencuri komponen dan aksesori kenderaan itu bernilai kira-kira RM80,000 dari sebuah tapak pameran kenderaan terpakai di Bukit Kuchai, di sini Jumaat lalu.
Antara barangan yang dicuri termasuklah bonet, set kerusi kereta jenama Recaro dan penyejuk enjin.
Kedua-duanya berjaya dikesan dan ditahan dalam tempoh tidak sampai tiga jam selepas mangsa, pemilik perniagaan kenderaan terpakai membuat laporan di Balai Polis Puchong pada pukul 9 pagi.
Mangsa yang berusia 39 tahun menyedari kejadian tersebut ketika hendak memulakan perniagaan apabila mendapati tingkap kereta jualannya itu pecah selain komponen serta aksesorinya hilang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, hasil maklumat, polis memeriksa sebuah kereta jenis Proton Putra di hadapan sebuah hotel di Bandar Sunway.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa komponen dan aksesori berkenaan di dalam kereta tersebut. Polis kemudian menahan dua suspek setelah menunggu kira-kira setengah jam.
"Suspek seterusnya membawa polis ke rumah mereka di Taman Bukit Kuchai dan menemui pula bonet dan set kerusi belakang kereta jenama Recaro," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.
Ujar Zainal Rashid, suspek yang masing-masing berusia 19 dan 27 tahun serta tidak memiliki rekod jenayah lampau itu, mengaku telah mencuri komponen tersebut kerana ingin melakukan pengubahsuaian kereta Proton Putra milik mereka.
Sementara itu, polis turut menahan tiga penuntut kolej swasta termasuk satu pasangan kekasih kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt 45 berserta satu kelopak berisi lima peluru, semalam.
Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 21 tahun, termasuk seorang daripadanya lelaki warga China ditahan ketika berada di kawasan letak kereta di Sunway Pyramid, kira-kira pukul 11 malam.
"Mereka ditahan oleh tiga anggota polis bantuan yang menghampiri mereka untuk membuat pemeriksaan dan menemui pistol pada salah seorang suspek.
"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti tujuan dan bagaimana suspek memiliki pistol itu. Polis percaya dia telah memiliki pistol itu sejak tiga bulan lalu," jelas beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Sindiket curi kereta lumpuh
Oleh ROHANA MOHD. NAWI
[email protected]
PASIR MAS 28 Mei - Polis Kelantan berjaya melumpuhkan satu sindiket curi kereta yang berpengkalan di sini apabila menahan tujuh lelaki termasuk penarik kereta dalam beberapa serbuan di rumah dan setor di jajahan ini kelmarin.
Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 31 hingga 49 tahun serta bekerja sebagai mekanik, penarik kereta dan pembuat nombor kenderaan.
Kesemua mereka ditahan hasil maklumat awam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kesemua yang berasal dari jajahan ini dipercayai aktif menjalankan jenayah itu di negeri ini dan Selangor.
Menurut beliau, dalam kejayaan hasil Ops Lejang itu, polis turut berjaya merampas tiga kereta iaitu jenis Perodua Kenari, Proton Wira Aeroback dan Kia Spectra yang dilaporkan hilang di Selangor dan Pasir Mas.
Selain itu, katanya, pihaknya turut merampas sejumlah besar komponen pelbagai jenis kereta yang telah dileraikan hasil serbuan di sebuah setor.
"Polis turut menemui sejumlah nombor pendaftaran yang dipercayai digunakan ketika menjalankan kegiatan jenayah untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
"Kita sedang mengesan lima lagi ahli kumpulan sindiket terbabit dan salah seorang daripadanya sudah dikenal pasti iaitu Mohd. Zamri Ismail, 36, yang juga dikenali dengan panggilan Mat *****," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata, kesemua suspek terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Menurutnya, empat lagi suspek sedang diburu dan polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-7908222.
Mazlan memberitahu, polis juga tidak menolak kemungkinan kereta yang dicuri turut dijual ke negara jiran berikutan maklumat unit risikan daripada negara jiran.
Beliau berkata, selain itu juga, polis sedang memburu lima lagi suspek yang disyaki terlibat secara aktif mencuri kereta di seluruh Kelantan.
Katanya, mereka ialah, Sakri Ismail (Mat Yi Kudung), 43, berasal dari Kampung Laloh, Kuala Krai; Mohd. Al-Fattah, 25, dari lorong Kelochor, Kota Bharu; Mistapha Dollah, 49, Kampung Serdang Surau, Pak Badol, Kota Bharu.
Tambahnya, selain itu ialah Nik Rokman Abdullah, 40, Kampung Kiat, Bunut Susu, Pasir Mas dan Yusazlan Yusoff, 29, dari Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai atau mengetahui sebarang maklumat berhubung lima lelaki terbabit supaya memaklumkan segera kepada pihak polis. |
|
|
|
|
|
|
|
up sket...apa lagi teknik terbaru pencuri |
|
|
|
|
|
|
|
TEKNIK ACU PISTOL
‘Penarik kereta’ acu pistol larikan Satria GTi akauntan
PETALING JAYA: Dengan berlagak seperti kumpulan penarik kereta, tiga lelaki bersenjatakan pistol bertindak ala samseng sebelum melarikan Proton Satria GTi milik seorang akauntan, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi di Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia 29 tahun hanya terpaku ketakutan sebaik diacukan pistol sebelum melarikan diri ke pejabatnya.
Menurut sumber, dalam kejadian itu, mangsa baru meletakkan keretanya dan mahu pergi ke pejabat sebelum didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah Proton Perdana.
“Mangsa yang baru keluar dari keretanya itu didatangi kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa penarik kereta.
“Mereka mendakwa mangsa gagal melunaskan tunggakan ansuran beberapa bulan dan mahu menarik kereta milik mangsa,” katanya di sini, semalam.
Mangsa yang terpinga-pinga dengan penjelasan lelaki terbabit sebelum menyoal sama ada benar atau sebaliknya kerana dia sudah membayar kereta berkenaan sepenuhnya pada bank sejak dua tahun lalu.
Sumber itu berkata, kumpulan lelaki terbabit tidak mahu menerima penjelasan diberikan mangsa sebelum mereka bertengkar.
“Seorang suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol sebelum mengacukan ke arah mangsa menyebabkan mangsa melarikan diri ke pejabatnya.
“Selepas mangsa melarikan diri, seorang lelaki terbabit melarikan kereta mangsa manakala dua rakannya menaiki Proton Perdana berkenaan,” katanya.
Mangsa yang kerugian kira-kira RM80,000 membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|