|
Reply #20 pojikun85's post
mana |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #23 zasieka\ catat
Baru habis program OPKIM 2009 kat kampung padang serai... tapi kali ni jadik pengiring... tak jadik peserta...
tajaan kementerian pengajian tinggi...
program berlangsung selama 4 hari 3 hari...
ni antara tentatif programnyer:
1st day:
perasmian program
penyerahan anak angkat pada keluarga angkat
malam - bersama keluarga angkat
2nd day:
pagi - ceramah motivasi by pegawai psikologi dan lepas tu LDK (modul) untuk form 5
petang - eksplorace bersama belia kampung dan pastu buat persiapan untuk ceramah agama
malam- ceramah agama atau forum agama
3rd day:
pagi - gotong royong (bersih kubur dan cat surau)
petang - kelas masakan barat untuk para ibu (tetamu jemputan adalah pensyarah masakan daripada kolej komuniti)
petang - sukaneka (semua terlibat) - daripada kanak2 kepada ibu dan bapa... dan jugak belia... best sesangat
malam- kebudayaan (pertandingan burdah)- ramai yang datang sebab 3 kampung bertanding
4th day:
6 pagi - 8pagi - kembara kampung (pelajar IPT dengan penduduk kampung)
8.30 pagi - bersama kanak2 KEMAS
3.00 petang - penutup dan anak2 angkat balik ke kampus...
tu je aktiviti yang dibuat mesa OPKIM 2009...
oleh sebab KPT yang taja... maka... syok gak lah buat program ni sebab budget yang diberi dalam rm20k... tapi guna cuma rm15k sahaja...
apa pun... memang enjoy... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar UTM ikuti program bakti siswa di Bario
JOHOR BAHRU 27 Mei - Seramai 12 pelajar dan lapan kakitangan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengikuti program khidmat bakti siswa di Bario, Sarawak pada Jun ini.
Pengarah program, Mohd. Saifulrullah Mohd. Azami dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, aktiviti yang dikenali sebagai Lestari Bario itu ditaja oleh Malaysian Airlines System Berhad (MAS).
Jelasnya, pihak MAS telah menaja 20 keping tiket penerbangan ke destinasi tersebut.
"Program yang berbentuk akademik dan khidmat masyarakat itu bertujuan untuk membantu pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di Bario meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
"Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan antara ahli jawatankuasa (AJK) dan guru sekolah berkenaan, didapati mereka memerlukan bantuan bahan pembelajaran seperti buku rujukan," katanya.
Selain buku rujukan, menurut Mohd. Saifulrullah, mereka juga memerlukan pakaian seragam sekolah, kasut dan alat bantuan mengajar seperti cakera padat.
"Kesemua keperluan tersebut adalah untuk menanam minat dan meningkatkan kefahaman pelajar," katanya.
Tambah beliau, peserta program turut membantu penduduk di kawasan tersebut untuk menghasilkan baja Effective Microorganism (EM) bagi program penghutanan semula dan penanam padi.
Mengenai pemilihan Bario, Mohd. Saifulrullah berkata, ia diyakini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial membantu penduduk yang kurang bernasib baik termasuk yang berada di pedalaman.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd. Saifulrullah di talian 017-9058927 atau Pejabat Kolej Tun Dr. Ismail di talian 07-5531951. |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 neh adoo baksis kat area umah iols..
budak MMU Cyberjaya kot yang datang kalo tak silap...
bapak iols selaku orang besar kawasan kene turun padang..
so ade banyak gegambo... nanti ai upload kalo dah dapat gamba2 tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...manja pernah join dah pernah jadi timb pengarah. berat tugas nak organize ni... dari paperwork sampai penutup... tak tido malam la juga... dulu manja buat kat pendang, kedah di satu rancangan felda. alhamdulillah masyarakat di situ ok... siap ada band lagi. kenangan terindah, manja jadi wakil anak angkat buat persembahan nyanyian solo diiringi band kampung. insya allah, kalau balik kampung nanti manja scan gamba xtvtnya banyak2.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|