View: 6157|Reply: 17
|
Sejauh Mana Anda Kenal ROH Pasangan Anda?
[Copy link]
|
|
*Mod, kalau topik ini dah ada, minta tlg mergekan aje yer, tq.
Cinta itu luas daerahnya. Tapi di sini, kita hanya akan bincangkan tentang cinta antara pasangan kekasih/suami isteri. Here goes.
Cinta tumbuh apabila kita mengasihi, dan menyayangi seseorg, melebihi perasaan sayang dan kasih terhadap seorg sahabat. Sesetengah pasangan berjaya ke jinjang pelamin - and lived happily ever after... so they say... Sesetengah pasangan pula tidak begitu bernasib baik, berpisah di tgh jln... Itulah CINTA, yg bisa membuat manusia waras jadi gila, yg lemah jadi gagah, yg kaya jadi miskin, dan sebaliknya... Cinta menimbulkan 1001 reaksi kpd hati2 yg terkena panahan saktinya... Kdgkala, atas sebab tertentu, kita melafazkan cinta dgn MUDAH. Sehingga kdg2, cinta menjadi sesuatu yg begitu senang ditemui di kaki2 lima. Kita hanya perlu berkata, 'Aku cinta kau, kau cinta aku, jom kahwin!'
Apabila kita perhatikan di sekeliling kita, kita akan lihat banyak perhubungan yg berjaya, tetapi tidak ketinggalan juga yg gagal. Banyak cinta yg terkubur tanpa nisan. Padahal, seawal percintaan, mereka ibarat Rumi & Julie. Tapi kemudian, apa yg terjadi? Kuntum2 bunga ros yg dulunya mekar, kini diubah menjadi mercun buatan sendiri, dibaling ke arah musuh. Seringkali juga, mercun itu meletup di tgn sendiri sebelum pun berjaya dilontarkan. Pernahkah kita BERHENTI, dan bertanya pd diri - MENGAPA semua ini terjadi? Adakah cukup hanya dgn menyerah kpd takdir semata2? Pernahkah kita berhenti utk bertanya diri, sejauh manakah kita benar2 kenal pasangan kita? Pernahkah kita menyelam ke dasar hati si dia yg paling dalam? Tahukah kita, apa kata2 yg tidak disuarakan, ketika si dia membisu seribu bahasa? Tahukah kita, apa yg si dia risaukan? Apa yg ditakutkannya? Apa yg benar2 diinginkannya? Tahukah kita, the skeleton in his/her closet?
Memerhatikan perhubungan yg gagal, membuatkan saya terfikir, adakah kita sdh cukup mengenali pasangan kita skg? Atau pun yg kita kenal, hanyalah luarannya? Mgkn yg kita kenal, cuma warna, buku, makanan/minuman kegemaran, falsafah hidup, tarikh lahir, dan hal2 peribadi yg lain. Namun sebuah artikel yg pernah saya baca telah mengatakan, yg bunyinya lbh kurang begini - 'Tidaklah kamu sebenarnya MENCINTAI, sehingga kamu sesungguhnya mengenali, ROH org yg kamu cintai itu...' Kiranya bolehlah diibaratkan seperti berikut: Tahap pertama, cinta fizikal. Kedua, cinta hati. Ketiga, cinta fikiran. Keempat, cinta jiwa, dan paling tinggi sekali, cinta ROH (SPIRIT). Cinta material tak kira. Kita boleh mendabik dada, bahawa kita sdh cukup mengenal pasangan kita - sehinggalah Tuhan mendatangkan ujian, barulah kita sedar, tinggi rendahnya langit itu.
Berapa banyak pasangan yg berkahwin, tanpa benar2 mengenali pasangannya, dan take things for granted? Adakah sesuatu perhubungan itu cukup dgn hanya CINTA semata2? Pernahkah terlintas di fikiran kita, utk benar2 mengenali pasangan kita, LEBIH dari tahap yg kita kenal skg ini? Berapa ramai yg jatuh cinta kpd fizikal? Fikiran? Hati? Jiwa? Roh? Atau mmg betul, bahwa kita take things for granted, sehingga kita tak pernah tahu, bahawa cinta kita sebenarnya boleh melangkau lebih jauh lagi dari yg mampu dibayangkan oleh minda?
