CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silencez

Lily Haslina Nasir (by silencez +a.ceCCo)

[Copy link]
Post time 28-4-2009 09:05 AM | Show all posts
Tajuk : Aku Ada Kamu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Penerbit : NB Kara
ISBN: 978-967-5229-06-0
Bil m/s: 646ms
Genre: Adult

Sinopsis belakang kulit buku:

Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang itu, tukar yang lain. Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati.


Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.


Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.


Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

Ringkasan cerita:
Sofi Aidura seorang penuntut tahun akhir yang punyai ramai peminat. Sudah tentunya peminat lelaki, yang meminatinya bukan setakat kemahirannya berpidato malah kelincahannya menyebabkan cair hati-hati lelaki di UM mahupun di luar sana. Peribadinya yang lincah dan gemar keluar dengan pelbagai lelaki menyebabkan jiran2 rumah sewanya geram dengan tabiatnya. Sekejap senior yang ajak sarapan, tak lama selepas tu, lunch pula dengan Kapten Khairul, dinner pula dengan si macho Farhan.

Walaupun begitu Hisham tetap dihatinya. Setelah Jamal meninggal, dia rasa kehilangan, Hafiz abang kandungnya pula mengguris hati keluarga dengan mengahwini perempuan orang putih di German.Pada Hisham lah dia mencurahkan perasaan.

Mereka akhirnya bernikah juga setelah bertalu-talu peminangan dari pelbagai pihak, termasuk Farhan. Tetapi risikan dari Farhan diputuskan setelah melihat kejadian ganjil pada Farhan yang memegang mesra tangan lelaki lain. Nyaris Sofi Aidura terperangkap dengan lelaki gay. Sementara Kapten Khairul pula menunggu-nunggu jawapan dari Sofi Aidura.
Sementara itu, Sheila rakan sepejabat Hisham yang seksi dan gedik pula menaruh hati pada Hisham, dan menggunakan ilmu hitam untuk mengenakan Sofi Aidura. Sehingga Sofi tertumpah darah, namun Sheila gagal juga untuk mengenakan Hisham. Dengan banguan Nyai Menur bomoh ilmu hitam, Sheila berhabisan beribu ringgit demi cinta yang tak kesampaian pada Hisham. Akhirnya dia tumpas, bilamana mat gian mengambil kesempatan atas mereka berdua ketika Sheila dan Nyai Menur sedang melakukan perkara khurafat tersebut. Mereka berdua terbunuh. Terbongkarlah segala maksiat dan khurafat yang dilakukan terhadap Sofi Aidura.
Akhirnya, semestinya happy ending....

Rating dari saya:
*** (first half is all about Sofi Aidura, 2nd half baru banyak adegan2 suspens dan romantik).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 10:03 AM | Show all posts
waa.. kak lily skarang kat NB. Dia dh tak tulis alaf lagi ke?? Setau aku alaf 21 jaga ketat penulisnya. Kalau menulis dgn publishing lain alaf takkn terima lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by wakanabe at 28-4-2009 10:03
waa.. kak lily skarang kat NB. Dia dh tak tulis alaf lagi ke?? Setau aku alaf 21 jaga ketat penulisnya. Kalau menulis dgn publishing lain alaf takkn terima lagi...



bukan kat Nb jer kan.. kat PTS Syok pun ada. Min dah rembat satu Aku Bukan Superstar waduh waduh laris gitu kak lily
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 04:38 PM | Show all posts

Balas #722 wakanabe\ catat

ada sebab kut berpindah publisher
beralih angin
nampak perubahan positif
cover makin cantik, tertarik melihatnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by mardhiah12 at 28-4-2009 16:38
ada sebab kut berpindah publisher
beralih angin
nampak perubahan positif
cover makin cantik, tertarik melihatnya



kalo citer best, novel mantops,pergi penerbit mana pun min tetap beli
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 04:29 PM | Show all posts
D mana2 aja penerbit kalau best citer i beli juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2009 03:21 PM | Show all posts
buku NB kara cover design dia memang cantik-cantik. buat hati teruja nak membeli..cuma satu je..apasal tulisan dia dalam ni sekejap jelas sekejap kabur?? huwarrr tensionnyer...pihak NB please do something okay...macam tak cukup ink je cetak buku-buku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:26 AM | Show all posts
semalam baru beli novel terbaru kak lily. ari tu masa baru keluar dekat book fair, tatau pun. tahu pun bila dah balik rumah selepas memborong kat book fair. malas nak pi sekali lagi dan lagipun budget bulan lepas agak ketat

masa book fair ari tu borong, 1 pun tak baca lagi. rasanya sume ada lebih kurang 15 buah. yang borong tahun lepas pun banyak lai tak baca & tak buka plastik lagi   tapi disebabkan tak sabar nak baca novel kak lily, terus potong que novel lain. memang tak menghampakan. aku baca dari petang semalam sampai kul 12.30. terpaksa stop sebab time tu kena tidur & ada part saka tu sume. adeihhhh.... part saka tu aku baca dalam kul 11 lebih. yang lebih menyeramkan, sebab dalam family aku dulu2 moyang monyit memang ada saka   jadi benda tu cam related & buatkan aku terfikir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 02:31 PM | Show all posts
Aku dah khatam novel terkini kak lily. terubat kekecewaan aku. meh le aku cerita.

