View: 3403|Reply: 10
|
The Jewel of Medina: Britain terbakar?
[Copy link]
|
|
Nampaknya dunia sastera antarabangsa tidak akan pernah sunyi daripada kontroversi. Selepas Satanic Verses karya Salman Rushdie mencetuskan kegemparan kerana menghina Rasulullah, kali ini pengarang wanita, Sherry Jones, menyalakan api fitnah dengan menghasilkan The Jewel of the Medina.
Novel terbitan Ballantine Books yang dilancarkan bermula 12 Ogos lalu, berkisar pada peribadi isteri Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, yang dimulakan dengan potongan prolog Aisyah yang terpisah daripada rombongan perang di tengah-tengah padang pasir dan kemudiannya difitnah melakukan hal yang tidak sepatutnya pada seorang isteri Rasulullah dan Muslimah.
Bagaimanapun, Jones memutarbelitkan kisah sebenar apabila menyuntikkan elemen fiksyen keterlaluan dengan menganggap Aisyah yang ketika itu berusia 14 tahun, tidak berpuas hati dengan perkahwinannya dan kembali ke Madinah sehingga menimbulkan skandal kerana bersama-sama lelaki lain.
Pensyarah Sejarah Islam di Universiti Texas, Austin, Amerika Syarikat (AS), Denise Spellberg, mengkategorikan novel itu sebagai novel erotik (soft core pornography), selain bimbang terhadap tindak tanduk penerbit untuk pemasaran produk berkenaan.
Ini kerana novel itu mencampuradukkan antara sirah dan fiksyen, selain blurbnya membandingkan novel terbabit dengan Memoirs of a Geisha.
Ringkasan plot pula dibuat secara biadab dan menyebarkan fitnah jahat dengan menyimpulkan: ‘Berkahwin pada usia sembilan tahun kepada lelaki yang lebih tua, Muhammad, A‘isha menggunakan kebijaksanaannya, semangatnya dan pedangnya untuk mempertahankan status isteri pertama meskipun Muhammad berkahwin lagi dan lagi sehingga 12 isteri dan gundik.
[ Last edited by bukunota at 4-9-2008 10:44 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siapa Sherry Jones ini? psyedonym ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 13-8-2008 08:18 AM
siapa Sherry Jones ini? psyedonym ke?
Nama betul rasanya. Tapi biasalah, utk naik cepat dan buku laris cepat, tulis benda kontroversi. Itu jalan pintas bg pengarang baru nak muncul dalam industri buku di AS. |
|
|
|
|
|
|
|
MINGGU ini mungkin boleh diibaratkan sebagai minggu kontroversi bagi sastera dunia apabila novel The Butterfly Hunter karya pengarang Muslim, The Butterfly Hunter, menjadi novel kedua dilabelkan sebagai 憈he next |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SELEPAS gagal menyaksikan novel fiksyen sejarah yang memutarbelitkan sirah Rasulullah berada di pasaran, penulis The Jewel of Media, Sherry Jones cuba 憁enyeludupkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sherry Jones ni memang berusaha sungguh untuk terbitkan bukunya. Memang jenis degil macam Abu Lahab! |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan main belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Marwa Elnaggar mengulas The Jewel of Medina di laman web Islamonline.net. Saya ada perincikan kesilapan fakta dalam novel itu berdasarkan kritikan Marwa di blog saya. |
|
|
|
|
|
|
|
maklumat terbaru pasal buku ini, bakal terbit di britain bulan depan. atas alasan masyarakat terbuka dan karya sastera bermutu tinggi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sama ada disengaja atau kebetulan, novel the jewel of medina diterbit selepas umat islam menyambut aidil fitri, meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Hem... kebetulan? mungkin... mungkin tidak... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|