|
Peugeot 308 Turbo
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
PEUGEOT 308 Turbo boleh anda miliki dengan tanda harga RM113,888 s
eunit bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan menjangkau 100,000 kilometer.
HARUS diakui bahawa sejak anak syarikat konglomerat bumiputera, Kumpulan Naza mengambil alih jenama pengeluar kereta dari Perancis itu, imej hidup segan mati tak mahu yang selama ini menghantui nampaknya berjaya dibuang sedikit demi sedikit.
Mula dilantik selaku pengedar rasmi Peugeot di Malaysia pada Januari 2008, Nasim Sdn. Bhd. boleh disifatkan berupaya meningkatkan semula populariti Peugeot menerusi pelbagai model terkini keluarannya.
Prestasi Nasim sememangnya boleh dibanggakan. Buktinya, pada tahun lalu jualan syarikat itu merangkumi 86 peratus jualan Peugeot di rantau ASEAN.
Kesungguhan itu dikukuhkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Operasi Antarabangsa Automobiles Peugeot, Nicholas Wertans untuk satu sidang taklimat dan pengenalan identiti logo terbarunya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wertans mengakui bahawa pasaran Malaysia adalah penting buat Peugeot. Justeru, pelbagai strategi telah dirangka untuk kembali bersaing di rantau Asia Pasifik.
Misalnya menjadikan kilang Naza di Gurun, Kedah sebagai hab pengilangan model right hand drive di ASEAN, selain mengeksport kenderaan Peugeot ke Thailand dan Indonesia.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin memberitahu Nasim akan memperkenalkan empat model Peugeot yang baru iaitu 308CC, 508, RCZ dan T33. Model sedan T33 dijangka mula dipasang pada bulan Oktober depan.
Biarpun pasaran Peugeot masih dianggap niche, penerimaan daripada pengguna tempatan tetap memberangsangkan. Model kompak 308 Turbo yang sempat saya pandu uji pada hujung minggu lalu tidak terkecuali.
Sekali pandang, penampilan luar 308 Turbo memang tipikal sebuah kompak buatan Peugeot, kemas dan menarik. Bahagian hadapannya dimonopoli oleh sepasang lampu utama yang besar, selain logo berwarna krom yang menyerlah, gril radiator lebar dan sepasang lampu kabus berbentuk empat segi.
Didominasi warna hitam, material yang digunakan pada segenap bahagian dalaman jentera itu pula nampak cukup berkualiti dan mampu bertahan dengan cuaca tropika tanpa sebarang masalah.
Di bahagian atas konsol tengahnya, terletak paparan digital berlatarkan iluminasi berwarna oren yang memaparkan pelbagai maklumat seperti masa, suhu luar kenderaan dan saluran radio.
PENAMPILAN 308 Turbo memang tipikal sebuah kompak buatan
Peugeot yang kemas dan menarik.
Pada takat harga sebegini butang kawalan audio sepatutnya ada di stereng, memandangkan sudah banyak model yang lebih murah di pasaran memiliki ciri tersebut. Bagaimanapun, saya menghargai paparan papan pemukanya yang kemas, selain butang audio dan pendingin hawa yang mudah dioperasikan.
Empat meter analog berlatar belakangkan warna putih yang mengelilingi paparan digital tentang kadar penggunaan petrol juga membuatkan penampilan dalaman 308 Turbo itu menjadi lebih segar.
Seperti tidak jauh bezanya dengan unit audio pada model Renault, enam unit pembesar suara itu akan 'membisu' beberapa saat sewaktu anda beralih antara saluran radio. Kualiti bunyi yang dihasilkannya juga tidak mengecewakan.
Ditambah dengan tahap NVH yang boleh dikatakan masih bagus walaupun ketika kereta ini meluncur pada kelajuan melebihi 150 kilometer sejam.
Anda pasti tersenyum dengan prestasi yang ditawarkan oleh unit enjin Turbo High Pressure (THP), empat silinder sebaris, DOHC 16 injap dengan sistem VVT (Variable Valve Timing). Kenapa? Sebaik sahaja kaki menekan pedal minyak, kuasa yang dihantar ke roda hadapan dapat dirasa dengan ketara tanpa dipaksa.
Kemampuannya terbukti ketika menyelusuri laluan bengkang bengkok dan berbukit yang terhampar di sepanjang lebuh raya Karak menuju ke Kuantan, Pahang.
