|
youtube plz..ahahahah
eh dayang ada lupa lirik tk?eeheheh |
|
|
|
|
|
|
|
suka sangat fever versi dayang...............
dah la tuan yang nyanyi tu punya la lawa!!!
nyum nyum!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri-jelmaan at 27-8-2006 12:27 AM
youtube plz..ahahahah
eh dayang ada lupa lirik tk?eeheheh
:setuju::setuju:..... |
|
|
|
|
|
|
|
FEVER best gilosh :tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hijaulover at 27-8-2006 10:18 PM
FEVER best gilosh :tq::tq:
dah gila ke??ahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri-jelmaan at 27-8-2006 10:21 PM
dah gila ke??ahahahaha
aku rasa ramai yang hampir2 mencapai tahap kegilosan tu.....
fever was superb!! |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok.....suka ngan Fever....Dayang nampak cheeky la gak...as usual, kelemahan Paul ialah kalau Dayang buat booty shaking....mesti meleleh...puji abis2an..bak kata Paul, Dayang adalah booty shaking funky hot diva.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eis_82 at 28-8-2006 09:43 AM
aku rasa ramai yang hampir2 mencapai tahap kegilosan tu.....
fever was superb!!
aku pun rasa mcm tu. aku dah tgk ulangan kat TV ahad lepas. cuma, apa yg aku bley ckp utk siaran kat tv ni, x same dengan kita tgk live. kalau korang tgk sndiri secara langsung kat plaza alam sentral tu, lagi happening. sbb camera x shoot penuh masa dyg nyanyi tu. apa2 pun. FIVER versi dayang memang power!! |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti aku nk gile dh ni tungu vid fever tuh...mmmm...bila la aku dpt tgk...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_kampong at 28-8-2006 04:43 PM
yg pasti aku nk gile dh ni tungu vid fever tuh...mmmm...bila la aku dpt tgk...:geram:
hehehhehe...risau plak aku baca ayat ko ni. sebelum ko jadik gile, cubalah carik lagi kat youtube tu. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN 28/08/06
One In A Million - Lokman tidak sangka terkeluar
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
PENYINGKIRAN Lokman (tengah) diumumkan oleh pengacara Awal Ashaari dan Marion Caunter (kanan).
--------------------------------------------------------------------------------
?aya tidak sangka akan terkeluar pada minggu ini. Kalau ditanya perasaan saya sejujurnya, memang saya sedih.
?udah bukan rezeki saya... dan saya percaya Tuhan akan membuka peluang yang lebih besar kepada saya di luar sana.?
Begitulah luahan Lokman, 19, peserta keenam pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) yang diumumkan tersingkir pada Jumaat lalu.
Keputusan itu dibuat hasil penilaian persembahannya pada 19 Ogos lalu pada persaingan peringkat Top 7 pertandingan itu.
Lokman, anak kelahiran Masai, Johor, pada minggu itu mempersembahkan lagu Terbaik nyanyian asal Ello dari Indonesia.
Lima peserta lain yang terlebih dulu tersingkir ialah Zai, Ameen, Aliya, Anny dan Mimi.
Penyingkiran Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Lokman Aslam Abdul Mutalib memusnahkan impiannya memburu ganjaran wang tunai bernilai RM1 juta sebagai juara OIAM musim pertama.
Sementara itu, pada Jumaat lalu, enam peserta OIAM meneruskan persaingan dengan menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri dan sebuah lagi pilihan juri undangan Aubrey Suwito.
Program itu disiarkan secara langsung oleh 8TV dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 9.30 malam.
Namun hanya tiga peserta favourite iaitu Faizal, Suki dan Dayang Nurfaizah menampilkan persembahan memberangsangkan dan berjaya membuat penonton bersorak menyaksikan nyanyian mereka.
Faizal, 28, seperti biasa memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu Superstation nyanyian Stevie Wonder dan Elevation (U2) sementara Suki, 17, ceria menyampaikan lagi popular Pudar (Rossa) sebelum membuaikan perasaan penonton dengan lagu When It Falls Apart (Veronica).
Tidak ketinggalan juga Dayang, 25, yang memberikan persembahan profesional melalui dua lagu Inggeris yang menjadi pertaruhannya iaitu Fever oleh Beyonce dan Be Without You nyanyian Mary J. Blige.
Manakala Farah, Azfar dan Alif yang mendapat undian ketiga tertinggi pada peringkat Top 7 pula memberikan persembahan yang kurang meyakinkan juri tetap iaitu Syafinaz dan Paul Moss.
Malah Farah, 27, telah diberi amaran oleh Syafinaz kerana berada pada kedudukan paling rapuh selepas menamatkan persembahannya.
Farah menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu nyanyi Elyana dan Takkan Ada Cinta Yang Lain dendangan Dewa.
