View: 17402|Reply: 19
|
Mengelak Anak Lemas Ketika Tidur -
[Copy link]
|
|
Elak anak lemas tidur
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
Selimut dan bantal yang banyak boleh menyebabkan bayi sesak nafas dan mati lemas ketika tidur.
POSISI tidur yang betul memberi kesan yang baik pada pembesaran si kecil. -
MEMILIKI cahaya mata antara pengalaman dan saat manis yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika sebelum ini hidup berdua, tetapi kini kehadiran anak memberi sinar baru dan pelengkap bagi sebuah keluarga.
Seperti yang kita sedia maklum bayi yang baru lahir rutin harian mereka hanya tidur dan melelapkan mata. Selepas berusia tiga bulan ke atas, barulah kita berkesempatan bermain dan bermesra dengan si kecil.
Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenai posisi tidur bayi yang betul.
Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan.
Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor, bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan. Namun begitu katanya, biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiring yang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi.
Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas.
Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.
"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, mereka lebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniarap tetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Mereka berpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dan kurang bijak.
"Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidur bayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)," katanya.
DR. Norrashidah memberitahu bayi normal dan tidak
normal mempunyai posisi tidur yang berbeza.
Menjelas lanjut terdapat juga segelintir ibu bapa yang menidurkan anak-anak dalam keadaan meniarap. Tiada salahnya tetapi ibu bapa perlu memastikan tilam yang digunakan tidak lembut. Dan, letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa selesa.
Jika ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mengalihkan muka mereka ke sisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas tidur dalam keadaan begitu. Anda juga boleh memilih untuk menidurkan bayi secara mengiring dan yang paling penting letakkan sebiji bantal di bahagian belakang supaya bayi tidak terlentang secara mengejut.
Sementara itu, kepada ibu bapa yang memiliki bayi yang tidak normal seperti pra-matang atau sindrom down, mereka perlu menitikberatkan soal posisi tidur anak-anak. Dalam keadaan ini, posisi tidur terlentang tidak digalakkan buat bayi yang tidak normal.
Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka cukup lemah dan lembik. Disebabkan itu mereka tidak boleh tidur dalam posisi terlentang kerana mudah mengalami sesak nafas dan lidah serta rahang mereka akan terjatuh ke belakang.
Seperti yang diketahui, bayi yang baru lahir akan tidur antara 16 hingga 18 jam sehari. Mereka akan terjaga sekiranya hendak menyusu dan menukar lampin. Atas faktor tersebut, ibu bapa dinasihatkan supaya menukar posisi anak-anak setiap dua jam sekali kerana biasanya bayi yang baru lahir sukar untuk bergerak sendiri.
Ibu bapa juga disarankan supaya:
* Menggunakan tilam yang rata dan keras. Penggunaan tilam air, tilam angin, bantal yang lembut tidak elok untuk keselamatan bayi. Ini kerana apabila bayi menukar posisi tidur dalam keadaan meniarap, mukanya boleh terbenam ke dalam tilam atau bantal yang lembut itu. Kesannya, mereka akan mengalami sesak nafas.
* Sebelum tidur pastikan suhu badan bayi anda tidak terlalu panas. Gunakan selimut yang nipis atau pakaian bayi yang sesuai dengan suhu bilik tidurnya untuk mengurangkan penggunaan jumlah selimut yang banyak.
* Tidak menjadi masalah sekiranya bayi tidur di dalam bilik ibu bapa, tetapi elakkan berkongsi katil bersama ibu bapa. Menurut Norrashidah terdapat dua kes yang diterima mendapati bayi mati dek kerana terhimpit secara tidak sengaja di celah antara ibu dan bapanya.
Selain itu, lebih menyakitkan apabila tangan atau kaki si ayah atau ibu terletak di atas perut atau kepala si bayi, lalu menyebabkan bayi lemas.
Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa haruslah menidurkan bayi di dalam katil bayi yang berasingan.
Bukan itu sahaja, pastikan persekitaran tempat tidur bayi tidak dipenuhi dengan selimut tebal, anak patung atau bantal yang terlalu banyak. Ini kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas dan sesak nafas apabila bertukar posisi tidur. Cukup dengan sebiji bantal dan sehelai selimut yang menutupi dari paras dada ke bahagian kaki.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kebanyakkan parents di barat tidurkan bayi mereka menelangkup - meniarap -
tapi kepala tu di tolehkan dan tidak ada bantal.. or even selimut..
