|
MENEMBAK
Pahang cipta hatrik menembakKUALA TERENGGANU - Pahang berjaya mencatat kejayaan hatrik dalam acara menembak akhir kategori tiga sepasukan wanita 50 meter raifal Sukan Malaysia XII, semalam.
Gandingan Nur Hariena Azhar, Nurul Izzatie dan Nur Ayuni Farhana mengumpul 1,730 mata untuk mempertahankan pingat emas dua edisi Sukma sebelum ini.
Bagaimanapun, catatan 1,730 mata, semalam gagal mengatasi rekodnya sendiri yang juga milik kejohanan 1,749 mata di Kedah dua tahun lalu.
Nur Hariena berkata, kejohanan kali ini cukup istimewa apabila mencatat kemenangan hatrik.
"Kejayaan ini semestinya menggembirakan walaupun ia gagal mengatasi rekod kejohanan yang kami cipta di Kedah dua tahun lalu," katanya.
Terengganu yang mengumpul 1,715 mata di tempat kedua manakala Kelantan (1,710) gangsa.
Melaka pula unggul dalam acara 50 meter raifal prone individu apabila menyapu emas dan perak menerusi Noraishah Mohd. Jamil dan Nur Farah Afiqah.
Noraishah yang juga penembak kebangsaan mengumpul 585 mata meninggalkan Nur Farah dengan hanya perbezaan satu mata.
Gangsa acara tersebut milik penembak Selangor, Norhidayah Ramli dengan 580 mata.
Noraishah yang mempunyai catatan peribadi terbaik 587 mata berkata, tiupan angin agak kuat pada awal saingan dan perkara itu memberi sedikit kesukaran kepadanya untuk tembakan tepat.
Acara 25m rapid fire pistol lelaki pula milik Selangor dalam acara individu dan berpasukan.
Satu lagi acara yang dipertandingkan ialah 10m raifal angin menjadi milik Muhammad Shahril Sahak (582) dari Johor dalam individu sementara Perak mengungguli berpasukan 1,720 mata |
|
|
|
|
|
|
|
LAGI BERITA...
Firdaus pecah rekod Sukma
MARANG - Atlet Kedah, Firdaus Abdul Razak berjaya memecahkan rekod Sukan Malaysia apabila mengangkat bebanan 293 kilogram bagi kategori bawah 85kg dalam acara angkat berat Sukan Malaysia XII di sini, semalam.
Beliau berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Yudzaime Yunus dari Melaka yang mencatat angkatan 290kg di Sukma Kedah, dua tahun lalu.
Pingat perak dimenangi peserta Sarawak, Belon Ben yang berjaya mencatat angkatan 262kg dan diikuti Kelantan, Ahmad Ramdham Zaminudin 245kg.
Kategori bawah 77kg menyaksikan peserta tuan rumah, Abd. Mubin Rahim menambah koleksi emas apabila berjaya melakukan angkatan 271kg.
Tempat kedua milik peserta Kedah, Mohd. Hafiz Abd Halim dengan keseluruhan angkatan 262kg diikuti rakan senegerinya, Zulkarnain M. Isa menang gangsa.
Abdul Mubin yang masih menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika ditemui berkata, beliau gembira kerana menyumbang emas buat Terengganu. |
|
|
|
|
|
|
|
SUKMA
Sukma: Pemenang pingat paling mudaOleh Harris Rajahdin
BANGGA: Atlit terjun Sarawak menunjukkan pingat emas Papan Anjal tiga meter Berirama Lelaki dan Wanita serta acara Platform Berirama Lelaki dan Wanita.
| SUNGGUH pun hanya memiliki ketinggian tiga kaki dan pasangannya, empat kaki, Nur Dhabitah Sabri dan Loh Zhiayi seharusnya tidak dipandang rendah selepas mencipta kejutan menjadi pemenang pingat paling muda dalam terjun papan anjal 3 meter berirama wanita, semalam.
Meski pun gandingan Wilayah Persekutuan itu sekadar meraih gangsa, pencapaian Nur Dhabitah, 9 dan Zhiayi, 11 menyaingi pemenang emas Gracie Junita Terry Pega-Traisy Vivien dari Sarawak dan gandingan Perak, Lam Pui Yee-Kam Ling Kar di tempat kedua pada jarak terjunan yang melepasi ketinggian mereka berdua sesuatu yang cukup menakjubkan.
