CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Don't push your kids

[Copy link]
Post time 6-5-2008 08:44 AM | Show all posts
ikut pemerhatian i....

anak2 nie ada yg kena PUSH....cuma seni mengePUSH nie, kena belajarlah....

duk biar saja dia besar ikut flow naturally, adakala takleh apply kat semua anak....balancing the act is all what we need...

ada anak2 semulajadi equip with SQ...ada yg lompang, ada yg secara inborn full of EQ tapi...masalahnya dgn masyarakat sekarang, kita cuma nampak IQ.....susahlah!.....kalo thomas edison tak tortured himself to try 2000 times to make the bulb works...agaknya, sampai sekarang kita masih dlm kegelapan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 06:35 PM | Show all posts
alja,
    sebut pasai thomas edison ni, ini la satu contoh  yang baik yang ibu yang never give up dengan anak dia........ cikgu dia dah decide this boy takleh nak diajar lagi.......emak dia pegi sekolah, pull him out from school and teach him at home........coz emak dia nampak potential anak dia, walaupun anak dia tak sama macam anak orang lain......
   they say thomas actuallly have ADHD, if that is the case, then mama dia mesti banyak sabar orangnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 07:24 PM | Show all posts

Reply #22 mder's post

yeah....i setuju, kuatkan semangat mak2 camni

i baru habiskan buku smile by zig ziglar,ada satu kisah anak buta yg dipaksa baca buku oleh bapak dia...alih-alih dia buat buku utk semua org2 buta...dialah louise braille
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 07:28 PM | Show all posts
mmg x leh push keterlaluan ank tu..paksa dia buat menda yg dia x suka..!
biarlah dia pilih minat dh kesukaan dia..kita guide sebaik mungkin.

kes sufiah ni slalu dh happen..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 07:43 PM | Show all posts
dulu mak ku selalu push ku suruh kemas umah masak..dari darjah 6 ku dah kena masak untuk adik2......

tapi bila dah kawen ni ..memasak bukan lah masalah bagiku.........almaklumlah ..dulu dah selalu di suruh begitu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:22 PM | Show all posts
tu PUSH yg bagus me
ma dr kecik x d ajar masak..dh kawin baru gelabah belajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 01:23 AM | Show all posts
yup ma....

dari kecik tugas ME kemas dapur n MAsak.....kalau cuti sekolah itulah jadualku......samapi bosan...........

[ Last edited by  alamaktuan at 7-5-2008 01:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 01:23 AM | Show all posts
tp kan...ade cara tau nak tegur anak...macam FIL ME,,,tegur anak dia sepatah dua aje...tp teguran tu kan menusuk di kalbu tau...cara tegur tu soft aje....tp anak2 senang nak ikut..

mcmmana nak wat cam tu ah?

[ Last edited by  alamaktuan at 7-5-2008 01:26 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 01:23 AM | Show all posts
kenapa page ni pon mendap ahhh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by luv_ma at 6-5-2008 07:28 PM
mmg x leh push keterlaluan ank tu..paksa dia buat menda yg dia x suka..!
biarlah dia pilih minat dh kesukaan dia..kita guide sebaik mungkin.

kes sufiah ni slalu dh happen..


i nak kongsi pendapat sket ma....yg highlite kat atas tu

kekadang kita sebagai mak/ayah bila baca kes2 camni, kita ambik literally what they say abt not pushing our kids....masalahnya ma, hidup kita nie bukan berkisar pd yg kita MINAT saja utk hidup, seni kehidupan nie kena paham bebetul....bila kita terlalu narrow minded atas kes2 tertentu yg berbangkit seperti sufiah nie....kita suka lompat pd satu kesimpulan, and that's it ..we are reactive to the issue...

berapa byk antara kita kena buat benda yg kita tak minat utk teruskan hidup?...kalo anak balik kata dia tak suka buat homework from school, what is our stand on this issue?...tak perlu buat sebab dia TAK SUKA?....kalo dia refuse to go to school or refuse to comply with the rule?....is tha OK with US because he doesn't like it?.....i pernah jumpa mak yg sebegini, anak tak suka kemas toys lepas main dan dia OK with that....tapi kena ingat kita bukan nak menongkat langit nak kemaskan toys anak2 setiapkali lepas main....suka atau tidak, kena suruh buat benda yg dia kena buat utk tempatkan diri dia dlm masyarakat kelak......

benda yg dia boleh PILIH dgn benda yg dia KENA buat for survival, adalah 2 perkara yg berbeza.....i pun cam tuan, i masak dr umur 10 thn...i dun like it tapi terima kasih sgt pd emak yg tak lenguh2 nak ngajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 02:57 PM | Show all posts
Biarkan anak-anak dengan dunia mereka
19-06-2008 01:51:48 PM

KUALA LUMPUR: Walau sejauh mana anak itu tinggal, kasih sayang ibu bapa tetap melekat di hati dan kasih itu jugalah menjadi pengukuh ikatan antara anak dengan ibu bapa.

Namun untuk mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang erat memerlukan satu rentetan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak sejak mereka dilahirkan.

