View: 13461|Reply: 15
|
Kebudayaan orang jepun yang perlu diketahui
[Copy link]
|
|
Sape pernah pergi jepun. Ada tak kena kejutan budaya? Boleh tak tolong kongsi sikit supaya sape2 orang2 kita yang nak ke jepun boleh prepare themself ? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saper-saper yang tahu,bagitau ek.
enzo,kau nak pergi sana buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah pergi sana beberapa kali dalam hujung tahun 90-an dan kali terakhir pergi adalah pada hujung 2004.
Masa 1st time pergi terkejut jugak sebab banyak beza dengan Malaysia. Disiplin diorang cukup tinggi. Budaya kerja diorang pun lain macam.
Kalau diorang minum alkohol walau sikit pun diorang tak kan bawak kereta. Kalau nak melintas landasan keretapi diorang akan berhenti tengok kiri-kanan dulu walaupun masa tu gate bukak dan tiada keretapi lalu.
Satu yang tak elok adalah kalau diorang bergurau, suka tonyoh-tonyoh kepala orang. Tapi kalau kita cakap awal-awal mungkin diorang akan hormat dan tak bergurau dengan cara tu ngan kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang banyak sangatla cara yang agak lain tu kan. Yang tak elok kat sini boleh pula kat sana tu. |
|
|
|
|
|
|
|
utk knowledge
Cara Jepun bina modal insan
Oleh: HAIDAR NAJIYAH IBRAHIM
Daerah Maizuru hampir sama dengan kawasan 慿ampung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di setiap sekolah rendah diadakan padang, taman permainan dan kolam renang, di seluruh negeri Jepun. Oleh itu mereka dapat melaksanakan kehendak supaya semua rakyat Jepun tahu berenang. Perkara ini mungkin masih sukar untuk kita capai kerana pengurusan yang memerlukan belanja besar.
Namun, mereka mempunyai cara untuk membantu mengurang perbelanjaan pengurusan ini. Nampaknya, mereka kurang gemar kepada acara sambutan majlis secara besar-besaran. Contohnya, seperti hari penyampaian hadiah atau sambutan hari guru, hanya dilakukan ala kadar. Sikap seperti ini diteruskan sampai ke peringkat universiti. Memanglah kelihatan tidak 憁eriah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seronok pula baca cerita pasal org jepun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by enzo at 9-9-2007 09:50 AM
Sape pernah pergi jepun. Ada tak kena kejutan budaya? Boleh tak tolong kongsi sikit supaya sape2 orang2 kita yang nak ke jepun boleh prepare themself ?
Aku dan 9 org lg kwn aku dari sekolah yg berlainan pernah duduk di Jepun selama setahun kerana terpilih dlm Program Pertukaran Pelajar Malaysia-Jepun. Selama setahun di sana, aku duduk dgn keluarga angkat Jepun iaitu keluarga Keneko yg terdiri dari Otousan (ayah angkat aku), Okaasan (mak angkat aku), Taku-chan (adik angkat aku) & Ane (abg angkat aku). Keluarga angkat aku ni baik sgt sbb dorg layan aku mcm aku ni ahli keluarga dorg. Aku tinggal di sebuah bandar yg dipanggil Kariya, terletak di wilayah Nagoya...
Sepanjang aku duduk di Jepun, satu2nya kwn aku yg merupakan rakyat M'sia ialah kwn satu skolah dgn aku iaitu Elena. Okaasan (mak angkat) aku dgn Okaasan Elena ni berkwn baik. Rumah kitorg pun x jauh... Mmg kira bertuah la berbanding kwn2 aku yg lain tu sbb dorg sumer terpisah antara 1 sama lain...
Masa aku mula smpai di Jepun, bru nk masuk musim sejuk. Musim sejuk kt sana mmg sejuknya lain mcm smpaikan org Eropah yg dtg ke Jepun pun ckp kt aku sejuknya lain dri di Eropah. Itu musim sejuklah.. Kalo musim panas, panasnya lebih panas dari Malaysia... Aku masa musim panas di Jepun mesti lari lepak kt dlm shopping complex. Kalo tak pun, mesti pasang air-cond kalo duduk kt rumah jew... mmg tak tahan beb!!
Bila sampai kt Jepun, perkara pertama yg aku blaja ialah tunduk hormat ala Jepun. Org Jepun ni selalu tunduk hormat sebagai ucapan selamat, terima kasih, minta maaf & merayu. Lps seminggu aku dh duduk kt Jepun, aku dh sakit belakang sbb asik tunduk, tunduk sbb tak biasa tunduk hormat ler.... Aku amik masa sebulan jugak la nk biasakan diri... aihh...
