CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8832|Reply: 10

Laporan Polis bagi aduan majikan melanggar perjanjian.

[Copy link]
Post time 22-8-2008 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Hye all!,

Saya ingin meminta pendapat/nasihat dari kengkawan di sini di mana situasi saya ialah bekas majikan saya telah melanggar perjanjian di dalam kontrak kerja saya di mana saya akan dibayar bonus sekiranya saya melakukan tugasan itu sehingga tamat. Tapi sehingga kini telah berlarutan hampir 3 taun. Selama ini saya juga ada menghantar email kepada dia dan juga sekretari kompeni tetapi masih buat bodo walaupun saya tau dia ada membaca email tersebut kerana sebarang email keluar masuk dari server kompeni saya mengetahui.

Jadi oleh yang demikian saya plan hendak buat laporan polis (sekadar laporan, xdelah nak suruh tangkap ke pepe etc tapi kalu nak tangkap lantaklah keje depa) di mana setelah dapat salinan laporan polis nanti saya akan email kepada dia tentang pertanyaan saya serta laporan polis as attachment. Sekiranya masih tiada apa apa feedback baru saya akan lakukan apa yg patut berbekalkan laporan polis serta kontrak perjanjian yg masih disimpan.
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 6 Users voted
100.00% (6)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 04:05 PM | Show all posts

Balas #1 Defcon\ catat

tunggu reply dr pn Liza atau sesiap yg tahu pasal undang2..insyaallah.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 04:07 PM | Show all posts
lapor pejabat buruh dulu...nanti org dia dtg pejabat siasat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2008 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by akinari at 22-8-2008 04:07 PM
lapor pejabat buruh dulu...nanti org dia dtg pejabat siasat.


aku kalu boleh malas nak panjang citer etc... kira aku dapat seperti mana yg dijanjikan itu sudahlah... tutup terus buku xdelah aku nak menyalak... sebab aku plan once aku dah report polis then send email with attachment of report copy make them have a effort to do something.. selama nie aku send email ke xbos aku a.k.a managing director situ CC kepada sekretari kompeni.. tapi haram... so this time aku plan nak forward/CC ke semua email BOD kompeni tue huhuhu...then kalu depa give a positive feedback/response di mana aku dapat apa yg dijanjikan jadi aku bertanggungjawab balik utk tarik report. kalu aku masih xde dapat apa apa... so dgn polis report itu aku pegi ke pejabat buruh.

Sebenarnya aku dah cam tawar hati nak 'mengemis' apa yg telah dijanjikan... tetapi kekadang aku rasa menyampah lebih dari 20 email xde satu pom reply... ada satu reply tu pom sebab akaun KWSP bermasalah sebab on last record akaun aku keje dgn kompeni bekas majikan aku nie.. sebab aku keje baru jadi kompeni baru xleh mencarum pasal kompeni lama still xproceed caruman yg sepatutnya.. jadi akaun aku dibekukan xleh kuar atau masuk selagi kompeni lama xsetelkan apa yg patut..   

Email xlepas... nak call? haramlah... kalu aku call dari no aku haram nak angkat.. kalu call sekretari pom xleh buat apa.. call dari no lain pom susah nak dapat ...ermm... keciwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 07:47 AM | Show all posts
Defcon

Salam perkenalan.. Saya rasa sayalah Pn Liza yang medang maksudkan itu..

Dari catatan anda, anda nampaknya yakin bahawa bonus itu dinyatakan dengan jelas
dalam kontrak perkhidmatan anda.


Kalau benar, bonus tersebut merupakan bayaran yang wajib dibuat oleh majikan selain
daripada gaji.. dan perlu diberikan kepada pekerja yang
dijanjikan bonus.. tertakluk kepada
syarat-syarat lain dalam kontrak perkhidmatan yang sama.


