CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 1

the seven worst things good parents do!!!

[Copy link]
Post time 24-6-2008 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Ilham John C. Friel

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN

Buku ini mengisi penjelasan yang sangat jernih dan contoh-contoh konkrit yang dikumpulkan daripada pengalaman pengarang selama 40 tahun sebagai pakar psikologi dan 15 tahun sebagai orang tua.



JOHN dan Linda telah mengenal pasti tujuh kesalahan
terbesar yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
- Gambar hiasan

TIADA ibu bapa yang tidak mahukan kejayaan anak-anak. Namun, dalam perjalanan menuju kejayaan, ibu bapa sering terlupa bahawa anak-anak turut merasakan tekanan untuk memenuhi impian kejayaan sendiri dan impian orang tua.

Membesarkan anak-anak adalah pengalaman yang paling membahagiakan sekali gus menakutkan yang pernah dirasakan manusia. Ini juga menandakan bahawa kita lebih 'bingung' dan prihatin tentang cara mendidik anak-anak dibandingkan dengan hal-hal lain di dunia. Meskipun bingung dan tidak percaya diri, kebanyakan ibu bapa peduli dengan apa yang terjadi pada anak-anak mereka.

Ketika kita memasuki abad ke-21 bersama gelombang teknologi maklumat dan komunikasi, adalah sangat penting kita menyedari bahawa kita masih peduli tentang dasar-dasar kehidupan. Bahawa apa pun terjadi, kehidupan yang lebih bermakna harus dilalui dan anak-anak amat penting bagi meneruskan kehidupan yang bermakna dengan didikan sempurna daripada orang tua.

Ini dikemukakan oleh pengarang buku The Seven Worst Things Good Parents Do, John C. Friel dan Linda D. Friel. Buku ini terhasil daripada pengalaman mereka mendidik dan membesarkan anak, di samping pengalaman banyak ibu bapa tua yang berkonsultansi dan bekerjasama dengan mereka. Membesarkan anak dapat memberi tekanan besar pada sumber daya emosional, kewangan, intelektual, spiritual dan keupayaan fizikal suami isteri.

Tidak aneh jika kajian tentang kebahagiaan perkahwinan menunjukkan bahawa suami isteri akan merasakan kepuasan terbesar dalam perkahwinan mereka adalah ketika anak pertama dilahirkan dan setelah anak terakhir meninggalkan rumah.

Saat ini, apabila kita melihat realiti yang berlaku dalam masyarakat, mungkin dapat dengan mudah kita mengatakan bahawa banyak ibu bapa begitu tidak 'dewasa', sehingga mereka memberi kesan kepada anak-anak dalam didikan masa depan. Anggapan ini selalu benar pada tahap-tahap tertentu, dan kerana tidak seorang pun daripada mereka yang sepenuhnya 'dewasa'.

Sehingga pemahaman tentang konsep membesarkan anak-anak bagi ibu bapa bukanlah menyangkut 'siapa yang cukup dewasa untuk membesarkan anak-anak?' melainkan 'bagaimana kami (ibu bapa) boleh tumbuh lebih dewasa, dan bilakah boleh melakukannya?'

Salah satu penemuan menggembirakan yang diungkap oleh John C. Friel dan Linda D. Friel dalam buku ini ialah tidak pernah ada kata 'terlambat' bagi ibu bapa untuk 'berisiko' tumbuh menjadi lebih dewasa, dan jika mengambil risiko ini, pengaruhnya akan selalu positif kepada anak-anak mereka.

Namun begitu, menurut John dan Linda, dalam 'keghairahan' kita selaku ibu bapa mendidik anak-anak, kita tanpa 'sedar' selalu cenderung melakukan dua hal iaitu pertama, kita melakukan apa yang telah dilakukan terhadap kita atau melakukan kebalikan daripada apa yang telah dilakukan terhadap kita.

Memang, jika kita diperlakukan dengan buruk, seperti diasuh atau dibesar dalam struktur yang terlalu kaku dengan terlalu banyak peraturan, kita akan mengulangi hal yang sama pada anak-anak kita. Kedua, banyak daripada kita merasa begitu bersalah tentang tindakan kita sebagai ibu bapa sehingga kita cuba mengimbangi kesalahan-kesalahan kita dalam satu hal dengan menjadi terlalu permisif dalam hal yang lain.

Apakah anda bertengkar dengan isteri? Apakah anda bercerai? Apakah anda menghabiskan waktu hanya untuk bekerja. Terkadang untuk mengubati kesalahan kita selaku orang tua, kita memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat sesuatu yang diinginkannya, paling tidak membenarkannya menonton rancangan televisyen sesuka hati.

