CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4429|Reply: 3

Mitos didik anak remaja

[Copy link]
Post time 22-2-2008 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Mitos didik anak remajaPada amnya, remaja memilih kawan mengikut cita rasa dan nilai-nilai persamaan yang ada pada diri mereka.

SEBUAH keluarga yang sempurna lebih sesuai untuk memikul tugas berat mendidik anak remaja. - Gambar hiasan

MENJADI ibu atau bapa tunggal yang berjaya dalam mengasuh anak sesungguhnya bukan satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anak remaja.

Berbanding dengan mereka yang memiliki keluarga sempurna, ketiadaan pasangan dalam bahtera perkahwinan sedikit sebanyak mempengaruhi 'tugas' penting mendidik anak.

Anda mungkin tercegat sambil tertanya-tanya 'Bagaimanakah untuk menjadi ibu dan bapa pada masa yang sama?'.
Malah, anda berkemungkinan juga terdengar bisikan sinis yang berkata:

"Susah untuk membesar apatah lagi mendidik anak remaja. Mungkin sebuah keluarga yang sempurna lebih sesuai untuk tugas berat ini."

Sebenarnya, terdapat banyak mitos mengenai didikan anak remaja yang perlu disingkirkan. Anak remaja lazimnya sukar menjadi jahat secara tiba-tiba.

Namun, andainya anda masih mempunyai tanggapan salah seperti itu, berikut adalah beberapa mitos tentang cara mendidik anak remaja yang perlu diperbetulkan:

ZAMAN remaja menyaksikan kawan-kawan kelihatan lebih penting dalam kehidupan mereka. - Gambar hiasan

1. Anak yang jahat akan sentiasa menjadi jahat
Satu perkara teruk yang boleh berlaku kepada ibu bapa adalah dengan melabelkan anak remaja mereka sebagai 'jahat'. Menerusi cara ini, ibu bapa sebenarnya menekankan bahawa anak mereka sememangnya jahat dan tindakan ini seterusnya akan melekat terus pada minda si anak. Apabila ini berlaku, tidak mustahil anak remaja anda akhirnya percaya mereka adalah sejahat dan senakal yang difikirkan oleh ibu bapa.

2. Anda boleh memperbaiki anak remaja anda
Sekiranya hubungan anda dengan anak tidak baik, satu-satunya jalan penyelesaian adalah memperbaiki diri dan perilaku anda terlebih dahulu. Melalui cara ini, anda boleh mencari kaedah terbaik untuk berdepan dengan si anak. Mungkin sukar untuk anda mengawal emosi dan sifat pemberontak anak pada setiap masa tetapi anda dapat mengawal bagaimana tindak balas terhadapnya.

3. Hubungan yang baik adalah harmoni
Ramai ibu bapa gagal memberi garis panduan kepada anak agar tidak melepasi sempadan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan kerana takut berdepan dengan realiti. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka hanya untuk mengekalkan keharmonian sesebuah hubungan.

4. Berkongsi hampir segalanya dengan anak remaja anda
Berterus-terang dengan anak remaja tidak semestinya bermakna bersikap terbuka sepenuhnya. Ibu bapa merupakan contoh utama terbaik dalam kehidupan seseorang kehidupan anak remaja. Pada kebiasaannya, mereka ini akan berpendapat tidak salah untuk melakukan sesuatu yang turut dipraktiskan oleh ibu bapa.

5. Remaja lebih sayangkan kawan berbanding ibu bapa
Sebaik sahaja anak memasuki alam persekolahan, mereka kurang menghabiskan masa bersama keluarga. Pada ketika ini, kawan-kawan kelihatan lebih penting dalam kehidupan mereka. Anak remaja juga mulai membentuk identiti menerusi apa yang dilakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka menghabiskan masa.

Malangnya, remaja yang tidak berkeyakinan cenderung terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya. Tetapi, jika dalam awal kehidupan mereka didedahkan dengan strategi dan pengetahuan bagaimana berdepan dengan keputusan yang susah, sudah tentunya mereka mampu menangani cabaran ini dengan mudah.

6. Anak remaja saya enggan bercakap dengan saya
Remaja sebenarnya suka bercakap. Tetapi mereka mesti mempunyai seorang pendengar yang baik. Namun, pastikan terdapat keseimbangan antara bicara rutin dengan perbincangan atau sembang yang bermakna. Masa dan usaha diperlukan untuk mencari tempat yang sesuai bagi berbincang dengan anak remaja tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui. Kekalkan minda yang terbuka dan bersedia memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan oleh anak remaja anda.

Satu lagi mitos umum yang sering menerima tanggapan salah adalah pengaruh rakan sebaya paling teruk pada peringkat zaman remaja. Hakikatnya, pengaruh rakan sebaya merupakan satu dorongan positif yang terlalu diperkatakan.

Pada amnya, remaja memilih kawan mengikut cita rasa dan nilai-nilai persamaan yang ada pada diri mereka. Akan tetapi, pengaruh ibu bapa masih kuat dalam kehidupan seseorang remaja. Kajian menunjukkan ibu bapa yang memantau kegiatan anak remaja boleh membantu mencegah perilaku tidak elok. Pemantauan juga bertindak sebagai mesej terhadap tanggungjawab yang dijalankan oleh ibu bapa.


REMAJA yang tidak berkeyakinan cenderung terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya. - Gambar hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-2-2008 10:36 AM
Pada amnya, remaja memilih kawan mengikut cita rasa dan nilai-nilai persamaan yang ada pada diri mereka....


nie setuju....anak2 yg vocal akan carik yg sejenis dgn dia...asyik mengomel aje pasal cikgu dia itu-ini

anak2 yg reserve pun carik kawan yg sama, diam aje kalo dtg bertandang ke rumah kawan...


nie komen my fren yg ada anak2 remaja...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 03:15 PM | Show all posts
Fenin melayan emosi anak remaja
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:34 AM | Show all posts

Reply #3 macademia's post

kongsi lah mac....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.216032 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list