Cuba anda semak perjanjian itu... Ada tak syarat-syarat lain untuk melayakkan anda
mendapat bonus itu selain daripada melakukan tugasan
sehingga tamat?  Misalnya, jika
anda masih bekerja di syarikat tersebut? Atau, jika keadaan ekonomi syarikat itu
mengizinkan syarikat
membayar bonus?

Pada prinsipnya, bonus cuma merupakan ganjaran kepada pekerja selain daripada gaji..
sebagai insentif terhadap perkhidmatan yang telah
diberikan oleh pekerja dan bukannya
sesuatu ganjaran yang perlu diberikan oleh majikan kepada pekerja.  


Namun demikian, jika pemberian bonus itu jelas dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan
atau pekerjaan, ia disifatkan sebagai contractual
bonus dan majikan perlu membayar
bonus tersebut.  Lazimnya, masa dan cara pembayaran bagi contractual bonus ditentukan
dalam perjanjian.
Jumlahnya juga ditetapkan dalam perjanjian dan ia tetap perlu dibayar
oleh majikan.. tak kira sama ada majikan memperoleh keuntungan atau
tidak.

Jika anda buat laporan polis, apa yang dapat pihak polis buat?  Apa yang anda mahukan
pihak polis buat?  Adakah laporan itu hanya untuk anda gunakan sebagai dokumen bagi
menggertak
bekas majikan anda?  Adakah anda benar-benar yakin bekas majikan anda
akan merasa goyah apabila membaca laporan polis tersebut?
Atau, mereka hanya akan
berdiam diri kerana laporan polis itu dibuat setelah sekian lama bonus yang anda tuntut
itu perlu dibayar
tetapi masih belum dibayar? Tidakkah nanti bekas majikan anda akan
juga membuat laporan polis bahawa anda telah mengugut mereka.. atau mengancam
mereka..
atau menyebabkan kacau-ganggu.. atau mengganggu ketenteraman mereka
yang telah anda hantarkan email?  Adakah anda mahu perkara ini menjadi police case?


Kalau bonus itu terkandung dalam syarat perkhidmatan atau pekerjaan dan bekas majikan
anda tidak membayar bonus sedangkan syarikat itu wajib
membayarnya, saya setuju
dengan pendapat akinari supaya anda buat laporan di Pejabat Buruh.. atau lebih tepat
lagi di Jabatan Tenaga
Kerja... bukannya di balai polis.

Satu lagi.. anda telah menyebut bahawa bekas majikan anda tidak mencarum kepada KWSP
seperti sepatutnya.  Perkara ini juga boleh anda
nyatakan dalam aduan anda ke Jabatan
Tenaga Kerja.

Semoga berjaya..


[ Last edited by  Liza at 23-8-2008 07:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2008 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by Liza at 23-8-2008 07:47 AM
...Kalau benar, bonus tersebut merupakan bayaran yang wajib dibuat oleh majikan selain
daripada gaji.. dan perlu diberikan kepada pekerja yang dijanjikan bonus.. tertakluk kepada
syarat-syarat lain dalam kontrak perkhidmatan yang sama.

Cuba anda semak perjanjian itu... Ada tak syarat-syarat lain untuk melayakkan anda
mendapat bonus itu selain daripada melakukan tugasan sehingga tamat?  Misalnya, jika
anda masih bekerja di syarikat tersebut? Atau, jika keadaan ekonomi syarikat itu
mengizinkan syarikat membayar bonus? ...