Dorg kt sana tak ckp 'helo' bila angkat gagang telefon tp sebut "moshi-moshi".. Moshi-moshi ni sama erti dgn helo dlm bahasa Inggeris tp ia hanya diucapkan ketika berbual dlm fon je. Korg jgn la ckp moshi-moshi kt org Jepun plak nnt...
Kt dlm kereta Okaasan (mak angkat) aku ada 'peta' iaitu sebuah skrin monitor komputer yg berfungsi sebagai peta. Kalau kita nk gi mana2, taip je kt monitor tu dan peta yg menuju ke destinasi kita akan muncul. Ikut saja anak panah pd peta tu & kita tak kan sesat. Aku masa mula2 naik kete tu pun terkejut juga sbb ada 'TV' dlm kete pdhal keluarga angkat aku ni bukannya kaya sgt. Rupa2nya setiap kete kt Jepun pun ada skrin monitor komputer ni... hehehe.... Kt M'sia ni, skrin monitor komputer ni cuma ada dlm kete import je & petanya agak terhad pd kawasan KL & bandar jerk..
Teksi kat sana ialah kete mercedes (mesti korg tak caye..). Aku dh penah naik byk kali pun... . Pastu, kt sana byk kete kancil. Mula2 tu aku terkejut gak sbb byk model kete kancil kt sana. Biasalah tu, M'sia ni kejenya tiru jerk....
Kt sana, semuanya dlm tulisan Jepun dan bahasa Jepun. Sebelum aku pegi ke Jepun, aku dh pegi ke kelas bahasa Jepun selama 3 bulan kt M'sia. Jadi, aku tak de masalah sgt la nk berkomunikasi dlm bahasa Jepun... Aku terkejut bila dpt tau yg bahasa Inggeris langsung tak laku di Jepun. Standard tahap bahasa Inggeris di kalangan rakyat Jepun cuma setakat smpai darjah 3 je.. Mesti korg x pecaya kan? Dorg pun blaja bahasa Inggeris gak di sekolah tapi x der pun mengagung2kan bahasa tu. Kalo kt M'sia ni, ramai org Melayu yg berlagak ckp bahasa Inggeris sampaikan ada yg malu nk bertutur bahasa sendiri...
Tulisan Jepun terbahagi kpd 3 jenis - Kanji (tulisan Cina Jepun), Hiragana (tulisan sokongan kpd tulisan kanji) dan Katakana (tulisan utk istilah2 dari bahasa asing & nama org asing). Kanji ada 2000 huruf manakala hiragana & katakana masing2 ada 120 huruf. Aku dh hafal semua huruf katakana & hiragana tp tulisan kanji, aku cuma hafal kira2 200 huruf jerk.. Mmg susah beb... . Tulisan Romaji (rumi) pun jrg digunakan di Jepun kecuali utk jenama2 brgan asing & produk asing jerk... Dorg berbangga dgn tulisan dorg, tak mcm di Malaysia. Kt M'sia ni, tulisan Jawi pun terabai mcm tu jerk...
Pastu, rata2 rumah org Jepun ni kecil kerana tanah di Jepun sgt mahal termasuklah rumah keluarga angkat aku. Kalau korg tgk rumah Nobita dlm cter Doraemon tu, mcm tu la rumah org Jepun. Rumah org Jepun ni unik sbb menggabungkan unsur tradisional / kontemporari & moden. Tikar kt lantai dipanggil tatami. Masa aku mula2 duduk atas tatami tu, mmg abis sakit bontot & kaki aku sbb tak biasa duduk atas tikar tatami yg keras ...
Duduk kt rumah org Jepun mesti pakai stoking. Itu mmg dh budaya mereka, aku pun pakailah stoking gak tapi kena pastikan stoking tu dibasuh selalu. Kalo x, semerbak la baunya...
Kt Jepun, org2 kt sana mkn dgn penyepit atau chopstick. Nasib la aku ni terer guna chopstick. Jadi, mmg x der masalah la bg aku. Keluarga angkat aku pun puji kata aku pandai guna chopstick. Kt sana, kalo mkn mknan antarabangsa mcm Perancis atau Itali barulah dorg guna sudu & camca...
Mknan Jepun ni unik sbb ikut musim. Kalo musim sejuk, lauk-pauknya adalah mknan panas manakala pd musim panas, lauk-pauknya adalah mknan sejuk. Cara mkn mi pun lain - ambil mi dari mangkuk besar yg diletakkan di tgh meja dgn chopstick dan masukkan mi tu ke dalam mangkuk kita yg mengandungi sup yg enak sblum dimkn.... Aku rasa cara ni bgs sbb dpt eratkan lg hubungan kekeluargaan...
