|
Hati-hati risiko guna kad debit
Jan 29, 09 4:05pm
Pemegang kad debit menghadapi risiko hilang semua simpanan dalam akaun tanpa jaminan bank jika kad itu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Gabungan Persatuan- persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Setiausah agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sindiket penipuan boleh mencuri data pemilik kad untuk diklon sebagai kad debit palsu untuk membeli barangan, lapor Bernama.
Tambahnya, kerana kad debit disambung terus kepada akaun pemegang kad dan sebarang pembelian menggunakannya, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun pengguna.
"Ini bermakna risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan," beliau dipetik berkata hari ini.
Berbeza dengan pengguna kad kredit yang mendapat jaminan tertentu bank, pemilik kad debit tidak mendapat jaminan sedemikian.
"Jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu, maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank," katanya.
Muhamad Sha'ani, yang juga ketua eksekutif Pusat Perkhidmatan Aduan Pengguna Nasional (NCCC), menambah bank tempatan membuat promosi kad debit secara agresif sejak tahun lepas dan pengguna perlu berwaspada untuk memilikinya.
Bagaimanapun sumber perbankan menjelaskan, risiko kad debit adalah minima apabila digunakan dalam negara kerana penggunaannya berdasarkan tandatangan pemegang dan kad mempunyai cip keselamatan.
Tambahnya, seperti dipetik agensi berita itu, pemegang kad debit tidak perlu berhutang untuk berbelanja kerana mereka hanya dapat berbelanja mengikut jumlah simpanan dalam akaun sahaja.
"Ini membantu mendisiplinkan pengguna dari segi perbelanjaan yang tidak perlu atau menanggung hutang berlebihan," kata sumber yang tidak didedahkan identitinya.
Kad debit itu baik untuk bank kerana mereka tidak perlu memberi sebarang kredit kepada pemegang dan sekali gus mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar, tambahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 ecomoda012's post
uhuhuhuhu...mmg ada pro dna kontra penggunaan kedua2 kad....
kes ni sruper kalau kad Touch & Go kita ilang.....dan jugak kalau sim card prepaid ilang....abih duit kita kat dlm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 teacher_shakira's post
aiiik....ye ke, so tak payah nak apply berasingan ke..Lagi satu soalan, debit card ni hanya link boleh tak link pada 2 akaun e.g. savings & current atau satu akaun aje? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by teacher_shakira at 30-1-2009 03:47 AM
semua kad atm automatik bleh guna sebagai kad debit..tak yah apply..
yang tu bankcard tak leh guna kat semua tempat..cuma leh guna bila ader sign bankcard mcm jusco, petronas..
yang debit card visa ni leh guna kat tempat yang visa leh guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by krisp at 29-1-2009 10:21 PM
aiiik....ye ke, so tak payah nak apply berasingan ke..Lagi satu soalan, debit card ni hanya link boleh tak link pada 2 akaun e.g. savings & current atau satu akaun aje?
setau aku, masa aku wat kad atm aritu, tak yah apply bleh je guna terus tapi dengan syarat ada sign "bancard" la..kat jusco, kat sogo, mana2 kedai yang
tulis "bankcard"..
tentang akaun aku tak pasti maybe 2-2 bleh sebab kalo buat transaction, cashier mesti tanya "saving ke current?".. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengguna Perlu Waspada Dengan Kad Debit, Kata Fomca
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini berkata pemegang kad debit menghadapi risiko kehilangan semua simpanan dalam akaun jika kad itu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Setiausah Agongnya, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sindiket penipuan boleh memperoleh data pemilik kad tersebut untuk diklon sebagai kad debit palsu untuk membeli barangan.
Katanya ini adalah kerana kad debit disambung kepada akaun simpanan atau semasa pemegang kad dan sebarang pembelian menggunakan kad berkenaan, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun bank pengguna.
"Ini bermakna risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
Katanya bank mempunyai tanggungjawab tertentu kepada pemegang kad kredit dan jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank," katanya.
Muhamad Sha'ani, yang juga ketua Eksekutif Pusat Perkhidmatan Aduan Pengguna Nasional (NCCC), berkata bank tempatan membuat promosi kad debit secara agresif sejak tahun lepas dan pengguna perlu berwaspada untuk memilikinya.
Minggu lepas, Malayan Banking Berhad (Maybank) berkata mereka mensasarkan dua juta pengguna kad debit tahun ini berbanding satu juta pelanggan sejak produk itu dilancarkan Mac tahun lepas.
Sementara itu, sumber perbankan menjelaskan bahawa pemegang kad debit tidak perlu berhutang untuk berbelanja kerana mereka hanya dapat berbelanja mengikut jumlah simpanan dalam akaun sahaja.
"Ini membantu mendisiplinkan pengguna dari segi perbelanjaan yang tidak perlu atau menanggung hutang berlebihan," katanya.
Katanya, kad debit itu adalah baik untuk pihak bank kerana mereka tidak perlu memberi sebarang kredit kepada pemegang dan sekaligus mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar oleh pemegang kad kredit.
Beliau menjelaskan bahawa risiko kad debit adalah minima apabila digunakan dalam negara kerana penggunaan adalah berdasarkan tandatangan pemegang dan kad mempunyai cip keselamatan.
Bagaimanapun, sumber itu mengakui kemungkinan ada risiko jika pemegang kad debit menggunakannya di luar negara atau peniaga tidak mempunyai alat membaca maklumat cip untuk pengesahan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Personally saya suka guna debit card, dah tentu tak berhutang.. Pembelian pun terkawal.
Credit card selalu guna utk purchase online
Cuma masalahnya tak semua tempat boleh guna debit card, tu yg leceh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tang yang verify tandatangan utk transaksi guna kredit kad tu camner sebenarnya depa buat?
Saya pernah test kasi orang lain tandatangan pada bil, lepas aje.. cashier takde pong buat perbandingan tandatangan kat belakang kredit kad, ngan tandatangan kat bil.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bayar guna kad atm pun boleh dolu2...zaman takde debit card..setakat ni aku guna cash aje..sbb jrg sgt duit aku ade berlebih untuk shopin..sume ngam2 ajekk..sedih2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by krisp at 26-1-2009 11:00 AM
Aku selalu bayar credit card betul-betul on due date..aku bayar penuh jadi takdelah kes late interest ni. Soalannya: patut ke pakai debit card instead..tapi tulah dengan credit card aku dapat bo ...
BAIK GUNA KREDIT KAD...
tapi kena beringat ler...
debit kad ni org byk duit dlm akaun...
debit kad kebanyakan tak de point...
online txn tak semua bleh lebih2 lagi kalu nak beli oversea nyer product..kecuali public bank debit card
ada yuran tahunan plak..correct me if im wrong... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aaz at 31-1-2009 05:50 PM
Tang yang verify tandatangan utk transaksi guna kredit kad tu camner sebenarnya depa buat?
Saya pernah test kasi orang lain tandatangan pada bil, lepas aje.. cashier takde pong buat perbandin ...
lebih kurang srupa nk tanya...
nape kredit kad masih blum aplikasikan no.pin utk sebarang transaksi...(except atm machine)
rasenya cara ni lebeh secure berbanding tandatangan...
stakat pngalaman saya guna belum pnh lagik mana2 transaksi mintak tekan no.pin..
kalo stakt nk tandatangan..rasenya ramai yg buleh tiru...
ke aper bentuk transaksi yg perlukan no.pin...??
ader saper tau atau buleh jelaskan..?? |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku dc tu ATM kad lah
beza kat ATM dan kat kedai tu je |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|