CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6839|Reply: 4

Ajar keselamatan diri sejak prasekolah

[Copy link]
Post time 12-2-2008 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Ajar keselamatan diri sejak prasekolahOleh Rohaniza Idris

SOKONGAN orang dewasa yang dipercayai diperlukan kanak-kanak.

Ibu bapa perlu belajar supaya dapat bekalkan ilmu lindungi kanak-kanak

SEJAK kebelakangan ini kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak semakin meningkat di kalangan ibu bapa. Namun, kesedaran saja tidak cukup jika ibu bapa tidak belajar mengenai keselamatan diri anak-anak.

Pegawai Pencegahan Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur (PS The Children), Wong Lai Cheng berkata, ibu bapa perlu belajar mengenai keselamatan anak-anak bagi membekalkan mereka dengan ilmu keselamatan diri yang dapat membantu melindungi diri kanak-kanak.

Katanya, pendidikan keselamatan diri yang dijalankan PS The Children bukan hanya memberikan ilmu mengenai keselamatan diri tetapi lebih daripada itu.

揗enerusi ini modul keselamatan diri yang diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun, kita didik pelajar bukan hanya mengetahui keselamatan diri masing-masing tetapi mengetahui mengenai anggota badan dan penghargaan terhadap diri sendiri serta penggunaan akal dan perasaan untuk menjaga keselamatan diri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2008 04:59 PM | Show all posts
FAKTA: Antara modul program penjagaan keselamatan diri


1. Ajar anak bahawa adalah salah bagi orang lain menyentuh atau memegang bahagian sulit kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan


2. Beritahu anak-anak adalah salah bagi orang besar atau yang lebih tua menyuruh kanak-kanak memegang dan menyentuh bahagian sulit badan mereka dan menyuruh merahsiakannya


3. Jika kanak-kanak berasa keliru dan tidak selesa mengenai mana-mana cara sentuhan, mereka boleh berkata 搄angan, berhenti atau lari
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 07:52 AM | Show all posts
my son ..guna perkataan "tote"
my doter...guna istilah "shame-shame"

thanks syd
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 01:43 AM | Show all posts
Wow!!..tanx a lot Syd foe the article.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 12:16 PM | Show all posts
Ajar anak lawan penculik
Oleh Sarah Zulkifli
[email protected]


PETALING JAYA: Pelbagai kaedah termasuk membawa wisel, minyak wangi dan penyembur serbuk lada antara langkah dicadangkan polis untuk dibawa kanak-kanak sebagai langkah mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa culik.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Asisten Superintenden S Ramasamy berkata, bahan itu boleh digunakan kanak-kanak sekiranya mereka didatangi individu tidak dikenali.

Menurutnya, kanak-kanak juga tidak harus dibiarkan berjalan seorang diri kerana penjenayah sentiasa mengambil kesempatan terhadap pergerakan mangsa yang lemah.

揔anak-kanak juga jangan mudah menerima pelawaan daripada individu tidak dikenali yang mahu menumpangkan mereka.

揚enjenayah akan berpura-pura baik dan memujuk kanak-kanak yang tidak mengetahui apa akan berlaku terhadap mereka,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.241125 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list