CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2657|Reply: 13

PROTON Panggil Gen.2 & Satria Neo

[Copy link]
Post time 21-12-2007 07:59 AM | Show all posts |Read mode
PROTON Holdings Bhd (Proton) mengumumkan memanggil semula model Proton Gen.2 yang dijual sejak Januari 2004 dan Satria Neo bagi model dijual sejak April 2006 bertujuan menggantikan penual tayar yang didapati mengalami masalah kualiti.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata ujian rutin ke atas penual tayar yang dibekalkan sebagai peralatan standard dalam model terbabit mendapati wujud ketidaksejajaran dalam kualiti penual itu.

Beliau berkata, hanya penual tayar berwarna gangsa dan seakan warna emas terjejas dalam kedua-dua model yang dijual pada tarikh itu manakala penual tayar berwarna biru tidak terjejas serta tidak perlu ditukar.

Sehubungan itu, Proton menasihatkan pemilik kereta terbabit datang ke mana-mana cawangan servis Proton dan pengedar servis terpilih untuk penukaran percuma dengan membawa penual tayar bersama dengan kad pendaftaran kenderaan masing-masing.


"Proton akan terus memberikan komitmen tinggi ke atas mutu perkhidmatan dan produk untuk menjamin kepuasan pelanggan.

"Walaupun hanya penual tertentu saja yang terjejas, Proton tidak memandang ringan perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan itu, pemilik yang tidak pasti status penual mereka dan inginkan ingin mendapatkan pengesahan boleh menghubungi PROTON i.Care di talian 1-300-880-888.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2007 08:26 AM | Show all posts
penuai?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2007 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by myohmy at 21-12-2007 08:26 AM
penuai?????

bukan penuai.. penuai tu kat sawah. hehe.. ni penual la.. bahase inggeris aku pon tak tau... alat jack kete kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 09:01 AM | Show all posts
crita yg same kat bod CI
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 09:01 AM | Show all posts
penual???? apekemendenye tuhhh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 09:06 AM | Show all posts
ooo...baru aku tau...jack laaaa...chettt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2007 09:10 AM | Show all posts
Only models with jacks in bronze and gold-like colours are being recalled and were supplied with the Gen2s since January 2004 and the Satria Neos sold since April 2006. The models with jacks which are blue in colour are said to have no quality issues and therefore do not require replacement.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by myohmy at 21-12-2007 08:26 AM
penuai?????

Maksud dier tu jack tayar keter laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2007 02:38 PM | Show all posts
penual tuh jack.. jack tuh aper..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 02:47 PM | Show all posts
jack tu yang benda nak naikkan kete kalau nak tukar tayar tu kot...
heheheh.. betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 10:15 PM | Show all posts
Ya betul... tu la sahabat yang korang amat perlukan bila keter korang tersadai pasal tayar pancit. Kalau takder, memang patah kaki terus la korang, huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:30 AM | Show all posts
cis!!! jack je pn.... kalo tukar suspension nk ler aku.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 06:53 PM | Show all posts
fuiyooo thread zaman bila nih bro...rajin jugak ngko bukak thread lama yg sudah berabok
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:43 PM | Show all posts
nasib baik aku punya kaler biru.

mcm mana ada kete yg dpt kaler emas ada yg dapat kaler biru nih?

x paham betul aku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.268462 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list