CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darlingangel

Jemari Seni

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2009 10:00 PM | Show all posts
sri tak biasa baca novel terbitan jemari seni ni. penah beli satu, lama... dah. 2 tahun lepas rasanya. Garis2 dejavu. siapa tah penulisnya. buku tu kat rumah, tapi sri ni kat cc, lupa dah sapa nama pe ...
sri_andalas Post at 1-7-2009 09:12


salam sri,
cuba ambil masa yang sesuai untuk baca buku karya John ni. Agaknya sri ni muda lagi mungkin agak susah nak terima gaya bahasa tulisan John, tapi nanti insyaAllah bila sudah mula membaca dengan mood yang relax, susah nak letak buku tu.

Kalau membaca buku (yg saya perasan buku JS) tanamkan semangat kembara dalam hati. Nanti kita akan rasa terbuai-buai dibawa ke suatu tempat dan daerah yang asing. Manchester tu kat mana? Di UK, tapi agaimana agaknya keadaan kat situ ye? Jordan itu di mana pula? Apa yg menariknya di sana? Petra itu apa? (Mcm dlm cerita ZDT - Baghdad, Iraq. Penulis kata dia pun tak pernah ke sana). Apa kata sri google tempat-tempat ni, mungkin ia akan membantu imaginasi bila membaca buku2 keluaran JS.

Seronokkan kalau kita dapat berimaginasi ke sesuatu tempat yang kita langsung tidak pernah jejakkan kaki di situ. Mungkin dari imaginasi, akan jadi kenyataan? Satu hari nanti Sri bakal ke Petra, Jordan atau ke UK.. siapa tahu kan?

makcik getah (manalah aku letak pisau toreh tu tadi ek? huhuhu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 08:30 PM | Show all posts
  1. salam sri,
  2. cuba ambil masa yang sesuai untuk baca buku karya John ni. Agaknya sri ni muda lagi  mungkin agak susah nak terima gaya bahasa tulisan John, tapi nanti insyaAllah bila sudah mula membaca dengan mood yang relax, susah nak letak buku tu.
Copy the Code


gegulagetah.
terima kasih...
mungkin juga faktor usia, sri tak minat nak baca buku cam gitu. tapi apa2 pun sri akan cuba habiskannya nanti.
sri dah habiskan novel SALINA Pak Samad. best juga. tak susah untuk habiskannya. siapa kata karya SN susah sampai tak terpilih jadi komsas? senang je sri baca, tak sampai pun seminggu. asyik... je sampai mak seri bising.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 08:28 AM | Show all posts
2481# gegulagetah

saya setuju dengan GG...

nak baca buku John kena ambil masa dan cari waktu (dan mood juga bagi saya) yang sesuai...
John tulis GGDV dengan berjaya kerana dia telah buat saya benci yang amat dengan Sedek, bab-bab ni memang serah kat John. Sama juga dalam OBB, selain drpd berjaya mengundang rasa geram John juga dapat membawa pembaca ke 'daerah' itu dan seolah-olah kita berada di sana... saya tabik spring kat John!

kalau nak ringan tapi berisi sy cadangkan sri andalas bacalah Surat Ungu Untuk Nuha yang sangat menggeletek hati... Kopi Susu Sepatu Biru pun best, kalau umur sri bawah 25 tahun... bacalah Tentang Dhiya...ceritanya sweet...

Kalau nak nangis... bacalah buku saya, Lili Buat Najah... Rahsia Hati Sofia tak berapa nak mengundang airmata tapi kesianlah kat beberapa makhluk dalam cerita tu...

Buku-buku Hlovate tak perlu diperkenalkan lagi, orang muda memang suka. Dabomb!

Ishh... banyaklah buku2 Jemari Seni yang best-best, untuk memudahkan Sri memilih... google la review yang telah dibuat oleh pembaca terdahulu... kemudian pilihlah yang mana Sri berkenan...

Kalau sedap beritahu orang
Tak sedap beritahu saya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 10:35 AM | Show all posts
b] 2478# willy_wonka  



o... gitu ke? terima kasih Honour.
jadi kita kena baca 2 novel tu dulu baru baca garis2 dijavu? ni kena cari ni. tapi macam mana, terbitan syarikat mana pun sri tahu. na ...
sri_andalas Post at 2-7-2009 15:47


bestnya.. dah lama x pergi ronda2 jln TAR... huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 03:59 PM | Show all posts
2482# sri_andalas

Cerita Salina tu best kan?
Saya ambil masa dlm 3 hari jugalah nak habiskan. Masa tu dalam darjah 6 ke tingkatan 1. Masa tu  kakak baca Salina dan saya baca buku Hamka 'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck'. Kami selisih pendapat yang mana satu best. Saya kata buku Hamka dan kakak, Salina. Tapi bila dah tukar2 buku, sebenarnya dua2 pun best.

Setiap buku ada kekuatan masing-masing. Pilih aje mana yang suka
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 07:37 PM | Show all posts
GG

ya. memang best buku tu. tapi dulu, masa sekolah, sri selalu kata novel sastera sekolah tu membosankan, susah nak faham. tapi bila dah habis sekolah, baca balik buku2 sastera sekolah dalam beg adik2, best pulak. maknanya memang tak boleh dipaksa untuk suka sesuatu yg diwajibkan. bila dah tak dimandatorikan, baru perasan di mana istimewanya sesebuah novel yg sulit, kan? sama macam ayat2 cinta. kawan2 ramai kata susah nak baca novel tu, tapi pada sri novel tu best. tak susah utk habiskannya.

nantilah sri nak cuba juga habiskan baca novel Garis2 dijavu tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list