CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10187|Reply: 15

Ayat Khatamun Nubuwwah

[Copy link]
Post time 23-4-2008 01:15 PM | Show all posts |Read mode
as'kum....

ada sesape yg tahu camner ayat nye? Saya ada picture, tapi x jelas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 01:31 PM | Show all posts

Reply #1 alhaadi2's post

Khatamun...khatam sulaiman ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 23-4-2008 01:31 PM
Khatamun...khatam sulaiman ke?
ayat tanda kenabian yg ada kat belakang badan nabi kalu x salah...gambar yg ada x jelas....sape ada picture yg "terang" skit...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 01:42 PM | Show all posts

Reply #3 alhaadi2's post

ko belajar metafizik ye?. aku pernah nampak rajah ni. Tapi aku tak pernah amalkan...baik tanya pada yang pakar...nanti kang salah amal kang. lain jadinya...kalau dah dapat ilmu tu amalkan dengan yakin dan jangan kata ilmu tu yang membantu ko,tp Allah yang membantu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #3 alhaadi2's post

ye ke ayat ni kat belakang badan nabi...ko bior betul...tak pernah tersebut dek hadis pun....kalau doa, aku tak kisah, tapi kalau nak kata doa tu doa karomah dengan mengatakan bahawa ia berasal dari belakang badan nabi, maka aku rasa macam lain macam je...tak sesuai la....aku takut ni scam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 01:52 PM | Show all posts
tanda kenabian....of cource lah bentuk kat belakang nabi bukan camtu....tanda ni kot yg membolehkan pendeta yahudi kenal nabi akhir zaman...

"Di antara tanda-tanda kenabian beliau saw. ialah Khatamun Nubuwwah (tanda khusus kenabian). Para ulama berbeda pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati,yaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bagianatas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi."




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2008 01:54 PM | Show all posts
ayat ni ada khasiat bagi yg melihatnya dalam keadaan berwudud....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 01:59 PM | Show all posts
klu ada sesape yg ada picture yg jelas, please sent kat email saya...tq

[email protected]

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 02:12 PM | Show all posts
Haku pung penah baca sal mende nih kat forum Megasutera klu tak silap...... lebey kuranga cam ni leee...cuba search kat sana....

Mcm2 ilmu Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #7 alhaadi2's post

apa khasiatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 04:40 PM | Show all posts
karang nanti ada yang buat tatoo ...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #11 ibnur's post

hahaha.....tulah...

cam cari pasal je....

nape lah tak wat benda yg lebih disarankan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 08:15 PM | Show all posts

Reply #7 alhaadi2's post

leh citer lebih lanjut tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 23-4-2008 02:31 PM
apa khasiatnya?
sori2....aihh, lupa lagi nak tulis fadhilat dia. Ingat nak post hari ni. Lupa plak....

mende ni memang banyak khasiat, saya nak ayat ni pun sebab ingat nak nulis khat, pastu jual....jgn salah faham, ayat quran memang haram dijual beli, tapi lebih kurang cam lebih kepada usaha wat al-quran lah tambah ngan Hiasan atau "zukhruf" utk menarik lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 08:43 PM | Show all posts
ok, ni dia kelebihan Khatamun Nubuwwah

Menurut keterangan yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya, "Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudud"
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman, insya Allah.

Cap Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W  menunjukkan Nabi adalah penyudah segala Nabi dan Rasul. Manakala cap tersebut pada belakang dan hadapan kerana apabila Nabi keluar daripada rumahnya, maka cap tersebut dikunjungi oleh para Malaikat. Hikmat cap tersebut kepada kita amat banyak. Antaranya sesiapa yang menjadikan cap Nubuwwah Nabi itu sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan sipelihara Allah daripada penyakit daun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH" aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 11:08 AM | Show all posts
untuk makluman:

Panel Kajian Aqidah kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik.

Imam al-Zurqani menjelaskan, “Syaikh al-Islam al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari, apa yang warid bahawa khatam itu seperti kesan berbekam…atau termaktub di atasnya “Muhammad Rasulullah” sebagaimana dalam Tarikh al-Hakim dan lainnya atau perkataan “berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu” sebagaimana dalam al-Nawadir, tiada satu pun yang sabit bahkan sesetengahnya batil (palsu) dan sesetengahnya dha’if”. (Syarh al-Zurqani ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah 1996:1/293.)

Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr, bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar pula mengatakan: “Khatam al-Nubuwwah memang tersebut dalam hadith-hadith sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ia merupakan seketul daging yang tumbuh di atasnya beberapa helai rambut di antara dua bahu Nabi SAW...dan telah sampai riwayat-riwayat lain tentang sifat tanda ini, antaranya ada yang palsu dan bohong, antaranya juga ada yang dha’if dan tidak boleh dijadikan rujukan, antaranya juga yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi al-Hakim, dia bukan al-Tirmizi Sahib al-Sunan, bahawa termaktub pada batinnya “Allah Maha Esa, tiada sekutu baginya” dan pada zahirnya “Hadapkan muka anda ke manapun, anda pasti diberi pertolongan”. Riwayat ini karut sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. Dari sini dapat dimaklumi bahawa apa yang tersebar berkenaan bentuk tanda ini adalah tidak benar, dan apa yang dihubungkan dengannya juga tidak ada kebenarannya dalam agama ini” (Fatawa al-Azhar: 8/125)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.635132 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list