CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24911|Reply: 18

[Merged] Tentang Cuka (Vinegar)

[Copy link]
Post time 7-1-2008 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Many muslim peoples using it to health benefit and in their cooking. Many brands we can have in any supermarket, phamarcy and also cosway. But I keep wondering if it is halal since the cider vinegar = alcohol.
http://www.apple-cider-vinegar-benefits.com/home-remedies.html

[ Last edited by  antiQue at 9-7-2008 10:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 10:32 AM | Show all posts
Thread pasal ni ada dlm board masak masak - kalau rajin carilah dkt sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 10:32 AM | Show all posts
erk!!! tak halal ke??? tp bukan mabuk kalau minum....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 10:35 AM | Show all posts
sebenarnya begini cik adik,

sebarang sebatian karbohidrat (termasuk gula) apabila diperam/difermentasikan(kebiasaanynya melibatkan m/o jenis saccharamyces) ia akan memecahkan sebatian karbohidrat tersebut kepada guila ringkas, kebiasaanya glukos. Apabila diperam lagi, ia akan memecahkan glukos kepada alkohol. dan apabila alkohol ini diperam lagi, ia kan memecahkan alkohol kepada asid (biasanya asid asetik) yang dipangguil cuka.

Cuka/asid asetik merupakan produk akhir di dalam proses fermentasi karbohidrat. Untuik mengurangkan kos, pembuat cuka kebiasaanya akan membeli alkohol daripada pengilang arak (yang menghasilkan alkohol dariupada buiah-epal, angguir dan sebagainya). Diu mana alkohol tersebut akan difermen puila sehuingga menghasilkan cuka/asid asetik.

Ini kerana, jika pembuat cuika tersebut ingin memulakan proses pembuatan cuka bermuila daripada proses pertama, maka pengilang cuka harus menyediakan ruang yang sangat luias untuk 3 peringkat fermentasi,

Karbohidrat to gula ringkas

gula ringkas to alcohol

     dan, lastly..

alcohol to asid asetik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 10:39 AM | Show all posts
maksudnye halal la ye cik abang...tarabas1976

terima kasih bery much la ...pasal i would like to consume this product in large quantity for healty.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 10:42 AM | Show all posts
vinegar = cuka, kalau apple vinegar tak boleh makan, maka segala jenis cuka lain pon tak bley makan la.. termasuk yang mak kita pakai utk masakan feveret kita.. kecuali kalau nama misleading.. macam guinea pig la.. it is rodent/tikus family, not pig family..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2008 10:53 AM | Show all posts
macam mana nie comfius dah apple cider vinegar halal atau tidak??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 07:26 PM | Show all posts
vinegar (cuka) tu boleh dibuat dari berbagai-bagai bahan...

dari buah, dari gandum, dari bahan kimia...

sefaham saya, cuka dan apa2 jenis cuka ada acetic acid, cuma peratusannya berbeza bergantung kepada cara pembuatannya

kalau ada kandungan alkohol yang memabukkan, maka haram lah ia

Yang dinamakan cuka tu bila dah jadi asid, jadi kalau apple vinegar tu macam vinegar yang lain yang tiada kandungan alkohol maka bolehlah ia digunakan...


maklumat tambahan:
http://www.askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=8af3c749443f13fd9d80f18406018232

[ Last edited by  mnm77 at 7-1-2008 07:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2008 03:53 AM | Show all posts

Spirit Vinegar halal dimakan ke?

Assalamualamualaikum.

Saya ada satu kemusykilan.

Saya tinggal di luar negara, dan sangat menitik beratkan apa yang saya makan.
Kadang-kadang teringin jugak la nak makan ready made foods yang jual kat supermarket, dan selalunya saya akan baca ingredients dulu sebelum beli untuk pastikan bahan2nya halal (at least suitable fo vegetarian).

Selalunya makanan di sini mereka letak cuka untuk kasi tahan lama. Kalau nampak white wine vinegar among the ingredients tu saya tak belilah. Tapi saya kurang pasti tentang spirit vinegar (and malt vinegar). Adakah spirit dalam kategori alkohol? Yang saya perasan kebanyakan salad dressings banyak letak spirit vinegar ni, contohnya thousand islands, caesar dressing etc.

Harap ada yang sudi menjelaskan.

Terima kasih.

Salam.

Regards,
land_lady
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:10 PM | Show all posts
apple vinegar haram?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:20 PM | Show all posts
Nira...

Masa baru lepas pungut (manis)=halal, pastu beberapa lama ia masam jadi tuak=haram....simpan lagi beberapa lama jadi cuka (cuka nipah)=halal balik.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 03:11 AM | Show all posts
            In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalaamu `alaykum waRahmatullahi Wabarakatoh
Itis permissible to consume balsamic vinegar as long as the effects ofalcohol are not present. It is stated in the books of Islamicjurisprudence that it is halaal to consume the vinegar made from wine.  


