CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2275|Reply: 2

Hamil dan dengan anak pra-sekolah

[Copy link]
Post time 11-10-2008 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun kehamilan merupakan saat indah dan mendebarkan, mempunyai anak prasekolah pada masa ini meninggikan risiko  anda mendapat jangkitan.


Sebagai ibu hamil kepada anak prasekolah, anda perlu menjaga kandungan anda sambil memenuhi permintaan anak anda. Satu perkara yang biasanya terlepas pandang ialah anda mudah terkena jangkitan disebabkan pendedahan anak anda ditadika. Langkah pencegahan diperlukan pada masa ini untuk menghindar kesan jangkitan berbahaya daripada  memudaratkan bayi dalam kandungan

Jangkitan Sederhana

Jangkitan Saluran Penafasan Atas (URTI) amat mudah berjangkit kerana jangkitan virus ini menyebar melalui udara. Demam selesema merupakan contoh yang paling biasa bagi URTI. Walaupun jenis jangkitan ini tidak mengancam wanita hamil,  sesetengah virus ini didapati menjadi penyebab keguguran atau kecacatan bayi.

Parasit dan penyakit kulit seperti kudis buta dan kutu badan berjangkit dengan mudah daripada anak kepada ibu melalui sentuhan fizikal. Kudis buta disebabkan oleh tungau di bawah lapisan kulit atas, menyebabkan kegatalan dan tanda merah kecil pada kulit. Kutu, sejenis parasit yang menghisap darah manusia, mudah berjangkit melalui sentuhan kepala ke kepala,     berkongsi sikat, berus atau topi.

Jangkitan Serius Cacar air ialah jangkitan virus Varicella yang mudah berjangkit dan tersebar melalui pernafasan dan  sentuhan.  Anda berisiko dijangkiti sekiranya anak anda mendapatkannya daripada kanak-kanak lain di prasekolah. Wanita hamil yang dijangkit berisiko menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan.   Oleh itu, anda perlu mendapatkan vaksinasi cacar air sebelum kehamilan sekiranya anda tidak pernah dijangkiti, terutamanya jika anak anda tidak mempunyai sejarah jangkitannya.

Rubela biasanya tersebar melalui sentuhan, terutamanya dalam persekitaran tertutup seperti di prasekolah.  Gejala jangkitan ini termasuk demam, selesema, kelenjar limfa, bengkak dan ruam. Tanda-tanda sederhana ini mungkin menjangkiti anak anda tanpa disedari dan berisiko menjangkitkan anda. Rubela merupakan faktor utama kecacatan bayi. Anda perlu mengambil   ujian immuniti rubela sebelum hamil. Jika tidak dikesan, anda perlu mendapatkan vaksinasi.

Campak amat mudah berjangkit kerana tersebar melalui titisan air dan sentuhan. Gejalanya termasuk bintik kecil pada mulut, tompokan ruam merah pada kulit, demam, batuk dan mata merah. Wanita hamil yang dijangkiti campak berisiko menjangkit kepada bayi dalam kandungan, menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup bulan atau mati bila dilahirkan. Jika anda tidak pernah mendapat campak sebelum ini, dapatkan vaksinasi campak sebelum hamil.
                                                
Elakkan Jangkitan
  • Jaga kesihatan anda dan keluarga.
  • Dapatkan nasihat doktor tentang vaksinasi sebelum hamil.
  • Sentiasa basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  • Oleh kerana virus mudah tersebar melalui air liur dan air kencing, elak dari berkongsi peralatan dengan                        anak anda walaupun tiada tanda dia dijangkiti penyakit.
  • Jauhkan diri daripada orang yang kelihatan tidak sihat, walaupun selsema sahaja.
sumber : positive parenting

sharing & caring experience :
masa 1st preggy kena Rubella infection. Baby lahir normal, but hard of hearing
2nd preggy really concerned segala benda takut kena infection..syukur baby selamat
3rd preggy really tough coz have to handle with other 2 elder children. Masa 7mth preggy kena virus infection sharing air dgn 2nd son masa tu dia kena selsema, ingat x de problem sharing drink..within few days kena sakit tekak, batuk sampai badan menggigil non stop,  batuk sampai terke** & muntah..jumpa gynae, gynae bagi ubat yg memang totally rest..syukur baby lahir in good conditions








[ Last edited by  honey_dew at 11-10-2008 10:51 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by honey_dew at 11-10-2008 10:29 AM
Walaupun kehamilan merupakan saat indah dan mendebarkan, mempunyai anak prasekolah pada masa ini meninggikan risiko  anda mendapat jangkitan.

Sebagai ibu hamil kepada anak prasekolah, anda per ...




la.... sebelum kawen tak ambik rubella injection ke...... if u r younger than me..... time sekolah pun dia dah kasi injection....

my children kena injection masa 12 tahun kat sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2008 09:00 AM | Show all posts

Reply #2 macademia's post

masa nurse dtg utk rubella injection, tengah tunggu hari nak pindah sekolah lain. jadi x kena injection pastu x pernah plak ambil injection ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041133 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list