Dhabitah yang memakai baju windbreaker bersaiz dewasa umpama jubah pada majlis penyampaian pingat langsung tidak menyedari skop pencapaiannya itu apabila membisik bertanyakan kepada pegawai Wilayah Persekutuan selepas itu: "Ni dapat tempat berapa ni?"
Pasangan muda itu yang memiliki masa depan cerah dalam sukan itu meraih 211.26 mata untuk meletakkan mereka di tempat ketiga belakang Pui Yee-Ling Kar dengan 226.56 manakala Gracie-Traisy unggul dengan 252.87.
Kejayaan itu meletakkan Gracie, Olimpian Athens 2004 kembali ke pentas umum selepas menghilangkan diri buat seketika dari kancah kompetitif akibat masalah peribadi.
Ia juga adalah emas keempat Sarawak yang menyaksikan lagu negeri itu, 'Ibu Pertiwiku' dimainkan pada majlis penyampaian pingat papan kesemua acara dipertandingkan semalam.
Gandingan Bryan Nickson Lomas-Zibeon Uzza meraih emas dalam papan anjal 3m berirama lelaki, Pandelela Rinong-Traisy menjuarai platform berirama wanita dan Abdul Rashid Mohd-Pardika Indoma membawa pulang emas platform berirama lelaki. Dominasi negeri Bumi Kenyalang itu sudah dijangka memandangkan mereka menurunkan dua penerjun yang bakal ke Beijing, Bryan dan Pandelela. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pahang Sapu 10 Emas Tetapi Selangor Naik Ke Tangga Teratas
KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Pahang, dengan 10 pingat emas hari ini, menjadi pasukan yang paling menonjol pada hari ketujuh Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 tetapi Selangor memintas tuan rumah Terengganu untuk mendahului pungutan pingat keseluruhan.
Selangor mengumpul 41 pingat emas, 30 perak dan 31 gangsa, dua emas mengatasi Terengganu manakala Sarawak ketiga dengan 37 emas.
Pendahulu semalam, Terengganu hanya mampu menang tiga emas hari ini dan gagal mengekalkan kedudukan teratas. Dalam acara terakhir malam ini, Terengganu terlepas peluang merapatkan jurang apabila hanya menang perak dalam acara 4x100m lelaki.
Pungutan pingat emas Pahang hari ini merupakan peningkatan 100 peratus daripada pencapaian sebelum ini sejak kejohanan bermula pada 31 Mei, menjadikan keseluruhan 21 pingat emas untuk kedudukan keempat, naik enam anak tangga.
Kontinjen Pahang cemerlang di lapang sasar hari ini apabila menang lima daripada enam pingat emas yang dipertandingkan.
Dengan sokongan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, para penembak Pahang jelas menguasai acara menembak.
Pahang turut menang tiga emas dalam acara olahraga menerusi Mohd Zafril Mohd Zuslaini (400m berpagar lelaki), Tan Song Hwa (lempar tukul besi wanita) dan K. Ganthimanthi (1,500m wanita).
Dua lagi pingat emas adalah dalam acara boling (trio wanita) dan memanah (Cmpound berpasukan wanita).
Jika Pahang menguasai acara menembak, Selangor pula hebat di arena taekwondo apabila menang lima daripada enam pingat emas yang ditawarkan.
Bagi acara lelaki, Ryan Chong menang kategori bantamweight dan Abdul Majid Mohd (featherweight) manakala bagi wanita adalah Denise Kok (bantamweight), Nurul Nadia M (featherweight) dan Chong Pek Wah (welterweight).
Emas Selangor hari ini turut disumbangkan Michael Chang (50m smallbore rifle prone individu lelaki), trio boling lelaki dan Mohd Hasrolnizam Yaakob (lempar cakera lelaki).
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor Menang Emas Kedua Boling
KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Selangor yang dilatih bekas pemain boling kebangsaan Kenny Ang, Jumaat memungut pingat emas acara trio lelaki boling Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 yang diadakan di Kompleks Sukan Gong Badak di sini.
Selangor yang membariskan Ahmad Amiruddin, Tengku Muhammad Yasser Arafat Tengku Abd Rahim dan Xavian Ang melakukan 3,684 jatuhan pin, 131 pin mengatasi pencabar terdekat Melaka yang terpaksa berpuashati dengan pingat perak manakala Wilayah Persekutuan menang gangsa dengan 3,543 pin.