Ooo... Kalau gitu spirit vinegar halal la kan?
Kalau wine punya vinegar pun halal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 06:52 PM | Show all posts
jadi?kesimpulan disini?apple vinegar haram?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 01:43 PM | Show all posts
Majority ulama berpendapat sekiranya arak bertukar menjadi cuka dalam proses fermentation semulajadi tanpa ditambah apa-apa mekanisma untuk mengubahnya menjadi cuka, the consumption is allowed. Tetapi jika ditambah apa-apa dalam proses mengubahnya menjadi cuka, ulama berbeza pendapat. Ada yg kata boleh, majority berkata tak boleh. Imam Hanafi berpendapat, walaupun ianya ditambah dengan benda lain untuk mengubahnya menjadi cuka, ianya masih halal. Ini kerana arak tu haram disebabkan oleh element intoxication yg ada dalam tu, jadi apabila element intoxication tu dah dinyahkan, maka halallah jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mane pulak dengn bragg apple cider vinegar ?tnye dekt  farmasi this brand got halal crtfct . But bile search some said cuka epal yg got 'cider' tu haram ... Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 12:38 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 9-2-2015 12:42 PM
amiracun replied at 8-2-2015 06:48 PM
Mcm mane pulak dengn bragg apple cider vinegar ?tnye dekt  farmasi this brand got halal crtfct . But ...

Kalau ada kandungan ethanol dalam vinegar tu dalam kuantiti yang sangat sedikit, memang ada beza pendapat:

1) Pendapat yang mengharuskan:
ethanol yang dalam kuantiti kecil yang tidak memabukkan tidak dikira sebagai arak (halal)

2) Pendapat yang mengharamkan
ethanol dalam cuka dikira sebagai arak walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Bila ada khilaf Ulama, ada kelonggaran untuk ummat...

WAllahu a'lam

p/s: mula-mula saya tak faham langsung 'crtfct' tu apa. Rupanya certificate (betul tak?). Harap dapat tulis penuh bila buat pertanyaan untuk memudahkan orang lain jawab. Bahasa ringkas sms sesuai untuk sesama kawan yang biasa dengan tulisan macam tu, akan tetapi pertanyaan di ruangan umum tak sesuai guna bahasa ringkas sms.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 11:15 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 11-2-2015 11:18 AM
land_lady replied at 11-7-2008 03:11 AM
Ooo... Kalau gitu spirit vinegar halal la kan?
Kalau wine punya vinegar pun halal.

Wine tu asal dari apa? Dari yang halal juga kan? Contoh wine yang dibuat dari arak dari perahan anggur. Anggur tu halal. Tapi bila dah jadi wine yang memabukkan, maka haram lah ia.

Namun seeloknya lebih baik kita jauhi vinegar yang dibuat dari wine (kalau ada la), jika ada banyak lagi alternatif vinegar lain yang lebih baik cara pembuatannya (tak perlu cari vinegar yang dibuat dari wine).

Dari aspek ekonomi pula, saya tak rasa cuka/vinegar dikomersilkan khusus dari minuman arak/wine yang telah dikomersilkan, sebabnya minuman arak yang dikomersilkan biasanya ada ramuan tambahan. Sebab tu ada banyak jenis arak. Bila nak buat cuka dari wine, ada unsur kimia yang kena dikeluarkan dan proses ni bukannya mudah.

Arak, yang memabukkan, ada peratusan ethanol (alkohol) di dalamnya, dan biasanya ada juga campuran bahan-bahan lain.

Dalam pembuatan cuka pula, ethanol yang terbentuk tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain, sehingga pembentukan ethanoic acid hasil dari tindak balas kimia.

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 04:35 PM | Show all posts
@amiracun @mnm77

Setahu saya vinegar tu cuka.  Sebelum sampai peringkat cuka, mesti dia jadi arak dulu.  Tapi yang mengusahakan tak jual arak, dia jual cuka.  Malangnya, arak lagi mahal dari cuka, jadi kebiasaannya lah, orang tu pergi jual jugak arak sebelum jadi cuka.

Arak tu memabukan, cuka tidak.  Kalau diikut maksud alquran dan hadith, cuka jenis apa pun, adalah halal.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim: 3733)

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 04:52 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 11-2-2015 04:59 PM
ibnur replied at 11-2-2015 04:35 PM
@amiracun @mnm77

Setahu saya vinegar tu cuka.  Sebelum sampai peringkat cuka, mesti dia jadi arak ...

Umumnya saya setuju dengan ibnur.

Cumanya berkaitan dengan takrifan arak:
Sebelum sampai peringkat cuka, mesti dia jadi arak dulu

Jika ethanol itu ditakrif sebagai arak, umumnya saya setuju, berdasarkan proses tradisional penghasilan cuka (ethanoic acid) dari ethanol. Saya lebih cenderung kepada takrifan arak itu minuman memabukkan (ada ethanol dan bahan-bahan campuran lain)

Cuka sintetik yang diperolehi dari petroluem, tak semestinya dari arak (minuman).

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Benar. Yang jadi khilafnya, macam tapai yang ada kuantiti ethanol yang sangat sikit. Ia tidak dikategorikan sebagai memabukkan, justeru tidak  dikategorikan sebagai arak walaupun ada kandungan ethanol yang sedikit.

Dari hadith di atas, dari segi hukumnya ada khilaf pendapat:

1. Arak yang memabukkan, kalau diminum sedikit pun tetap haram. Ini disepakati dari hadith di atas.

2. Makanan/Minuman yang ada kandungan ethanol yang sangat sedikit, yang mana jika makan atau minum banyak mana pun tak memabukkan:
- pendapat 1: dianggap halal (sebab tak memabukkan walau dimakan/minum dalam kuantiti yang banyak)
- pendapat 2: tetap haram, kerana ada unsur arak yang sedikit (ethanol)

Yang no 2 tu khilaf.

Tapi kalau ambil takrifan setiap yang ada ethanol itu sebagai arak, dan hadith di atas diguna pakai, maka tapai pun jadi haram walaupun tidak memabukkan. Namun ada hadith lain pula kan?

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.078149 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list