|
Pembedahan jerung putih curi tumpuan
JERUNG putih diusung pegawai muzium sebelum
dibedah siasat di Auckland baru-baru ini
AUCKLAND - Mangsa-mangsa serangan jerung berhimpit-himpit di Muzium Auckland, New Zealand bagi menyaksikan bedah siasat terbuka pertama terhadap seekor jerung putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Pembedahan ke atas jerung putih berukuran lebih tiga meter panjang itu menarik 4,000 pengunjung termasuk kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang melihat dari dekat bagaimana haiwan pemangsa itu dibedah dan dilapah.
Sekumpulan saintis mengambil masa dua jam untuk membedah dan melapah ikan seberat 300 kilogram itu di sebuah dewan teater di muzium tersebut.
Pembedahan yang pertama seumpamanya itu turut disaksikan oleh 10,000 penonton melalui siaran langsung di Internet kelmarin.
Kumpulan saintis itu turut mengeluarkan organ dalaman seperti perut ikan tersebut dan mengukurnya.
Haiwan yang digeruni ramai penyelam itu ditemui terbelit pada pukat seorang nelayan tempatan, Duan Russell Isnin lepas. - Agensi
***********************************************************************************
interesting dapat tengok surgery on this shark, eh...
tapi.. mesti rasa nyilu... suspense semua --
mulanya ingatkan jerung tu under anaesthetic...
rupanya memang dah mati.. pastu kena bedah -
*kalau kat certain places - depa memang tangkap aje jerung ni
then ambil fin dia.. buat soup -- kesian pada jerung
walaupun dia ni predator yang sangat digeruni -
tapi - kalau kita tak kacau tempat dia.. dia pun tak adalah
nak kacau kita - however ramai australian tak dengar cakap
sebab tu every year wajib ada yang mati kena makan jerung
walaupun amaran dah ada kat beaches depa - masih gak degil
nak pergi mandi la, surfing la kat beaches yang dipercayai ada
jerung ni |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak kena bedah?
dah mati tu tanam jela. baek tak aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
cian jerung tu... tak pasal2 femes dapat nama masuk dalam siaran..... |
|
|
|
|
|
|
|
Spesies ikan paus jerung terkecil ditemui
| Ahli biologi Filipina, Embet memegang anak ikan paus jerung yang dipercayai terkecil di dunia, selepas ia ditemui di pantai Pilar, timur Filipina. Ikan itu kemudiannya dilepas kembali ke laut. - AP
|
MANILA 10 Mac - Aktivis-aktivis di Filipina telah menyelamatkan seekor anak ikan paus jerung bersaiz sebesar lengan, dipercayai yang terkecil bagi spesies ikan terbesar di dunia itu, kata satu kumpulan pemuliharaan.
Menurut Tabung Hidupan Liar (WWF) bagi Alam Sekitar, pegawai dan aktivis di bandar Pilar dekat timur Filipina telah menyelamatkan seekor anak paus jerung sepanjang 38 sentimeter minggu lalu, sebelum melepaskannya di laut dalam. Ketika ditemui, ikan itu berada di atas pantai setelah ekornya terikat pada tali kecil.
Kumpulan itu juga menggelarkan paus jerung itu sebagai yang terkecil dalam sejarah.
WWF berkata, penemuan itu juga merupakan petunjuk pertama bahawa kawasan pinggir laut itu mungkin tempat kelahiran spesies tersebut.
Mengikut pengarah projek pengesan jerung paus bagi WWF, Elson Aca, WWF sehingga kini jarang menemui anak ikan tersebut dan hanya boleh membandingkan saiznya dengan embrio yang ditemui pada seekor paus jerung betina yang mati pada 1996 yang berukuran 37 hingga 48 sentimeter.
Spesies ikan terbesar dunia itu yang boleh mencapai saiz sebesar bas, sering dilihat berada di sepanjang pesisir timur pantai Filipina dari Disember hingga Mei, sekali gus menjadi tarikan pelancong.
Bagaimanapun, lokasi pembiakan spesies itu kurang diketahui disebabkan sifatnya yang sentiasa berenang dan tidak tetap di satu-satu lokasi. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar shark kat aquaria..ada yang lg besar... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku ada yu cicak kat umah..bela dlm akuarium..skg dh takde..sape yg pernah pg carefour ampang boleh jumpa shark dlm akuarium. ada org bg tau, harga sekor shark tu boleh didapati dgn harfa rm600. dorang ambik dr filipina. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat Januari 15, 2010
Rahsia Tingkatkan Keinginan Jerung Mengawan
Jerung belang. -Foto www.stunning-stuff.com
APAKAH rahsia untuk meningkatkan keinginan jerung mengawan?
Mudah sahaja. Pemilik-pemilik akuarium besar di London memainkan lagu Barry White and Marvyn Gaye dalam air bagi merangsangkan keinginan yu mengawan.
Zorro gagal mengawan dengan spesisnya di akuarium Sea Life Belgium.
