CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5024|Reply: 1

Isi borang / sms Polis sebelum balik kampung

[Copy link]
Post time 19-1-2009 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Polis  Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penduduk di negeriSelangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelummereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaanTahun Baru Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata denganmengisi borang tersebut, ia memudahkan polis menjalankan tugaspemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggalkosong.

"Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabitmelalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakalaorang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpaterlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.

"Anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atassegala maklumat orang ramai yang meninggalkan ibu negara," katanyakepada pemberita pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah SempenaBalik Kampung Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di sini.

  Turut hadir ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)  Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hariserta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung denganberkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis denganmemaklumkan ketiadaan mereka.

"Semasa musim perayaan sepanjang tahun lepas, penduduk di SriKembangan, (Subang Jaya) telah menyahut saranan polis dengan mengisiborang balik kampung dan ternyata langkah itu berjaya menyelamatkankediaman mereka dari dipecah masuk," katanya.

Khalid berkata selain bantuan dari polis, masyarakat juga perlumengamalkan sikap 'jaga tepi kain orang' bagi mengurangkan kadarjenayah di kediaman masing-masing.

"Penduduk juga perlu ada sikap ambil peduli dan tolong-menolongsesama mereka. Contohnya bila penghuni yang menyambut Tahun Baru Cinapulang ke kampung, jadi penghuni berbangsa Melayu yang tidak pulang kekampung boleh tolong tengok-tengokkan rumah jiran mereka dan begitulahsebaliknya," kata Khalid.

Sementara itu, Lee berkata sebanyak sejuta risalah dalam empat bahasaakan diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mencegahpelbagai jenis jenayah.

"Bagi musim perayaan tahun baru Cina yang bakal menjelang, hariini kita telah mengedarkan hampir seribu risalah bagi pengunjung dipusat membeli-belah One Utama ini.

Risalah itu mengandungi nombor-nombor telefon polis termasuk RakanCop, Bomba dan Peronda Lebuhraya PLUS seluruh negara, katanya.

  Lee berkata orang-ramai boleh menghubungi talian yang tertera untuk mendapatkan sebarang bantuan.

  -- BERNAMA

[ Last edited by  Syd at 21-1-2009 11:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2009 11:12 AM | Show all posts
SMS Polis Sebelum Pulang Ke Kampung

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Orang ramai yang akan balik ke kampung atau ke luar kawasan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina boleh memaklumkan pihak polis dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memudahkan polis memantau keselamatan kawasan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata mereka boleh menghantar maklumat itu dengan menulis POLISKL BK [alamat rumah] [tarikh bercuti] dan hantarkan ke 32728 atau menghubungi Rakan Cop Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Dengan cara ini akan memudahkan pihak polis membuat pemantauan harta benda orang ramai yang meninggalkan kediaman mereka sempena perayaan Tahun Baru Cina, katanya pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Sempena Balik Kampung Tahun Baru Cina 2009 di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Beliau berkata kempen pencegahan jenayah ini yang mula diadakan pada 2007, akan dikuatkuasakan selama dua minggu, iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas tarikh perayaan.

"Pada tahun lepas, pihak polis telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan mendapat 230,000 SMS dalam masa dua minggu kempen itu dilancarkan," katanya.

Muhammad Sabtu berkata pihak polis juga akan mengumpul semua laporan SMS yang diterima untuk disalurkan ke balai polis yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka yang membuat laporan.

Beliau berkata dengan cara ini kadar jenayah pecah rumah dan kecurian dapat dikurangkan dengan lebih berkesan lagi, dan ini boleh dilihat dengan statistik kes pecah rumah yang semakin menurun.

" Pada tahun 2007, pihak polis mendapat 51 laporan tetapi telah berkurangan kepada 44 laporan sahaja pada tahun lepas," katanya.

Sementara kes pecah rumah pada waktu malam pula, dari 123 kes pada tahun 2007 kepada 106 kes tahun lepas, katanya.

Pihak polis juga menyarankan agar mereka yang tidak pulang ke kampung turut membantu dengan melaporkan kepada pihak polis sekiranya ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan di sekitar rumah jiran yang sedang bercuti.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.407752 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list