|
NCER ( Northern Corridor Economic Region ) atau dalam Bahasa Malaysia berbunyi Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Seperti yang kbungamawar tahu Rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara ialah sebuah inisiatif Kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan meninggikan tahap pendapatan di utara Semenanjung Malaysia merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
Justeru itu, kami telah mengambil inisiatif dan telah mewujudkan satu website yg berbentuk directory yg diberi nama e-NCER.
e-NCER (e-Northern CYBER Economic Region) adalah salah satu inisiatif yang mana bertujuan untukmengumpulkan database perusahaan ataupun bisnes yang berada di zon utara semenanjung malaysia.. e-NCER Directory adalah sebuah online directory dan ianya diaspirasikandaripada projek kerajaan iaitu NCER ( Northern Corridor Economic Region ), yang mana bertujuan untuk memajukan zon utara...
Oleh itu, matlamat e-NCER Directory ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah portal rujukan yang khusus kepada bisnes yang terdapat di sebelah utara.
Merupakan satu media pengiklanan yang paling murah...Hanya RM 0.55 sehari...so, SETAHUN baru RM 200..
Peluang yg perlu direbut oleh semua peniaga2 di negeri sebelah UTARA
Jika ingin tahu dengan lebih lanjut sila hubungi:
apes
012-5399896
[email protected]
[ Last edited by aPeS at 15-2-2008 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Matlamat utama e-NCER Directory adalah untuk menjadi portal rujukan yang khusus kepada bisnes di sebelah utara. Ini kerana, NCER ( Northern CYBER Economic Region ) dilihat akan membawa kepada beberapa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti:
- Kerajaan melalui MATRADE ( Malaysia External Trade Development Corporation ) dan lain-lain agensi kerajaan akan membantu mempromosikan NCER sebagai satu lagi ruang pelaburan yang baik. Sekaligus ini akan menarik perhatian pelabur dari luar negara untuk melabur di negara ini atau lebih tepat lagi untuk melabur di Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Jadi, e-NCER Directory pula akan menjadi bahan rujukan untuk bakal-bakal pelabur tersebut mencari maklumat mengenai bidang-bidang yang ingin dilaburkan oleh mereka.
- Kawasan-kawasan yang tidak termasuk di dalam fokus NCER ( seperti Perak selatan dan beberapa tempat lagi ) berpeluang untuk berada di bawah satu bumbung promo ini kepada dunia iaitu dengan cara melalui listing ( penyenaraian ) mereka di dalam e-NCER Directory ini. Ini sekaligus akan menguntungkan banyak pihak.
- Merupakan satu kaedah masa kini yang termurah untuk memeperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada seluruh dunia melalui listing perniagaan anda di e-NCER Directory
- Merupakan salah satu pelan jangka masa panjang untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda ke mata dunia sekaligus akan menarik pelbagai peluang pelaburan.
Merupakan satu media pengiklanan yang paling murah...Hanya RM 0.55 sehari...so, SETAHUN baru RM 200..
Peluang yg perlu direbut oleh semua peniaga2 di negeri sebelah UTARA
Jika ingin tahu dengan lebih lanjut sila hubungi:
apes
012-5399896
[email protected]
[ Last edited by aPeS at 15-2-2008 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk meletakkan @ mengiklankan perniagaan anda di e-NCER Directory ini anda perlu membayar yuran dan yuran tersebut bergantung pada kategori mana yang anda pilih..Di bawah ni aku listkan kategori yg ade berserta dengan yurannya sekali..
SME = Rm200 untuk setahun
e-Halal/Biotech = Rm500 untuk setahun |
|
|
|
|
|
|
|
Antara kelebihan e-NCER ini adalah dapat memperkenalkan perkhidmatan atau produk anda ke seluruh dunia...Selain itu, kitaorg mempunyai kerjasama dengan beberapa lagi pertubuhan kerajaan...directory ni sbijik macam yellow pages tapi directory ni lebih tertumpu kepada NCER sahaja..
Memang kerajaan sekarang buat projek seperti NCER ini tapi pelabur2 dari dalam dan luar negara tak tau company ape atau peluang pelaburan ape yg ade kat wilayah utara ni..so tujuan directory ni adlah untuk memberitahu pelabur2 dari dalam dan luar negara megenai peluang yg ade di wilyah utara...so dari situ, pelabur2 ini akan berminat untuk melabur di biz yg mereka rasa ada prospek...
so, directory ni akan membawa kepada peluang pelaburan dan perningkatan permintaan dalam produk anda jika anda mengiklankan disini..mesti ramai antara kita mahu mengeksport barangan ke luar negara tapi tak tau bagaimana..so, directory ini akan membantu anda untuk mendapatkan peluang tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Kitorang sekarang tengah deal dgn Exco Usahawan Kerajaan Negeri Perak (Dato Ramly Zahari) untuk endorsed kan portal ni. Tapi yg ni setakat perak n lain2 state akan bermula tidak lama lagi..