Bagi saya, enjin yang dibangunkan bersama antara PSA Peugeot Citroen dan BMW yang juga boleh didapati pada model MINI Cooper S itu cukup responsif. Sekali gus membuatkan pemanduan kurang tiga jam itu begitu menyeronokkan.
Biarpun hanya dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan, pengagihan nisbah gear dalam lengkok kuasanya cukup baik. Gearnya pantas diturunkan sekiranya lebih kuasa diperlukan untuk mendaki atau memotong kenderaan yang ada di hadapan.
Memang sistem Triptonic Porsche itu menawarkan penukaran gear secara auto, manual atau mode sport. Tetapi meletakkannya pada mode D sahaja sudah memuaskan. Lagipun, hanya empat gear yang ada, jadi ia tidaklah terlalu mengujakan.
Sebagai sebuah kenderaan yang berorientasikan prestasi, pengendalian yang ditawarkan oleh 308 Turbo boleh dikatakan bagus. Sterengnya terasa jitu hinggakan olengan tubuh ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi jarang sekali berlaku.
Penerima pengiktirafan lima bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP itu juga sarat dengan sistem keselamatan. Enam beg udara, sistem brek ABS, EBD, EBA dan ESP, selain kawalan kestabilan dinamik (DSC) serta kawalan kuasa tarikan (ASR) pasti membuatkan setiap pemandu berasa lebih yakin untuk meneroka kemampuan sebenar 308 Turbo.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang saya kurang gemar dengan 308 Turbo. Mungkin kedengaran remeh, tetapi ia sedikit sebanyak mempengaruhi aspek keselamatan para penumpangnya.
PAPARAN digital iluminasi oren memaparkan maklumat seperti masa,
suhu luar kenderaan dan saluran radio.
Memandangkan pintu tidak dikunci secara automatik sebaik anda menekan brek untuk menghidupkan enjin atau setelah mencecah kelajuan tertentu, jadi terpaksalah anda melakukannya secara manual.
Satu lagi, bagi mereka yang berketinggian sederhana, adalah mustahil untuk anda melihat waima hujung hud hadapan terutama ketika memarkir. Maka, kepakaran untuk mengelakkan kereta daripada tercalar atau tidak melanggar sebarang halangan sememangnya amat kritikal.
Peugeot 308 Turbo boleh anda miliki pada tanda harga RM113,888 seunit bersama jaminan tiga tahun dan perbatuan menjangkau 100,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). Lebih menarik, unit-unit baru 308 Turbo hadir bersama bumbung panoramik yang cukup elegan.
Lima warna boleh dipilih iaitu hitam, perak, merah, putih dan emas untuk disesuaikan dengan ciitarasa serta karektor anda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua,
saya orang baru disini...dan ni jugalah first forum saya yang saya taip menggunakan bahasa melayu. Sebelum ni saya aktif di Autoworld Forum section Peugeot. Nickname saya di Autoworld Forum ialah ikus tapi bila saya nak register nick ikus kat sini dah tak boleh sebab ada orang lain guna nick tu.
Peugeot 308 ada 3 jenis;
308 GT - RM160K++-170K++
308 THP- 120K++ "if i'm not mistaken"
308 VTi- 96K++
308 GT pakai 2 pintu....6speed Aisin gearbox..175hp "sama macam mini cooper"
308 THP "turbo high pressure" 4 doors , AL4 gearbox 4 speed auto/manual
308 VTi "non-turbo" 4 doors....AL4 gearbox 4 speed auto/manual....kereta 308 VTi ni khas untuk pandu secara relax dan bukan laju... |
|
|
|
|
|
|
|
yang ada panoramic roof/moonroof tu untuk GT dan THP model jer.
Nasim bawak masuk model GT kat Malaysia ni dalam 6 biji je...ada lagi 3 biji model tak dijual lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh dalam dilemma ni.....NHC dah book last few months....tetiba tengok Pug 308VTi ni berkenan la pulak...
harga pun lebih kurang sama ja....yg mana satu ni....huh feninn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh dalam dilemma ni.....NHC dah book last few months....tetiba tengok Pug 308VTi ni berkenan la pulak...
harga pun lebih kurang sama ja....yg mana satu ni....huh feninn....
