debbie06 This user has been deleted
|
mungkin kah ini namanya CINTA BUTA
Buta hati
Buta mata
Tapi aku bukan nya BUTA
Tapi hati ku yang buta
Ku tak tahu
Bagaimana lagi
Adakah ku ingin berundur
Atau meneruskan
CINTA Gelapku ini
Terseksa jiwa, merana batinku
Tersentak aku
Aku harus berada di alam nyata.. bukannya fantasi
CINTA BUTA kah engkau??:cool: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak bermonolog lah malam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
bismillahirrahmanirrahim..
Betapa setia Zulaikha kepada Nabi Yusuf dan betapa Allah menyelami jiwa setiap hambaNya biarpun hamba itu pernah berdosa besar. Cinta manusia yang berlandaskan nafsu takkan ke mana. Cinta yang membawa kepada Ilahi, takkan hilang kerana Allah swt itu tak pernah mati.------- |
|
|
|
|
|
|
|
-------------Kita tak dapat lari dari fitrah hati. Indah BumiNya melambang indah lagi SyurgaNya, kalaulah keinginan menggunung sejak di Bumi lagi, bayangkan keinginan di syurga nanti.------------- |
|
|
|
|
|
|
|
--------------Nafsu ini beberapa kali pernah aku posisikan diprioriti pertama. Mudah sungguh aku telan tiga perkataan keramat. Malah aku sendiri sanggup memijak ego meminta diri diterima kembali------------- |
|
|
|
|
|
|
|
-----------------Terbukti aku tak ubah seperti Zulaikha yang gila dengan kacak Yusuf. Cuma insan ini tak pernah ku nilai rupa parasnya. Terkadang aku tertanya apa yang mahu dari dia.. Dan kini aku sedar, aku hanya dambakan kesetiaan. Setiap kali aku bersamanya, aku terasa seolah-olah 'aku pulang'.. heh.. sedangkan dimana tempatku, aku sendiri tak tahu.-------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
-------------Aku lupa.. cinta takkan dapat ku miliki. Biar pernah dikecapi, itu perasaan semata-mata.. aku hanya hampir dengan cintanya.----------- |
|
|
|
|
|
|
|
-----------------Aku kagum dengan dia. Mudah dia membuang segalanya. Mudah dia melepaskan apa yang masih bertaut ditangannya. Aku persis seorang anak kecil yang sedang menggenggam lengannya.. Dia seolah-olah sedang membawaku keseberang jalan.. cuma.. dia tak membalas genggamanku.------------------ |
|
|
|
|
|
|
|
---------------Telapak tangannya terbuka luas saat aku terkapai-kapai menarik lengan itu dalam pelukanku supaya rasa 'selamat' senantiasa berdamping denganku. Tapi didunianya, aku tidak wujud disebelahnya.. malah dia tak dapat merasa langsung genggamanku. Dia sudah bertemu cinta yang lebih agung dari apa yang mampu kuberi.. cintaMu Ya Allah..----------------- |
|
|
|
|
|
|
|
------------Beberapa kali aku tertanya apa dia benci? atau jijik? atau mungkin kerana aku tidak setaraf dengannya..Biarlah, aku letih bertanya.. aku letih bermimpi yang bukan-bukan. Mimpi yang sering menipu..Mimpi yang membuat aku terjaga subuh bersama linangan air mata.-------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
--------------Aku terlalu mengharap... Tapi perlukah syaitan berlaku kejam dengan hati yang halus?.. Kenapa perlu diperolokkan, seolah-olah aku masih ada dia saat mata ini dipejam ditengah penalti malam?------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
-----Aku terlalu mengharap... Tapi perlukah syaitan berlaku kejam dengan hati yang halus?.. Kenapa perlu diperolokkan, seolah-olah aku masih ada dia saat mata ini dipejam ditengah penalti malam?------ |
|
|
|
|
|
|
|
------..kenapa cukup sukar untukku lepaskan dia.. Perlukah aku benci seperti mana aku pernah benci pada mereka yang dahulu pernah bertahta dihati? Sedangkan.. dia tak bersalah.. dia hanya sujud dipangkuanMu seperti hamba yang lain...----------- |
|
|
|
|
|
|
|
-----Setahun pemergiannya membina tembok tebal antara aku dengan perasaan 'cinta ajnabi'. Aku akui dia bukan 'cinta ajnabi' pertama, dan aku akui setiap yang pergi akan berganti.. tetapi tidak pula dia.---- |
|
|
|
|
|
|
|
---------Aku tak pasti samada aku masih terpaku dengan memorinya atau aku sudah pelajari hidup diperantauan tanpanya.. Apa yang aku tahu, aku tak mampu menyayangi sesiapa seperti mana aku pernah menyayangi dia. Disekelilingku orang bertanyakan pendapat tentang perihal 'sayang'.. dan aku? Aku hanya menjawab berdasarkan akal logikku.. sedangkan hatiku bergolak menjerit; "Aku pernah kalah dalam perihal ini.."Aku tak mampu mengubah hati sesiapa.--------- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
-----------Didada sejadah, aku berdoa dipertemukan suami yang mendidik. Biar tidakku kenali siapa, biar bukan aku yang memilih.. Biar cacat celanya sanggup kuterima, asalkan kehidupanku bersamanya mendidik diriku bahawa cinta yang diikat dibawah hukumNya itu lebih setia dari cinta yang hanya menghibur hati yang lara. Mungkin terlalu awal untukku pinta sebegitu rupa.. ---------- |
|
|
|
|
|
|
|
-----------tapi hakikatnya aku tak mahu bermain dengan perihal ini lagi. Aku sudah kalah dan aku pasrah.Sayang itu umpama kita dan bayang-bayang. Pekat legamnya tidak selalu. Ia pergi dan kembali tanpa disuruh. Tetapi ia selalu ada di sisi.. cuma kita tak dapat menariknya untuk disimpan. Cahaya yang menentukan dimana ia berada. Aku yakin ia akan kembali suatu masa nanti.....--------------- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
--------Tapi aku puas bermain dengan bayang-bayang sedangkan ada belas kasih yang setia tetapi cukup sukar untuk dirasai setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun...---------- |
|
|
|
|
|
|
|
------------------Ia tetap setia, cuma aku hamba yang berdalih, terlalu banyak berdosa dengannya....Allah Ya Rabb, ampuni perasaan ini.. buang jauh dia yang pergi, tarik dekat pada apa yang sedia ada..wassalam. |
|
|
|
|
|
|
1127lili This user has been deleted
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|