aku tahu kewujudan novel ni hari apa tah, masa book fair. itu pun tahu sebab terbaca dekat blog kak lily. actually aku dah pi sabtu tu. jadi aku tak kuasa le nak pi sekali lagi ke pwtc semata-mata untuk dapatkan novel ni. lagipun aku agak skeptikal sikit dengan cover novel ni. ala-ala kengkanaks sikit. aku takut le nanti bila beriya aku nak dapatkan, tapi nanti kecewa. sebab aku agak kecewa dengan novel kak lily yang sebelum ni kisah pasal budak pompuan yang keje kat ladang bunga tu. novel tu memang aku rasa kecewa sangat le kalau compared dengan 1st & 2nd novel kak lily dengan alaf.

so aku beli novel ni isnin yang lalu. sebenarnya tak de intention pun nak beli. kebetulan ari tu aku EL dan nak balik ke rumah, lalu dekat depan dataran merdekan, so aku terus buat keputusan nak pi kedai buku. masa aku belek novel ni, aku kata agak mahal jugak le. ye lah biasanya aku beli novel harga tak lebih RM20. yang ni RM23.90. tapi tak pe sebab aku tahu yang pustaka mukmin berikan diskaun 20%.

masa balik rumah tu, aku excited nak baca. walaupun banyak novel-novel yang aku borong masa book fair, 1 pun tak buka plastik lagi, aku tak kisah jump q nak baca novel kak lily kali ni.

komen aku, masa baca sinopsis tu agak macam busan jugak le. bila aku baca, sikit-sikit terasa sedapnya. aku cuba bayangkan di mana lokasi-lokasi yang digambarkan. aku suka watakan suraya & nora. bila aku baca ayat-ayat dalam tu, aku ternampak ayat-ayat seperti mat romeo penulis di CESB yang mana aku amat mengagumi ayat-ayatnya yang selamba tapi boleh buatkan aku ketawa.

watak sofi aidura, mengingatkan pada diri aku sendiri. aku pun tak de le lawa mana. tapi aku ni jenis peramah sama macam si dura tu. tu yang ramai kawan. sifat peramah dan suka berkawan tu memang sama. cumanya aku dulu2 tak de le steady boyfriend berkawan tu memang ramai. orang tu ajak keluar, orang ni ajak keluar, aku ok je rezeki apa, orang nak belanja makan.

satu lagi yang aku tak sangka sebab kak lily boleh masukkan unsur2 misteri di dalam novelnya. untuk pengetahuan, tak ramai penulis yang boleh menulis kisah seram dnegan berkesan. tapi kak lily berjaya membawa mood seram tu bila aku baca. mungkin kerana apa yang disampaikan ini ada sedikit sebanyak kaitannya dengan aku dan keluarga. terasa ada mata yang memandang di tengah malam, membuatkan aku sendiri pun tak senang nak tidur. tambahan pula bila aku baca part saka tu time dah 11 lebih. sampaikan malam tu aku terpaksa tidur dengan berselimut, sedangkan malam-malam sebelumnya aku tak hirau pun nak berselimut.

cuma komen aku ada sedikit ialah bila part ending. aku prefer kak lily dalamkan lagi kisah perubatan tu. rasa macam pendek sangat bab tu.

kesimpulannya, kekecewaan aku teruba dengan novel yang ini. aku bagi 6 bintang untuk kak lily. aku harap kak lily akan buat novel yang lebih dramatik lagi di masa akan datang.



[ Last edited by  shidaaziz at 21-5-2009 09:57 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 10:40 AM | Show all posts


Aku Bukan Superstar
Lily Haslina Nasir
PTS One Sdn Bhd
RM 17.90
978-983-3654-82-6;
Jumlah Muka Surat : 384 halaman

Sinopsis

Aril budak Felda yang bercita-cita menjadi penyanyi. Ibunya pula mahu dia bergelar bilal. Apa pilihan Aril?

