View: 7173|Reply: 3
|
Ruangan sastera di Berita Harian
[Copy link]
|
|
Ini entri saya di blog tentang sastera, Kawat.
Sejak Ahad lepas, SMS banyakmengetuk peti mel telefon. Cerpen dan puisi tidak lagi disiarkan padahujung minggu itu. Apakah ruangan kreatif itu sudah dimatikan? Begitumaksud di sebalik pertanyaan mereka.
Ketukan SMS makinmenjadi-jadi pada Selasa lepas apabila penulis dan pengarang mendapatiruangan Sastera tidak ada seperti kebiasaannya.
Saya hargaikeprihatinan dan sensitiviti rakan-rakan. Saya harap anda tidakberpatah hati untuk membeli akhbar hari ini seperti kebiasaan. Hanyauntuk menatap ruangan sastera.
Bagi pembaca yang ingin berkongsi pandangan dan pendapat tentang sastera serta budaya, bolehlah e-melkan kepada kami di [email protected] atau kepada saya, [email protected] dan 10 e-mel terbaik dalam sebulan akan terima hadiah bulanan.
# HALAMAN SasteraBerita Harian akan turut mengalami perubahan ekoran keputusan syarikatuntuk berubah daripada akhbar broadsheet kepada kompak mulai 6 Julaiini dan halamannya akan menemui pembaca pada setiap Khamis, Jumaat danSabtu.
# Empat halaman akan menemui pembaca pada setiap Khamisdengan dua kolum baru diperkenalkan iaitu Mewah Bahasa bersamaPensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM),Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Nor Hisham Osman.
# Kolumdalam bentuk lelucon ini bertujuan memberi peluang kepada pembacahalaman Sastera Berita Harian mengetahui adanya beberapa cara untukmenyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbezadisebabkan perbezaan dialek, taraf sosiol dan generasi.
# Satulagi kolum baru yang diperkenalkan ialah E-mel dan Anda yang bertujuanmemberi peluang kepada semua individu meluahkan pandangan berhubung isusastera, bahasa dan bangsa untuk dikongsi dengan pembaca lain.
# Semua pandangan seringkas yang mungkin perlu dikemukakan melalui e-mel [email protected] dan perlu disertakan dengan alamat lengkap, nombor telefon dan kad pengenalan sebagai langkah keselamatan dan kebertanggungjawapan terhadap pandangan masing-masing.
#Halaman Sastera Khamis juga akan membawa pembaca merenung sejenak isusekitar bahasa, budaya dan bangsa yang dipersembahkan dalam bentukringan, tetapi wajar diberi perhatian melalui kolum Warna Kehidupan.
#Halaman Sastera dan Seni yang sebelum ini menemui pembaca Sabtu dibawake Jumaat dan jumlah halamannya dikekalkan manakala Susastera yangditukarkan kepada Kreatif akan diterbitkan pada setiap Sabtu.
# Semua karya untuk halaman Kreatif masih menggunakan e-mel yang sama [email protected] dengan syarat serupa manakala kiriman melalui pos perlu dialamatkan kepada Kreatif, Berita Harian, 31, Jalan Riong, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
nice info... kalo rajin boleh la hantar penulisan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 15-7-2008 10:00 AM
nice info... kalo rajin boleh la hantar penulisan
Kami memang mengharapkan e-mel pembaca tentang sastera, seni dan budaya. Moga ahli forum cari turut hantar e-mel kepada saya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|