Pemilik jerung belang (zebra shark) itu pun memindahkannya ke akuarium Sea Life London pada Hari Valentine.
Paul Hale, kurator akuarium berkenaan berharap dapat mendekatkan Zorro dengan seekor jerung betina bernama 'Mazawabee'.
Bagaimanapun, hubungan mereka hanya platonik, bukan hubungan kasih sayang.
Untuk mencetuskan keinginan Zorro mengawan, pakar-pakar marin cuba menggoda jerung-jerung itu dengan lagu romantik seperti lagu Let's Get It On oleh Marvin Gaye.
"Zorro mempunyai reputasi sebagai ladies shark sementara Mazawabee kesepian untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami benar-benar berharap mereka dapat mengawan dengan segera," kata Hale.
Menurut Hale lagi, kajian menunjukkan ikan-ikan boleh mendengar muzik dan menghayati beberapa irama dan melodi.
Sehubungan itu katanya, pihaknya bercadang memainkan lagu-lagu cinta yang walaupun ketinggalan zaman tetapi mampu merangsangkan keinginan mengawan jerung-jerun |
|
|
|
|
|
|
|
Yu haiwan marin pemalu
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
Realitinya, yu yang ada di negara ini pemalu dan takut kepada manusia jika tidak mengalami sebarang provokasi daripada manusia.
YU sirip hitam antara haiwan marin yang menghuni perairan Malaysia.
PENGARAH filem tersohor dunia, Steven Spielberg dan penulis novel, Peter Benchley boleh disifatkan sebagai antara individu yang berjaya menanam persepsi salah kepada orang awam terhadap ikan yu.
Menerusi filem arahan Speilberg, Jaws beliau menukar karakter spesies ikan yu atau ada yang memanggilnya jerung sebagai haiwan marin ganas yang mengancam manusia sehingga kini.
Ini kerana jika ada sesuatu terjadi di laut, spesies prasejarah itulah yang dijadikan kambing hitam termasuklah ketika kes yang terjadi di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, koyak kaki kanan dan terpaksa menerima 50 jahitan ketika mandi di Port Dickson 2 Januari lalu.
Dakwa Helme, kakinya ditarik dan digigit sesuatu yang leper, keras dan kehitam-hitaman dan diyakini buaya air masin.
| KECEDERAAN pada kaki Helme semasa mandi di pantai Port Dikson, baru-baru ini.
|
Namun pihak berkuasa tempatan menafikan kawasan itu mempunyai buaya air masin dan terus membuat andaian ikan besar termasuk yu.
Adakah yu menjadi punca sebenar kejadian itu atau adakah yu sememangnya ganas seperti yang digambarkan oleh Spielberg?
Filem yang pertama kali ditayangkan di layar perak pada 1975 itu sedikit sebanyak bukan hanya memberi imej buruk kepada yu namun namanya juga berjaya ditukar menjadi Jaws yang membawa bermaksud rahang.
Kesan filem berkenaan berjaya membuatkan ia melonjak menjadi filem box office pertama sehingga menjulang Jaws menjadi filem blockbuster musim panas terhebat dan ditayangkan di 675 panggung seluruh dunia serentak.
Peluncur
Keuntungan kasarnya mencecah AS$470 juta (RM1.57 bilion) ketika itu di mana nilai pada 2008 dianggarkan AS$1.9 bilion (RM6.35 bilion).
Signifikan tayangan berkenaan menular sehingga ke hari ini yang menggambarkan yu adalah spesies ganas.
Apa pun, menurut kajian yang dijalankan oleh Divisyen Ictiologi, Muzium Sejarah Asli Florida, University of Florida, Amerika Syarikat (AS) hanya ada satu serangan ikan yu tanpa provokasi di perairan Malaysia di antara tahun 1580 hingga 2008.
Kemalangan itu yang disifatkan bukan sebagai serangan juga tidak membabitkan kematian.
YU putih yang terdapat di perairan Australia terkenal dengan karakternya yang ganas.
Namun itu bukan bermakna tiada langsung serangan yu lebih-lebih lagi di luar Malaysia. Kebanyakan yu pemangsa bersaiz mega termasuk yu putih (Carcharodon carcharias), yu bull (Carcharhinus leucas) dan yu harimau (Galeocerdo cuvier) berada.
Yu putih yang terkenal dengan karakter ganas dengan gigi menceracak dikesan banyak terdapat di perairan Afrika Selatan dan juga Australia menjadi igauan kebanyakan peluncur air.
Namun menariknya, ‘serangan’ yang dilakukan itu mengikut kajian adalah disebabkan yu putih tersalah anggap.
Ini disebabkan yu berkenaan melihat peluncur air yang sering menggunakan sut basah gelap dengan papan luncur mereka seolah-olah seperti anjing laut iaitu makanan yu putih.