(unless winter)... kat malaysia budaya lain.. dan biasanya bayi ditidurkan
menelentang.. - ada pros and cons... parents lebih peka tentang anak2 mereka
tapi still kena tengok juga tentang keselesaan bayi tu sendiri --
yang paling bagus - letak la bayi awak tu kat crib dia sendiri - tak payah la tidur
dengan dia - melainkan masa dia nak mula2 tidur dan menyusu.. - bila dia dah
tertidur tu.. pindahkan.. bagi ruang pada dia.. dan juga pada parents - |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat berguna dan menarik kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa ... Ibu bapa bukan sahaja perlu menjaga anak diwaktu mereka bermain , waktu mereka makan bahkan waktu mereka tidur juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya ... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info.... |
|
|
|
|
|
|
|
KENAPA TIARAP BUKAN TERLENTANG?
Sy nk share info pasal posisi baby tido dgn forumer kat sini..
-Sudah menjadi fitrah Allah SWT bahawa otak manusia dibangunkan secara bertahap2.Tidak lemaskah anak itu? Tengkuknya belum kuat lg. Benar. Tengkuk anak belum kuat lg di peringkat awl tp sekiranya
ank anda berada dlm posisi meniarap, dia akn mula menggerakkan kepalanya. Dan apabila ini berlaku, secara automatik tengkuknya akan dirangsang dgn pergerakan yg ank ini lakukan. Tilam utk bayi pula tidaklah terlalu empuk atau lembut. Belilah tilam yg tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Lebih byk pergerakan kepalanya, lebih byk stimulasi yg diterima, lebih kuat tengkuk ank itu. Dengan itu,dia akn mula mengangkat kepalanya. Alhamdulillah.
-Tiarapkan ank sejak dilahirkan lg. Pd peringkat ini, ank mempunyai gerakan refleks yg membolehkan dia menggerakkan tangan dan kakinya. Dan pd peringkat ini, sekiranya ank diletakkan dlm posisi terlentang, dia tidak akan dapat menggunakan gerakan refleks ini dan pembangunan ketahap seterusnya terbantut. Selepas dua hingga tiga bulan, apabila dia mulai bosan, barulah ank ini belajar memusingkan badan.
-Berbedung, satu amalan org melayu terutamanya pd peringkat kelahiran ank itu utk menggelak drpd masuk angin, elakkan bayi drpd terperanjat dan ank mencakar muka dan menarik tali pusatnya.
-Amalan ini menghalang pembangunan ank itu. Bedung akn menghalang ank kecil drpd menggerakkan kaki dan tangannya. Dengan meletakkan ank dlm posisi tiarap, secara tidak langsung, perkara2 diatas tdk lg menjadi satu masalah. Apabila ank ditarapkan, perut ank akn menekan ke lantai dan apabila perut ditekan ke lantai, angin yg terhasil akn terus keluar dan ank tidak perlu diikat dan tidak mudah kembung.
-Dalam posisi meniarap, ank akn mempunyai lantai utk 慸ipeluk |
|
|
|
|
|
|
|
bby red...meniarap dia tak suke tapi dia tido mengiring..? ok tak camni ek ..? |
|
|
|
|
|
|
|
good info..
baby sy suka tido meniarap..
so..kena sentiasa tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
baby i kerap terkejut so nak ajar dia tido meniarap tapi my mom pulak x kasi. so skrg ni kalau dia bangun i akan letakkan dia posisi meniarap n kalau tido i letak dia terlentang. |
|
|
|
|
|
|
|
baby i kerap terkejut so nak ajar dia tido meniarap tapi my mom pulak x kasi. so skrg ni kalau dia bangun i akan letakkan dia posisi meniarap n kalau tido i letak dia terlentang.
idadzira Post at 3-8-2009 17:34
awak jangan risau..masa bwk bb sy cekup..
nurse ade cakap..baby akan kerap terkejut smp umo dia 6bln..
nanti kl dia pandai meniarap..
posisi dia tido pun berubah..dia tido terlentang..pastu dia terus meniarap..
tido pun lena..xde terkejut2.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak saya pon tdo meniarap... kalau dia dah penat meniarap... saya pusingkan telentang pulak.. dia akan sambung tdo lagi...
anak lelaki sesuai sgt tdo meniarap.. elak dr kembung perut... |
|
|
|
|
|
|
|
nak test spam jap.... |
|
|
|
|
|
|
|
haah kn mcm takut2 jer nk wat |
|
|
|
|
|
|
|
thanx 4 da info..berguna sgt bg aku yg 1st tim jd mummy ni..byk xtau lg ni huhu |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 anak azie mmg ajar tdo meniarap......kalo dia terkejut/terjaga tu...x de la tgn dia tergapai2...slalu mmg tdo lena la...kecuali dmam..x sihat...
