CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah dan Tindakan Yang Patut Diambil

[Copy link]
Post time 7-2-2009 11:23 PM | Show all posts
Cikgu2 sekarang memang OTT... Kat skool aq lg la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 11:41 PM | Show all posts
1.berita kat paper xyah la caye 100%,kdg2 paper dpt stori seblah pihak je.
2.cikgu tu klu betul tampar,aku rasa caranya mmg salah. apatah lagi dia lelaki,dan muridnya ppuan.
3.cikgu tu tak selidik,cuma soh budak tu mengaku je.andai kata betul pun,xperlu ke diberitau pada ibubapa? seolah berlagak mcm tu anak dia plak
4.komen yg kata budak2 skang ni xmakan saman,xdgr ckp..abes tu,klu kena tmpo ade sgt ke yg berubah? mana la ade kes kena tmpo leh insaf? klu dah xde kaki,baru insap jadik mat rempit penah gak aku dengor..
5.xyah la sound soh org mendidik,baru leh bg komen.sbb klu cite ni benar,sah2 cikgu tu salah.. xleh nak kata beban ngajar berat or sbb kena pindah sana sini ke apa ke.klu xmampu,cikgu tu yg sebenarnya xlayak pilih profession tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 11:21 AM | Show all posts
mencegah lebih baik dari mengubat..
jgn sampai kudis dah jadi nanah, pelajar kena buang sekolah, cikgu pulak kena tukar sekolah lain..
tp tak yah laa tampar.. buat sakit tangan cikgu jek..  report kat HEM, panggil mak bapak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 05:28 PM | Show all posts

Reply #1 makcikmengamok's post

kalu ikotkan aku...tampar ajer....dasar memey
tapi takotlak aku kene ape2 tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 05:31 PM | Show all posts

Reply #13 fiyass's post

bagus mak bapak sekolah ko...
bukanla bermaksud kite nak sepak terajang depa...
cuma ajar skit...xpekan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 06:34 PM | Show all posts

Reply #18 mizlilo's post

tp setengah tu x ley blah gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2009 11:42 AM | Show all posts

a great article to ponder --

Sembunyi masalah disiplin
Oleh Suliati Asri



MASALAH disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah.

Kini, timbul pula permasalahan yang mengatakan pengetua 'menyorok' masalah disiplin pelajar. Benarkah ia berlaku?


Masalah ini semakin kuat diperkatakan selepas Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri meminta pihak sekolah, terutama guru besar dan pengetua tidak melindungi salah laku pelajar mereka kononnya untuk menjaga nama baik sekolah kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini.


Menurutnya, perbuatan melindungi salah laku dan kesalahan disiplin boleh menyebabkan pelajar terus dengan sikap negatif itu kerana menganggap pihak sekolah takut mengambil tindakan.

Namun, benarkah guru besar atau pengetua menyorok masalah disiplin pelajar? Kenapa perlu disorok masalah disiplin pelajar kerana bukankah lebih baik masalah itu dilaporkan kepada pihak tertentu untuk mencari jalan penyelesaiannya?

Adakah dengan menyorok masalah disiplin pelajar, sesebuah sekolah itu boleh menjadi sekolah terbaik dan popular kerana kurang masalah disiplin?


Sejauh mana pembabitan guru besar atau pengetua dalam hal ini? Adakah mereka sengaja menyorok masalah itu atau mereka tidak diberitahu perkara sebenar?

Yang Dipertua (YDP) Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon, berkata tidak ada sebab seorang guru besar atau pengetua menyorok masalah ini kerana setiap masalah disiplin yang dilakukan pelajar direkodkan.

Menurutnya, dalam pentadbiran sekolah, segala masalah disiplin yang berlaku akan ditangani terlebih dulu oleh guru disiplin dan akan direkod untuk dilaporkan kepada Jabatan pelajaran.

"Setiap masalah disiplin pelajar akan direkod mengikut kategori kesalahan dalam buku laporan iaitu buku Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM). Dalam setahun, sekolah akan menghantar tiga kali laporan itu kepada jabatan pendidikan daerah atau negeri.

