View: 4490|Reply: 11
|
boleh ke kalau aku lari aje?
[Copy link]
|
|
salam semua
aku ni kerja dgn satu syarikat swasta yg tgh mengalami krisis kewangan dan masalah2 lain yg dah bertahun2 tak selesai
so gaji biln 12, aku dapat 9hb lepas, gaji bulan 1 belum dapat lagi
aku ada tanya boss, bila nak dapat gaji, dia kata tak tau lagi
aku tanya dia sampai bila agak2nya jadi cam ni
dia kata tak tau lagi
so aku tengok staff sorang2 hantar surat resign
dan hari tu, boss panggil semua staff meeting terangkan kedudukan company - tapi penjelasan dia tu tak leh diterima pakai
dan in a way dia cam gi tau semua staff, kalau ada yg dah tak yakin dgn kepmpinan dia, dia takkan blame staff kalau nak berhenti
dan dia kata dia tgh usahakan sesuatu yg mana dia tak boleh nak ceritakan - rahsia company
dan aku pulak tertekan dgn samada nak terus loyal bersama company atau mengikut kata hati poket aku yg kering ni
dan bos aku tu orangnya baik baik, semua staff suka kat dia
cuma aku tak suka famili dia yg suka mengarah2 aku cam aku pulak keja dgn dia orang
so bila dah ditambah masalah cam ni, aku pun rasa cam dah tawar hati aje nak terus keja kat sini
tapi masalahnya, kalau aku nak berhenti kena hantar notis 2 bulan
maknanya, kalau aku hantar surat berhenti hari ni, 18/4 baru aku punya last day
kalau dapat gaji. kalau tak dapat jugak? tak ke naya aku dah keja free aje utk dua bulan ni + bulan lepas punya = 3 bulan gaji
kalau aku tak berhenti pun, aku tak tau pula bila company ni nak ada duit balik sebab aku memang tau company ni dah zero balance dah akaunnya kat bank
so, aku terfikir, kalau aku tak dapat jugak gaji bulan 1 dan 2 hujung bulan ni, aku nak hantar surat berhenti aje, beri notis 24jam dan aku takkan bayar balik 2 bln gaji sebagai gaji notis tu, sebab kalau dikirakan company yg hutang aku gaji 2 bulan.
aku bukan tak kesian kat bos aku, tapi bak kata hubby aku, patutnya tak yah gi keja dah sebab bln 1 tak ada gaji...bln 2 pun belum tentu lagi dan hubby aku suruh aku buat surat berhenti hujung bln ni backdated 2 bulan lepas...soal gaji tertunggak tu, kalau dia orang nak bayar, bayarlah, kalau tak, jgn harap lagi.
ada sesiapa tak yg pernah kena cam ni?
boleh ke aku ngadu kat jabatan buruh? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gaji pun susah nak dapat, potongan epf sure tak dimasukkan ...cuba cek potongan epf tu ada tak majikan buat. Kalau tak jugak lebih baik you buat report kat jabatan buruh dan juga pihak EPF sebelum company tu declare bangkrup. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cheekybabe at 18-2-2009 02:07 PM
kalau gaji pun susah nak dapat, potongan epf sure tak dimasukkan ...cuba cek potongan epf tu ada tak majikan buat. Kalau tak jugak lebih baik you buat report kat jabatan buruh dan juga pihak EPF ...
epf pun dah 2-3 bulan jugak tak bayar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sejuknya at 18-2-2009 02:26 PM
epf pun dah 2-3 bulan jugak tak bayar
apa lagi ambek la tindakan pegi pejabat buruh...sesuka hati jer company tuh ...tau la ekonomi tak beraper ok tp kene la consider...dah la u penat keje..gaji pun lambat bayar gak...