Untuk memahami lebih dekat bagaimana ikatan itu boleh terhasil Abbot Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menjayakan kem "Gain Family Discovery" di Tioman baru-baru ini.

Kem ini memberi pendedahan kepada ibu bapa yang bekerjaya bagaimana untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul tanpa memberi tekanan kepada anak-anak.

Ini susulan ramai kanak-kanak kini mengalami tekanan emosi berpunca daripada gesaan untuk memenuhi kehendak ibu bapa tanpa memikirkan keinginan anak masing-masing dan sikap sedemikian perlu diubah.

Cara betul didik anak

Sememangnya masa membataskan ibu bapa yang mempunyai kerjaya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan ini berbeza pada masa lampau.

Bertemakan "lebih banyak anakanak belajar, lebih bersedia mereka (anak-anak) untuk menghadapi masa depan", Abbot Sdn. Bhd. telah mengambil daya usaha untuk memperlihatkan kepada ibu bapa mengenai cara yang betul untuk mendidik anak-anak.

Pakar perunding klinikal psikologi Monash University di Pusat perubatan Sunway, Paul Jambunatahn dalam ceramahnya berkata, kemahiran berkomunikasi serta memahami kehendak anak-anak adalah penting bagi merapatkan lagi hubungan kedua-duanya.

Beliau turut menekankan pentingnya penglibatan anak-anak dalam setiap perkara kekeluargaan di samping mendengar dan beri tumpuan 100 peratus dengan apa yang mereka ingin suarakan.

Ilmu keibubapaan sangat penting untuk diterapkan secara mendalam kepada setiap ibu bapa sekarang tambahan pula kanak-kanak sekarang semakin bijak dan agresif, katanya.

"Tambahan pula kehadiran anak-anak ini merupakan pelengkap dan penyeri bagi rumah tangga. Pasangan suami isteri yang merancang dengan baik terhadap tumbesaran anak mereka kurang mendapat konflik rumah tangga berbanding mereka yang tidak merancang.

"Anak-anak belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibu bapa kerana menganggap mereka adalah contoh yang terbaik untuk diikuti", jelas beliau.
Pesanan Paul kepada peserta program agar anakanak diberi kasih sayang yang mencukupi dan bukan berlebihan.

Makanan nutrisi

Peserta juga didedahkan mengenai penyediaan makanan yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak oleh pakar paediatrik, Dr. Chow Su Lin.

Beliau menyarankan kanak-kanak diberi makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan yang mengandungi nutrien pada setiap hidangan harian.

Makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi dapat membantu kanak-kanak membesar dengan baik, membekalkan sistem imunasi yang kuat untuk melindungi mereka daripada serangan alergi dan jangkitan penyakit.

Apa kata peserta

"Kem ini bukan sahaja sebagai satu pengalaman yang unik bahkan mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa", kata Parameswari, 34, yang disertai suami Palanisamy, 38, dan dua anak lelaki.

Parameswari, seorang guru di SMK Raja Shariman, di Perak berpendapat, kem berkenaan mengajar beliau bagaimana hendak mengawal anak yang hiper aktif.

Pasangan Muhammad Ikram Ramli, 34, dan isteri Suzana Mat Ropal, 34, dari Kuala Lumpur menyatakan kegembiraan yang amat sangat menyertai program itu.

"Usaha saya tidak sia-sia, setiap kali membeli susu buatan Abbot Sdn. Bhd., sudu kecil, yang menjadi pertaruhan, saya kumpul sebanyak yang mungkin. Saya memang inginkan percutian yang menyeronokkan ini", kata Suzana ibu kepada dua anak.

Bagi pasangan ini, penerangan yang sangat memberi manfaat daripada Paul akan dijadikan pedoman dan garis panduan untuk mendidik sepasang anak mereka dalam meniti usia remaja.

Boo Meng Liang, 43, berkata, "saya tidak pernah memaksa anak-anak saya untuk menjadi sebagai apa, yang penting mereka sihat. Saya tidak mahu mendidik dan mengasuh anak dengan memberi hukuman memadai dengan nasihat".

Isterinya, Wong Huey Ling, 42, berpendapat bahawa kretiviti anak-anak akan lebih terserlah sekiranya tidak disekat.

Pengurus produk Gain Plus dan Gain Kids, Tee Yok Pee, berkata, pertandingan ini menarik minat lebih ribuan penyertaan berdasarkan pembelian barang-barangan Abbot Sdn. Bhd. bernilai lebih RM50.

Namun hanya enam keluarga terpilih untuk menikmati percutian di Pulau Tioman.
BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 10:18 AM | Show all posts
anak2 perlu di cabar utk meningkat kemampuan mereka..... jangan biar dia leka berada di comfort zone.....

Masalah kita sekarang.... budak2 ni berada di comfort zone.... esp budak2 lelaki.... tu sebab percentage lelaki di IPTA semakin berkurangan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 10:47 AM | Show all posts
Don't push ur kids, guide them...


cthnyer....Kalau nak ur kids suke buku, sedari kecil expose diorg dgn buku, parents pun kene tunjuk minat yg same ler...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.185984 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list