CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: laislabonita

[Lain-Lain] Misi : 1511

[Copy link]
Post time 24-12-2006 11:50 PM | Show all posts
filem ni, tengok sedutan dalam Trek Selebriti ngan Wayang Kita pun nampak macam filem zaman dolu-dolu punya style.. paling kelakar yang part bom ke peluru berpandu tu.. very the kartun.. memang tak menarik langsung.. adehh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2006 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by dacrusade at 24-12-2006 07:39 PM
patut la 2 malam lepas aku gi gsc tgk kat skrin takder tayangan dah.

teringin nak tgk kutipan dier beraper.


paper tadi ada keluar... tak silap rm30k.. rasanya la.. nanti aku check balik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 02:43 PM | Show all posts
budget habis nak buat filem sampah ker ni?membazir....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 07:34 PM | Show all posts
dier punyer budget dengaq kate 3 juta
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 6-12-2006 06:50 AM
cite ni tu yang faisal tehrani nye buku tu ke???aku tak bace buku nye..tapi agak bagus buku tu...


betol ker?
kalau betol sungguh tragis mengenangkan Faisal tehrani sebodoh itu.
betol ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 10:49 AM | Show all posts
Aku tbace surat kabo kmarin, die ade ckp, nana tanjung, cicakman, cinta dpt kutipan box office dh.. tp ade jgk SATU FILEM yg hanya dpt 3000 shari.. so ksian.. korang pikir x ape yg aku pikir..;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2006 11:41 AM | Show all posts
Depan mata: Henti keluar filem tahun depan?
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]

PERTEMPURAN tujuh produser filem Melayu sepanjang November dan Disember berakhir dengan tayangan Tentang Bulan, Khamis lalu.


Sepatutnya lapan filem ditetapkan untuk tayangan dalam tempoh dua bulan itu bagi memuaskan hati dan menyelesaikan kebuntuan Unit Wajib Tayang apabila produser berebut mahukan tarikh cuti sekolah .

Bagaimanapun satu produser mengundur diri di pertengahan jalan kerana bimbang cabaran hebat yang bakal dilalui filemnya.

Sememangnya ia satu langkah berani daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan waktu sama sebagai percubaan untuk melihat pasaran filem Melayu pada tahun depan, memandangkan ada lebih 50 filem yang sudah siap dan menanti tarikh tayangan.

Sebelum ini dua filem ditayangkan sebulan atau jarak dua minggu. Kalau formula ini dikekalkan, hanya 24 filem dapat ditayangkan sepanjang 2007 manakala selebihnya tunggu tayangan 2008 dan waktu sama bersaing dengan filem yang dihasilkan sepanjang 2007.

Apakah pembikin filem perlu berhenti menghasilkan filem tahun depan untuk memberi laluan kepada 50 filem ini? Jalan terbaik mungkin dengan cara menayangkan satu filem dalam jarak seminggu tetapi ia mempunyai risiko besar.

Daripada tujuh filem yang ditayangkan bermula Nana Tanjung pada 9 November diikuti Salah Bapak, The Red Kebaya, Cinta, Cicak-Man dan Misi 1511, nyata Nana Tanjung, Cinta dan Cicak-Man berjaya melepasi hari-hari getirnya dengan cemerlang.

Kutipan Nana Tanjung mencecah RM1 juta dalam tempoh empat hari, Cinta (lima hari) dan Cicak-Man (tiga hari). Filem lainnya ada yang sederhana dan ada yang sangat teruk hingga mencatat kutipan hanya RM3,000 (bukan RM300,000 atau RM30,000 ya) bagi 30 panggung pada hari pertama tayangan .

Mungkin produser KSG Pictures (M) Sdn Bhd, Adam Hamid membuat keputusan bijak dengan menarik tayangan filem Cinta Terakhir yang sepatutnya ditayangkan 28 Disember. Selain mendapat tarikh kurang sesuai (terlalu lewat), alasan lain belum bersedia dari segi promosi.

Apabila berhadapan dengan pertempuran satu filem ditayang dalam tempoh seminggu, sudah tentu promosi besar-besaran amat diperlukan. Buktinya, Nana Tanjung, Cinta dan Cicak-Man yang berjaya mencatat kutipan tinggi kerana promosinya yang hebat, berbanding filem lain.

Keputusan KSG Pictures juga membolehkan produser Tentang Bulan, David Teo (Metrowealth Movies Production) menarik nafas lega kerana filemnya mempunyai laluan selesa tanpa gangguan Cinta Terakhir. Mungkin laluannya agak getir kalau tayangannya berhampiran Cicak-Man kerana sasaran penonton hampir sama iaitu kanak-kanak.

Tentang Bulan menyandarkan harapan kepada enam pelakon kanak-kanak berbanding filem lain yang mempertaruhkan pelakon popular seperti Saiful Apek (Nana Tanjung, Salah Bapak dan Cicak-Man). Bak kata David, dia bersedia dengan segala kemungkinan.

Mungkin Tentang Bulan berjaya dan mungkin juga gagal. Kalau berjaya ia satu bonus tetapi kalau sebaliknya, dia tetap puas kerana sudah mencuba menghasilkan filem kanak-kanak pertama di Malaysia .

"Promosi Tentang Bulan sudah digerakkan dari awal dengan mengedarkan sejuta poster dan kalender poket di seluruh sekolah Malaysia.

Kalau promo di televisyen, saya tunggu seminggu sebelum tayangan kerana menunggu promosi besar-besarn Cinta dan Cicak-Man reda," katanya.

Saya juga tunggu mesej daripada David melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon. Kalau senyap saja sampai hari ini (Isnin), bermaksud kutipannya kurang memberangsangkan.

Masa Cicak-Man ditayangkan 7 Disember lalu, saya mula terima SMS kira-kira jam 11 pagi keesokan harinya mengatakan filem arahan Yusry Abdul Halim itu mencatat sejarah kutipan paling tinggi pada hari pertama tayangan, keesokan hari, SMS mengatakan kutipan hari kedua RM300,000 dan dijangka cecah RM1 juta pada hari ketiga .

SMS pada 10 Disember, jam 3 petang mengatakan Cicak-Man catat sejarah cecah RM1 juta pada hari ketiga, kutipan paling tinggi hari pertama dan kedua serta kutipan harian paling tinggi RM500,000. Kemudian pada 12 Disember SMS mengatakan Cicak-Man cecah RM2 juta dalam masa lima hari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 11:41 AM | Show all posts
Ini yg aku mksudkn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 12:02 PM | Show all posts
3k....wakaka.....sape la yg bodo tgk cite nih...taraf jamban aku x tahan tue....film cm konsep gini kena budget 10 juta baru meletup..setakat low bajet,buat film komedi jer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 01:21 PM | Show all posts
Sayang budget sampai RM 3 juta .. collection satu hari RM 3000 je satu hari ..

Lebih baik bagi pada director lain buat film ..

Filem ni produced by AV Vision .. dgr citer ada kaitan dgn Jimmy Trek Selebriti tuu ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 11:34 AM | Show all posts
saya rasa ia bukan diadaptasi dari buku Faisal Tehrani lah. cuma tajuknya kebetulan sama. jalan cerita 1511 bukan begini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 04:09 PM | Show all posts
Yusri has set the bar for CGI usage. Kalau tak boleh buat CGI yg setaraf atau lebih baik dari CGI dalam filem Cicakman tak payah la nak guna. Nampak benar adegan yg tak real.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 04:58 PM | Show all posts
dulu aku ingat Filem diadaptasi dari Novel Faisal Tehrani....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 01:24 PM | Show all posts
Filem paling Sampah pernah dibikin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.104255 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list