View: 11751|Reply: 14
|
Atlet Paralimpik mampu bersaing
[Copy link]
|
|
Atlet paralimpik mampu bersaing
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said menyifatkan kejayaan kontinjen negara meraih 81 pingat emas, 74 perak dan 46 gangsa dalam Sukan Para ASEAN Keempat di Korat, kelmarin, sebagai langkah permulaan ke arah pencapaian yang lebih besar khususnya dalam Sukan Paralimpik Beijing, Ogos ini.
Katanya, kejayaan menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang tuan rumah Thailand sekali gus mengatasi pencapaian di Manila pada 2005 itu, turut dicapai hasil kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara (ISN) dan kementeriannya dari segi kewangan, logistik, kepakaran dan latihan serta persediaan.
Malaysia mengatasi catatan 69 emas, 41 perak dan 30 gangsa di Manila selain tempat ketiga dalam senarai pungutan pingat keseluruhan di belakang Thailand dan Vietnam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia cemerlang di Temasya Para ASEAN
| BERJAYA...Temasya Sukan Para Asean di Korat, Thailand sudah pun melabuhkan tirainya secara rasmi semalam dengan menyaksikan kontinjen negara mencapai kejayaan cemerlang dengan memperbaiki kedudukan keseluruhan untuk berada di tempat kedua. Malah, pada edisi ke-4 sukan itu juga menyaksikan Malaysia melebihi sasaran dengan mengutip 81 pingat emas, 74 perak dan 46 gangsa berbanding pencapaian pada temasya 2005 di Manila dengan 78 emas, 41 perak dan 30 gangsa. Pingat emas terakhir negara berjaya diraih di Pusat Akuatik Kompleks Stadium Ulang Tahun Diraja ke-80 melalui Mohd. Nadhir Mazlan dalam acara renang 50 meter gaya bebas untuk kategori cacat penglihatan.Kontinjen negara yang terdiri daripada 180 atlet dan 101 pegawai dan anggota sokongan telah menyertai sebanyak 222 daripada 686 acara yang dipertandingkan selama lima hari bermula 21 Januari lepas. Gambar Bernama.
|
KORAT, Thailand |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
congrats...
melebihi sasaran... |
|
|
|
|
|
|
|
Atlet paralimpik negara dapat perhatian
KONTINJEN negara mencatat kejayaan yang membanggakan
pada Sukan Para Asean IV.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said mengarahkan supaya Majlis Sukan Negara (MSN) membentuk satu bahagian tetap untuk atlet paralimpik.
Menurutnya, satu jawatankuasa bersama antara MSN, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Sukan Negara (ISN) telah dibentuk dalam usaha merangka rancangan dan program berkaitan terutamanya misi melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing 2008.
"Saya mengarahkan pembabitan MSN dan ISN untuk membantu perkembangan fizikal atlet selain menekankan persiapan yang lebih baik dan sistematik," kata Azalina.
"Ini cuma satu permulaan yang baik untuk atlet dan saya yakin mereka yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing mampu mempamerkan persembahan yang mengagumkan selepas menjalani latihan dan pendedahan yang lebih baik.
"Pembabitan kami dalam menentukan perkembangan fizikal atlet tidak akan membezakan kaum, politik, warna, jantina dan bentuk fizikal. Saya yakin, semuanya akan berjalan dengan baik jika diberi bantuan dan bimbingan."
Persiapan dan latihan untuk Sukan Para Asean IV bermula awal Julai tahun lalu dan dari Oktober hingga Januari tahun ini, atlet menjalani latihan sepenuh masa.
Selain menyediakan peruntukan kewangan, MSN juga membayar gaji kepada jurulatih serta kebajikan atlet manakala ISN menyumbang kepakaran dalam bentuk sains sukan.
Selepas Sukan Paralimpik Beijing, atlet negara akan menjalani latihan intensif bagi menghadapi Sukan Fespik 2010, Sukan Komanwel 2010 dan Sukan Paralimpik London 2010.
