CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kes hak cipta @ copyright / harta intelek etc

[Copy link]
 Author| Post time 12-3-2010 10:39 AM | Show all posts
Tribunal Hakcipta Akan Diaktif Semula, Kata Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Tribunal Hakcipta, yang dimansuhkan pada 2003 akan diaktifkan semula dalam masa terdekat bagi memberi ruang kepada golongan artis dan karyawan muzik membuat aduan mengenai isu hakcipta termasuk soal royalti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi tribunal yang diwujudkan pada 1999 itu tidak diteruskan sebelum ini kerana tidak mendapat sambutan, di mana tiada satu kes pun pernah direkodkan sepanjang kewujudannya sehingga 2003.

"Pada masa itu mungkin dari segi kesedaran tidak ada. Bagaimanapun pada hari ini banyak isu yang timbul jadi artis tidak ada tempat untuk mereka bawakan masalah-masalah ini sebab itu saya rasa wajar untuk kita aktifkan semula tribunal ini jadi sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempat untuk mengadu," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri muzik, di sini hari Khamis.

Ismail Sabri berkata melalui pertemuan itu pihak kementerian juga bersetuju untuk mengkaji semula fi yang perlu dibayar oleh pengusaha pusat-pusat hiburan yang didakwa mereka sebagai "tidak sesuai".

Sebagai contoh katanya, selain fi untuk lagu-lagu yang dimainkan oleh pusat-pusat karaoke, mereka mendakwa mereka juga perlu membayar fi untuk set televisyen, kerusi dan sebagainya.

"Saya dah minta persatuan pengusaha pusat-pusat hiburan ini untuk memaklumkan kita mengenai fi-fi yang mereka kenakan dan cadangan-cadangan mereka berhubung perkara itu," katanya.

Selain itu Ismail Sabri berkata pihak yang bertanggungjawab membuat kutipan royalti bagi pihak artis juga bersetuju untuk memberi laporan secara terperinci mengenai kutipan royalti para artis, berbanding sebelum ini yang hanya menyatakan jumlah royalti yang mereka terima.

Pada masa ini terdapat tiga pihak yang membuat kutipan royalti iaitu Music Author's Copyright Production Berhad (MACP) yang membuat kutipan bagi pihak komposer, penulis lirik dan penerbit, Performers and Artistes Right Malaysia Sdn Bhd (Prism) bagi pihak penyanyi dan pemuzik rakaman dan Public Performance Malaysia (PPM) bagi pihak syarikat rakaman.

Jumlah kutipan ketiga-tiga syarikat itu kira-kira RM61 juta setahun, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048942 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list