Kenny berkata pemain-pemainnya mempamerkan persembahan baik hari ini tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki terutama apabila bertanding pada peringkat antarabangsa.
Ini merupakan emas kedua Selangor dalam acara boling selepas memenangi acara beregu lelaki.
Boling menawarkan keseluruhan 13 pingat emas.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah Cipta Kejutan Untuk Menang Emas Berganda Acara 4x100m
KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Kuartet lelaki dan wanita Sabah mencipta kejutan apabila menjuarai 4X100m dan mencatat dua daripada lapan rekod kejohanan pada hari ketiga acara olahraga kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.
Sabah yang tidak dianggap sebagai pasukan pilihan, mengetepikan pasukan pilihan seperti Johor, Pahang dan Terengganu dalam kedua-dua acara itu.
Dalam acara lelaki, gandingan Mohamad Aliff Mohd., Rayzamsyah Wan Sofian, Fahrul Nazri, Md Helmi Agustinus menamatkan larian dengan catatan 41.04s sekali gus memperbaharui rekod lama 41.18s yang dicipta pasukan Pahang di Sukma Sabah 2002.
Kuartet Terengganu yang turut dianggotai juara 100m, Mohd Zabidi Ghazali, hanya mampu menduduki tempat kedua dengan masa 41.09s, manakala Perak menamatkan saingan di tempat ketiga.
Sementara itu, kuartet wanita Sabah yang terdiri daripada Emilia Paiman, Jestline Steven, Felnidiah L. Lassim dan Cynthia Manghing, juga memecah rekod lama kejohanan dengan mencatat masa 47.84s untuk mengecewakan pasukan pilihan Johor yang diketuai pemenang emas 100m Siti Fatimah Muhammad.
Rekod lama adalah 47.91s yang dicipta pasukan Perak pada Sukma Negeri Sembilan 2004.
Johor yang mencatat masa 47.93s memperoleh pingat perak manakala Terengganu memenangi pingat gangsa dengan 48.01s.
Selain daripada dua acara ini, rekod kejohanan turut dicipta dalam acara 400m lari berpagar lelaki oleh Mohd Zafril Mohd Zuslaini dari Pahang, K. Ganthimanthi juga dari Pahang dalam acara 1500m wanita, Mohd Jironi Riduan dari Sarawak (1500m lelaki), Ahmad Firdaus Salim dari Kedah (lompat kijang lelaki), Tan Song Hwa dari Pahang (Baling Tukul Besi Wanita) dan Ho Sin Hui dari Sarawak (Merejam Lembing Wanita).
Esok merupakan hari terakhir olahraga yang menawarkan 14 pingat emas.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Sukma XII: Catherine pecah tiga rekod kebangsaan
07/06/2008
KUALA TERENGGANU 7 Jun |
|
|
|
|
|
|
|
Sukma XII: Tuan rumah rampas kedudukan teratas
07/06/2008
KUALA TERENGGANU 7 Jun |
|
|
|
|
|
|
|
Ganu Boleh!
KONTINJEN Terengganu berjaya melepasi sasaran awal 40 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang memasuki hari kelapan semalam.
Secara keseluruhannya, Terengganu kini mengumpul 51 emas, 32 perak dan 36 gangsa untuk mendahului carta keseluruhan dalam senarai pungutan pingat.
Pingat emas ke-40 tuan rumah itu berjaya diraih dalam acara bola tampar pantai lelaki yang berlangsung di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman semalam.
Selain itu, Terengganu juga menambah beberapa pungutan emas pada hari semalam selepas cemerlang dalam acara judo, menembak dan taekwondo.
Acara tradisi yang dikuasai Terengganu seperti lumba basikal dan olahraga turut menjadi penyumbang emas buat tuan rumah.
Hari ini, Terengganu bakal melengkapkan kejayaan gemilang mereka pada temasya Sukma XII apabila pasukan bola sepaknya turun untuk mempertahankan pingat emas dengan berdepan Perlis pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. |
|
|
|
|
|
|
|
Teregganu Atasi Jangkaan Ramai, Raih 61 Pingat Emas
KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Bernama) -- Walaupun kedudukannya sebagai juara keseluruhan terjamin semalam, Terengganu terus mencipta kegemilangan dengan meraih dua daripada empat pingat emas yang ditawarkan hari ini, untuk menutup tirai pencapaiannya pada Sukma Ke-12 dengan mengumpul 61 pingat emas - pencapaian yang mengatasi jangkaan banyak pihak, termasuk rakyat negeri ini sendiri.
