View: 2997|Reply: 1
|
bayi senang dijangkiti penyakit!!
[Copy link]
|
|
Bayi mudah dijangkiti
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Pesakit pneumokokal berisiko kehilangan upaya pendengaran, gangguan pembelajaran, kelewatan bertutur, kecacatan mental malah kematian.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0622/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg)
BAYI berusia sehingga 24 bulan berisiko tinggi dijangkiti
pneumokokus disebabkan kandungan antibodi pneumokokus
mereka yang rendah.
PENYAKIT pneumokokal (PnD) perlu diberi tumpuan serius dalam perkembangan kesihatan kanak-kanak. Ancamannya yang dikenal pasti secara global menyebabkan kematian seramai satu juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun, khususnya di negara-negara membangun.
Biarpun ia berbahaya, hanya 31 peratus daripada golongan ibu bapa di Malaysia menyedari betapa serius penyakit ini.
Dalam rekod bidang perubatan, terdapat banyak kes PnD memberi kesan kekal kepada pesakit. Ia menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal hingga mengalami terencat mental, pekak, lembam pertuturan dan paralisis.
Lebih membimbangkan adalah apabila didapati bakteria Streptococcus pneumoniae (yang mengakibatkan PnD) sudah menjadi kebal terhadap antibiotik, sekali gus membuatkan pengurusan penyakit pneumokokal bertambah sukar.
揇isebabkan PnD adalah penyakit yang disebarkan melalui udara, kanak-kanak ini perlu diberi suntikan vaksin menentang penyakit untuk mengelakkan jangkitan pernafasan yang berulang.
揗isalnya, apabila kanak-kanak tinggal beramai-ramai di rumah kebajikan atau pusat penjagaan, seorang kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan mudah menyebarkannya kepada kanak-kanak lain, |
|
|
|
|
|
|
|
nape skang gomen x wajibkn suntikan ni sedangkn penyakit ni leh katakn bahaya pd pengidapnye.. bila wajib secara x langsung leh la babies dpt free injection kat klinik2 kerajaan.. maklum la.. injectionnye mahal kan..pd ibu bapa yg x mampu mcmana?? klu co. leh tanggung x pe la gak..ini semata parents yg berpendapatan rendah yg mmg x afford utk amik injection ni utk bb diorg..![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|