Org Jepun kalo mkn mesti berbunyi. Kata org Jepun, bila org Jepun mkn mengeluarkan bunyi itu tandanya mknan yg dimkn tu sedap. Kalo kt M'sia, mesti dh kena pukul dgn mak kita...
Org Jepun tak tido atas katil tp atas tilam yg dipanggil 'futon' yg dihamparkan di lantai. Selimut futon ni tebal giler tp selesa digunakan ketika musim sejuk. Aku tak kisah tido atas tilam tp kwn aku si Elena ni dh biasa tido atas katil. Jadi, dia asik mengadu sakit belakang sbb tido atas tilam futon ni ...
Bersmbg...
[ Last edited by ijad_adiputera at 26-9-2007 02:34 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan...
Cara org Jepun mandi pun berbeza dari kita. Mula2 dorg akan berendam dlm tab mandi dulu. Lps tu dorg kuar dari tab mandi & duduk atas kerusi kecil menghadap depan cermin. Pastu dorg akan syampu & sabun 1 badan. Sebelum bilas dgn air, dorg akan gunakan tuala kecil dan kesat 1 bdn utk buang segala daki yg ada pd bdn. Masa mula2 aku nk guna bilik mandi kt umah keluarga angkat aku, aku jadi bingung sbb x penah mandi dgn cara rupa itu..hehehe..
Tandas awam di Jepun sgt bersih. Dorg mmg pandai jaga kebersihan. Nk guna pun mmg selesa la & tandas dorg pun kering, x lembab & kotor mcm kt M'sia nih. Yg syoknya, tandas kt sana x sama dgn rupa tandas kita. Dorg ada versi tandas dorg sendiri iaitu tandas ala Jepun iaitu dgn cara duduk mencangkung, bukan duduk atas mangkuk tandas.Tandas org Jepun ni siap berkomputer lg. Kalo nk bersihkan bontot lps buang air besar, kita tekan 1 butang yg ada kt ctu & air akan terpancut dari tepi mangkuk tandas tu ke bontot kita. Kt dinding tu ada byk butang tp org awam dilarang menekan sebarang butang sbb ia sudah set sedia utk kemudahan kita. Kalo tersilap tekan butang, nnt ada pulakkk air panas terpancut kt bontot korg...
Ane (abg angkat) aku penah bwk aku pegi mandi kt rumah mandi awam. Kt Jepun,mmg byk rumah mandi awam. Setiap rumah mandi awam terbahagi 2 iaitu utk lelaki & pompuan. Kalo nk mandi di sini, syaratnya cuma 1 iaitu kita mesti mandi bogel. Ane aku siap dh bogel dpn aku tp aku je yg susah giler nk lucutkan seluar pendek aku.. Muka aku merah abis masa tu sbb kt M'sia x penah mandi bogel kt tmpt terbuka walupun sesama laki.. . Bila dh kena paksa dgn Ane, aku pun bukak jugak seluar pendek aku. Mmg malu giler weeiiiii.... Dorg kt dlm tu selamba je mandi bogel. Yg aku plak terkial2 mcm org bodoh... Itulah kali pertama & terakhir aku masuk rumah mandi awam Jepun. Lps tu, aku langsung tak masuk dh...
Aku & kwn aku si Elena blaja di skolah yg sama iaitu Sekolah Tinggi Kariya Higashi. Semua pelajar skolah di Jepun pegi sekolah dgn berjln kaki, naik basikal atau tren tak kira anak org kaya atau miskin. Aku pun tak terkecuali gak. Masa mula2, Okaasan aku yg antar aku dgn Elena ke skolah naik kete tapi tak lama lps tu, aku gi skolah jln kaki & naik tren sendiri.. Best woo... Tak rasa pengalaman ni di M'sia . Rumah aku mmg dkt dgn stesen tren. Kt sana dorg x der bas skolah kecuali bas skolah utk budak2 tadika je. Pelajar2 skolah kt sana dh diajar berdikari sejak kecil pdhal kt M'sia ni, pelajar kolej pun mak ayah masih antarkan lg...
Yg Peliknya, org Jepun tak pakai kasut skolah dlm bangunan skolah dorg tp pakai selipar hotel yg disediakan khas utk setiap pelajar & guru. Patutlah bangunan skolah dorg nampak bersih, tak mcm di Malaysia ada byk sgt 'cap mohor' kasut kt dinding skolah...
Org Jepun pun ada uniform dorg sendiri tp lebih cun dari kita punyalah. Kt sana, pelajar laki & pompuan semua pakai baju kot & tali leher tapi laki pakai seluar panjang & pompuan pakai skirt. Setiap sekolah mempunyai uniformnya tersendiri. Cikgu lelaki kt sana semua pakai tali leher, tak mcm di negara kita...
