|
Membawa ikon SE
TELEFON T280 merupakan sebuah telefon bimbit yang sesuai untuk mereka yang mementingkan fesyen dan fungsi yang ringkas. Telefon ini membawa ikon Sony Ericsson (SE) seperti T610 memiliki ciri kamera, Bluetooth dan radio FM.
Ia memiliki rupa paras yang serupa dengan model T270, tetapi apa yang membezakan model T280 ia mempunyai kamera. Kedua-duanya juga memiliki gaya candybar yang nipis, hampir 13 milimeter. Dibina menggunakan logam kilat, ia diserikan dengan kemasan seakan cermin.
Telefon T280 merupakan telefon GSM 850/1900 atau GSM 900/1800. Ia boleh didapati dalam dua varian iaitu sama ada perak dan hitam atau perak dan cooper (tembaga coklat).
T280 menawarkan stail saiz poket klasik dan bawalah ia ke pusat membeli-belah dengan penuh bergaya.
T280 tidak leceh untuk digunakan. Dengan kekuncinya yang bersaiz ideal, anda boleh menaip mesej dengan pantas, tanpa banyak masalah. Dengan kekunci navigasi, anda boleh menghidupkan radio FM atau pergi ke senarai kenalan dengan cepat. Akses kepada kamera 1.3 megapikselnya juga mudah dan hanya dengan satu klik anda boleh memulakan teks mesej yang baru.
Sebagai sebuah telefon bimbit yang menarik, T280 membolehkan anda mengambil atau menghantar foto dengan hanya beberapa klik. Lihat foto-foto yang anda ambil pada skrin telefon bimbit dan kirimkannya kepada telefon bimbit rakan anda menerusi Bluetooth.
T280 juga menerima penggunaan set kepala Bluetooth seperti model HBH-PV770. Set kepala ini dapat melekap di telinga anda dengan baik dan menawarkan audio yang jelas, walaupun dalam suasana yang bising.
Menyokong GPRS, telefon bimbit berdimensi 100 x 45 x 13 milimeter ini hanya seberat 82 gram. Ia dilengkapi memori bina dalam 10 Megabait.
Skrin 1.7 incinya merupakan jenis TFT warna 65k dengan resolusi piksel 128x160. Jangka hayat baterinya mencapai tujuh jam bagi masa bercakap dan 12.5 hari bagi masa bersedia. Ia juga menyokong rakaman suara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|