Diamondy Post at 27-2-2010 19:56
bro. angkat Pug 308 THP laa...VTi mane best bawa laju2 nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Peugeot 308 Turbo
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0227/Kosmo/Pemotoran/pe_01.1.jpg
PEUGEOT 308 Turbo boleh anda miliki dengan tanda harga RM113,888 s
eunit ...
amazed Post at 27-2-2010 07:25
memang la butang audio takde kat stereng sebab butang audio ada kat stalk belakang stereng |
|
|
|
|
|
|
|
bro. angkat Pug 308 THP laa...VTi mane best bawa laju2 nih.
ikuz Post at 27-2-2010 20:11
Gua pompuan...tak biasa rempit kat jalan....so VTi is good enuf for me....hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Gua pompuan...tak biasa rempit kat jalan....so VTi is good enuf for me....hehe...
Diamondy Post at 27-2-2010 20:51
oh yeke? hikhik...ok la VTi pun dah cukup kalu tinggal di bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
ku ingin bertanya
salam...
sesiapa kan sini ade pakai pegout 308 blh bg info tak dan nak tau secara keseluruhan keta itu |
|
|
|
|
|
|
|
taip kat GOOGLE.....
"PEUGEOT 308"...................
TQ..!!
lps tuh leh la borak2 sini |
|
|
|
|
|
|
|
kereta idaman kakak ku....pi tgk kat showroom lawa seyy tgk mcm not bad |
|
|
|
|
|
|
|
kawan ku baru beli keta nie...katanyer next week dia nak bawa ku pergi joyride naik keta nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cabriolet pembuka tahun 2011
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
NASIM yakin pengenalan 308 CC akan mengukuhkan lagi kesedaran awam terhadap jenama Peugeot di Malaysia.
PEUGEOT mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam penghasilan sebuah model cabriolet. Pada tahun 1934, Peugeot memperkenalkan model 401 Eclipse. Apakah yang membezakan Eclipse dengan jentera sezaman dengannya?
Ia memiliki teknologi bumbung besi yang boleh dilipat secara elektrik yang pertama di dunia. Model ikonik itu hanya dibina sebanyak 79 unit. Namun, ‘gaya hidup’ yang dibawa oleh 401 diteruskan Peugeot menerusi model-model selepasnya termasuklah 301, 402 dan 601.
Di Malaysia, kita mungkin lebih mengenali model 207 CC. Sehingga sekarang pun, mungkin ramai yang akan menoleh ke arahnya jika ia melintas di tepi jalan. Model sebegini nyata rare berikutan harganya yang mahal (sewaktu ia mula-mula dijual). Ditambah dengan aspek praktikaliti di negara bercuaca tropika, selain tidak banyak jenama yang mahu ambil peduli tentang segmen tersebut.
Populariti 207 CC kemudian diteruskan oleh Peugeot melalui model 307 CC. Nasim yang mengambil alih francais jenama Peugeot sejak tiga tahun lalu menyatakan pihaknya berjaya menjual lebih 100 unit 307 CC. Hakikatnya, minat terhadap model coupe cabriolet (CC) tidak pernah padam.
Menyedari hakikat itu, Nasim memulakan kempen Peugeot tahun 2011 dengan model 308 CC. Model convertible dua pintu itu menerima pelbagai perubahan berbanding 307 CC. Sama ada dari segi ruang kabin dan kargo, di samping kemasan dalaman yang lebih mewah.
“308 CC disasarkan kepada segmen gaya hidup mewah dan kami yakin ia memiliki semua pesona yang dikehendaki oleh pengguna. Lebih penting, kami percaya bahawa 308 CC mampu mengukuhkan lagi posisi Peugeot selaku peneraju dalam segmen ini dengan penguasaan sebanyak 35 peratus,” jelas Ketua Pegawai Operasi Nasim, Samson Anand George.
Setakat ini, sebanyak 15 unit 308 CC telah ditempah. Nasim berharap dapat menjual sebanyak lapan unit sebulan atau 100 unit 308 CC pada tahun ini.
Pergerakan dan emosi
308 CC yang mempunyai kapasiti tempat duduk 2+2 ini mengetengahkan falsafah Pergerakan dan Emosi (Motion and Emotion) Peugeot. Ia memberi penekanan terhadap aspek reka bentuk dan teknologi, selain meletakkan emosi pada pengalaman sewaktu memandunya.
