Originally posted by prototaip at 8-2-2007 04:09 PM
Lagi satu,
jisim kayu + jisim oksigen = jisim carbon + jisim carbon dioksida
tenaga pembakaran + tenaga ikatan dalam kayu =tenaga ikatan dalam carbon + tenaga ikatan dalam carbon dioksida + ...
Aku tambah sikit..
Dinding sel tumbuhan (kayu) dibuat daripada selulosa. Selulosa, (C5H10O5) n terbina dari rantaian molekul panjang, polisakarida yg memberi sokongan pada pokok. Selulosa pula merupakan gabungan monomer glukosa. Kalau tgk balik formula molekul selulosa terdiri daripada C, H dan O. Apabila berlaku pembakaran kayu, tenaga dibebaskan dalam bentuk cahaya dan haba. Dengan kehadiran oksigen semasa proses pembakaran, C bertukar kepada carbon monoxide dan carbon dioxide. Hidrogen yang terhasil akibat pemecahan rantaian akan membantu proses pembakaran... kayu + udara + tenaga haba -----> debu + asap + tenaga haba CH2O(s) + O2(g) -----> CO2(g) + H2O(g) Dari mana plak datang asap... Pembakaran lengkap selulosa membebaskan sama ada debu atau asap. Kayu juga mengandungi mineral tidak terbakar yang menghasilkan debu selepas pembakaran. Jika sekiranya jumlah oksigen tidak mencukupi untuk melengkapkan proses pembakaran, asap akan dihasilkan. CH2O(s) -----> C(s) + H2O(g)
[ Last edited by musang_pulut at 12-2-2007 10:55 AM ] |