Menurut artikel yg saya baca itu (baca di internet bertahun2 dulu, ingat2 lupa), kebanyakan manusia sehabis jauh pun, hanya akan sampai pada cinta jiwa. Itu pun sdh jarang ditemui. Dlm 100,000 org, mgkn ada 1. Cinta jiwa, walaupun tinggi tahapnya, adalah cinta yg masih disaluti nafsu (bukan nak kata, nafsu manusia langsung tak ada). Tetapi cinta roh, adalah cinta yg berdasarkan ILMU. Maknanya, utk sampai ke peringkat ini, seseorg itu perlu mempelajari hakikat kejadian manusia. Pada zaman dulu, biasanya yg sampai ke tahap ini, ialah para sufi (bagi sufi yg memilih utk berkahwin). Apabila kita telah faham konsep kejadian manusia dan ciptaan Allah, maka adalah lebih mudah utk mengenali roh pasangan kita. Apabila kita telah mengenali roh pasangan kita, then the rest is history... Kerana itu kdg2 kita mendengar ada kes pasangan yg menjauhkan diri (hubungan bermasalah), maka dipanggil rohnya utk pulang, menggunakan nama ibunya... Wallahua'lam...
Tidaklah saya mengajak anda utk terbang sehingga mencapai cinta roh, melainkan sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan yg ada, juga mengajak anda utk sama2 berfikir, sejauh mana kita benar2 mengenali pasangan kita. Cinta, bukanlah setakat mencintai apa yg dilihat oleh mata, atau apa yg dirasa oleh hati, tapi sesungguhnya, lebih dari itu... Cinta itu adalah sesuatu yg misteri. Ia berbeza drpd seorg, kpd seorg yg lain. Maka hanya diri anda sendiri saja yg mampu melihat, merasa dan mengetahui, sejauh manakah cinta anda itu telah bertapak... Apakah gunanya semua ini? Sgt berguna. Apabila anda SEDAR kewujudan cinta anda (benar2 sedar), maka anda akan berusaha utk lebih mengenali siapa sebenarnya pasangan anda itu - Jiwa & roh, jika anda mampu. Dan apabila anda telah mengenali pasangan anda, dgn sebenar2nya kenal, maka Insya Allah, akan berkuranganlah cinta yg terkubur di tgh jalan, tanpa nisan...
Proses mengenali ini mgkn akan mengambil seumur hayat anda - masa berubah, keadaan berubah, manusia berubah. Tidak ada jaminan, dan tidak ada yg kekal, melainkan Sang Pencipta. Namun yg boleh kita lakukan, ialah BERUSAHA. Maaf sekiranya artikel ini terlalu panjang. Sekadar berkongsi pengetahuan yg tidak seberapa... |
|
|
|
|
|
|
|
very informative article. terima kasih atas posting ini. sy suka membacanya. kalau ada artikel2 menarik harap saudara/saudari boleh postkan lagi untuk pengetahuan sy dan forumers yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
erm..menarik..... ssh nak ckp psl perasaan yg dirasa dgn naluri nih....... |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu masa dlm temph perkahwinan nie....setiapkali bermimpi, hubby tak pernah ada dlm mimpi tu...nak tepon dia takde number, dlm mimpi tu masih terpinga-pinga aku nie dah kahwin ke belum sebab tak pernah kenal dia dlm mimpi...adakah itu juga dlm alam roh?
sampailah satu ketika, kami lebih mengenali....kami dah boleh bercakap dr hati ke hati, kami dah huraikan kusut dlm hati masing2, dia mula hadir dlm mimpi...dialah peneman setia jika i bermimpi....sampailah sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Seseorg berkata, Cinta roh mgkn mengambil masa yg panjang utk seseorg mengenal roh pasangannya. Cinta jiwa saja sudah begitu payah, apatah lagi utk sampai ke peringkat cinta roh. Cinta roh bukanlah bererti pasangan anda harus hadir ke dlm mimpi anda. Cinta roh lebih cenderung kpd ilmu mengenal diri dan mengenal Tuhan. Kedengarannya seolah terlalu kompleks, kan? Jalannya jauh, berliku dan penuh bahaya. Ramai yg mati di pertengahan jalan. Namun jika ada cinta, keikhlasan, konsistensi, ILMU dan rahmat dariNYA, Insya Allah, kita akan sampai ke destinasi yg dituju.