Azfar, 21, pula muncul dengan dua lagu berirama universal iaitu Inayah (Zainal Abidin) dan Andalusia (M. Nasir) manakala peserta paling muda Alif, 16, menyampaikan lagu Tak Bisakah oleh Peter Pan dan Harder To Breath (Maroon 5).
Komposer terkenal Aubrey Suwito yang menjadi juri undangan turut memikul tanggungjawab memantau susunan lagu dan prestasi peserta OIAM.
Jumaat ini OIAM akan menemui penontonnya sekali lagi. Penyingkiran salah seorang daripada enam peserta itu akan diumumkan pada awal rancangan sebelum lima peserta lain beraksi membuat persembahan pada peringkat Top 5.
Pemilihan juara One In A Million akan ditentukan 100 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN ONLINE 29 OGOS 2006
Kedudukan undi tidak menentu
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Perjalanan makin mengelirukan, peserta mana mampu bertahan dalam One In A Million?
JUMAAT lalu, sekali lagi penonton yang diberi hak mutlak memilih peserta kegemaran melakukan kejutan apabila Ahmad Faizal Mohd Tahir atau Faizal berada dalam senarai empat terbawah.
Faizal yang saban minggu memberi persembahan memberangsangkan, malah disebut-sebut antara peserta yang akan bertahan hingga ke kemuncak One In A Million (OIAM) hampir terkulai gara-gara undian kurang berpihak kepadanya.
Berada dalam senarai empat terbawah di samping dua peserta yang saban minggu berada pada kedudukan tidak selamat iaitu Farah Asyikin Zulkifli (Farah) dan Alif Azfar Ishak (Azfar) adalah sesuatu di luar jangkaan.
Apakah kerana ketelusan Faizal berterus terang statusnya sebagai seorang suami dan bapa kepada cahaya mata lelaki ketika membawakan lagu, Warisan Wanita Terakhir, pada persaingan Top 6, minggu lalu menjejaskan undian untuknya?
?Saya tidak pernah terfikir untuk sentiasa berada pada kedudukan yang selamat. Mungkin juga pendedahan status menyebabkan undian agak berkurangan. Namun saya tetap berbangga kerana berani berterus terang kepada masyarakat, sekurang-kurangnya apabila tersingkir saya keluar sebagai ?wira?. Saya mahu dikenang apabila tersingkir kerana memberikan persembahan bermutu dan memuaskan hati penonton. Bukan kerana gagal membuat yang terbaik,? katanya.
Penyingkiran Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalib atau Lokman, Jumaat lalu turut mengheret penonton untuk menyusuri satu lagi episod penuh emosi terutama apabila melihat Muhammad Alif Mohd Satar atau Alif begitu terkesan dengan pengunduran sahabatnya itu.
Lantaran terlalu sedih dengan berita tidak terduga itu, persembahan pertama Alif menerusi lagu, Tak Bisakah nyanyian asal Peterpan turut terganggu. Mujur Alif segera bangkit dan peluang kedua dalam lagu, Harder To Breath (Maroon 5) meyakinkan peminat dengan karisma yang dimiliki peserta berusia 16 tahun itu.
Biarpun pengkritik tetap, Paul Moss kurang selesa dengan persembahan Aliff yang tidak menjadi dirinya sendiri namun Syafinaz yakin dia mampu menjerat hati peminat dengan aksi bertenaganya.
Siapa menyerlah kali ini?
-------------------------------
MENGHAMPIRI detik semakin mendebarkan, peserta OIAM juga berdepan tekanan cukup hebat. Sehingga pusingan Top 6, peserta masih dilihat masih gagal memberi persembahan yang mendatangkan impak.
Farah yang cukup menyerlah minggu lalu, kurang berkeyakinan. Persembahan umpama yo-yo akan menjerat dirinya. Tambahan pula, dia antara peserta yang sentiasa berada pada kedudukan cukup rapuh.
Vokal Farah sedikit bergetar ketika memulakan lagu pertama, Tak Tercapai Akalmu. Lebih mengecewakan apabila dia gagal mengingati lirik lagu itu. Persembahan kedua dengan lagu, Takkan Ada Cinta Yang Lain daripada Titi DJ dan dipopularkan kembali, Dewa 19 sebenarnya lebih mengheret Farah pada kedudukan yang cukup terancam.
Dia gagal melunaskan lagu itu dengan baik, namun apabila ditanya Farah memberikan alasan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan menjejas mutu persembahannya.
Low Sook Yee atau Suki yang saban minggu meraih undian selesa ternyata masih gagal tampil dengan persembahan meyakinkan. Dua lagu yang diamanahkan kepadanya iaitu Pudar dan When It Falls Apart daripada Veronica, tidak menyerlahkan kekuatan vokalnya.