slalu family side azie/asben.........pelik tgok bb kitorang tdo camtu....
eeeeeeeeee.....x lemas ke???...manjang soklan 2 diulang2...wat x tau je laaa |
|
|
|
|
|
|
|
baby aruz tido tiarap... baby aruz suka sangat2 menggeliat dan terkejut.. masa first two week, ya Allah dia punya bunyi kalau menggeliat, ingat dah terjaga tido dah... memang nak cuba tido tiarapkan dia.. masa tu ada mak jga pantang... mak bukan main takut lagi tengok aruz tiarapkan dia.. masa mula2 belajar, baby aruz menangis, mungkin sebab dia takut dan terkejut dan baru belajr.. lepas dah percubaan dua tiga kali... dia pun dah biasa... ha tu dia... nyenyak sangat2 dia tido, dia pun pandai pusing n angkat2 kepala.. bila mak tengok macam tu, mak pun macam dah kompiden la... pastu siap cakap... "Eh, agaknya kalau dulu mak tidokan korang sume meniarap, takde la susah2 nak berbuai"... heheheh... baby ni kan dia bukan tau ada tangan n n kaki, so, masa tido terlentang tu, abis dia gosok2 muka dia, terangkat kaki, pastu dah terjaga... tapi, yang masalahnya, aruz tak dapat tido nyenyak ler... nak pastikan hidung dia...walaupun dia dah pandai alih2kan paler... tapi tetap risau... |
|
|
|
|
|
|
|
my baby yg umo setahun lebih ni suka tido terlentang kejap.. pastu meniarap.. paling dia suka tido tetonggeng. memang lawak.. tapi nak wat camna, dia suka camtu especially kalo dia selsema. apape pun asalkan dia tido lena ok la.. cuma some steps yg i amik to ensure benda yg tak diingini berlaku..
- selagi blum cecah umo 3 tahun takbleh pakai bantal esp. tido malam
- takbleh pakai selimut loose yg biasa tu.. i make their slimut berzip. selimut nih takde lengan, pastu tutup kaki.
- tilam kekabu.. buat sendiri gak.. jenis padat tebal dlm 3-4 inci
- cadar jenis fitted atau sarung dan ikat.. so takde kain yg loose
- for my side.. selalu gak jenguk dia tengah malam.. ensuring dia ok.
memang ada torchlight kecik kat tepi katil utk spotcheck nih. as a working mum.. i do feel family is my priority.. termasuk bab suka buat benda2 yg not common to ensure safety. mcm dari lps lahir, pakai bedung kain yg stretchable dan ade velcro tape.. supaya bedung nih kemas balut baby dan tak terburai. dia nak ngamuk pun, lebih2 kalo luar tangan sebelah tapi bedung tu still tak berbukak dan boleh tutup muka. bila dah nak umo setahun tu start pakai selimut berzip sbb tido bilik ekon. my kids jenis tido ganas.. takde yg 1 posisi.. nanti selimut tah kemana.. so ensure selimut yg dia pakai sesuai dgn apa posisi dia tido. same goes for kain buai.. cukup tak berkenan dengan kain batik sbb pengudaraan tak elok. so i ensure semua kain buai nih jenis yg mcm jaring tu.. pastu kelambu dia jenis yg lobang2 agak kasar. utk jaga kualiti udara sbb bilik ekon, mesti pasang humidifier utk elak udara kering.
so far blum plan lagik nak memasarkan benda2 inovatif yg ira buat utk anak2 nih.. cuma bila sedara2/kawan datang umah selalu tanye benda tu apa.. hehe.. jawapan my SIL "dia tu memang suka buat benda pelik". asalkan benda tu serve the purpose.. pastu sentiasa ada innovasi bila dapat idea baru. skangni projek nak buat barut style baru utk my bakal 4th child.. still byk masa lagik.. idea dah ada.. tgh nak carik kain dan start buat utk test. |
|
|
|
|
|
|
|
anak saya baru dua bulan..saya ajar tido tiarap atas dada saya...mmg bagus...dia tak terkejut pun...tido pun nyenyak....pas dia dah betul2 nyeyak..saya alihkan dia tido sbelah saya..saya ngiringkan badan dia..n letak bantal belakang dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|