Penampilannya cukup sporty. Sekali imbas, reka bentuk hadapannya nampak tidak jauh beza dengan model 308 yang lain. Tetapi, apa yang membezakan model CC ini adalah rekaan bampar yang lebih tajam. Selain cermin hadapan jentera ini yang kelihatan lebih condong ke dalam.
Lampu utama jenis Xenon hadir bersama ciri pelarasan ketinggian dan secara automatik dan pencuci. Pada bahagian belakang pula, lampu LED itu sememangnya menarik perhatian. Tidak cukup? Rekaan diffuser berkembar dan rim aloi bersaiz 18 inci itu mungkin boleh memuaskan selera anda.
BUMBUNG 308 CC boleh dibuka dan ditutup sepenuhnya dalam tempoh hanya 20 saat.
Sebahagian besar ruang kabin 308 CC disalut dengan kulit berkualiti tinggi, sesuai dengan prestij sebuah cabriolet. Untuk hiburan sepanjang perjalanan, anda ditemani dengan sistem Hi-Fi daripada jenama JBL yang merangkumi satu unit amplifier berkuasa 240 watt dan 10 pembesar suara. Jika kebosanan, anda juga boleh menonton filem menerusi skrin beresolusi tinggi bersaiz tujuh inci.
Untuk keselesaan semua, 308 CC mengaplikasikan sistem pendingin hawa dua zon. Tempat duduk hadapannya juga boleh dilaras secara elektrik dengan fungsi memori pada tempat duduk pemandunya.
Bertukar imej
Struktur dalamannya dibina dengan sangat rigid demi mengurangkan sebarang bentuk getaran yang boleh memberi kesan kepada stereng atau keselesaan ketika berada di dalamnya.
Dua keping bumbung yang ada pada 308 CC boleh dilipat secara elektrik dalam tempoh 20 saat. Ia mampu menukar imej 308 CC sama ada untuk menjadi sebuah coupe yang dinamik atau cabriolet yang elegan.
Tidak mahu berkompromi dengan aspek keselamatan, 308 CC telah memperoleh penarafan lima bintang daripada Euro NCAP. Ia memiliki enam beg udara, termasuk beg udara di bahagian sisi kepala yang diletakkan di dalam tempat duduk.
Ciri keselamatan standard yang lain antaranya ialah ESP, ABS, EBD, EBA, Anti-Skid Regulation (ASR), Dynamic Stability Control dan dua titik ISOFIX pada tempat duduk belakang.
308 CC dijana oleh unit enjin turbo bersesaran 1.6 liter yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 156 hp dan 240 Nm tork. Enjin yang telah banyak memenangi anugerah ini dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, bersama ciri Triptronic dan sport mode. Penggunaan bahan api dikatakan sebanyak 7.7 liter bagi setiap 100 kilometer (km).
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin memberitahu, Nasim meletakkan sasaran sebanyak 7,000 hingga 8,000 unit kenderaan Peugeot dapat dijual pada tahun ini. Jumlah itu adalah sekali ganda berbanding tahun 2010.
Keyakinan itu bersandarkan kepada pengenalan beberapa model baru seperti sedan 207 yang sudah mencatat tempahan sebanyak 400 unit sejak dilancarkan dua bulan lalu.
Ditanya mengenai perkembangan rangkaian perkhidmatan selepas jualan Peugeot, Nasarudin menyatakan tiga buah lagi cawangan akan dibuka. Pelaburan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15 juta itu akan membolehkan pengguna di Kota Kinabalu, Kuantan dan Melaka lebih hampir dengan jenama Peugeot.
Anda boleh melihat 308 CC secara dekat dalam siri jelajah Nasim bermula di Bangsar Shopping Centre pada 7 hingga 9 Januari ini. Ia cuma didatangkan dengan dua warna tubuh. Warna putih bersama kemasan dalaman berwarna coklat dan warna coklat gelap dengan ruang kabin berwarna kelabu.
Ditawarkan pada harga RM186,888 seunit (di atas jalan dan insurans), 308 CC turut hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer. |
|
|
|
|
|
|
|
haku mmg minat giler keta2 pijot nih...tp sejak naza take over...minat haku dah jadi terbantut...harga mcm gampunk diowang jual...kat negara europe harga mcm tuh jarang guna loan bank..selalu beli cash jer...
http://www.peugeot.co.uk/vehicle ... 308-cc/build-price/
rega sepatutnya RM100k kalo covert...selebihnya RM86k ++ duit makan naza dan kakitangannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|