Berbanding lagu kedua, Be Without You, persembahan pertama Dayang menerusi lagu Fever lebih menonjolkan kekuatan peserta kelahiran Kuching, Sarawak itu. Cuma sayang, Dayang masih terikat dengan imej baiknya, lantas sisi seksi lewat lagu itu tidak diterokanya dengan baik. Namun, Dayang jarang mengecewakan.
Turut memberi persembahan menghiburkan ialah Faizal dengan Superstition dan berjaya menghidupkan lagu Stevie Wonder itu dengan berkesan. Azfar barangkali kembali ke asas muziknya, namun lagu Andalusia dan Inayah yang disampaikan tanpa menyuntik elemen moden barangkali kan menyukarkan langkahnya.
Apakah Azfar lupa pengundi OIAM adalah rata-ratanya remaja? Ini perlu difikirkan Azfar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 karlreef's post
aah...aku pun terperasan yang lipstick Dayang merah sangat...x sesuai...dayang sesuai ngan color yang natural skit... |
|
|
|
|
|
|
|
yesss....aku dah tgk dah fever...akhirnya....thanx again karl..well...pada pendapat aku....sore dayang best sgt nyanyi lagu nih...sama mcm paul cakap...lain...tp aku rasa dio cam control2 sket...malu kot...gaya dia xseseksi lagu tu la...heheh...tp baju dah cukup seksi dah...:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karlreef at 30-8-2006 03:32 PM
aku nak komen pasal mekap....
aiyoyoyoo....takut aku tgk bibir dayang...
kaler lipstick tu tak masyukkk arrr...
nampak bibir dayang besar dan lebam....hehee...
pastu mcm toooooooooooooo ...
ahahahahhahah |
|
|
|
|
|
|
|
Malam ni turun reramai gi Plaza alam sentral.Bagi happening!!!Skrg aku kat kg(cuti mid sem).Gigih balik shah alam petang ni demi dayang.Mak aku pun dah bising."Asyik2 dayang je.."hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by balay at 1-9-2006 11:53 AM
Malam ni turun reramai gi Plaza alam sentral.Bagi happening!!!Skrg aku kat kg(cuti mid sem).Gigih balik shah alam petang ni demi dayang.Mak aku pun dah bising."Asyik2 dayang je.."hehe..
hehhehehe....semangat yg mcm tu lah yg kita nak. jumpa kat sana malm ni.
pada yg lelain, jangan lupa malam ni. GEMILANG dari dayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Hampa aku nak dengar Dyg nyanyi lagu ANOM.
Dayang mula selesa
Oleh Nor Akmar Samudin
SELEPAS penyingkiran Mohd Lokman Aslam Abdul Mutalib (Lokman), 19, minggu lalu, One In A Million (OIAM) malam ini menyaksikan seorang lagi disingkir dan tinggal lima peserta meneruskan perjuangan untuk pusingan Top 5.
Masa semakin suntuk untuk mengejar gelaran juara yang menawarkan hadiah RM1 juta. Bagaimanapun, persembahan peserta yang berpeluang meneruskan cabaran masih banyak kekurangan.
Untuk pusingan Top 6 Jumaat lalu, enam peserta yang bersaing selepas penyingkiran Lokman menyaksikan tiga peserta, Muhammad Alif Mohd Satar (Alif), 16, Low Sook Yee (Suki), 17 dan Dayang Nurfaiza Awang Dowty (Dayang), 25, mendapat undi sistem pesanan ringkas (SMS) paling tinggi.
Tiga peserta lagi, Alif Azfar Ishak (Azfar), 21, Ahmad Faizal Mohd Tahir (Faizal), 28 dan Farah Asyikin Zulkifli (Farah), 27, berada dalam kelompok undi yang rapuh.
Faizal kelihatan berdebar, kembali bersemangat sebaik saja Lokman diumumkan terkeluar. Faizal yang biasa mendapat pujian juri tetap, Paul Moss hampir menitiskan air mata sebaik saja pengacaranya, Awaluddin Shaari dan Marion Counter mengumumkan dia antara yang mendapat undian terendah.
Faizal tidak setuju dengan teori mengaitkan undian diterima mengecewakan mungkin disebabkan penerbit menyiarkan gambar isteri dan anaknya pada minggu sebelumnya.
揝elama ini pun saya tidak pernah menyembunyikan status saya. Saya bangga kerana berani berterus-terang kepada peminat.
揔alaulah penyingkiran saya kerana gambar itu, saya tidak kesal. Kalau terkeluar pun saya tetap ingin menyanyi kerana suara saya bukan teruk sangat, |
|
|
|
|
|
|
|
isshhh...tk pyh la highligt yg alif punya tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|