Pada temasya Sukan Sukan Para Asean IV yang berlangsung di Korat Thailand, atlet-atlet negara menunjukkan prestasi memberangsangkan dari segi pungutan pingat.
Kontinjen negara berjaya untuk mencapai sasaran untuk mengatasi rekod pungutan 80 pingat di Manila dua tahun lalu selepas mengumpul 81 pingat emas, 74 perak dan 46 gangsa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Medan atlet baru cipta nama
| FARIDUL MASRI antara atlet paralimpik negara yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa.
|
TEMASYA Sukan Paralimpiad Malaysia dari 3 hingga 9 Mei ini bakal menjadi medan bagi atlet-atlet baru mencipta nama sebelum diserapkan sebagai atlet elit.
"Atlet-atlet baru akan bersaing dengan atlet elit sedia ada. Untuk layak dipilih sebagai atlet elit, mereka perlu membuktikan kebolehan dalam sukan yang mereka wakili.
"Pada temasya ini, atlet elit masih boleh bersaing dengan mewakili negeri masing-masing.
"Ada antara mereka menggunakannya sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Paralimpik Beijing," kata pemangku presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin selepas mempengerusikan mesyuarat akhir Jawatankuasa Pengelola Sukan Paralimpiad Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Katanya, temasya Paralimpiad Malaysia edisi ke-14 bakal menjadi medan bagi MPM mengenalpasti atlet pelapis untuk diketengahkan pada kejohanan sukan atlet orang kurang upaya di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, penganjuran temasya sukan berkenaan juga diharap dapat meningkatkan kesedaran umum tentang perjuangan atlet paralimpik negara dalam persiapan menghadapi Sukan Paralimpik Beijing September ini.
Majlis perasmian Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 dijadual dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob 3 Mei ini.
Temasya selama seminggu itu melibatkan 1,892 atlet dan pegawai. Ia akan mempertandingkan 14 jenis sukan iaitu olahraga, renang, boling, tenis berkerusi roda, boling padang, badminton, boccia, powerlifting, ping pong, bola sepak, catur, bola keranjang berkerusi roda, goalball dan perahu layar.
Acara-acara sukan berkenaan akan dibahagikan kepada enam kategori kecacatan iaitu cacat anggota, cacat penglihatan, spastik, terencat akal, cacat pendengaran dan kerdil.
Gelanggang yang akan digunakan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil (olahraga), Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil (renang), Endah Parade Megalanes (boling), Pusat Tenis Nasional Jalan Duta (tenis berkerusi roda) serta Pusat Boling Padang Nasional Bukit Kiara (boling padang).
Selain itu, Stadium Juara Bukit Kiara digunakan bagi acara badminton dan boccia, UPM (powerlifting, ping-pong, bola sepak, catur dan bola keranjang berkerusi roda), Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi (goalball) dan Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson (perahu layar). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
01 Mei, 2008 16:28 PM
Kedah Mahu Pecah Monopoli Tiga Negeri Pada Sukan Paralimpiad
ALOR STAR, 1 Mei (Bernama) -- Kedah mahu memecahkan monopoli tiga pasukan terkuat Sukan Paralimpiad Malaysia dengan mensasarkan 30 pingat emas pada temasya sukan itu bermula Ahad ini hingga 9 Mei.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Abdul Aziz Abdul Hamid berkata kontinjen Kedah seramai 106 atlet dan 42 pegawai yakin dapat memecahkan penguasaan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang pada temasya kali ke-14 itu.
Katanya walaupun cuma menyertai 10 daripada 13 acara yang dipertandingkan, Kedah yakin merangkul pingat emas acara olahraga, renang, ping pong, boling padang, sepak takraw, angkat berat, badminton dan boccia.
