|
apa kah hukum kita percaya pada jampi and bomoh...??? |
|
|
|
|
|
|
|
clear cut kan?
percaya pada jampi dan bomoh .....bukan ke kena percaya pada Tuhan, qada dan qada nYa?
unless kita gunakan ayat Quran dengan tujuan utk berikthiar....yg memberi Kebaikkan dan keburukan hanya lah ngan izinya..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya
Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, baginda menyuruh berjampi dengan katanya 揝esiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amalan yang giat berjalan dalam masyarakat kita sekarang
Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi -yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam- telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: 揝esungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh
Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-慉raf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: 揝esiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad |
|
|
|
|
|
|
|
Surah Yassin
Asalamualaikum WBT
Perkara ini berlaku pada malam 15.08.2008.. telah diadakan bacaan yassin dirumah seorang Ibu saudara... selepas majlis bacaan selesai tiba-tiba salah seorang menantu ibu saudara saya telah mengalami histeria... meronta-ronta dan meraung-raung untuk dilepaskan. maka seluruh keluarga terkejut kerana inilah kali pertama berlaku. maka 6 orang terpaksa memegang seorang perempuan yang tidak berapa besar... maka ibu saudara saya mengambil air yang diletakkan didepan Imam yang mengetuai bacaan Surah Yassin tersebut dan meminumkan kepada menantunya. tidak berapa lama anak menantunya meraung kepanasan dan setengah jam selepas itu syukor Allhandulillah anak menantunya itu pulih setelah diazan dan dibacakan ayat-ayat suci Alquran. begitulah kehendak ALLAH S.W.T jika kita yakin ALLAH sentiasa bersama kita setiap masa tidak terlepas walau seditik pun. Mohonlah setiap pertolongan terus kepada ALLAH S.W.T. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
JAMPI AND BOMOH
apa kah hukum kita percaya pada jampi and bomoh...???
Assalamualaikum
Yg mana ayat2 jampi digunakan mengandungi seruan ke atas makhluk jin / sesuatu yg lain dari Allah (menyekutukan-Nya) samada mencampur-adukkan ayat Quran atau jampi serapah dlm bahasa tertentu shj ... jelas HARAAM krn hukumnya SYIRIK.
Kalau bomoh itu benar2 bersekutukan makhluk lain selain Allah, maka jgnlah kita dekati dia.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan Jampi Serapah Guna Ayat Quran Tidak Salah
DALAM sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu seperti mana yang dilaksanakan Rasulullah SAW dan sahabat.
Selain cara perubatan biasa, mereka menggunakan doa khusus bagi mengubati penyakit. Bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang difahami sesetengah pihak yang tidak dikehendaki syarak seperti memanggil roh datuk nenek, roh wali, syeikh dan khadam tertentu. Kita dibolehkan melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain yang ditimpa kesusahan.
Hal ini kerana jampi adalah doa perlindungan berdasarkan syarak.
Tetapi, jika lain daripada itu, perlu dilihat adakah perkara itu berlawanan dengan syarak atau tidak.
RasulullahSAW bersabda bermaksud: "Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami disengat kala jengking.
揔etika itu kami duduk bersama Rasulullah SAW. Maka berkata seorang lelaki:"Wahai Rasulullah SAW! Bolehkah aku jampi? |
|
|
|
|
|
|
|
"MenyekutukanAllah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anakyatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukanmaksiat terkutuk." (Hadis riwayat al-Bukhari).
Mintak periksa semula tujuh dosa besar nih....
Macam mana lak ngan zina dan minum arak?
|
|
|
|
|
|
|
|
kata dr Asri
Demikianlah para ulama yang cemerlang. Mereka tidak bergantung kepada air jampi atau pensel dan pemadam jampi sebelum memasuki peperiksaan. Juga tidak air surah Yasin yang masyarakat melayu sering meminum airnya dengan melupakan kandungan ayat-ayatnya. Generasi lalu cemerlang kerana mementingkan ilmu dan ikhlas kepada Allah dalam menuntutnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|