CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3633|Reply: 1

Segalanya Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 20-10-2008 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Segalanya Pulau PinangOleh AZELI ALI
[email protected]
Buku ini dapat membantu mempromosikan Pulau Pinang secaralebih santai dan ringkas sebagai paparan kepada pelancong dihotel-hotel dan pintu masuk utama di negeri ini.

NICHOLAS KU menunjukkan buku bertajuk Penang The Worlds's Home.

TIADA kata yang dapat menerangkan keindahan Pulau Pinang kecualidengan berkunjung sendiri ke negeri yang terkenal dengan jolokan namaPulau Mutiara itu.
Namun bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, memadailah denganmenatap buku meja kopi Penang The World's Home yang lengkap denganpaparan tempat-tempat menarik dan aktiviti penduduk di negeri itu.
Ini kerana segala-galanya tentang Pulau Pinang telah dimuatkan didalam buku setebal 52 muka surat itu termasuk sejarah latar belakangnegeri tersebut serta keindahannya sebagai Tapak Warisan Dunia yangdiiktiraf oleh Organisasi Pendidikan, Ilmu Pengetahuan, dan KebudayaanPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) serta lokasi-lokasi menarikuntuk dikunjungi.
Selain itu, kandungan buku tersebut juga memaparkan kekayaan senibina termasuk bangunan kolonial yang berabad lamanya atau menjelajah kecelah-celah lorong yang menonjolkan budaya sebenar penduduk PulauPinang.
Kepelbagaian etnik yang mendiami negeri ini turut memperkenalkanperbezaan budaya dan sambutan perayaan yang menyerlahkan warna-warniserta dinamik kehidupan masyarakat berbilang kaum.
Penjelajahan ini tidak akan sempurna tanpa merasai atau menikmatisendiri hidangan seperti nasi kandar, char koey teow, pasembur, laksa,roti canai, capati ataupun mencuba jeruk buah pala.
Pulau Pinang juga tidak lupa menawarkan tarikan untuk kembali kealam semula jadi seperti Taman Rama-Rama, Taman Botani, Taman NegaraPulau Pinang, selain pantainya yang indah di Batu Feringghi dan pulauJerejak.
Lokasi perniagaan yang ditawarkan pula sesuai untuk mengadakanmesyuarat, bengkel insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Ia turuttidak diabaikan di negeri yang sedang meningkat maju itu seperti diArena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang ataupun hotel-hotel di seluruhnegeri itu.
Foto-foto yang dimuatkan di dalam buku ini turut menonjolkan PulauPinang secara keseluruhannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, beca,kereta api Bukit Bendera dan feri yang menjadi identiti negeri tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Keseniandan Warisan Negeri Pulau Pinang, Danny Law Heng Kiang pada sidangmedianya memuji langkah Wan Ling Sdn. Bhd (Wan Ling) menerbitkan bukutersebut.
Katanya, ia dapat membantu mempromosikan Pulau Pinang secara lebihsantai dan ringkas sebagai paparan kepada pelancong di hotel-hotel danpintu masuk utama di negeri ini.
"Ini selaras dengan usaha memperkenalkan Pulau Pinang dalam bidangpelancongan global, selain meletakkan negeri ini sebagai destinasiwajib dilawati oleh pelancong ke Malaysia.
"elbagai produk boleh difokuskan di Pulau Pinang sama ada warisanhidup, budaya, seni dan filem, pelancongan kesihatan, pelanconganpendidikan dan tak lupa Pulau Pinang sebagai syurga makanan," katanya.
Penerbitan buku ini menurut Danny adalah tepat pada masanya bagimemaparkan keindahan Pulau Pinang dan sumbangan sebuah syarikat swastake arah industri pelancongan yang lebih baik.
"Sebagai pelengkap kepada buku ini, kami merancang untukmengeluarkan cakera padat digital mengenai tempat-tempat menarik danmakanan Pulau Pinang, selain risalah dan peta pelancongan baru,"ujarnya.
Buku Penang The Worlds's Home itu akan dilancarkan pada majlis makan malam amal For Vogue A Glittering Night of Honors di Hotel G, George Town pada malam ini, 17 Oktober.
Sementara itu, Pengarah Kreatif Wan Ling, Nicholas Ku berkata,majlis makan malam ini turut diserikan dengan pertunjukan fesyen olehpereka terkenal Carven Ong.
..........................................................................................................................................................................................
bagus buku ni... untuk tambah maklumat mengenai penang....

[ Last edited by  girlphg at 21-10-2008 01:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 08:06 AM | Show all posts
  Hehehehe thanks dgn info... Urmmm... musti manyak research yang dibuat bagi menerbitkan buku neh.. apapun.... ada gak bahan bacaan yang leh dijadikan rujukan oleh para pelancong @ owg luar dari Penang... selain dari menenet kat internet cari bahan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.092182 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list