Saya mempunyai 2 form dalam 2 php file yang berbeza. User dikehendaki mengisi kedua-dua form tetapi value yang dimasukkan user dalam form 1 (file1.php) perlu retrieve selepas form2 diisi dan submit. Saya telah pass ke variables tersebut ke file2.php dan guna $_GET untuk retrieve. Tapi selepas submit form2, value tersebut 'hilang'. Macam mana saya nak retrieve dan simpan dalam variable yang tak akan hilang selepas submit? Saya perlu values dari kedua-dua form untuk insert ke dalam database. Terima kasih.