"Di samping itu, masalah disiplin pelajar akan sentiasa dibentangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Guru disiplin atau wakil guru akan membentangkan masalah disiplin yang berlaku sepanjang sesi persekolahan.

"Jadi, tidak ada sebab dan cara untuk pihak sekolah menyorok masalah disiplin pelajar bagi kepentingan sendiri," katanya.

Dalam penyelesaian masalah disiplin pelajar, menurut Ruslan, guru disiplin di bawah pengawasan penolong kanan hal ehwal pelajar akan mencari penyelesaian terlebih dulu sebelum membabitkan pentadbiran sekolah dan guru besar.

"Setiap masalah disiplin akan diselesaikan guru disiplin dan hal ehwal pelajar. Jika masalah itu dapat diselesaikan, guru besar atau pengetua tidak akan diberitahu.

"Oleh itu, isu pengetua 'sorok' masalah disiplin pelajar ini timbul apabila pihak luar yang tidak mengetahui perkembangan masalah itu menghebohkan masalah ini," katanya.


Ruslan yang sudah memegang jawatan sebagai guru besar selama 15 tahun juga tidak menafikan ada sesetengah sekolah yang sengaja menyorok masalah disiplin pelajar tetapi bilangannya sedikit.

Menurutnya, ada kemungkinan sekolah terbabit menyorok masalah disiplin pelajar kerana tidak mahu masalah itu merosakkan reputasinya.

"Semua maklum masalah disiplin boleh memberi kesan negatif kepada sesebuah sekolah dan reputasi guru besar atau pengetua itu juga akan merosot.

"Justeru, untuk tidak timbul apa-apa masalah, mereka mengambil tindakan untuk menyorok masalah disiplin itu daripada disebarkan. Namun, perbuatan itu adalah tidak patut dan seharusnya dielakkan," katanya.

Ruslan yang menyokong teguran Tunku Besar Tampin, berharap semua guru besar dan pengetua tidak menyorok masalah disiplin pelajar di sekolah.

"Setiap masalah ada penyelesaiannya, jadi jika masalah itu disorok, ia tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan sebaliknya masalah lain pula timbul.

"Selain itu, ibu bapa perlu bijak dalam menyelesaikan masalah pelajar dan sentiasa berusaha mengajak waris pelajar dalam menangani malah disiplin mereka," katanya.

Sementara itu, YDP Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Mat Atan, berkata tidak ada istilah sorok masalah disiplin dalam pengurusan sekolah.

Ini kerana, menurutnya, setiap masalah disiplin yang berlaku di sekolah akan diselesaikan dengan cara profesional.

"Sebagai pengetua, kita mesti berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berkaitan dengan masalah disiplin dan bukannya menyorok masalah.

"Mungkin sesetengah sekolah yang dikatakan menyorok masalah disiplin sudah menyelesaikan masalah itu dari dalaman dan tidak menghebohkannya.

"Tidak ada istilah sorok masalah daripada mana-mana pihak sebenarnya. Ini kerana, sesuatu masalah disiplin pelajar akan sentiasa dibincangkan dan dilaporkan kepada yang berkuasa.

"Sesuatu masalah itu boleh diselesaikan di peringkat dalaman dan tidak membabitkan pihak luar tetapi bukan berniat untuk menyorok masalah itu," katanya.

Azam yang sudah bertugas sebagai guru selama 32 tahun dan menjadi pengetua selama 17 tahun ini berkata, tidak ada pulangan yang diperoleh pihak sekolah yang menyorok masalah disiplin pelajar ini.

"Sebagai ketua sekolah, kita sepatutnya lebih profesional dalam menangani masalah dihadapi terutama masalah disiplin.

"Budak perlu diberikan pengajaran atau hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukannya.

Jangan kerana tidak mahu reputasi terjejas, kita melepaskan mereka begitu saja. Ia bukan jalan penyelesaian tetapi penambah masalah," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 08:28 PM | Show all posts

Renungan untuk Ibubapa/penjaga..