"Dengan diperkuatkan oleh lima lima atlet paralimpik kebangsaan, saya yakin Kedah akan menduduki dalam kelompok tiga pasukan teratas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bendera negeri kepada kontinjen Kedah ke kejohanan itu di sini, Khamis.
Beliau bagaimanapun tidak menolak Perak antara pasukan yang bakal memberi saingan sengit kepada 14 pasukan lain dari seluruh negara yang menyertai kejohanan itu.
Sukan anjuran bersama Majlis Paralimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan itu akan berlangsung di beberapa gelanggang sekitar Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia dan venue utama Stadium Nasional Bukit Jalil manakala acara perahu layar di Port Dickson.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Persiapan lemah peringkat negeri
UTUSAN MALAYSIA
Muhammad Cantik (depan kanan) bersama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia,
Dr. Nik Mustapha R. Abdullah membakar obor
di Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 di Serdang, semalam.
SERDANG - Persediaan atlet kurang upaya (OKU) di peringkat negeri harus dipertingkatkan lagi bagi memantapkan persediaan atlet dalam peringkat kebangsaan termasuk Sukan Paralimpiad.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14, Datuk Zainal Abu Zarin, persiapan atlet OKU di peringkat kebangsaan memang hebat tetapi di peringkat negeri ia masih lagi lemah.
''Saya cukup kagum dengan semangat atlet OKU yang mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan tetapi mereka masih kekurangan jurulatih dan pegawai teknikal yang berkelayakan di setiap negeri,'' katanya selepas Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Paralimpiad ke-14 di sini semalam.
Jelasnya, pembangunan sukan dan persediaan atlet di peringkat negeri tidak diperkembangkan dengan luas sebelum mereka menyertai mana-mana kejohanan di peringkat kebangsaan.
''Contoh yang mudah dapat dilihat dalam penyertaan atlet pada Sukan Paralimpiad kali ini apabila setiap negeri yang menghantar atlet tidak menyertai 24 kategori sukan yang dipertandingkan. Mereka hanya menyertai lima hingga enam kategori sahaja dan tertumpu kepada beberapa jenis sukan, perkara ini boleh dielak jika mereka melakukan persiapan lebih awal,'' kata Zainal.
Ujarnya, jika dalam Sukan Paralimpiad setiap negeri mempunyai dua tahun sebagai tempoh untuk mempersiapkan atlet tetapi mereka hanya bersedia selepas dijemput menyertai kejohanan.
'' Perkara ini akan membantutkan persiapan atlet di peringkat negeri tetapi dari segi semangat memang tidak dinafikan ia berada pada tahap tertinggi. Persediaan atlet yang tidak teratur juga akan menghalang kemunculan atlet baru yang berpotensi ini kerana pemilihan yang dilakukan tidak dijalankan dengan teliti,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-14 Tampil Penyertaan Teramai
BERNAMA - 03 Mei, 2008 23:12 PM
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 bermula dengan penuh gemilang malam ini, mencatatkan bilangan penyertaan atlet dan pegawai teramai sejak 26 tahun penganjuran sukan khas untuk golongan kurang upaya itu.
Seramai 2,000 atlet dan pegawai mewakili 15 negeri dengan dibantu oleh 1,000 sukarelawan dan 800 pegawai teknikal terlibat dalam temasya sukan dwi-tahunan yang diadakan untuk kali ketiga berturut-turut di Kuala Lumpur.
Sukan Paralimpiad ke-13 lalu hanya disertai oleh 1,735 atlet dan pegawai.
Temasya sukan kali ini dibahagikan kepada enam kategori kecacatan iaitu Orang Kurang Upaya (OKU) anggota, OKU penglihatan, Spastik, OKU Akal, OKU Pendengaran dan Kerdil.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu berkata, kementerian berkenaan akan membina lebih banyak lagi pusat latihan khas untuk golongan OKU di seluruh negara berikutan pencapaian cemerlang mereka dalam beberapa temasya bertaraf antarabangsa sebelum ini.
"Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi sokongan dan galakan sepenuhnya kepada sukan yang melibatkan golongan OKU di Malaysia. Paralimpiad Malaysia merupakan satu-satunya medan bagi golongan OKU mengetengahkan kebolehan masing-masing," katanya.
Beliau seterusnya mengumumkan seramai 12 atlet OKU negara akan beraksi di Sukan Paralimpik Beijing September ini.
Turut hadir pemangku presiden dan Pegawai Ketua Eksekutif (CEO) Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Zainal Abu Zarin yang juga merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-14.
Untuk menggalakkan pencapaian cemerlang, Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-14 kali ini akan memberi beberapa skim intensif wang tunai kepada atlet-atlet yang berjaya memecah rekod iaitu rekod Sukan Paralimpik RM3,000, rekod Majlis Paralimpiad Antarabangsa RM2,000, rekod Sukan Para Asia (FESPIC) RM1,000, rekod Sukan Para ASEAN RM500, dan rekod Sukan Paralimpiad Malaysia RM100.
Empat belas jenis sukan dipertandingkan iaitu olahraga, badminton, boccia, bola padang, goalball, powerlifting, perahu layar, bola sepak, renang, ping pong, tenpin boling, tenis kerusi roda, catur dan bola keranjang kerusi roda.
Antara tempat pertandingan adalah di Stadium Juara, Bukit Kiara (Badminton, Boccia,dan Boling Padang), Stadium Nasional Bukit Jalil (Olahraga), Admiral Marina & Leisure Club,Port Dickson (Perahu Layar), Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta (Tenis) dan Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil (Renang). |
|
|
|
|
|
|
|
Paralimpiad ke-14 cungkil bakat baru OKU
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
meriah... Kemeriahan Paralimpiad Ke-14 mula dirasai sejak minggu lalu apabila larian obor sempena
temasya sukan dwi-tahunan itu diadakan di sekitar Lembah Klang.
--------------------------------------------------------------------------------
SUKAN Paralimpiad Malaysia Ke-14 yang bermula hari ini akan menjadi medan bagi mencungkil bakat baru untuk diketengahkan pada kejohanan sukan untuk atlet kurang upaya (OKU) di peringkat antarabangsa.Lebih menarik, kejohanan yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini turut disertai oleh atlet yang pernah mewakili negara di sukan antarabangsa.
Apa yang lebih penting, temasya yang bermula hari ini hingga 9 Mei itu, diharap dapat meningkatkan kesedaran umum tentang perjuangan gigih atlet paralimpik negara.
Temasya kali ini juga penting untuk persediaan atlet dalam menghadapi Sukan Paralimpik di Beijing.
Pengurus Komunikasi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Ahmad Effendi Abdullah berkata, temasya itu akan mempertandingkan 14 jenis sukan.
Beliau menjelaskan, ia termasuk olahraga, renang, boling, tenis berkerusi roda, boling padang, bola sepak, catur, bola keranjang berkerusi roda, goalball, perahu layar, badminton, boccia, powerlifting dan ping pong.
Katanya, ia dibahagikan kepada enam kategori iaitu cacat anggota, cacat penglihatan, spastik, terencat akal, cacat pendengaran dan kerdil.
"Paralimpiad kali ini akan disertai 1,892 atlet dan pegawai dari 13 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
"Mereka akan ditempatkan di perkampungan sukan di Kolej ke-10 dan ke-11 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang," katanya.
Tambahnya, beberapa venue sekitar Lembah Klang akan digunakan sebagai venue utama temasya sukan ini.
Sementara acara perahu layar akan dilangsungkan di Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Venue lain ialah Stadium Nasional Bukit Jalil (olahraga), Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil (renang), Endah Parade Megalanes (boling), Pusat Tenis Nasional Jalan Duta (tenis berkerusi roda), Pusat Boling Padang Nasional Bukit Kiara (boling padang), Stadium Juara Bukit Kiara (badminton dan boccia), UPM (powerlifting, ping-pong, bola sepak, catur dan bola keranjang berkerusi roda) dan Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi (goalball).
