CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 3

handphone camana korang pilih???

[Copy link]
Post time 24-4-2008 06:32 AM | Show all posts |Read mode
Mana satu telefon anda?
Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN

Masih mencari-cari telefon yang anda mahukan? Bacalah artikel ini.


KEBANYAKAN telefon mampu memainkan lagu, namun
telefon yang mempunyai pemain muzik khusus didatangkan
dengan beberapa ciri tambahan.

HARI ini, keputusan untuk membeli sebuah telefon bimbit bukanlah satu tugas yang mudah. Pemilihan telefon bimbit lebih daripada sekadar memilih alat untuk membuat panggilan telefon sahaja.

Dengan gabungan ciri pemain multimedia, pembantu peribadi digital (PDA) dan kamera digital pada alat komunikasi suara tradisional, seolah-olah fungsi telefon telah jatuh ke nombor kedua berbanding fungsi tambahannya yang lain.

Sekiranya anda berkira-kira untuk membeli telefon baru, tanya pada diri sendiri: Adakah anda mencari telefon muzik, telefon berkamera atau telefon PDA? Kebanyakan telefon di pasaran mempunyai persamaan dari segi gabungan fungsinya, tetapi mengetahui telefon apa yang diinginkan memberikan perbezaannya.

Ini kerana anda memerlukan memori berkapasiti tinggi untuk telefon muzik bagi menyimpan koleksi lagu anda dan lensa beresolusi tinggi untuk telefon berkamera. Telefon PDA pula seharusnya mempunyai paparan yang besar untuk aplikasi seperti Word dan Adobe Reader.

Telefon muzik

Kebanyakan telefon mampu memainkan lagu, namun telefon yang mempunyai pemain muzik khusus didatangkan dengan beberapa ciri tambahan seperti kawalan pemain muzik yang lebih mudah, storan yang lebih besar dan bateri yang mempunyai jangka hayat lebih panjang.

Pilih sama ada anda inginkan telefon yang menyokong kad memori tambahan yang boleh dipenuhkan dengan album lagu anda mahupun memilih telefon yang mempunyai kapasiti besar bagi memenuhi kehendak hiburan anda.

Telefon seperti Sony Ericsson Walkman mempunyai ingatan sebesar 8GB yang cukup untuk menyimpan lebih daripada 2,000 judul lagu. Ini sesuatu yang lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan penggemar muzik.

Telefon berkamera

Telefon berkamera dengan tiga megapiksel hari ini tidak lagi dianggap teknologi terkini. Sedikit hari lagi, kamera dengan resolusi lima megapiksel dianggap suatu kelaziman bagi golongan yang gemar merakamkan aksi spontan dengan telefon mereka.
Persoalannya, apakah ciri lain yang harus diambil kira selain resolusi? Sebelum membeli kamera digital, anda mungkin mahu mempertimbangkan ciri seperti ISO, flash binaan dalam, fungsi rakaman video dan imbangan putih atau white balance.

Percaya atau tidak, terdapat pengeluar telefon turut menyertakan fungsi seperti kamera digital biasa yang disebutkan ini.
Selain itu, penutup lensa merupakan sesuatu yang agak diabaikan oleh kebanyakan pengeluar telefon berkamera.
Hanya terdapat beberapa pengeluar telefon sahaja yang melengkapkan telefon mereka dengan penutup lensa atau lebih tepat lagi pelindung lensa.

Jadi, sekiranya anda seorang yang sering meletakkan telefon di merata-rata tempat atau menyimpannya di dalam beg dan bercampur dengan barangan lain, anda mungkin mahu mempertimbangkan ciri ini bagi mengelakkan lensa kamera kesayangan anda tercalar dan boleh merosakkan kualiti gambar yang diambil.

Telefon PDA

Telefon PDA dilengkapkan dengan fungsi utamanya iaitu pengurusan masa. Anda boleh meletakkan nota dan peringatan temujanji dengan klien bagi melancarkan tugas seharian anda. Sungguhpun telefon biasa hari ini turut dilengkapi dengan fungsi seakan ini, namun telefon PDA tetap menjadi pilihan golongan eksekutif dan profesional sebagai 'pembantu peribadi' mereka.

Telefon PDA hari ini tidak terbatas pada fungsi itu sahaja, malah dilengkapi dengan fungsi multimedia (yang turut menyebabkan jangka hayat bateri pendek). Terdapat juga model yang didatangkan dengan fungsi GPS, membolehkan pemiliknya menentukan kedudukan di muka bumi.

Ciri-ciri tambahan

Fungsi sokongan tambahan seperti bluetooth, 3.5G dan inframerah merupakan ciri sokongan tambahan selain yang lazim ditawarkan. Tanya diri anda sendiri sama ada anda benar-benar memerlukannya.

Kebanyakan telefon moden hari ini didatangkan dengan fungsi 3G, dan terdapat juga model yang menyokong capaian generasi 3.5. Namun fungsi seperti ini tidak akan bermakna jika tidak digunakan.


KAMERA dengan resolusi lima megapiksel dianggap lazim
bagi mereka yang gemar merakamkan aksi spontan.

Sekiranya anda memiliki komputer riba yang mempunyai sambungan bluetooth, anda mungkin mahu mendapatkan telefon yang mempunyai ciri ini bagi memudahkan interaksi di antara telefon dengan komputer sama ada untuk tujuan penyelarasan mahupun pemindahan fail-fail lagu.



aku pilih yg besa2 punya  .. sony ericsson  yang ada music.. sbb sambil aku kerja aku dengar mp3 aje dari phone aku.. tak boring sangat masa aku tengah cuci bangunan tu... dan masa makan pun relax aje dgn music....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 07:10 AM | Show all posts
PDA la kott.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 08:29 AM | Show all posts
bila la telefon bimbit 'free' aku nak sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Aku pengguna telefon walkman sony W9101 sebab aku suker dengau lagu dan kualiti bunyi phone kelas muzik sony memang berdentum bunyi nyer kalau pakai earphone...

Dulu aku hantu nokia tapi sejak hujung 2006 aku dah beralih angin ke sony...satu jer kelemahan nikia pada aku.. kalau masuk macam2 jadi berat, kalau nokia berjaya mengatasi ni mungkin aku akan kembali ke nokia but for now sony tidak mendatangkan apa2 masaalah...hopefully...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.218675 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list