Dua pingat emas yang dimenangi negeri tuan rumah ini diperoleh melalui acara berbasikal apabila Mohd Sharul Mat Amin menjuarai acara berlepas beramai-ramai individu lelaki 150km, yang kemudian membantu Terengganu meraih satu lagi pingat emas dalam acara berpasukan sukan itu yang berlangsung di Hulu Terengganu dekat sini.
Dua kemenangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi Terengganu terdiri daripada 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa, manakala Selangor menduduki tempat kedua dengan 54 emas, 47 perak dan 52 gangsa dan Sarawak ditangga ketiga dengan 52 emas, 52 perak dan 42 gangsa.
Pahang menduduki tangga keempat dengan 31 emas, diikuti Wilayah Persekutuan (29), tuan rumah Sukma 2006 Kedah (29), Perak (29), Pulau Pinang (27), Johor (27) dan Melaka di tangga ke-10 dengan 23 emas.
Sabah menduduki tempat ke-11 dengan 21 emas, Negeri Sembilan di tangga ke-12 dengan 11 emas, Kelantan di tempat ke-13 (8), diikuti Perlis dengan 4 emas dan Brunei tanpa memenangi sebarang pingat emas, kecuali dua pingat perak untuk menduduki tempat terakhir.
Terengganu, yang hanya memenangi 15 pingat emas dan menduduki tempat ke-11 pada Sukma 2006 di Kedah, hanya mensasarkan antara 35-40 pingat emas pada Sukma kali ini dan pencapaiannya yang di luar jangkaan itu, turut memeranjatkan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.
" Pada mulanya, kami hanya mensasarkan 35-40 pingat emas pada sukan ini dan kejayaan melepasi 50 dan 60 pingat emas merupakan pencapaian yang amat manis serta menjadi pendorong besar terhadap kemajuan sukan di Terengganu," kata Ahmad ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sepak takraw di sini, Isnin.
Selangor, yang meraih 54 pingat emas juga melepasi sasaran asalnya iaitu 53 pingat emas yang membolehkannya muncul sebagai juara keseluruhan pada Sukma Kedah.
Pasukan di tangga ketiga, Sarawak, yang memenangi 52 pingat emas, juga mempamerkan peningkatan prestasi berbanding 36 pingat emas yang diraihnya di Kedah.
Bagaimanapun, Pahang yang memenangi 31 pingat emas kali ini berbanding 39 di Kedah dan Pulau Pinang, yang meraih 29 pingat emas berbanding 36 yang dimenanginya dua tahun leaps, mempamerkan penurunan prestasi.
Melaka, yang akan menjadi tuan rumah Sukma 2010, mempamerkan peningkatan 100 peratus apabila memenangi 23 pingat emas, berbanding hanya 11 dua tahun lepas.
Sukma Ke-12 juga menyaksikan tujuh rekod baru kebangsaan dicipta -- empat dalam acara renang, dua dalam acara angkat berat dan satu dalam acara olahraga -- di samping mencipta 24 rekod baru Sukma dalam acara renang, 15 dalam acara olahraga, 13 dalam acara angkat berat dan dua dalam acara memanah.
Sementara itu, Johor menang pingat emas dalam acara angkat berat melalui Mohd Saufik Ahmad bagi kategori lelaki bawah 105kg, manakala Selangor meraih pingat emas bagi acara sepak takraw yang berlangsung hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual menyempurnakan upacara penutupan rasmi Sukma Ke-12 di sini hari ini dan menyerahkan baton kepada Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai tuan rumah Sukma 2010.
-- BERNAMA
tah-ni-ah Ganu!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak Bida Sukma 2012
KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Bernama) -- Sarawak mengumumkan hasratnya untuk membida edisi ke-14 Sukan Malaysia (Sukma) pada 2012 jika Perlis dan Kelantan, dua-duanya negeri yang belum menjadi tuan rumah sukan dwitahunan itu, tidak membantah.
"Kami sanggup untuk menjadi tuan rumah sekali lagi selepas 1990 jika Perlis atau Kelantan bersetuju memberi laluan," kata Menteri Pembangunan Sosiol dan Urbanisasi Sarawak, Datuk Seri William Mawan Ikom di sini, Isnin.