"Pada majlis perasmian sukan dwi tahunan kali ini, satu konsert khas akan diadakan di Stadium Nasional malam ini yang melibatkan artis tempatan dan luar negara.
"Antaranya, penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong dan Taiwan, Rynn Lim, kumpulan The Lima, Amuk, Phoebe Yap, MK, Cheng Lee, Will Ng, Revalthy, Nimmy dan Sitharthan,'' katanya.
Tambah Effendi, beliau berharap orang ramai dapat meluangkan masa untuk menyaksikan aksi atlet kurang upaya di venue acara berlangsung.
"Kehadiran penonton amat besar maknanya di hati atlet kurang upaya dan MPM berharap kejohanan kali ini mendapat sambutan,'' katanya.
Fakta:
lSebanyak 12 atlet yang telah melayakkan diri ke Paralimpik Beijing akan menyertai Paralimpiad Ke-14.
lSebanyak 2,087 pingat ditawarkan pada kejohanan kali ini serta tiga trofi cabaran iaitu Jaguh Negeri, Piala Semangat OKU dan Piala GPN2010.
lWang tunai sehingga RM3,000 akan diberikan sebagai insentif kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod peringkat Paralimpik, Fespic, Para Asean dan rekod kejohanan.
lTemasya sukan kali ini turut dijayakan oleh 800 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS.
lSukan perahu layar akhirnya menjadi salah satu daripada 14 acara sukan pada Paralimpiad kali ini setelah ia menjadi acara demonstrasi pada Paralimpiad 2006.
lParalimpiad sebelum ini dikenali Sukan Kebangsaan Bagi Orang Cacat Anggota Malaysia.
lSejak diperkenalkan pada 1982, Paralimpiad telah melahirkan ramai atlet sukan orang kurang upaya antaranya Razali Jaafar dalam acara badminton sehingga ke peringkat Asean Para Games. |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Penutup Sukan Paralimpiad Malaysia Ke-14 Berlangsung Sederhana
BERNAMA - 10 Mei, 2008 00:04 AM
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Majlis penutupan temasya dwi-tahuanan Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.
Majlis penutupan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.
Hadir sama adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wee Jeck Seng dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merangkap pengerusi pengelola Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 Datuk Zainal Abu Zarin.
Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 bermula secara rasmi pada 3 Mei lepas, mempertandingkan 14 acara sukan iaitu olahraga, badminton, boccia, bola padang, goalball, powerlifting, perahu layar, bola sepak, renang, ping-pong, tenpin boling, tenis kerusi roda, catur dan bola keranjang kerusi roda.
Ia berjaya mencatatkan bilangan penyertaan atlet dan pegawai teramai sejak 26 tahun penganjuran sukan khas untuk golongan kurang upaya itu diadakan.
Terdahulu, Wee dalam ucapannya mahu temasya Sukan Paralimpiad Malaysia dapat dijadikan sebagai platform untuk menguji kekuatan dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih cemerlang bagi mangharumkan nama negara di persada antarabangsa.
"Saya berharap Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 ini menjadi penanda aras kepada Melaka yang akan menjadi tuan rumah pada 2010. Saya juga berharap acara-acara sukan dapat diperbanyakkan bagi membuka lebih banyak peluang kepada para atlet. Ia sekaligus meningkatkan jumlah atlet (orang kurang upaya) di masa akan datang," katanya.
Untuk menggalakkan pencapaian cemerlang atlet, beberapa skim insentif wang tunai diberikan kepada atlet yang berjaya memecah rekod iaitu rekod Sukan Paralimpik RM3,000, rekod Majlis Paralimpiad Antarabangsa RM2,000, rekod Sukan Para Asia (FESPIC) RM1,000, rekod Sukan Para Asean RM500, dan rekod Sukan Paralimpiad Malaysia RM100.
