|
Mengelakkan Akaun Friendster Kena Hack!
Aku ingatkan sorang jer akaun friendster kawan-kawan aku kena hack, rupanya dua orang. Oleh sebab itu sekarang aku nak bagi beberapa tips dan amaran yang korang boleh amalkan bagi mengelakkan akaun anda dari kena hack.
Akaun Friendster, Yahoo mail, Hotmail, Gmail, Maybank2u dan sebagainya tu dikatakan kena hack bermaksud, korang dah hilang hak milik ke atas akaun tu. Hak milik akaun tu dah jadi orang lain punya dengan erti kata lain, milik hackers tu la.
Akaun kena hack melalui banyak cara, tapi yang paling popular adalah dengan cara curi maklumat login dan password korang. Nak kata curi pun tak betul jugak sebab korang yang bagi akaun tu, senang kata korang tertipu dengan fake login page yang hackers buat. Diorang buat fake login page sebijik serupa dengan login page asal milik www.friendster.com. Cuma form, iaitu tempat atau kotak kosong dimana korang masukkan email dan password dan sign in button diubahsuai link link dia.
So bila korang nak sign in, korang akan memasukkan korang punya emel/username dan password, lepastu korang klik button SIGN IN!. Dengan klik button tu dari fake login page, korang juga akan hantar data yang korang masukkan dalam fake login page tu ke emel milik si hacker ni. Berhariraya la mereka sesungguhnya selepas menerima emel login info milik korang dalam emel mereka. Melainkan kalau korang sempat tukar passwordnya....
Macam mana korang boleh tersign in dalam fake login?
Jawapannya macam ni:
- Korang tengah syok syok layan friendster. Duk klik sana sini cari individu 'jambu' nak usha la kononnya, atau nak cari kawan kawan ke skima sikit bunyinya kan?... korang duk browse dari satu profile ke satu profile, duk main klik klik klik, tetiba pihak friendster cakap suruh re-login. Tanpa melihat URL page tu, korang pun sign in la balikkkkk.... dan korang akan diredirect semula ke korang punya friendster homepage dan korang tak akan rasa apa apa sebab proses 'login' nampak ok jer...KORANG DAH KENA HACK! Kalo sempat, tukar pass korang secepat mungkin, kalau emel n frenster punya password serupa, tukar semua....tu pun kalau sempat, hacker ni biasanya cepat dan 24jam online....ha ha ha.... Happy Deepavali...
- Sepertimana yang korang semua tahu, kalo ada orang komen ke, antar mesej ke atau apa-apajerla ke dalam profile korang, automatik pihak friendster akan antar emel. So pada suatu hari, sedang korang melayari internet di rumah atau diatas kerusi cyber cafe, korang pun bukak emel dan dan tiba tiba sahaja korang tersenyum sebab ada orang antar message la dalam friendster korang, ada notification emel yang korang terima cakap ada message baru. Korang bukak emel tu and memang betul la, emel tu friendster yang hantar sebab sebijik macam yang friendster hantar selalu... lepas tu korang pun sign in la dari link kat dalam emel tu, so proses yang sama berlaku macam di No. 1. Selamat Hari Raya!!!!!
- Bagi insan yang kurang berkemampuan melanggan streamyx atau memiliki komputer sendiri atau komputer tinggal kat rumah sebab duk asrama, takut roommate pinjam PC, Cyber Cafe atau Kafe Siber dalam Bahasa Melayu adalah optionnya. Korang pun pegi la CC aka Cyber Cafe. Duduk jer atas kerusi, aikkkk homepage friendster login page... he he he macam tau tau jer korang nak berfriendster kan? Tak check dulu samaada betul ke tak tu URL Login page friendster yang betul iaitu di http://www.friendster.com dan maybe yang korang tengok tu ialah di http://friendster.blogspot.com... huar huar huar... prosesnya sama macam yang No. 1....Gong Xi Fa Cai.....
- Kat komen friendster korang, ada la mamat/minah ni sexy/macho dan cun/handsome habis, dia antar komen la menggoda korang untuk view dia punya profile siap bagi link lagi tu, korang pun follow la link tu, tp aikkkkk!!! friendster suruh korang re-login. bila dah login balik, korang terus diredirect ke profile page minah/mamat ni... walhal akaun mamat/minah handsome/sexy tu hanyalah bait untuk korang masuk jerat hacker tu. Hacker tu la yang buat akaun tu untuk umpan korang. Dia ejas habis habisan kasi nampak menarik........proses seterusnya sama macam kat No. 1. ....ho ho ho ho Merry Christmas!!!!!!!
Itu lah antara cara cara korang bagi login info kepada hacker kesayangan korang. Muaha ha ha ha ha .......
Jadi buat teman teman sekalian, berhati hatilah apabila men'sign-in'kan diri kat mana mana login page untuk sebarang service. Teknik yang sama digunakan jugak untuk perangkap user service lain cam Yahoomail, gmail, hotmail, coolmail, maybank2u, paypal dan sebagainya..... Jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal (kata Prof. Izi dalam tazkirah di HotFM...) Fara Fauzana kena belanja aku makan sebab promotekan HotFM....hmmmmmm...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru aku paham ... diorang gune style phising..... THanks gunner......
ingat kan diorang hack bebetul... |
|
|
|
|
|
|
| |
|