Pemilihan tuan rumah temasya sukan itu adalah mengikut sistem penggiliran antara negeri.
Negeri-negeri yang sudah menjadi tuan rumah sebelum ini ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1986, 1988), Sarawak (1990), Johor (1992), Perak (1994), Pahang (1996), Selangor (1998), Pulau Pinang (2000), Sabah (2002), Negeri Sembilan (2004), Kedah (2006) dan terbaru Terengganu.
Melaka akan menjadi rumah edisi ke-13 pada 2010.
Pada Sukma 2008 di sini, tuan rumah Terengganu muncul juara keseluruhan dengan pungutan 61 emas, 39 perak dan 47 butir gangsa manakala juara bertahan Selangor menduduki tempat kedua dengan 54 emas, 47 perak dan 52 pingat gangsa.
Sarawak memperoleh tempat ketiga dengan mengumpul 52 pingat emas, 52 perak dan 42 pingat gangsa.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
congratulations Terengganu - Jadi Juara Keseluruhan -
Best dapat cuti hari ni - eh - |
|
|
|
|
|
|
|
Perenang Jian Beng, Marellyn Liew Dianugerah Ahli Sukan Lelaki Dan Wanita Sukma
BERNAMA - 10 Jun, 2008 02:34 AM
ATLIT TERBAIK: Jian Beng (kiri) dan Marellyn megah memperagakan trofi
Olahragawan dan Olahragawati Sukma XII yang mereka menangi.
KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Perenang Selangor Foo Jian Beng kecewa tidak dapat melayakkan diri untuk ke Sukan Olimpik Beijing pada Ogos sekalipun berjaya menambah baik masa kelayakan dalam kuak kupu-kupu lelaki 100m.
Namun, ada saguhati buat pelajar berusia 18 tahun itu, yang juga jurulatih renang di Selangor bila beliau dinamakan Ahli Sukan Lelaki SUKMA kerana memecahkan dua rekod kebangsaan dan mencipta satu rekod kejohanan di SUKMA ke 12 yang berakhir Isnin.
Rekod kebangsaan Jian Beng 50.94s dalam acara 100m mengatasi masa kelayakan Olimpik 50.95s dan menghapuskan rekod bekas perenang kebangsaan Allan Ong 51.31s yang dicipta di Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.
Bagaimanapun, SUKMA tidak diiktiraf sebagai salah satu kejohanan kelayakan bagi Olimpik.
Pingat emas lain diraih Jian Beng adalah menerusi acara kupu-kupu 50m di mana beliau turut mencipta rekod baru kebangsaan dengan masa 23.45s, menghapuskan rekod lama 23.49s oleh Allan Ong juga pada 2001.
Emas ketiganya diraih menerusi acara lari berganti-ganti 4x100m bila beliau menyelesaikan prestasi Selangor dengan rekod baru kejohanan itu.
Perenang Sabah Marellyn Liew dipilih sebagai Ahli Sukan Wanita SUKMA kerana mencipta satu rekod kebangsaan dan satu rekod kejohanan ketika meraih tiga pingat emas. Beliau mencipta rekod baru kebangsaan dalam acara kuak kupu-kupu 100m.
Marellyn turut menyelesaikan prestasi Sabah dengan rekod baru kejohanan dalam acara 4x100m dan mencipta rekod baru kejohanan dalam acara 50m. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah....sungguh tak kuduga tranung mnang sukma...ini sume jasa bekas menteri besar nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Atlet Cemerlang Terengganu Bakal Terima Ganjaran Pada 22 Jun
KUALA TERENGGANU, 11 Jun (Bernama) -- Atlet Terengganu yang berjaya meraih pingat-pingat, sekaligus mengharumkan negeri apabila berjaya membolehkan ia sebagai juara keseluruhan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 yang berakhir dua hari lepas, bakal menerima insentif pada 22 Jun ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata ganjaran itu akan disampaikan pada satu majlis khas bagi meraikan para atlet berkenaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak dekat sini.
Beliau berkata jumlah peruntukan untuk ganjaran itu belum diputuskan, namun ia pasti mengikut janji sebelum ini iaitu pemenang pingat emas menerima wang tunai RM3,000, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000).
"Kerajaan negeri juga akan membawa atlet-atlet berkenaan untuk menyertai kejohanan di luar negara secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini, Selasa.