Dua lagi rakan ‘nakal’ yu putih, yu harimau dan yu bull, walaupun turut menghuni perairan Malaysia, tidak pernah dilaporkan menyerang manusia.
| JINAK. PELANCONG ini berenang sambil mengekori yu paus yang panjangnya enam meter.
|
Selain spesies yang dikatakan agak ganas itu, Malaysia turut dihuni beberapa spesies yu lain termasuk yu paus, yu sirip hitam, yu tukul, yu sirip putih, yu cicak, yu duri, yu pari, yu bodoh, yu kebut, yu misai, yu mako, dan pelbagai spesies yu lain yang tidak pernah didengari.
Apa yang pasti, nama-nama yang disebutkan bukan terkenal dengan menyerang manusia, sebaliknya mereka menjadi tumpuan sama ada ditangkap untuk dijadikan hidangan atau siripnya menjadi buruan.
Bagi penyelam skuba, spesies-spesies yu tersebut antara spesies marin pemalu. Mereka akan cepat beredar jika ternampak penyelam skuba merapati habitat mereka.
Walaupun fakta yang mengatakan yu amat sensitif dengan darah walaupun setitik, namun sehingga artikel ini ditulis, tidak ada satu laporan yang mengatakan yu mengejar penyelam atau perenang yang mengalami pendarahan akibat kecederaan di negara ini.
Ini kerana jika tidak kemungkinan Mohamad Helme bakal menjadi makanan kepada yu selepas kakinya luka berdarah.
Bagi penyelam skuba, berdepan dengan spesies yu pula antara yang dinanti-nantikan namun untuk merakamkan foto mereka di dasar laut dan ia merupakan satu kesempatan sekali seumur hidup.
Lebih-lebih lagi, spesies yu paus (Rhincodon typus) yang merupakan antara mamalia terbesar dan mampu mencapai panjang sehingga enam meter.
Tetapi spesies itu hanya menjadikan plankton sebagai diet seharian dan bukan mencari manusia.
Tidak hairanlah, jika ada spesies itu sering terperangkap di dalam jaring nelayan yang menangkap ikan di kawasan banyak plankton kerana ia turut menarik spesies-spesies kembung, selar, cencaru dan lain-lain ikan komersial yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat Januari 15, 2010
Rahsia Tingkatkan Keinginan Jerung Mengawan
Jerung belang. -Foto www.stunning-stuff.com
...
amazed Post at 16-1-2010 02:38
jerung pun layan muzik ye...dasat2... |
|
|
|
|
|
|
|
Pemuliharaan Jerung Sabah Dikecam!
Tindakan pengusaha restoran Sabah serta Persatuan Restoran Sabah yang mengecam pelan kerajaan Sabah untuk memulihara ikan jerung yang kian pupus di negeri itu adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab !
Bilangan ikan jerung hanya tinggal 20% dari bilangan asal. Populasi ikan jerung di Sabah hanya didapati di empat kawasan sahaja. Sekiranya tiada tindakan dibuat untuk menyelamat bilangan jerung, mereka akan hilang seperti yang telah berlaku di semenanjung !
Tetapi pihak pengusaha dan persatuan restoran-restoran Sabah tidak ingin menjadi penyelesaian kepada masalah ikan jerung. Mereka mengamalkan minda (mentaliti) yang mencari keuntungan dalam ekonomi kepupusan ikan jerung !
Makin kurang bekalan jerung di pasaran, makin tinggi harga jerung yang dijual !
Alasan yang diberi:
- Nelayan "bergantung" kepada penangkapan jerung untuk menyiara kehidupan.
Kenyataan ini tidak benar! Nelayan kita tidak bergantung kepada penangkapan jerung saja! Bilangan penankapan juga amat kecil! Kebanyakkannya diimpot!
- Jerung yang kita pulihara akan ditangkap di negara-negara jiran
Usaha pemuliharaan bermula dari inisiatif sendiri untuk mengecilkan skop pemuliharaan projek mulia ini.
Kita tidak mahu menjadi antara negara-negara yang terakhir mengamalkan pemuliharaan ikan jerung di rantau ini ! Kita hendaklah melangkah ke hadapan lebih awal dari negara-negara yang akan ditekan penuh seperti China !
Pada tahun 2007, Azmi Khalid dari Kementrian Alam Sekitar melarang hidangan 'sup sirip jerung' dari SEMUA 'official functions'. Mari kita kekalkan imej positif ini di arena antarabangsa!
Saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyokong pelan pemuliharaan jerung oleh kerajaan negeri Sabah! Mari kita kecam sikap buruk pengusaha dan persatuan restoran-restoran Sabah ! |
|
|
|
|
|
|
|
dah semakin terancam spesis nih... |
|
|
|
|
|
|
|
serem benar tuh jerung
|
|
|
|
|
|
|
|
a.ceCCo posted on 10-1-2009 06:14 PM
orang yg mati dalam perut jerung lagi feymes..
ya btul tu.orang yng tak berdosa mati kena makan jerung lagi kesian la=.=
|
|
|
|
|
|
|
| |
|