tp yang penting sambil2 tu cari la keje lain..buang karan jer keje kat tmpt company yang tak reti nak hargai penat lelah org...:victory:
[ Last edited by diananisa at 18-2-2009 07:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah alami apa yg ko alami ni. sebijik!! masuk 3 bulan tak dapat gaji, aku cabut bila dapat offer keja lain. tak tahan bep nak tunggu lama. ex-boss aku pun sama, try to memberi "janji manis" la kata everything's gonna be all right. hampeh!!! jangan kata gaji tak bayo, claim aku tak bayo, epf pun tak bayo. sampai skrg ni pun gaji aku tak bebayo lagi. peristiwa ni dah berlaku lebih 2 thn. sampai skrg tak bayo gaji aku bep! aku memula memang ingat nak report kat buruh, tp bila pikir2, malas dah nak amik port. memang rasa geram. tp nak buek camno, aku maleh nak turun naik pejabat buruh tu.
aku rasa tak yah ler ko nak anto2 surat benti. make sure kalu ko leh dapatkan gaji ko yg tertunggak tu, pastu ko blah je. kalu ko nak report kat pejabat buruh pun leh gak. ko call la pejabat buruh tannya apa yg perlu ko lakukan. sonang je. |
|
|
|
|
|
|
|
adat resam dunia mcm ni la.
bila company tgh kencang semua org suka.semua org nak masuk.semua orang puji bos.
bila company ada masalah sikit semua nak lari.
fikir2kanlah dlm kegawatan ekonomi mcm skang ni at least company tu masih blh survive walaupun tinggal nyawa2 ikan berbanding dgn company2 lain yg terus tutup.
this time sepatutnya semua staff bersatu padu mencari idea mcm mn nak selamatkan company dan bukannya lari tinggalkan company terkapai2.
umpama mcm kapal yg sedang nak karam.bolehkah nakhoda kapal mengemudi kapal sorang2 tanpa adanya anak2 kapal?
think about it. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by otai_g at 18-2-2009 10:23 PM
adat resam dunia mcm ni la.
bila company tgh kencang semua org suka.semua org nak masuk.semua orang puji bos.
bila company ada masalah sikit semua nak lari.
fikir2kanlah dlm kegawatan ekonomi ...
hmm ayat hang ne mmg ada betoinyer..tapi klu diri sendiri pun terkapai2 nk guna duit utk guna mcm2 camner tu??? klu ko jd mcm dier , company xbayo gaji...anak2 nk makan aper? klu jd laki lagi la nk kene tanggung mcm2...blom byr bil2 lain lagi...hutang xmungkin xder...
apapun hidup ni mcm2 dugaan, nak ke xnk ker kene la hadapi...:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
nak report kat undang2 buruh gaji ko kene kurang daripada RM1500.. maknanya.. kalau gaji ko melebihi RM1500, ko boleh buat report kat industrial relation department... kalau ko kat KL.. ko pegi kat menara perkeso tkt 8 ke.. (tak ingat)..
kalau co. tak bayar gaji.. maknanya dia dah breach of contract dan dengan sendirinya perjanjian kerja adalah terbatal... so.. ko boleh belah bila2 masa... |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni nak cari keja lain pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 sejuknya\ catat
oh, walaupon tak di bayar gaji, kao maseh punyai internet utk bersuka ria kat forum cari..
kakaka..
blah je kak. kalau aku konpem masuk keje pkl 10 ke 11 ke. tak pon kalau malas tak masuk langsung la. kompeni gerenti tak brani amik tindakan sbb diorg pon takut kao pon amik tindakan. nasehat aku la kak, carik je keje lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 sejuknya\ catat
Cadangan saya ... kita harus bezakan kompeni yang saje2 tak bayar gaji dan tak mampu bayar gaji ...
Kalo tak mammpu bayar gaji .. resign baik2 (bgtau bos dan backdate surat tu) cari kerje lainn .. kiranya kommpeni tu utang kita gaji tertunggak tu .. biler2 nnt claim ..
Tak berbaloi nak gado-gado time ekonomi gawat nni ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|