Pada Sukma ke-12 yang berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun lepas, Terengganu buat pertama kalinya muncul juara keseluruhan apabila meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa, dan pencapaian itu mengatasi sasaran awal 40 pingat emas.
Sementara itu Ahmad berkata kerajaan negeri akan mengadakan lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi meninjau kemudahan yang terdapat di sekolah itu, sebelum membina sebuah sekolah sukan yang serupa di Terengganu awal tahun depan.
Katanya sekolah sukan baru itu akan dibina di satu kawasan seluas enam hektar di Kampung Wakaf Tembesu yang terletak tidak jauh dari Kompleks Sukan Negeri dan ia mampu menampung seramai 1,000 pelajar.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan membatalkan ganjaran yang diberikan kepada kakitangannya yang cemerlang bagi menunaikan fardu haji sebagai langkah berjimat cermat berikutan kenaikan harga minyak.
"Program menghantar kakitangan serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung menunaikan fardu haji akan diteruskan. Ini sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan negeri," katanya.
-- BERNAMA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tahniah athletes terengganu -
|
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen Sukma Terengganu Dapat Durian Runtuh RM1.3 Juta
KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama)-- Kerajaan Terengganu memberi insentif berjumlah RM1.3 juta kepada kontinjen Terengganu yang muncul juara keseluruhan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 dengan meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa, baru-baru ini.
Atlet yang meraih pingat emas menerima habuan sebanyak RM3,000 bagi setiap pingat diikuti RM2,000 untuk pingat perak dan RM1,000 untuk pingat gangsa, manakala atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan diberikan ganjaran tambahan sebanyak RM1,000.
Dalam Majlis Penyampaian Skim Insentif Hadiah Kemenangan Sukma ke-12 Terengganu yang diadakan di Stadium Tertutup di Gong Badak malam tadi, ganjaran turut diberikan kepada jurulatih dan pengurus pasukan atas kecemerlangan atlet-atlet mereka selain dua pasukan yang paling cemerlang iaitu kanu dan berbasikal.
Pada majlis yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Ahmad Said itu, atlet kanu wanita, Siti Rajiah Ali, 18, menjadi penerima ganjaran tertinggi sebanyak RM21,OOO apabila memenangi enam pingat emas dan mencatatkan tiga rekod baru kejohanan.
Beliau memenangi pingat emas dalam acara 1000m K4, 500m K1, 500m K4, 200m K1, 200m K2 dan 200m K4. Siti Rajian turut menerima wang tunai RM3,000 dan seutas jam tangan bernilai RM1,000 apabila diumumkan sebagai atlet wanita terbaik negeri.
Sementara itu, pelumba basikal negara Mohd Azizul Hasni Awang yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara 1km pecut dan 200m pecut menerima insentif RM6,000 selain wang tunai RM3,000 dan jam tangan bernilai RM1,000 apabila dinobatkan sebagai atlet lelaki terbaik negeri.
Ahmad, yang terlalu gembira dengan kejayaan kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan mengatasi juara bertahan Selangor yang menguasai enam SUKMA sebelum ini, turut mengumumkan semua atlet yang berjaya meraih pingat emas akan dibawa ke luar negara untuk menyertai Kejohanan Sukan Arafura di Darwin, Australia pada 9 hingga 17 Mei tahun depan.
Pasukan kanu yang memperoleh 14 pingat emas, melebihi sasaran yang ditetapkan, menerima ganjaran sebanyak RM100,000 untuk pembelian peralatan serta van untuk kegunaan pasukan.
Pasukan lumba basikal negeri turut menerima cek sebanyak RM80,000 untuk pembelian van sebagai ganjaran terhadap pasukan itu yang berjaya mengharumkan nama Terengganu dengan melahirkan atlet-atlet lumba basikal yang cemerlang.
Berucap pada majlis itu, Ahmad berharap dengan ganjaran yang diberikan itu, atlet akan lebih bersemangat untuk mengharumkan nama negeri di persada sukan tanah air dan menjalani latihan yang berterusan untuk menghadapi Sukma 2010 di Melaka.
Katanya walaupun masa untuk menghadapi kejohanan Sukma ke-13 itu masih panjang, namun kerajaan negeri telahpun menetapkan sasaran memenangi 73 pingat emas untuk temasya sukan dwi tahunan itu nanti.
-- BERNAMA
kayo mokcik.. rm21K tu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|