Pada majlis itu, Wee turut menyampaikan tiga trofi kejuaraan iaitu Piala GPN2010, yang mengambil kira jumlah penyertaan acara, jumlah atlet wanita dan atlet bawah 20 tahun teramai kepada kontinjen Selangor.
Sementara Sarawak dinobatkan sebagai pemenang Piala Semangat OKU dan Piala Jaguh Negeri selepas menjadi kontinjen terbaik temasya sukan kali ini dengan mengumpul 227 pingat pada keseluruhan dengan 126 pingat emas, 61 perak dan 40 gangsa.
Sementara itu, Jeanne menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati terbaik sepanjang temasya Sukan Paralimpiad Malaysia ke-14 berlangsung.
Anugerah Olahragawan diberikan kepada Mohd Zamry Sapiee, 32, dari Kuching, Sarawak dalam acara renang S7 (cacat anggota) yang berjaya meraih enam pingat emas dengan memecahkan rekod Sukan Para Asia (terdahulu dikenali sebagai Fespic) dalam acara 50m kuak dada dan satu rekod temasya dalam acar 100m gaya bebas.
Olahragawati terbaik temasya juga menjadi milik atlet Sarawak daripada acara renang. Catherine Timbang Siang, 42, dari Semunjan, melibatkan diri dalam acara renang sejak 1993.
Beliau berjaya meraih lima pingat emas dan turut memperbaharui rekod baru Sukan Para Asean dalam acara 50m kuak dada SB9 (cacat anggota) dan memperbaharui dua rekod kejohanan dalam acara 50m dan 100m kuak lentang.
Jeanne yang ditemui pemberita selepas majlis penutup itu berkata beliau agak kecewa dengan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap sukan yang melibatkan golongan orang kurang upaya.
"Saya gembira dengan pencapaian para atlet kita di temasya Sukan Paralimpiad Malaysia tetapi saya sedih kerana orang ramai tidak datang untuk memberi sokongan moral kepada mereka," katanya.
Temasya sukan itu kali ini melibatkan seramai 2,000 atlet dan pegawai mewakili 15 negeri dengan dibantu oleh 1,000 sukarelawan dan 800 pegawai teknikal.
Ia dibahagikan kepada enam kategori kecacatan iaitu kecacatan anggota, penglihatan, Spastik, Akal, Pendengaran dan Kerdil. |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak terus cemerlang di Paralimpiad
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Sarawak meneruskan kecemerlangan di Sukan Paralimpiad Ke-14 apabila dua atlet renangnya dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati sukan orang kurang upaya (OKU) 2008.
Mohamad Zamry Sapiee, 33, dan Catherine Siang, 42, muncul sebagai sebagai pemenang apabila kedua-duanya berjaya memecah rekod sukan OKU di peringkat Asia.
Mohamad Zamry yang sudah berkecimpung dalam acara renang sejak tahun 1996, berjaya memecah rekod renang OKU Asia bagi acara kuak dada 50 meter.
Dia berjaya memenangi enam pingat emas di kejohanan kali ini dan turut berjaya memecah satu rekod ASEAN dan Paralimpiad.
Sementara itu, Catherine yang berasal dari Kota Samarahan mula menceburi acara renang sejak tahun 2000 dan berjaya memecah rekod Asia bagi kategori kuak lentang 50 meter.
Sarawak juga berjaya memenangi dua piala pada majlis itu, iaitu Piala Semangat OKU dan Piala Jaguh Negeri, sementara Selangor memenangi Piala GPM bagi kontinjen paling ramai menyertai Sukan Paralimpiad Ke-14.
