|
Teroka tradisi Minang
MALENGGANG, basaluang dan badendang mungkin asing disebut oleh masyarakat kita, tetapi tidak bagi orang Minang. Jika orang Johor sinonim dengan zapin dan ghazalnya tetapi bagi orang Minang malenggang, basaluang dan badendang mempunyai pengertian seni yang tersendiri.
Ia elemen gerak tari, permainan muzik, nyanyian dan lakonan dalam bentuk tradisi Minang. Sejajar dengan usaha untuk memulihara kesenian dalam Nusantara Melayu, Persatuan Karyawan Negeri Sembilan dan Sekolah Tinggi Seni Padang Panjang, Sumatera, Indonesia mempersembahkan Malenggang, Basaluang dan Badendang pada hari ini dan esok di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.
Pengurus Publisiti Persatuan Karyawan Negeri Sembilan, Aiensyah Alam Shah berkata malenggang, basaluang dan badendang ini dipersembahkan dengan harapan dapat membuka pandangan serta perspektif betapa kebudayaan mampu merapatkan hubungan dua negara serumpun.
揟erdapat dua pengisian program iaitu Bengkel Tari dan Persembahan Malenggang, Basaluang dan Badendang. Persembahan tradisi Melayu Minang ini diadakan di tiga negeri iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Persembahan: Malenggang, Basaluang, Badendang
INFORMASI UMUM:
Tarikh: 25-Feb-2007 - 2-Mar-2007
Hari di dalam minggu: Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Penonton sasaran: General Audience
Masa: 8.45pm-10.15pm
Lokasi: Rujuk Maklumat
Individu untuk dihubungi: Persatuan Karyawan N.Sembilan & ASWARA
Nombor telefon: 013-342 4024
Alamat e-mel: -
Laman web: -
INFORMASI TENTANG TIKET
Harga: Percuma
Laman web: -
Maklumat - maklumat tentang Acara / Komen-komen lain:
Saksikanlah gerak tari dari kaum Melayu Minang Indonesia. Antara yang akan dipersembahkan nanti termasuklah Tari Pasambahan, Tari Bagurau, Tari Payung Sofyani, Tari Piring Badantiang Di Rumah Gadang, Tari Indang Ujung Darek, Tari Tapuak Tingkah, Tari Dalam Sobaik, Gandang Tambuah dan Saluang Dendang. Lokasi persembahan adalah seperti berikut: 25 & 26 Feb (Dewan Budaya, USM, P.Pinang); 27 & 28 Feb (Panggung Bandaraya, KL); 1 & 2 Mac (Taman Budaya N.Sembilan). |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah suatu masa dulu menonton persembahan Randai. Indah sungguh kesenian Minang nie! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Gravedigger's post
kalau indak awak yang mamuji ey, sia leh?
 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 Syd\ catat
Syd orang minang ke? Minang mana? Mcm Saya minang Sejati.dari sumatera. Tp sedara ramai di gumbak...jenderam,langat, semenyih, puchong.
Bukan minang nogori sembilan yer... |
|
|
|
|
|
|
|
tradisi makanan minang..ade sape2 bleh explain? |
|
|
|
|
|
|
|
Rendang minang (rendang kering), sambal tempoyak, sambal wok (tempoyak), masak lemak cili api...uhhhh...semua nye ade cili api. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ninoZ at 2-3-2009 23:47 
tradisi makanan minang..ade sape2 bleh explain?
Sori..den tak pandai masak tapi den tahu bezakan antara masakan minang ataupun bukan minang. Masakan Minang penuh dengan rempah ratusnya yang seimbang seperti serai, kunyit, lengkuas, daun limau purut dsbnya. Kalau sesekali den makan di Restoren Nasi Padang sudah boleh membezakan sama ada ia tulen masakan minang ataupun bukan sebab amak den dulu memang pakar masakan minang ni.
Kalau nak rasa masakan minang asli pi saja ke restoren Waspada di wisma yakin ataupun kalau nak murah di gerai kailima2 di kampung baru. Kalau ada menunya yaitu perut yang disumbat dengan telur maka orang Minanglah yang masak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by m_80 at 3-3-2009 00:11 
Rendang minang (rendang kering), sambal tempoyak, sambal wok (tempoyak), masak lemak cili api...uhhhh...semua nye ade cili api.
Sambal tempoyak, sambal wok atau masak lomak cili api tu bukannya masakan Minang tapi adalah masakan Nogori. Rendang Minang pun tak sama dengan rendang Nogori sebab rendang Minang ni makin dipanas-panaskan makin lamak rasonya dan batambah badarai pulo.
Masakan yang den suko ialah gulai kalio ayam ataupun dagiang, goreang ikan balado, taruang balado dan peregedel yang dimakan basamo karupuak Jangek. |
|
|
|
|
|
|
|
esta Adat,3 hingga 5 AprilSEREMBAN 31 Mac - Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan(MTPNS) akan menganjurkan Pesta Adat di Inap Desa Kampung Batang Nyamor dekat Kota, Rembau dari 3 hingga 5 April ini.
Pengurus Besar MTPNS, Badrulhisham Abd. Rahman berkata, program yangturut mendapat kerjasama Jawatankuasa Inap Desa Kampung Batang Nyamoritu bertujuan menonjolkan Adat Perpatih yang diamalkan penduduk setempat.
Jelasnya, pengunjung inap desa tersebut berpeluang mengalami sendiri suasana kehidupan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di negeri ini.
''Pesta Adat pada kali ini akan mengetengahkan adat 'Sirih Pulang Ke Gagang," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut Badrulhisham, adat berkenaan dipraktikkan semasa menyambut kepulangan anak lelaki yang baru kematian isteri ke sukunya.
Jelas beliau, pelaksanaan adat itu hanya tertakluk kepada anak lelaki yang mengahwini perempuan dari suku yang lain.
''Sambutan kepulangan anak lelaki terbabit menyerupai majlis menyambut kedatangan pengantin yang baru berkahwin," katanya.
Ujar Badrulhisham, selain demonstrasi adat 'Sirih Pulang Ke Gagang',aktiviti-aktiviti lain sepanjang Pesta Adat termasuk pertandingan gubahan bunga telur, pertandingan 'panta kucung' dan pertandingan masakan pengantin turut diadakan.
Menurutnya lagi, Pesta Adat akan dihadiri oleh pelancong-pelancong dari Nigeria, Arab Saudi dan China serta sekumpulan penyelidik dan pelajar institusi pengajian tinggi awam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# m_80
urang awak dima kiniko |
|
|
|
|
|
|
|
you all ade tak lagu dendang saluang darek...i nie duk cari dah jenuh...still tak dapat pun instrument tuh..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|