Kitorang jugak ade link up dgn "PBTM" Persatuan Bekas Tentera Malaysia sebab tema diorang tahun ni berkait rapat dengan NCER. (PBTM utara) |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai visitor traffic pula adalah belum lagi ramai, sebab, e-ncer ni masih baru lagi masih belum ade listing/bisnes yg ada kat dalam nya. Selepas Cuti Raya Cina ini akan mula ada company listingkan pasal perniagaan diorg di sini.. Seperti yang aku cakap tak guna jugak kalau aku dapat gain traffic visitor yg tinggi buat masa sekarang kalau satu listing pun takde lagi.
Dibuatnya visitor datang, apa kebende pun takde lagi, dan lain kali diorang tak akan datang dah. So, lps raya cina ini akan mula terdapt company2 yg listing diorngnye biz di sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pau Mustika Hati sampai ke London
Kak Mus terima permintaan 5,000 biji sehari selepas sertai Pusat Internet Desa
NAMA Musringah Ismon, 50, pernah disebut di Parlimen beberapa bulan
lalu kerana kisah kejayaannya meningkatkan pendapatan berlipat kali
ganda melalui jualan kuih pau kira-kira 5,000 biji sehari selepas
menyertai program Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak
Bernam, Kuala Selangor.
Kisah kejayaan beliau diceritakan sendiri Timbalan Menteri Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shaziman Abu Mansor. Daripada menjual
secara kecil-kecilan dan hanya menghantar pau ke gerai kopi berhampiran
rumahnya menggunakan basikal, Musringah kini memiliki van sendiri.
Pesanan yang diterima juga semakin bertambah bukan saja daripada
individu atau syarikat di sekitar kawasan Sabak Bernam dan Selangor,
malah bungkusan pau yang menggunakan label Mus Pau juga dipasarkan ke
kedai ternama dan turut dibawa ke luar negara.
Musringah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Mus berkata,
permintaan diterima daripada isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor untuk dihantar ke London dan United Kingdom.
Walaupun pesanan yang diterima tidak banyak, namun pau dikirim setiap
bulan sudah cukup membanggakan wanita cekal itu dan menjadi pendorong
untuk beliau terus berusaha.
PAU putih dan gebu membuka selera.
"Saya ni buta teknologi. Semuanya pun berlaku secara kebetulan
kira-kira dua tahun lalu apabila seorang pegawai Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (Fama) datang memaklumkan mengenai program PID
yang dikelolakan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
"Melalui program itu, semua pengusaha produk industri kecil sederhana
(IKS) berpeluang memasarkan produk mereka di internet. Alhamdulillah,
selepas menyertainya, pesanan yang diterima semakin bertambah,"
katanya.
Kini, sebanyak 42 PID diwujudkan di seluruh negara sejak 2003 dan mula
dikunjungi 56,000 pengunjung termasuk dari luar negara yang
kebanyakannya terdiri daripada petani dan peladang yang berminat untuk
memasarkan produk melalui internet.
Selepas menyertai program itu, kilang milik wanita yang pernah
dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Cemerlang Selangor 2004 itu kini
menghasilkan 4,000 hingga 5,000 biji pau sehari dengan bantuan tujuh
pekerja terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal di kawasan
berkenaan.
KECEKALAN wanita ini membolehkan beliau menerima pelbagai anugerah.
"Saya kecewa kerana permintaan dari luar Selangor yang diterima
terpaksa ditolak kerana jumlah pengeluaran sebanyak 5,000 biji sehari
masih tidak mampu memenuhi pesanan berkenaan," katanya.
Wanita yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasannya
itu sememangnya mempunyai semangat untuk memperkembangkan lagi
perusahaannya sehingga pernah dinobatkan sebagai Usahawan Jaya Industri
Asas Tani Peringkat Jabatan Pertanian tahun lalu. Sebagai ganjaran, Kak
Mus dibawa ke Surabaya, Indonesia baru-baru ini bagi melihat bagaimana
industri kecil di sana diusahakan.
Ditanya punca beliau membabitkan diri dalam bidang itu, katanya ia bermula kerana beliau sendiri sukakan makanan itu.
Sebelum ini, katanya asalkan terdengar peniaga pau di kawasan Sabak
Bernam, Kak Mus dan suami, Mohd Nor Mosnan, 59, pasti akan singgah ke
gerai berkenaan hanya untuk merasai keenakan pau.
"Kalau kuih pau yang dibeli itu enak, saya akan beli setiap hari.