Itu seharusnya cukup untuk mengubati 'rasa sakit' yang telah mereka alami. Bagi John dan Linda, ini adalah tindakan yang salah bahkan ia hanya menanamkan rasa sakit hati di atas 'rasa sakit' yang sedia ada.

Untuk itu, John dan Linda telah mengenal pasti tujuh kesalahan terbesar yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Menurut mereka, tujuh kesalahan tersebut meliputi kebiasaan-kebiasaan seperti memanjakan anak, mengabaikan perkahwinan (salah faham antara suami isteri), memaksa terlalu banyak kegiatan kepada anak-anak, mengabaikan kehidupan emosional-spiritual, gagal menjadi sahabat anak, gagal memberikan anak struktur yang membina dan mengharapkan anak mewujudkan 'mimpi orang tua' atau memenuhi impian orang tua dan bukannya impian anak-anak.

John dan Linda menyedari bahawa senarai daftar tujuh kesalahan itu tidaklah mencukupi bahkan terlalu banyak. Namun, daripada senarai daftar kesalahan tersebut, mungkin saja yang tidak berlaku untuk sebahagian orang tua atau mungkin saja tidak berlaku untuk semua orang.

Melalui buku ini sebenarnya, pengarang ingin menunjukkan bahawa dengan memahami kesalahan-kesalahan dalam mendidik anak, para ibu bapa dapat secara efektif memperbaiki hubungan dengan anak-anaknya. Untuk itu, pengarang telah mengemukakan langkah-langkah serta saranan-saranan berguna dalam mendidik anak-anak.

Namun begitu, mereka menyedari bahawa saranan-saranan itu masih lagi boleh diperbaiki. Untuk itu juga, pengarang dengan segala kerendahan hatinya hanya meminta kepada kita (pembaca buku) untuk memberi buku tersebut kesempatan.

Ungkapnya, 'cubalah salah salah satu konsep daripada langsung menolaknya!' Sekalipun tidak secara jelas menyatakan ia memiliki jawapan yang benar, pengarang berharap pembaca khususnya ibu bapa ketika membaca buku ini, mungkin akan mendapati bahawa sebahagian kesulitan yang dialami sebagai orang tua, sedikit sebanyak diakibatkan oleh salah satu kebiasaan atau kesalahan yang disebutkan di dalam buku ini.

Buku ini ditulis dengan tujuan untuk membantu keluarga-keluarga yang menghadapi masalah tertentu. Sebahagian besar fokus buku ini ditujukan kepada keluarga-keluarga yang sedang berada di tengah krisis atau di ambang krisis, tetapi mungkin tidak menyedarinya.

Pada umumnya, isi pokok buku ini boleh diterapkan melalui berbagai cara oleh semua keluarga. Kalau pun ditemukan contoh-contoh dalam buku ini yang mungkin tidak sesuai, pengarang mempersilakan pembaca untuk mengeksplorasikannya sesuai dengan situasi yang dialami. Yang lebih penting lagi adalah kenyataan fakta, bahawa daripada tujuh kesalahan ibu bapa yang dibahaskan dalam buku ini, bukanlah kesalahan yang mungkin seringkali dilakukan oleh banyak orang tua.

Memukul, menyiksa atau memarahi anak-anak mungkin akan nampak jauh lebih buruk berbanding tujuh kesalahan ini. Oleh itu, pengarang berharap bahawa mesejnya sangatlah jelas bagi pembaca.

Untuk itu, ketika pengarang memilih tajuk buku ini, The Seven Worst Things Good Parents Do, mereka seringkali berjumpa dengan banyak orang yang yakin bahawa mereka adalah 'orang tua yang hebat' hanya kerana 'tidak menyiksa' anak-anak. Akan tetapi kenyataan menunjukkan, bahawa sering terjadi perkara sebaliknya iaitu kekeliruan dalam memahami dan mengasuh anak-anak.

John C. Friel dan Linda D. Friel sebelum ini telah banyak melahirkan buku-buku best seller mengenai pendidikan anak-anak seperti Adult Children: The Secrets of Dysfunctional Families; An Adult Child's Guide to What's Normal; The Grown Up Man; Rescuing Your Spirit dan The Soul of Adulthood.



pada mak pak.. kat sini... boley la  beli buku ni... baguih juga...tau  apa 7 perkara yg teruk yang parents yg baik buat pada anak2 depa!!!...     aku pun nak beli  nanti bagi birthday gift kat awex aku...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 08:51 AM | Show all posts
setahu i.....semua input yg diberikan tu, dah lama dibincangkan dlm board nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.854993 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list