Yg syoknya, setiap skolah kt Jepun mesti ada sebuah dewan serbaguna, kumpulan pancaragam & orkestra,.. kalo kt M'sia, hanya skolah2 tertentu je yg ada kemudahan2 mcm ni... Kt skolah dorg tak der kantin tapi dorg bwk bekal dari rumah masing2. Tiap2 hari Okaasan aku sediakan bekal mknn dlm bekas yg kiut giler utk aku & adik angkat aku... Bila waktu rehat, aku dgn kwn2 Jepun aku selalu bertukar2 lauk.. mmg syok sgt!! Kalo kt M'sia ni ramai pelajar yg malu bawak bekal ke sekolah.. semua nk berlagak beli lauk kt kantin je...
Kt sekolah aku, aku dgn kwn aku Elena ni selalu jadi tumpuan sbb kitorg ni pelajar asing. Org Jepun ni poyo skit sbb dorg jarang sgt terdedah dgn bangsa asing. Jepun x sama dgn M'sia yg berbilang kaum ni sbb Jepun cuma ada 1 bangsa jerk. Aku ingat lg betapa ramai minah2 Jepun nk kwn dgn aku & cuba ckp dgn aku dlm bahasa Inggeris . Tambah lg, subjek bahasa Inggeris aku selalu dpt keputusan cemerlang, lagi la aku jadi tumpuan dorg...
Org Jepun ni mmg rajin belajar & cintakan ilmu pengetahuan. Jarang sgt nampak org Jepun yg malas. Dorg kalo masa blaja mmg serius & berdisiplin. Kt sana kalo org yg kurang cerdik spt tahap Nobita tu dh dikira bodoh sgt. Setiap tahun mesti ada ramai pelajar skolah di sana yg bunuh diri sbb tekanan dlm pelajaran atau keputusan subjek merosot. Kalo kt M'sia ni plak, pelajar yg gagal bleh wat bodoh jerk & x rasa malu langsung..... cemana la negara kita nk maju mcm Jepun kalo mcm tu.. . Sistem peperiksaan skolah dorg pun diakui mmg antara yg plg susah di dunia...
Penah sekali Wilayah Nagoya dilanda gempa bumi. Masa tu aku kt sekolah. Masa gempa bumi tu, semua org cpt2 menyorok bwh meja. Mmg kuat jugak la... Terus sekolah dibatalkan.... Aku terus balik umah tgk keluarga angkat aku. Nasib baik dorg selamat...
Okaasan aku selalu bawak Taku-chan (adik angkat aku) pegi Perpustakaan Wilayah Nagoya. Bila aku ikut pegi sekali, terkejut aku tgk ramai ibubapa bwk anak2 kecil dorg pegi perpustakaan pd usia yg muda. Mak ayah dorg dh didik anak2 dorg cintakan ilmu pd usia yg muda. Kalo kt M'sia jgn haraplah nk tgk suasana mcm ni. Golongan dewasa pun mls membaca, apatah lg golongan muda...
OK la.. Cukup arr stakat ni aku berkongsi cerita dgn korg. Penat giler aku menaip smpai terlajak 2 muka.. Bila korg baca pengalaman aku kt Jepun ni, korg nilailah sendiri perbezaan besar antara Malaysia & Jepun. Kalo ada permintaan dari org lain, bru aku smbg cter lg.. tp tgk jugakla kalo aku ada masa k... :victory::victory::victory:
[ Last edited by ijad_adiputera at 26-9-2007 02:46 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ijad..besnta baca pengalaman ko |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 ijad_adiputera's post
Waaa... ko sambil bercerita ayat terakhir setiap perenggan sempat selit2 sikit kutuk Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Ijad_adiputera,
Hari ni (tahun 2013) baru terjumpa laman ni dan baca pengalaman saudara.
Memang best baca2 kisah2 yg dapat beri motivasi & kesedaran gini.
Sesiapa kawan2 sini yg ada pengalaman di Jepun, cerita lah di sini. Boleh kita kongsi sama2.
pst : Tiba2 rasa nak jadi kakak angkat/emak angkat kpd student Jepun yg datang Malaysia pulak...hehe. Akan ku layan dan tunjuk budaya2 melayu dan kehidupan kita di sini.
(Kalu boleh nak tunjukkan benda2 yg positif la... )
|
|
|
|
|
|
|
|
agak-agak ijad ni pergi masa sekolah rendah ke sekolah menengah eh? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gagal, malu, stress, kalah
jgn lah tiru perangai jepun yg suka bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|