Review:

Best best! Benar-benar menggeletek perasaan, tergelak saya membacanya. Kisah Aril ini ada sedikit-sedikit seperti kisah seorang juara AF, tetapi diubahsuai supaya Aril kelihatan lebih Islamik. Benar, bukan mudah untuk menjadi seorang superstar. Banyak halangan dan rintangan perlu dilalui. Bukan mudah! Aril sendiri terkial-kial, tetapi Aril memang digambarkan seperti manusia biasa, yang dalam kekalutan, ada perasaan rendah diri, tidak yakin. Oh, seperti saya sahaja dan saya rasa kebanyakan manusia normal yang lain, hihi.

Perasaan Mak Temah juga dapat saya rasai, memang begitulah kerisauan seorang ibu. Bagaimana harapan dan doa seorang ibu yang mengharapkan yang terbaik untuk anak. Fenomena rancangan realiti juga dapat digarap dengan baik - orang ramai sanggup ikat perut untuk top up prepaid, sepanduk di sana sini, ke'obses'an terhadap seorang bakal artis yang alim.

Dapat juga rasa feel orang bekerja di majalah rasmi, bukan mudah menjadi wartawan. Tension krew produksi. Tension nak jadi superstar, semua memberi gambaran/panduan jelas tentang kehidupan sebenar dan liku2 kehidupan yang ingin menjadi bintang

Ada sedikit point masih boleh dibaiki:
1. Aril pula kadang kala terlampau lurus bendul
2. Naik syeikh saya baca Aril mampu menjadi Muslim yang baik, tapi realitinya jarang sebegitu. Harapnya ramailah yang menjaga batas esp dlm program-program realiti tu.
3. Em, apa lagi yer? Tak ada dah kut

Benarlah Kak Lily berjaya memberi feel tentang perjalanan sebuah program realiti. Memang top tulisannya!  Saya habis baca dalam satu hari sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 20-5-2009 14:31
Aku dah khatam novel terkini kak lily. terubat kekecewaan aku. meh le aku cerita.

aku tahu kewujudan novel ni hari apa tah, masa book fair. itu pun tahu sebab terbaca dekat blog kak lily. actu ...



betul tu shida memang best, best, bestlah buku aku ada kamu neh saper dulu pernah baca novel kak lily yg lama rindu tak tertuai tu mesti perasan, watak sofi aidura, watak jamal tu dia kembangkan dlm aku ada kamu.

bagi min, buku ni memang de bomb dari kak lily
harap kak lily tulis cam gini lagi ye
memula citer pasai sofia aidura yg byk boypren lepas tu baru masuk bab kahwin
sepanjang penceirtaan tu kak lily guna ayat selamba rock jer gelak gelak dibuatnya bila min baca
tapi mcm shida share kat sini, dlm gelak tu tetiba sentapz dibuatnya masa keluar citer saka
perghhhhh seram betui. tak sangka kak lily boleh buat dgn amat best masa kisah saka ni.
congrats kak lily. buku ni memang best dan layak diberi 5 bintang:handshake:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 07:13 PM | Show all posts
baru dapat menunggu cinta tuhan:pompom::pompom:
nobel baru ahkak lily ni terbitan PTS Litera.. nanti dah katam, minah apdet ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:36 AM | Show all posts
baru je baca review ni, mcm menarik, wlaupun dah lama tp kita nak belilah buku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 02:18 PM | Show all posts
ada tak sapa2 yang nak jual buku tuhan masih mencintaiku........sambungan novel menunggu cinta tuhan.........masa mula2 keluar dulu ingat nak beli masa pesta buku........tup2 bila pesta buku tak jumpa pun novel neh.........cari kat kedai macam dah takda........kat website pts katanya out of stock...........kalau ada sapa2 yang nak let go boleh la pm saya ya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 09:10 AM | Show all posts
Reply 734# mecdi

Novel Tuhan Masih Mencintaiku ada, nak jual RM 21.00 termasuk pos.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 735# zeeghaz


zee...........check ur pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 12:55 PM | Show all posts
huyeahhh
nak khatam cinta hilang kata
nanti min review

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 02:40 AM | Show all posts
udah khatam nobel cinta hilang kate
thumbs up kak liliu
bhs mabeles
citer bukan yg syiuk syiuk suweet suweet
semuanye berpijak alam realiti
kisah hidup nurul masmin
pasai penglmn ezra, nurul as penulis, nie bagos utk saper yg nak jadi nobelis
pasai rumahtangga bersepai sebab dendam, rakus tamak ghete
ade pasai ilmu hitam. yg ni sgt choiii mcm sialan mahyun, birah, jahgaya
kalo nak cari nobel yg laen, yg bnyk mengajhar, min rekomen sgt nie
2 thumbs up 4 cinte hilang kate
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 09:44 AM | Show all posts
bookfair maeps belanje berhemah
min beli 9 ketul jer, termasuk Izinkan Aku Jadi Sayapmu
sempat mintk sign ahkak lily
nanti kita review
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.091465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list