Hadiah olahragawan dan olahragawati Sukan Paralimpiad Ke-14 telah disampaikan oleh oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeane Abdullah. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 9 Mei -- BANGGA... Olahragawan Sukan Paralimpiad Mohd Zamry Shafie, 32, dan Olahragawati Cahtherine Timbang Siang, 42, bangga menunjukkan anugerah masing-masing selepas diumumkan sebagai atlet terbaik kejohanan pada Majlis Penutupan Sukan Paralimpiad Malaysia ke -14 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam ini.
Mohd Zamry yang mewakili Sarawak dalam acara renang berjaya meraih enam pingat emas serta berjaya memecahkan rekod Sukan Para Asia dalam acara 100m gaya bebas manakala Catherine, juga dari Sarawak yang beraksi dalam acara yang sama berjaya meraih sembilan pingat emas selain berjaya memperbaharui rekod baru Sukan Para Asian dalam acara 50m dan 100m kuak lentang.
Kecemerlangan mereka berdua juga membantu Sarawak dinobatkan sebagai sebagai pemenang Piala Semangat OKU dan Piala Jaguh Negeri selepas menjadi kontinjen terbaik dengan mengumpul 227 pingat keseluruhan dengan 126 pingat emas, 61 perak dan 40 gangsa.
Temasya dwi-tahunan itu yang bermula secara rasmi pada 3 Mei, mempertandingkan 14 acara sukan dan berjaya mencatatkan bilangan penyertaan atlet dan pegawai teramai sejak 26 tahun penganjurannya. |
|
|
|
|
|
|
|
mmmmm pencapaian yg membanggakan....
cayok cayok........ |
|
|
|
|
|
|
|
Habuan lumayan untuk atlet OKU
ZOLKPLES (tengah) mengadakan pertemuan
dengan atlet paralimpik negara di Bukit Jalil semalam.
ATLET orang kurang upaya (OKU) yang memenangi pingat pada Sukan Paralimpik Beijing September depan bakal menikmati imbuhan yang sama seperti yang diperoleh atlet normal pada Sukan Olimpik.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata kertas cadangan bagi kesamarataan imbuhan di bawah Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan (SHAKAM) bagi atlet OKU dan normal telah dihantar ke Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.
"Keputusan mengenai kesamarataan itu akan diketahui bila jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermesyuarat pada 24 Jun ini," katanya kepada pemberita semalam.
Zolkples berkata sebelum ini, Sukan Paralimpik tidak termasuk dalam insentif SHAKAM.
Jika diluluskan oleh jawatankuasa tersebut katanya, atlet OKU akan diberikan ganjaran sebanyak RM160,000 bagi pingat emas, RM80,000 (perak) dan RM40,000 (gangsa).
Zolkples berkata pada Sukan Paralimpik yang akan berlangsung di Beijing, China dari 6 hingga 17 September depan, seramai 11 atlet akan bertanding selepas melepasi kelayakan.
"Sebenarnya, seramai 13 atlet layak ke Beijing berdasarkan senarai akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada April lepas," katanya.
"Tetapi dua atlet, seorang bagi acara powerlifting dan seorang daripada acara olahraga menarik diri atas alasan keluarga dan pelajaran," katanya.
Menurutnya 11 atlet tersebut akan bertanding dalam lima jenis sukan membabitkan sembilan acara.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat ialah semasa temasya Paralimpik di Barcelona pada 1992, menerusi P. Mariapan yang menang pingat perak dalam acara powerlifting.
Senarai atlet ke Sukan Paralimpik:
Zul Amirul Sidi Abdullah, Yusup Dewa (akuatik), Mohd. Salam Sidik, Zulkifli Mat Zin (memanah), Mohd. Raduan Emeari (olahraga), Al Mustakin Matrin, Loke Sin Ying (pelayaran), P. Mariapan, Cheok Kon Fatt, Siow Lee Chan, Sharifah Raudzah Syed Akil (powerlifting).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
good luck to all of those athletes -- |
|
|
|
|
|
|
| |
|