View: 12253|Reply: 8
|
PERTANIAN HIDROPONIK PELUANG BARU ANDA(NIE BUKAN IKLAN)
[Copy link]
|
|
Hidroponikmerupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonosbearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankandengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik initelah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. TamanTergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyurdiikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indianmenanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat dikatakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannyamencatatkan
bahawa terdapat penduduk di negara China
menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.
Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam dengan
menggunakanair sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengandimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik
dantanah yang dicampur didapati tidak berkurang. Pada 1930an saintisAmerika , Gerice dari Universiti California telah berjaya menanamtomato dengan kaedah hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5meter. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantuperkembangan hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalamgreenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.
Pada awal70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkanteknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah inilarutan baja dari
tangki hidroponik dialirkan keakartanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki.Teknik ini telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologidigital yang mana terdapat operasi sistem ini yang dikawal dengankomputer.
Hidroponikmempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secarakonvensional. Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman.Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar penggunaanbaja yang lebih kecil kerana baja tidak di larutresap kedalam tanah.Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca,penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kospengeluaran.
Dayapengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagaicontoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.
Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya
Bunga - ros, orkid, marigold dsb.
Foliage -
palms, paku, ficus, dan house plants.
Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.
Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.
Keperluan Untuk Pertumbuahan
Sistemhidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Sepertiteknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahayamatahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis.Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Kualiti airyang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagipembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan bolehdigunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelumdigunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yangtinggi.
Seranggaperosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yangsempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak seranganserangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jikamenggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepasseminggu dari semburan.
Jika bekashidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikutkadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadikesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addesmembiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihakberkuasa.
Tanaman secara hidroponik perlu
diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun
tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.
SEKIRANYA ADA ANTARA USAHAWAN YANG BERMINAT DALAM BIDANG PERTANIAN,SAYA SYOR KAN TIMBANGKAN PELUANG INI DALAM PERANCANGAN PERTANIAN ANDA.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya buat sendiri bekas tanam cara hidroponik ni, dah makan pun sayur2nya. Baja kami design sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SANKURIANG at 17-11-2008 06:23 PM
saya buat sendiri bekas tanam cara hidroponik ni, dah makan pun sayur2nya. Baja kami design sendiri...
sudila kiranya berikan sedikit tunjuk ajar.. berminat jugak |
|
|
|
|
|
|
|
hidroponik
Originally posted by SANKURIANG at 17-11-2008 06:23 PM
saya buat sendiri bekas tanam cara hidroponik ni, dah makan pun sayur2nya. Baja kami design sendiri...
tahniahhhh...org mcm nie yang boleh bangkit ekonomi pertanian malaysia..
errrr....saya pun sama....siap eksport ke arab lagi.....nak bantu ekonomi malaysia....ko ada buat baja cecair? kalau ko takder...ko seach kat google...greeneden...atau kazzponic...itu aku ler.....kalau boleh..aku nak rekemenkan semua warga cari tanam hidroponik...isisiis kalau dia owang tau ler kebaikan hidroponik dan kelebihan nya...conperm dia owang join...weiii sankuriang....ko add aku kat ym boleh??nak kongsi cerita sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada gak buat... air overflow dr kolam ternakan ikan ketutu aku terus ke takungan hydroponik polisterin aku... so far baja tak pernah aku bubuh.. sbb air nih mmg mengalir 24jam...
aku cuma pakai baja EM, pakai spray, apply trus pada daun |
|
|
|
|
|
|
|
Tanaman Hidroponik
PERALATAN
| Takung mestilah tidak telus cahaya matahari dan berukuran 21inci x 16inci x 5inci. | | Penutup takung diletak diatas bakul-bakul semaian. | | Biji benih diletakkan didalam bakul yangdiisi sabut kelapa. Kira-kira 1/4 bahagian bakul semaian mesti terendamdalam larutan baja. Masukkan 2 atau 3 butir biji benih dalam satu bakul. | | Sabut kelapa dimasukkan ke dalam bakultanaman hingga menutupi lubang dibahagian dasar bakul.Selain sabut andaboleh guna bebenang,span,perca dan kain kapas. | | Baja yang sesuai dengan sayuran yang ditanam boleh didapati di Institusi Pertanian atau kedai jual peralatan pertanian. | | Penapis ini digunakan untuk mengeluarkan lumut dari takung tanaman. |
PENYEDIAAN LARUTAN BAJA
Penyediaan Larutan Pekat:
Serbuk baja (500g) dijadikan larutan pekat dalam 5 liter air.
Penyediaan Larutan Tipis:
25 ml larutan pekat dijadikan larutan tipis dalam 1 liter air.
LANGKAH PENANAMAN
| Gunting bebenang kepada setengah saiz bakul semaian . Selain bebenang anda boleh meggunakan lain-lain bahan yang telap air. | | Masukkan bebenang kedalam bakul kecil dantarik dari lubang bawah bakul supaya berkeadaan berjuntai 2-3cm.Ratakan permukaan bebenang untuk memudahkan benih disemai. Keadaanbebenang hendaklah tidak terlalu padat. Basahkan bebenang sebelummenyemai biji benih. | | Semaikan 3-5 biji benih dalam bakul kecil. Tutupbakul-bakul kecil dengan suratkhabar selama 3-5 hari untuk mengelakkanbakul dan bebenang dihinggapi algae. Buang lindungan suratkhabarsetelah semua biji benih bercambah. | | Selepas 2-4 hari benih bercambah, tuang air bersihsehingga paras 10-12 cm dan tutup dengan penutup takung. Masukkanbakul-bakul semaian yang mengandungi anak benih kedalam lubang padapenutup lubang. Pastikan bebenang mencecah air pada takung. Jika tidaktarik sehingga mencecah air. | | Selepas 2-4 hari anak benih dalam takung,tuang baja campuran khas yang disediakan. Kacau sehingga campuran bajalarut dan serata. | LANGKAH PENGAWALAN
1. Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan.
2. Pastikan ia menerima sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
3. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak menjadi cair.
4. Kawal serangga perosak dengan menyembur racun perosak. Elakkanmenyembur racun kimia sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum memunguthasil.
TEMPOH TANAMAN
SALAD SAWI JEPUN BAYAM HIJAU KAILAN SAWI KERITING | 28-30 HARI 25-30 HARI 25-30 HARI 35-45 HARI 20-30 HARI |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya skit... dulu aku dgr kementerian kesihatan dan kementeria pertanian pernah banned hidrofonik ni sbb byk kelahiran nyamuk aedes?? betul ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
takder nyamuk
Originally posted by BSundayB at 24-12-2008 11:12 AM
nak tanya skit... dulu aku dgr kementerian kesihatan dan kementeria pertanian pernah banned hidrofonik ni sbb byk kelahiran nyamuk aedes?? betul ke??
taknak nyamuk..pelihara ikan dalam set hidroponikkkk... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|