CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mnm77

Explanation of Qada & Qadar

[Copy link]
Post time 20-3-2013 01:31 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 20-3-2013 12:49 PM
Maksud saya adakah kedua2nya telah ditetapkan bilangan ahli setiapnya?


Tuan boleh share ? Saya tak tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 08:35 PM | Show all posts
salam..

jodoh dan rezeki tu adalah yg telah ditetapkan Allah atau boleh berubah2?? ada yg cakap jodoh tu adalah qada yg telah ditetapkan Allah dan ada pula ckp boleh berubah..apa yg aku baca ni dia sandarkan pada ayat yg mana mengatakan ''pilihlah perempuan yg ingin kamu kahwini 2,3 atau 4''jd dia menyatakan jodoh ni atas pilihan kita.

adakah dengan doa boleh membantu merubah rezeki dan jodoh yg ditetapkan??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 08:44 PM | Show all posts
fire_place posted on 20-3-2013 08:35 PM
salam..

jodoh dan rezeki tu adalah yg telah ditetapkan Allah atau boleh berubah2?? ada yg cakap j ...
'ALAYKA ASSALAM,

ayuh!...
Merenung kepada kekuatan benteng takdir yang memagar segala sesuatu.

ALLAH yang menguasai, mengatur dan mengurus setiap makhluk-Nya. Urusan ketuhanan yang menguasai, mengatur dan mengurus atau suasana pentadbiran Allah s.w.t itu dinamakan takdir. Tidak ada sesuatu yang tidak dikuasai, diatur dan diurus oleh Allah s.w.t. Oleh itu tidak ada sesuatu yang tidak termasuk di dalam takdir.

Segala perkara, tidak kira apa istilah  yang digunakan, adalah termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t. Apa yang kita istilahkan sebagai perjuangan, ikhtiar, doa, kekeramatan, mukjizat dan lain-lain semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Pagar takdir mengelilingi segala-galanya dan tidak ada sebesar zarah pun yang mampu menembusi benteng takdir yang maha teguh. Tidak terjadi perjuangan dan ikhtiar melainkan perjuangan dan ikhtiar tersebut telah ada dalam pagar takdir.


Tidak berdoa orang yang berdoa melainkan halnya berdoa itu adalah takdir untuknya yang sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t untuknya. Perkara yang didoakan juga tidak lari daripada sempadan ketentuan Allah s.w.t. Tidak berlaku kekeramatan dan mukjizat melainkan kekeramatan dan mukjizat itu adalah takdir yang tidak menyimpang daripada pentadbiran Allah s.w.t. Tidak menghirup satu nafas atau berdenyut satu nadi melainkan ianya adalah takdir yang menzahirkan urusan Allah s.w.t pada azali.

Segala perkara datangnya dari Allah s.w.t atau Dia yang mengadakan ketentuan tanpa campurtangan sesiapa pun. Segala perkara kembali kepada-Nya kerana Dialah yang mempastikan hukum ketentuan-Nya terlaksana tanpa sesiapa pun mampu menyekat urusan-Nya.

Apabila sudah difahami bahawa usaha, ikhtiar, menyerah diri dan segala-galanya adalah takdir yang menurut ketentuan Allah s.w.t, maka seseorang itu tidak lagi berasa bingung sama ada mahu berikhtiar atau menyerah diri. Ikhtiar dan berserah diri sama-sama berada di dalam pagar takdir.





Last edited by sya_sugar_sugar on 20-3-2013 08:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 08:48 PM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 20-3-2013 08:44 PM
ayuh!...
Merenung kepada kekuatan benteng takdir yang memagar segala sesuatu.

alah..aku ni kdg2 lemau sikit.boleh x minta sya tolong terangkan tntg doa tu?? bukan pe..takut paham ikut pemahaman sendiri..kang lain jdnya.yelah 10 org baca..xmesti 10 org dapat tafsir yg sama.lagilah org yg bukan mahir mcm fire.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 08:56 PM | Show all posts
fire_place posted on 20-3-2013 08:48 PM
alah..aku ni kdg2 lemau sikit.boleh x minta sya tolong terangkan tntg doa tu?? bukan pe..takut pah ...

sama aja  aku ngan kau... 2x5

berdoalah sebab  menunaikan hak2 ubudiyyah = sifat kehambaan
juga berdo'alah sebagai adab & tawadhu.

ni saya petik dari Syarah Al-Hikam Ibnu Athaillah.
Quote bulat2 naaa...

JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH  MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA  UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT  KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN.
Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa. Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t,  menadah tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepada-Nya.
Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepenuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya.

Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya.

Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.


Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata, “Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku  sudah beramal maka Engkau wajib membayar upahnya!” Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah s.w.t?

Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah sebagai hamba dan jagalah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian Tuannya.

Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terletak segala perkara. Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita?


Seseorang hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan. Apa yang dihajatinya disampaikannya kepada Tuhan. Semakin banyak hajatnya semakin banyak pula doa yang disampaikannya kepada Tuhan. Kadang-kadang berlaku satu permintaan  berlawanan dengan permintaan yang lain atau satu permintaan itu menghalang permintaan yang lain.

Manusia hanya melihat kepada satu doa tetapi Allah s.w.t menerima kedatangan semua doa dari satu orang manusia itu. Manusia yang dikuasai oleh kalbu jiwanya berbalik-balik dan keinginan serta hajatnya tidak menetap. Tuhan yang menguasai segala perkara tidak berubah-ubah.Manusia yang telah meminta satu kebaikan boleh meminta pula sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya tidak berubah kehendak-Nya.

Last edited by sya_sugar_sugar on 20-3-2013 09:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:06 PM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 20-3-2013 08:56 PM
sama aja  aku ngan kau... 2x5

berdoalah sebab  menunaikan hak2 ubudiyyah = sifat kehambaan

ok..thanx sya..apa yg aku dpt ni aku kongsi ngn hubby.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2013 09:08 PM | Show all posts
fire_place posted on 20-3-2013 09:06 PM
ok..thanx sya..apa yg aku dpt ni aku kongsi ngn hubby.

ayuh saudaraku...
berterima kasihlah kepada diri sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:27 AM | Show all posts
Qada dan qadar inilah senjata kuat dari kalangan insan yang berputus asa,
nampak seperti untuk menguatkan keimanan pada Allah, namun ia adalah
bahan agar insan menjadi lemah terhadap Allah.

(pendapat myseposen - tiada kena mengena dgn sesiapa)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.424968 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list