Apabila pulang ke rumah, saya akan buat mengikut adunan sendiri
sehingga mendapat rasa serupa.
"Bukan senang hendak menghasilkan kuih pau yang putih gebu dengan inti
yang sedap. Bertahun saya menuntut, kadangkala apabila minta resipi
daripada peniaga, mereka jarang hendak berkongsi," katanya.
Sambil tertawa, beliau sendiri mengakui dirinya juga sukar dipujuk jika
ditanya resipi kuih pau buatannya yang terkenal di Parit Baru Darat,
Sabak Bernam hingga ke London dan United Kingdom.
Malah, selepas dipujuk berkali-kali, Kak Mus tetap menyimpan rahsia keenakan kuih paunya.
Katanya, pau antara kuih yang agak sukar untuk dihasilkan, jika yis
yang digunakan sudah lama, kadangkala kuih yang dihasilkan tidak akan
naik gebu.
"Bukan itu saja, keadaan cuaca yang sejuk juga turut mempengaruhi
adunan kuih," katanya sambil menunjukkan beberapa biji pau yang
dihasilkan tidak menjadi hanya kerana cuaca redup ketika itu.
Malah, Kak Mus juga memberitahu, pau perlu dihasilkan dalam keadaan
hati yang gembira dan tenang kerana jika tidak ia pasti akan
menghampakan pembuatnya.
"Tak tahulah apa kaitannya tetapi keadaan itu benar-benar berlaku
kerana pernah satu hari, seorang pekerja saya mempunyai masalah dan
diam membisu sehinggakan kami semua tidak berani menegur. Apabila pau
siap, semua terpaksa dibuang kerana adunannya bantat (tidak kembang dan
gebu)," katanya.
Selain itu, rahsia keenakan pau juga terletak pada intinya. Tidak
hairanlah mengapa Kak Mus tidak betah membiarkan orang lain menyiapkan
inti pau jualannya.
"Sibuk macam mana pun Kak Mus tetap menyingsing lengan turun ke dapur
menyiapkan inti pau. Daripada membersihkan kacang merah, merebus dan
mengadun malah menghasilkan sambal pedas untuk inti ayam, daging dan
sardin turut dilakukan sendiri," katanya.
Mus Pau yang bakal dipasarkan dengan nama baru, Pau Mustika Hati
selepas menerima kelulusan dari Jabatan Standard Malaysia dan Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dengan lapan
perisa iaitu kacang merah, kaya, ayam, daging, pandan, sardin, kelapa
dan strawberi.
Setiap kali proses penghasilan inti, Kak Mus akan menyiapkan kira-kira
30 kilogram (kg) inti. Inti kaya dan kacang merah akan dibuat lebih
berbanding inti lain kerana ia boleh disimpan lebih lama.
"Prosesnya rumit. Kacang merah misalnya direbus sehingga empuk kemudian
dikisar halus sebelum direneh bersama bahan lain sehingga kering selama
dua hari. Semuanya Kak Mus biarkan reneh di atas dapur selama dua hari
bagi memastikan intinya betul-betul masak dan tidak mudah rosak,"
katanya.
Selepas 19 tahun menerokai pau, semangat Kak Mus untuk mengembangkan
lagi perniagaannya semakin berkobar-kobar. Beliau juga berhasrat untuk
melihat perniagaan yang diusahakan dengan hanya bermodalkan RM50 itu
diwarisi generasinya.
"Harapan saya tentulah mahu mengembangkan lagi perniagaan ini.
Bagaimanapun, kekangan modal dan tenaga yang semakin berkurangan
membataskan niat itu," katanya.
Kak Mus memberitahu, untuk menambah pengeluaran, beliau memerlukan
sebuah mesin berharga RM150,000 yang boleh melakukan semua proses
pembuatan pau daripada menguli sehingga membentuk pau.
"Walaupun sudah diiktiraf sebagai perusahaan produk berkekalan dan
usahawan industri kecil sederhana (IKS) yang boleh bergerak sendiri,
nilai RM150,000 itu masih terlalu besar bagi saya," katanya.
FAKTA NOMBOR
Pau Mustika Hati
5,000 - Pengeluaran sehari
7 - Jumlah pekerja
RM50 - Modal permulaan
19 - Jumlah tahun menerokai penghasilan pau |
|
|
|
|
|
|
|
Merupakan satu media pengiklanan yang paling murah...Hanya RM 0.55 sehari...so, SETAHUN baru RM 200..
Peluang yg perlu direbut oleh semua peniaga2 di negeri sebelah UTARA
|
|
|
|
|
|
|
|
List your company with e-ncer !! we will introduce your biz to the world |
|
|
|
|
|
|
|
ko cakap sorang sorang ke?kesian ko.tapi takpa,jangan sedih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|