Yea, saya amat pasti saya telah layak untuk menerima bonus tersebut seperti diterangkan di imej di bawah ini:



Ia adalah sebahagian daripada kontrak perjanjian keje. Sememangnya itu sahaja paragraph/chapter yg menerangkan tentang penerimaan bonus. Tujuan saya memaparkan hanya sebahagian saya kontrak ini dari keseluruhan kerana saya masih baik hati sebab xmau reveal itu nama kompeni. But if i got nothing, i will tepek page by page contract itu nanti. Selama saya bekeje setelah kembali dari outstation(kontrak tersebut adalah mengenai tugasan outstation saya, jika saya berjaya setel jadi saya layak utk terima bonus) di sana ada jugak setiap bulan bertanya tentang bonus saya bila hendak di berikan tetapi banyak dalih/janji yang diterima walaupun setiap bulan saya tetap menerima gaji hanya tanpa jumlah bonus tersebut.  Jadi jika saya tidak layak pasti dari awal dia sudah mempertikai. Tiada sebarang definasi/perkataan di dalam kontrak menyebut sekiranya ekonomi gawat atau lelain faktor bonus tersebut akan ditarik/dipikirkan semula.


Originally posted by Liza at 23-8-2008 07:47 AM
...Pada prinsipnya, bonus cuma merupakan ganjaran kepada pekerja selain daripada gaji..
sebagai insentif terhadap perkhidmatan yang telah diberikan oleh pekerja dan bukannya
sesuatu ganjaran yang perlu diberikan oleh majikan kepada pekerja.  
...


Ya saya memahami. Ia merupakan ganjaran kepada saya setelah outstation selama 6 bulan dan berjaya menyiapkan tugasan tanpa sebarang cuti/mc seperti diterangkan dalam imej di atas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2008 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by Liza at 23-8-2008 07:47 AM
...Jika anda buat laporan polis, apa yang dapat pihak polis buat?  Apa yang anda mahukan
pihak polis buat?  Adakah laporan itu hanya untuk anda gunakan sebagai dokumen bagi
menggertak bekas majikan anda?  Adakah anda benar-benar yakin bekas majikan anda
akan merasa goyah apabila membaca laporan polis tersebut? Atau, mereka hanya akan
berdiam diri kerana laporan polis itu dibuat setelah sekian lama bonus yang anda tuntut
itu perlu dibayar tetapi masih belum dibayar? Tidakkah nanti bekas majikan anda akan
juga membuat laporan polis bahawa anda telah mengugut mereka.. atau mengancam
mereka.. atau menyebabkan kacau-ganggu.. atau mengganggu ketenteraman mereka
yang telah anda hantarkan email?  Adakah anda mahu perkara ini menjadi police case?  
...


Saya hanya ingin membuat laporan polis sekadar laporan tanpa tindakan di mana di dalam laporan saya menjelaskan bahawa bekas majikan saya telah melanggari perjanjian yang telah dipersetujui. Betulkan saya jika saya silap, setau saya terdapat pelbagai jenis laporan polis salah satu laporan sekadar laporan tanpa tindakan tetapi untuk rekod. Sebenarnya saya dah jemu/muak/malas dah nak 'mengemis' bonus saya yang xseberapa sebanyak RM300 untuk keje outstation selama 6 bulan. Selama ini saya menghantar email hanya kepada bos saya a.k.a managing director dan cc kepada sekretari kompeni. Jadi, jika saya send email dgn attachment laporan polis pada mereka yg sama pom saya rasa pasti macam sebelum ini juga tiada feedback. Jadi saya berfikir, untuk kali terakhir saya akan send email nanti berserta attachment report polis saya akan email kepada dia dan CC (carbon copy) kepada semua bos bos atasan/BOD. Bos bos atasan selama ini mungkin xamik tau atau tidak berminat untuk amik tau masalah dalaman kompeni mungkin mereka hanya 'sleeping partner' atau just kasik modal sahaja. Jadi setelah mengetahui hal sebenar di harap mereka membuka mata atau do something. Jika mereka (bos bos atasan/BOD) pun buat bodo aje malas amik port. Oklah xkisahlah. sebab, secara peribadi seperti saya katakan tadi hati saya pom dah jemu dah nak 'mengemis' jadi untuk email terakhir ini walaupun kalah jadi abu pom xkisahlah. At least biar semua satu kompeni tau cerita saya.

