CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 9

kanak2 dah pandai cakap lucah; apa parents nak buat ni!!

[Copy link]
Post time 19-7-2008 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak sudah pandai cakap lucah

LONDON: Satu kajian yang memperincikan bagaimana golongan remaja menghabiskan masa melayari internet dan menggunakan telefon bimbit mendapati lebih seorang daripada setiap 10 kanak-kanak di Britain berbual lucah secara online.

Ia menunjukkan bagaimana remaja Britain - yang semakin celik teknologi berbanding rakan sebaya mereka di Amerika Syarikat - selalu berbohong kepada ibu bapa untuk memasuki laman web yang tidak sesuai dengan mereka dan berbual dengan orang asing.

Laporan Mobile Life, yang diselia oleh Carphone Warehouse dan Fakulti Ekonomi London, menyatakan 11 peratus remaja berusia 11 hingga 18 tahun berbual lucah secara online, manakala 28 peratus mengaku melayari laman web lucah.


Ramai berpura-pura melakukan kerja rumah sedangkan mereka melayari internet, dengan 49 peratus mengaku mereka menipu ibu bapa masing-masing mengenai apa yang dilakukan secara online.

Laporan yang dikumpulkan hasil tinjauan ke atas 6,000 penduduk, juga menganalisis perbezaan antara remaja Amerika dan Britain, dengan golongan itu di Britain kelihatan lebih sofistikated.

Sebagai contoh, 53 peratus remaja Britain berkomunikasi menerusi kamera web, sesuatu yang cuma dilakukan oleh 18 peratus rakan mereka di Amerika. - Agensi



bukan aku nak cakap aper... mmg budak2 sekarang ni cakap melucah bukan main lagi... belum 12 tahun lagi pun tapi dah tahu semua perkataan2 kotoq tak kira ler  bahasa melayu ke  english ke.... kalu setakat  f word tu.... macam ayaq aje  keluaq dari mulut depa... tak yah citer ler kalu takat babi  si-al   pookey sumer tu.... mcm perkataan hari2 ler pulak...

jadi aku harap mak pak tulun pantau juga cara berkomunikasi dgn anak... kalu parents pun banyak songeh dok memaki melucah kalu cakap dgn anak... jangan lak jadi ketam wokey....

aku ni cakap gak ler f word bila aku bengang dengan drebar budus  atau cut queue... tapi mmg aku tak akan swear atau melucah depan anak2 menakan aku...  harus mak aku tampaq aku...  walaupun aku dah besaq nih...  setakat dgn member2 wokey...

jadi mak pak...  jagalah pekerti anak2 kome  wokey....  kalu yg ada internet tu  buat lock supaya depa tak leh surf x rated website etc....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2008 08:59 AM | Show all posts
zaman modenisasi n globalosasi lah katakan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 09:30 AM | Show all posts


tu ler, budak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 10:04 AM | Show all posts
yang lagi sakit ati,biler budak mencarut depan mak pak,parent buley buat bodo je
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 01:44 PM | Show all posts
risau jugak bila this thing happen to my kids. even though he's 3..but he uses internet a lot...and surf sendiri kat youtube tgk la favourite tv show dia. mmg i dah start worry and thinking about parental lock software.

dlm hal ni..i mmg tak akan bagi muka kat anak if dia ckp tak elok. even now dia start start saying " Silly boy!" to the lil bro pun i dah worry.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by gelugugu at 19-7-2008 10:04 AM
yang lagi sakit ati,biler budak mencarut depan mak pak,parent buley buat bodo je   




selalu memang gitu kerana fikirkn budak masih kecil...
malah ada yg tersenyum bangga...

x hairan lah sekarg mudah kita berjumpa ngan remaja yg kurng ajar  perangai dan perbuatannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2008 12:10 AM | Show all posts
adeh...sabor je...

teringat masa kecik...nak sebut..bon**T pon takut...apatah lagi nak cakap lucah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 01:14 PM | Show all posts
kdg2 tu pengaruh member2.. ada jgk stgh bdk tu, kt dpn mak bapak satu bnda pn xsbt, sbb da pernah kna warning.. ngan kwn2 suma lps
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 09:39 PM | Show all posts

SEMUANYE BERMULA DI RUMAH

zaman berubah dunia dah maju heheh

pe pun pada aku, SEMUANYE BERMULA DARI RUMAH!

kalo parents pandai didik anak, tegas dan menunjukkan contoh yang baik insyaallah anak akan ikut. kalo parents cakap tak elok anak pun ikut le,sebab itu yang dia nampak mula2.

faktor luaran tu sampingan je. pandai2 parents mengawasi anak2 mereka.

berdasarkan pengalaman aku mengajar dan kenal anak murid, kalo diperhatikan kat sekolah tu, tgk murid je pun dah agak mcm mana suasana umah dia dan keluarganye. bile open day, parents masing2 datang, lagi le tekaan cikgu2 ni betul atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #9 teacher_shakira's post

bloeh dikatakan kebykn budak belajar bende mcm nie kat sek..
maksud sy bersama kawan2 nya..

apakah para guru dan phak sekolah tak menyedarinya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.077092 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list