Pernah juga disebut, apabila kita baru bertemu seseorg, tapi kita merasakan seolah2 kita telah lama mengenalnya sebelum ini, dan kita merasa ikatan yg cukup kuat dgn org tersebut (chemistry), itu menandakan bahawa roh kita dan roh si dia sebenarnya telah saling mengenali terlebih dulu, di alam sana... dan jika ini yg terjadi, kemungkinan besar, dialah sebenarnya jodoh kita... meskipun pada waktu itu, si dia mungkin sdg terikat dgn org lain... wallahua'lam...
Kdg2 bila kita lihat keadaan sekeliling kita, terlalu ramai yg mempunyai pasangan, tapi kemudian berpisah begitu saja, seolah cinta tiada harga.. mungkinkah kerana ramai di antara kita yg tak faham apa itu cinta yg sebenarnya ...? Atau pun we take love for granted? |
|
|
|
|
|
|
|
oooooooooooops semangat .. ingatkan roh apa tadi .. eh apasal tiba tiba aku ingat makcik tua tu ??? |
|
|
|
|
|
|
|
dlm tahun 2014, saya terjumpa dengan seorang lelaki. saya duduk dikerusi,tunduk ke bawah sambil tgk hp. entah kenapa mcm spontan saya terpandang dengan seorang lelaki,lelaki tu pandang saya. saya terkejut,rasa macam saya kenal lama dengan dia sedangkan tu kali pertama saya tengok dia. cara kami berdua saling memandang seperti kami pernah berjumpa tapi tak tau kat mana. dia pun tengok saya lama macam dia kenal saya,tapi tak tahu kat mana. hati kami pada masa tu seperti terus terikat secara chemistry sedangkan kami langsung tak kenal. looks familiar, but unknown stranger. tapi kami hanya mampu saling memandang. balik kerumah,saya masih terfikir apa yg berlaku. saya cuba recall balik, adakah dia kawan lama saya? or dia ex coursemate saya? or saya ada terjumpa di mana2 ke? or roh saya pernah terjumpa roh dia kat mana2 ke?
rasa pelik sangat. lepas tu saya solat Istikharah supaya Allah beri petunjuk pada saya. kali pertama saya solat, hati saya jadi lapang dan tenang. saya try utk kali ke2,pun masih sama,kali ke3,4,5,6,7,8 dan kali ke 9,lepas solat hati saya terus berat dan cenderung ke arah dia. adakah dia jodoh saya? walaupun dah setahun lebih pertemuan tu berlaku tapi hati saya masih pada dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat telemovie rentetan hang nih.....Tapi mesti pakai DAVID TEOH sebagai sutradaranya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makcik limah balik kampong, you mean????
|
|
|
|
|
|
|
|
Hang boleh pm nick @clover hill.....dia memang ariff bab roh, QARIN dan yang sewaktu dgnnya........
Pi ler tanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Deep blue sea....
|
|
|
|
|
|
|
|
nmpaknya mmg roh ko dah kenal roh dia tu...
tapi tak pastilah sama ada roh dia kenal roh ko ke tak....
pergi je cepat masuk meminang dia...
tak salah prempuan pinang lelaki pun...
karang roh dia terlepas kat roh org lain...
kau jugak yg kecewa...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun rase aku bercinta ngn laki aku deeply mcm cinta roh ni...
sbb aku selalu mimpi orang lain jd laki laa...bf laa..tp dalam mimpi tu laki semua lain2...
but in deep my heart ckp...org ni sape..??kenapa aku x rasa syg kt psgn tuu..
hati still mencari2 mana laki yg aku selalu syg..and rase senang sgttt...
laki aku selalu muncul bukan as bf or husband dlm mimpi tu...
tapi bile kita bersama aku trpk...aku rase yg ni laki aku bukan org lain yg menyamar bf or laki tuuu...
means hati aku sndiri tau walaupun mimpi tu menipu pelakonyee..hehehee...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yelah cinta roh kehulu cinta roh kehilir.......suami tidur rumah maknya 2 hari dah meroyan satu forum.......awat tak boleh jer tidur dengan rohnya tanpa jasad nya?????
|
|
|
|
|
|
|
| |
|