|
ASM.
dalam hal nak main musik ni, memang kena keluar duit. Terutama kalau kita nak hasil yang baik. Kalau nak sekadar main2, tak kesah. Kalau aku tak silap, gitar "murah" ni dalam sekitar RM500 dan Amplifier dalam RM350 ke RM400 kalau tak salah. Total kena ada dalam lebih kurang RM800 ke RM1K juga.
Kalau kita ada tight budget, elok kumpul duit sikit, dan dapat kan electric guitar dalam RM500 tu dan beli satu Amplifier yang ada overdrive sekali (build-in). Sebab, kalau beli Amp. yang tak ada effect, nanti nak kena kumpul duit lagi, kurang2 nak beli distortion satu unit. Duit juga tu. Amp. biasanya ikut mutu. kalau elok, tentulah mahal sikit tapi berbaloi. Beli aje yang kecik, cukup lah untuk latihan. tapi kalau nak bawa gi "jamming" ke, tak sesuailah.
AKu tak tau sangat bab gitar2 ni, tapi mungkin kombinasi ni boleh difikir2 kan. Amp. cari Marshall MG series, 15CDR. Aku rasa dalam banyak2 amp. kecik, ini salah satu yang paling bagus sekali. Tone nya sangat bagus, macam Amp. pakai tube (stail lama2 lah ) tapi kecik, sesuai untuk belatih sorang2. Ada build-in overdrive, dan reverb. "clean" tone nya pun memang bunyi Marshall lah.
Gitar pulak hang boleh guna Fender Squier. Memang lah model ni tak boleh lawan Fender Stratocaster baik MIM (Made in Mexico) atau Fender USA tapi cukup baik untuk latihan kalau nak banding dengan lain2 gitar yang asal ada aje. Gi lah tengok harga kat kedai, aku pun tak pasti sangat. Kalu tak, hang cari aje gitar Korea brand Aria ke, itu pun OK juga aku rasa. Kalau aku tak salah, Gitu lah lebih kurang, salam... |
|