View: 7858|Reply: 12
|
Iklim Mempengaruhi Kekerapan Petir -
[Copy link]
|
|
Iklim pengaruhi kekerapan petir
Oleh Shamsiah Sanin
KUASA ALAM: Dua panahan petir menerangi bandar Armenia,
baru-baru ini.
Saintis percaya pemanasan global tingkatkan kejadian ribut pada masa depan
RIBUT petir yang menyebabkan petir biasanya berlaku pada musim panas di China, namun baru-baru ini di Hangzhou, sebuah wilayah di Zhejiang, kekerapan kilat yang berlaku benar-benar menakutkan penduduknya.
Statistik yang diperoleh Jabatan Kaji Cuaca di Zhejiang, menunjukkan sejak 21 Jun, kejadian kilat kebanyakannya tertumpu di wilayah itu saja.
Jabatan itu melaporkan pada hari itu saja, kilat berlaku hampir 20,000 kali di seluruh wilayah berkenaan dan lebih 6,000 kali di Hangzhou saja.
Seramai 10 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera parah dalam tempoh seminggu kejadian itu, manakala secara purata, lebih 50 orang maut disambar petir setiap tahun di wilayah Zhejiang.
Di Amerika Syarikat, pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) merekodkan 47 kematian terkena kilat manakala 246 orang lagi dilaporkan cedera disambar petir pada 2006.
Pakar kecederaan akibat kilat, Dr Marry Ann Cooper dari Universiti of Illinois, berkata kesilapan terbesar manusia mengenai kilat ialah mereka anggap tidak akan menjadi mangsa.
"Sebenarnya manusia mempunyai beribu kali ganda kemungkinan mati dipanah kilat berbanding memenangi loteri. Sesiapa yang berusia 80 tahun mempunyai nisbah satu daripada 5,000 kemungkinan untuk disambar petir," katanya.
Dalam apa yang dikatakan sebagai perubahan iklim ketara, ramai pakar kaji cuaca bersetuju bahawa fenomena ini adalah kesan sampingan daripada masalah pemanasan global yang secara tidak langsung bakal meningkatkan kejadian ribut petir pada masa depan.
Berikutan itu, mereka percaya kajian lanjut dan terperinci perlu dilakukan mengenai kejadian itu bagi mengelak kerugian ekonomi dan kehilangan nyawa yang lebih besar.
Mereka berpendapat, usaha memberi maklumat kepada masyarakat dunia mengenai kilat dan petir perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka menghindari kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda.
Antaranya, seseorang itu perlu memahami corak cuaca di tempat tinggal dan merancang aktiviti harian. Mereka juga perlu berhubung dengan jabatan kaji cuaca dan peka dengan perubahan cuaca.
Suhu kilat ketika sambaran melebihi kepanasan permukaan matahari selain kejutan gelombang ke semua arah. Tidak hairanlah, pengetahuan mengenai fenomena ini adalah cabaran kepada umat manusia.
Di sebalik cahaya yang terpancar, kilat memberikan bidang sains satu misteri yang memerlukan kajian lanjut. Begitu juga dengan persoalan mengapa sesetengah kawasan lebih kerap dilanda kilat berbanding kawasan lain.
Ketika kita merenung semua perkara mengenai kilat dan petir, kita akan dapat memahami peristiwa dan kejadian di alam ini adalah sesuatu yang menakjubkan.
Satu kekuatan luar biasa muncul dari partikel positif dan negatif yang tidak kelihatan oleh mata, menunjukkan bahawa petir diciptakan dengan sengaja dan tujuan tersendiri.
Kenyataan bahawa molekul nitrogen, sangat penting untuk tumbuhan, muncul daripada kekuatan ini, sekali lagi membuktikan bahawa petir diciptakan dengan kearifan yang khusus.
Allah SWT secara jelas menarik perhatian umat Islam mengenai petir di dalam al-Quran. Maksud daripada Surah ar-Raa磀, salah satu surah di dalam al-Quran, sesungguhnya ia adalah 慻uruh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teori pasal global warming bleh tingkatkan aktiviti ribut petir memang bleh diterima, sebab kalau atmosfera makin panas so pembentukan awan kumulonimbus akan lagi cepat, dan bleh selamber jer bentuk awak kumulonimbus yang besar. Setakat ni awan ribut petir kat Malaysia takder laa sampai bentuk supersel, paling2 besar pun awan jenis multiple cell dgn garis badai (squall front - jangan terconfuse lak dengan nama haku, hehehe... ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
katanyerr...
Jenis-jenis petir:
a) ‘In-Cloud Lightning’
Jenis yang paling biasak.. Ia bergerak antara pusat cas positif dan negatif ketika ribut petir.
b) ‘Cloud-to-Ground Lightning’
Kilat yang datang dari awan yang mengalami ribut petir ke tanah.
c) ‘Cloud-to-Cloud Lightning’
Kejadian yang jarang berlaku. Ia petir yang bergerak dari satu awan ke awan yang laen.
d) ‘Sheet Lightning’
Petir di dalam awan yang memberi seakan cahaya pada awan.
e) ‘Ribbon Lightning’
Ia terjadik bila percikan ‘cloud-to-ground’ bertiup secara sehala disebabkan hangin menjadikan ia kelihatan seperti dua pancaran kilat (bolt) yang sama.
f) ‘Bead Lightning’
Dikenali jugak sebagai "chain lightning," kerana pancaran kilat petir terpecah kepada fragmen disebabkan kecerahan yang berubah2 atao disebabkan sebahagian bolt itu ditutup awan.
g) ‘Ball Lightning’
Jarang dapat dilihat, ia terjadik dalam bentuk bola bersaiz buah anggur dan bertahan ntuk beberapa saat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# bluezink
ada gambar tak? |
|
|
|
|
|
|
|
takut tengok petir. tapi aku suka petir. kabooom |
|
|
|
|
|
|
|
ramai org mati kena panah petir skang |
|
|
|
|
|
|
|
ramai org mati kena panah petir skang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|