Jika mereka ingin buat polis report bahawa saya menganggu mereka dgn menghantar email lebih dari 20x untuk dalam masa 3 taun ini, secara peribadi saya tidak kisah. Sebab, jika dikatakan menggangu sudah pasti dari awal semasa saya bekeje di sana di waktu saya menghantar email mereka akan 'menasihati' saya. Saya menghantar email untuk pertanyaan yg sama selama 3 taun dari saya hantar menggunakan kerja saya( contoh [email protected]) sehinggalah sekarang menggunakan email peribadi saya. Sampai sekarang setiap log/report/send status email malah email yg saya dapati sebarang balasan dari kompeni terdahulu saya masih simpan kerana saya tau hal ini akan berlaku dan mungkin berguna. Saya bekeje dgn kompeni IT, memang secara rasmi sebarang pertanyaan/penerangan walaupun telah dikatakan secara lisan akan ditaip di dalam email as 'black n white'. Sebagai contoh situasi katakan sekiranya selepas meeting saya akan hantar email kepada bos untuk menerangkan yg saya telah hadir/mendengar/memahami/maklum balas dari saya tentang meeting tersebut walaupun secara lisan/fizikal/waras semua orang sudah tau masa meeting tersebut.

Laporan polis bertujuan menjadi kes polis? Bagi saya hal itu tidak menjadi masalah di mana niat saya pun hanya laporan tanpa tindakan utk rekod sahaja. Jika jadi kes polis saya sedia bekerjasama dgn yg terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2008 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by Liza at 23-8-2008 07:47 AM
...Kalau bonus itu terkandung dalam syarat perkhidmatan atau pekerjaan dan bekas majikan
anda tidak membayar bonus sedangkan syarikat itu wajib membayarnya, saya setuju
dengan pendapat akinari supaya anda buat laporan di Pejabat Buruh.. atau lebih tepat
lagi di Jabatan Tenaga Kerja... bukannya di balai polis....


Saya tidak berpengalaman dengan pejabat buruh/jtr. thanxs coz memberi panduan. Saya ingin bertanya, sekiranya aduan dibuat di jabatan buruh/jtr adakah saya boleh meminta salinan report tersebut seperti laporan polis? adakah sekiranya ingin membuat aduan perlu membawa bukti bukti yang lengkap selengkapnya dan sekiranya tidak lengkap aduan saya tidak akan diterima. Maksud saya selengkapnya..adakah dari A-Z perlu dikemukan? tidak cukupkah sekadar perlu bawak offer letter n contract? Maksud saya, sekiranya saya menerangkan saya ada menghantar email banyak kali adakah mereka akan mintak saya copy/print semua email/tarik di hantar tersebut? Mengapa terdetik saya hendak membuat laporan polis adalah kerana saya berfikir saya hanya perlu membawa sebahagian dokumen sokongan untuk membuat laporan polis, sekiranya perlu dokumen yang lebih lanjut saya berfikir bila sampai masanya sekiranya hal ini dijadikan kes bertindakan/mahkamah. Walaubagaimanapun saya masih memerlukan info/input dari kengkawan di sini especially Pn Liza untuk menerangkan apakah faktor faktor sebarang aduan/report kepada polis atau pejabat buruh/jtr tidak diterima untuk dilaporkan?

selain itu juga, saya juga 'belajar' dari persekitaran kerja saya yang menyebabkan saya terfikir utk membuat report polis di mana wujud dikalangan dunia korporat di mana pekeje melakukan laporan polis terhadap majikan khususnya bagi sebarang perjanjian yang telah dilakukan walaupun melibatkan kes kes Non-disclosure agreement antara majikan - pekerja atau sesama majikan.


Originally posted by Liza at 23-8-2008 07:47 AM
...Satu lagi.. anda telah menyebut bahawa bekas majikan anda tidak mencarum kepada KWSP
seperti sepatutnya.  Perkara ini juga boleh anda nyatakan dalam aduan anda ke Jabatan
Tenaga Kerja.....