Isnin, 2009 Mac 16Fokus: Disiplin pelajar
Oleh Basir Zahrom
[email protected]Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak antara faktor penyumbang masalah salah laku

KEBELAKANGAN ini masalah disiplin di kalangan pelajar semakin membimbangkan dan jika keadaan itu berterusan ia dikhuatiri boleh menimbulkan suasana yang tidak selamat, sekali gus mengancam keselamatan penuntut lain.

Terkini kes buli yang dilakukan sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat, Mukah, Sarawak benar-benar mencabar kewibawaan Kementerian Pelajaran, sehingga Ketua Pengarahnya Datuk Alimudin Mohd Dom terpaksa turun padang bagi menyelesaikannya.

Tahap disiplin membimbangkan ketika ini menyebabkan Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak polis bagi mencari jalan menangani kes berkenaan agar tidak berlarutan.

Mungkin sesetengah pihak terutama ibu bapa menganggap disiplin pelajar tanggungjawab sekolah, manakala guru pula mengharapkan ibu bapa yang sepatutnya mendisiplinkan anak mereka.

Trend sekarang ialah ada ibu bapa mempertahankan pelakuan buruk anak mereka walaupun tahu perkara yang dilakukan salah, namun ia seperti sudah menjadi kebiasaan.
Sebagai contoh, Berita Harian menerima aduan menerusi emel menyatakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah dimarahi bapa pelajar kerana anak lelaki berkenaan menghisap rokok.

Pelajar terbabit belajar di sekolah sama di tempat guru disiplin bekerja dan lebih memilukan apabila bapa pelajar itu mengaku membenarkan anaknya merokok kerana trend remaja sekarang.

Jika seorang bapa tidak menunjukkan teladan baik kepada anaknya, bagaimana pula anak yang dipertahankan itu? Semestinya akan bertindak lebih agresif kerana merasakan perbuatannya mendapat pembelaan bapa sendiri.

Adakah tugas guru terhenti di kawasan sekolah saja? Adakah ini yang dikehendaki masyarakat iaitu dengan menghalalkan perlakuan negatif serta mengambil sikap 'tidak mengapa' terhadap perkara sebegini?
Ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak sehingga ada yang takut anak sendiri. Mereka khuatir anak akan memberontak, sekali gus lari dari rumah.

Mengulas perkara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, merumuskan kebanyakan aduan diterima pihaknya ialah disebabkan kurang kerjasama antara ibu bapa dan guru.

Beliau berkata, jika perbincangan selalu diadakan, masalah tidak puas hati mengenai hukuman dijatuhkan tidak wujud, sekali gus hubungan erat dapat dijalinkan.

Katanya, mungkin pihak sekolah boleh mengadakan 慔ari Bertemu Pelanggan?bagi memberi peluang ibu bapa mengemukakan masalah membabitkan anak mereka, tidak hanya pertemuan pada hari penyampaian anugerah saja.

揑bu bapa jangan hanya menuding jari, kemudian menyerang guru atau mengambil tindakan mahkamah disebabkan perkara kecil yang sepatutnya diselesaikan di peringkat dalaman.

揟indakan undang-undang adalah pilihan terakhir jika tiada penyelesaian lain.

Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak juga menjadi penyumbang masalah salah laku pelajar, katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Nordin Yaman, berkata kejadian seperti itu adalah asam garam guru disiplin.

Beliau, yang berkhidmat sejak 29 tahun lalu mengaku pernah diugut bapa pelajar ketika memegang jawatan itu di sebuah sekolah di ibu negara.

"Bagi mengelakkan perkara ini berulang, sistem rekod prestasi serta disiplin pelajar dapat dijadikan bukti mengenai perilaku mereka sama ada di sekolah," katanya.

Berita harian Online: 16 Mac 2009


[ Last edited by  sayawifenikmie at 22-3-2009 20:38 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2009 08:50 PM | Show all posts

i am going to merge it

dah ada pasal discussion discipline pelajar -

continue in the thread i merged -

thanks -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.632354 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list