CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5195|Reply: 5

Kad Kredit Islamik >> AmBank Al Taslif amalkan RIBA!!

[Copy link]
Post time 16-9-2008 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Ambank masih mengenakan caj berganda [compounding interest] terhadap baki tertunggak walhal masih dalam grace period 'interest free' selama 20 hari.
Semalam statement terbaru aku sampai, Ambank caj sebanyak RM54.74 ke atas baki tertunggak RM56!!!
Alasan derang caj mula dikenakan pada setiap transaksi selepas statement due date dikeluarkan.!

Padahal sebelum nih aku x pernah tinggalkan satu sen pun baki tertunggak dalam setiap statement yang sampai. Dalam erti kata lain aku sentiasa bayar penuh dan tepat pada waktu malah lebih awal seminggu dari tarikh akhir penyata. Berdasarkan arahan terbaru BNM, pemegang kad akan diberikan grace period 20 hari tanpa faedah dengan syarat pembayaran penuh dibuat pada penyata sebelumnya.

Setelah sesi soal jawab dengan CSO Ambank, aku dah diberikan 'waiver' atas caj kewangan tersebut, Alhamdulillah, tapi yang jadi persoalan di manakah konsep perbank islam yang dicanangkan oleh Ambank Islamic??
Aku stress cenggitu sebabnya CSO Ambank tuh ada menyebut bahawa dalam hal caj tertunggak ni, bank akan terus kenakan caj terhadap setiap transaksi dibuat, jadi kat sini masalah caj berganda muncul yang lebih menjurus kepada riba.

Sekarang aku dalam proses untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara nih dari pihak Ambank. Jadi kepada forumners yang memiliki kad Al-Taslif, rajinkan diri anda meneliti setiap transaksi dibuat dan statement yang diberikan bank.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 03:40 PM | Show all posts

Reply #1 quedac1's post

uisshhhh....ye ke??

ngerinye aku dgr....

kalo ikotkn aku,smpi skang aku x brani nk pki kad kredit...bior le gaji aku besor mane pon..tetap aku xkn pki.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:43 AM | Show all posts
aku pun dlm proses nak btlkan satu persatu cc aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 09:30 PM | Show all posts
setakat ni aku cukup berhati2 guna kad kredit... lepas dapat bil check 1-1 resit yg aku sain pakai tu...setakat ni pakai 6 keping kad kredit tak de masalah... lagipun kalau barang yang tak mampu aku beli.. aku buat instalment bayar ansur2.. tak terasa sgt parah tu beli rm2K cash ! so kad tu aku simpan dlm almari... kalau ada wang lebih aku bayar awal2 letak rm1k dlm akaun, then simpan utk elak aku dari berboros...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 08:08 AM | Show all posts
aku rasa perkara yang perlu dibincangkan kat sini
adakah korang yang pakai CC berasaskan islamik
masih mengenakan caj berganda ke atas baki tertunggak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 10:26 AM | Show all posts
semua bank atau insurance dalam malaysia yg konon2nya guna islamic sebagai productnya adalah tak islamic sebenarnya..mereka mengunakan beberapa orang panel jabatan agama utk meng'islam'kan product depa..mereka sebenarnya mengaut lebih untung dgn product islamic ni tetapi yg banyak rugi adalah pengguna...aku bukan anti product ni..tapi ini realiti pasal aku pernah mengalaminya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.195430 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list