Isu tersebut telah diselesaikan walaupun mengambil masa yang panjang. Ceritanya sebegini. setelah saya berhenti dari kompeni bekas majikan saya dalam tempoh 3/4 saya masih menghantar email kepada bekas majikan saya bertanyakan status bonus dan kwsp saya. Setelah berhenti dari kompeni tersebut, saya bekeje dgn kompeni baru dan outstation di alor star. Oleh kerana akaun kwsp saya diuruskan oleh KWSP KL dan mempunyai 'masalah' dgn kompeni terdahulu jadi saya tidak boleh uruskan dari alor star untuk sebarang urusan sehinggan mendapat 'clearance' dari KL. Sememangnya tiada apa apa yang boleh dilakukan dari alor star kerana akaun saya telah di 'lock' di dalam system mereka di mana kwsp mau saya menyelesaikan di KL. Masalah yang wujud ialah akaun KWSP saya telah didaftarkan untuk menerima caruman dari kompeni terdahulu, oleh kerana kompeni terdahulu tidak melakukan caruman maka pihak KWSP telah menghubungi bekas majikan saya utk kasik setel caruman. Setelah pihak KWSP kasik bikin panas bontot so barulah kompeni itu lakukan apa yg patut. Dan setelah itu baru dapat feedback dari sekretari yg menerangkan caruman saya telah diuruskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2008 12:10 AM | Show all posts
Yes, you are right, Defcon.. you are free to lodge a police report on any matter
under the sun.
Please proceed to do so if you feel that it is the best course of
action for you.


As far as I know.. when you make a complaint to the Labour Department, you don't
need to give the supporting documents just yet.


You can lodge a complaint via phone, sms or email.  Or you can write directly to the
department.  Once you have successfully filed in your complaint, you should get a
reference number for your complaint.. so that you can follow-up on the status later.

More details at:
http://www.mohr.gov.my/callcenter.htm

Another alternative is to file a Statement of Claim in the Small Claims Court.  You can
go to the Subordinate Courts Registry and obtain Form 164 - Summons Form from the
Court Registry Clerk. The form is given free of charge.

However, for small claims, you cannot engage a lawyer to represent you in court.  You
will
have to appear on your own behalf.  If you decide to get a lawyer to help you with
the
preparation of documents, you can do so but you cannot claim the advocacy costs
from
the other party.

More info on Small Claims at:
http://www.lawyerment.com.my/library/doc/litg/smcl/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2008 04:57 AM | Show all posts
Originally posted by Liza at 28-8-2008 12:10 AM
Yes, you are right, Defcon.. you are free to lodge a police report on any matter
under the sun. Please proceed to do so if you feel that it is the best course of
action for you.

As far as I  ...


Terima kasih bebanyak buat Puan Liza. Saya amat menghargai setiap info yang anda terangkan. Jadi keputusan saya selepas ini ialah saya akan membuat laporan polis. Sebarang follow up hal ini saya akan kongsi bersama dgn warga forum di sini untuk pengetahuan bersama. Terima kasih Puan Liza.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 07:00 AM | Show all posts
Originally posted by Defcon at 28-8-2008 04:57 AM


Terima kasih bebanyak buat Puan Liza. Saya amat menghargai setiap info yang anda terangkan. Jadi keputusan saya selepas ini ialah saya akan membuat laporan polis. Sebarang follow up hal ini saya akan kongsi bersama dgn warga forum di sini untuk pengetahuan bersama. Terima kasih Puan Liza.


Sama-sama, Defcon.. I'm glad you find the info useful.. but you don't have
to say 'terima kasih' so many times..

I'm here just like the rest of you.. to share my knowledge and experience..
and to make friends.. I wanted to respond to your post during the weekend
but the server was down. I was so busy during the week that I could only
post my reply last nite.

Thanks for sharing your experience with us.

Take care now.. All the best..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.066360 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list