CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6367|Reply: 18

Alahan

[Copy link]
Post time 17-8-2006 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Kesihatan: Alahan mudaratkan kesihatan kanak-kanak
Oleh Halina Mohd Noor


JANGAN pandang remeh sekiranya anak sering mengalami bersin, selesema atau gatal kulit berterusan. Keadaan itu mungkin berkaitan dengan alergi atau alahan yang boleh memudaratkan kesihatannya.

Ramai yang menganggap, alahan bukan satu penyakit serius yang perlu dirawat. Memang benar. Hingga kini alergi belum dapat diubati. Oleh itu, mencegahnya adalah langkah terbaik, terutama jika ia menyerang bayi dan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mengalami alahan dan tidak dirawat menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kualiti hidup normal. Malah, alahan yang berterusan mendedahkan anak kepada alahan lain yang lebih serius seperti sistem pernafasan. Kos rawatan juga sentiasa meningkat apabila anak semakin membesar.

Pakar Pediatrik Hospital Pantai, Dr Khoo Teng Hock, berkata masalah alahan adalah perkara biasa yang turut dialami kanak-kanak lain di seluruh dunia.

Katanya, di Malaysia, masalah itu terus meningkat daripada 10 kepada 15 peratus.

Beliau berkata, berdasarkan kajian dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah alahan terus meningkat secara dramatik dan dua kali ganda lebih banyak, berbanding 10 tahun lalu.

揚ada 1997 kira-kira enam hingga lapan peratus kanak-kanak berusia bawah tiga tahun mengalami alahan makanan, manakala 1.9 peratus hingga 3.2 peratus mengalami alahan susu lembu dan telur. Kadar alahan di kalangan kanak-kanak semakin meningkat kerana alam sekitar yang tercemar serta faktor genetik.

揔anak-kanak berisiko mengalami alahan sebanyak lima hingga 15 peratus, walaupun kedua ibu bapa tidak mengalami alahan. Risiko ini terus meningkat sebanyak 20 hingga 40 peratus sekiranya ibu atau bapa mengalami alahan. Kanak-kanak yang memiliki kedua ibu bapa mengalami alahan pula berisiko lebih tinggi iaitu 40 hingga 60 peratus,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2006 04:52 PM | Show all posts
Alahan melampau

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

DUA minggu sebelum hari ulang tahun keempat, Angus tiba-tiba diserang anafilaksis, menyebabkan bibirnya bengkak. Panik melihat keadaan anaknya, Brenda Wylie segera membawa Angus ke hospital dan dia dibenarkan pulang selepas diberikan ubat.

Namun, keadaan Angus tidak berubah. Malam itu Brenda benar-benar takut dan bimbang melihat keadaan anaknya yang terlantar tidak bergerak, bibir bengkak dan tidak boleh menelan ubat. Dia tidak tahu apa berlaku kepada anaknya kerana Angus kanak-kanak ceria dan jarang mengalami masalah kesihatan.

Hendak dikatakan dia mengalami alahan tidak mungkin kerana makanan yang diambilnya hari itu adalah sajian biasa sejak Angus kecil. Malah, doktor yang memeriksanya juga mengatakan ia bukan disebabkan alahan.

Keesokan hari, dia segera membawa Angus berjumpa Perunding Alahan, Unit Otorinolaringologi, Jabatan Pembedahan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ranbir Kaulsay dan Angus disahkan mengalami alahan terhadap susu dan telur.

揌ari itu juga kami mengubah diet sekeluarga. Tiada lagi makanan berasaskan telur atau susu. Memang sukar, tetapi kami sepakat melakukannya demi keselamatan Angus,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 04:53 PM | Show all posts
Alergi boleh dicegah

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

KULIT menjadi merah, tumbuh ruam dan gatal, berasa mual, muntah, cirit-birit atau ekzema sejurus selepas makan adalah gejala biasa dialami individu yang mempunyai masalah alahan terhadap makanan.

Alahan atau alergi adalah reaksi hipersensitif badan yang luar biasa terhadap benda asing dan masalah ini semakin kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak dengan peningkatan insiden sebanyak 35 peratus.

Hampir 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah alahan makanan dan kes paling biasa ialah alah pada protein susu lembu. Alahan dikategorikan sebagai masalah keturunan dan sehingga kini tiada ubat mampu menyembuhkannya.

Alahan juga perlu dikawal dan diuruskan dengan baik kerana ia bukan saja boleh mencetuskan gejala alahan lain, tetapi turut mengancam nyawa penghidapnya.

Antara gejala alahan ialah gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema; kanak-kanak sering mengalami masalah sembelit, cirit-birit, muntah dan kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak selesa serta pertumbuhan yang lambat.

Menurut Pakar Pemakanan, Wong Mei Ching, semua kanak-kanak mempunyai risiko antara lima hingga 15 peratus walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah mengalami masalah alergi.

Jika seorang ibu atau bapa mengalami alergi, setiap anak mempunyai risiko 20 hingga 40 peratus turut mengalaminya. Risiko ini lebih tinggi iaitu antara 40 hingga 60 peratus jika ibu dan bapa alergi.

Katanya, tanda alergi paling lazim muncul pada kulit atau saluran penghadaman. Alergi boleh menjejaskan kualiti kehidupan kerana pesakit tidak dapat menyertai banyak aktiviti atau terpaksa mengehadkan pengambilan makanan. Malah, kos rawatan dan pengurusan masalah ini juga tinggi.

揥alaupun alergi tidak boleh disembuhkan, kita boleh mencegahnya. Pencegahan alergi terhadap makanan boleh dicegah sejak kecil dan seelok-eloknya ketika masih bayi, terutama jika ada sejarah alergi dalam keluarga.

揕angkah pertama ialah memberikan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan. Susu ibu mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi dan ia juga penting untuk mengelakkan jangkitan serta alahan.

揑a juga menggalakkan pembentukan sistem pertahanan badan dengan merangsang pembentukan koloni bakteria baik dalam usus. Ini sebabnya insiden alergi di kalangan kanak-kanak yang diberikan susu ibu secara eksklusif adalah rendah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 04:54 PM | Show all posts
Masalah keturunan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SETIAP kali melakukan kerja di tengah panas, ruam kecil akan muncul di tangannya. Gatalnya hanya tuhan yang tahu terutama apabila terkena peluh. Makin digaru, makin banyak pula yang tumbuh sehingga kadang kala menjadi kudis besar.

Bermacam ubat dicuba tetapi masalah kulit sensitif yang dialaminya masih tidak hilang. Selalunya ia mengambil masa satu hingga dua bulan untuk sembuh, itupun jika dia dapat menahan keinginan 'menggaru' dan sentiasa menyapu ubat pada bahagian yang gatal.

Gejala di atas adalah sebahagian daripada masalah keradangan kulit atau lebih dikenali sebagai ekzema. Ekzema adalah istilah umum kepada atopik dermatitis (alahan kulit) yang berlaku pada kebanyakan orang.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus penduduk dunia mengalami masalah alahan kulit yang bermula sejak kecil. Kajian mendapati hampir 10 peratus bayi berumur tiga hingga enam bulan mengalami ekzema, 40 peratus berlaku pada bayi yang berumur 18 bulan ke atas dan 60 peratus di kalangan remaja.

Menurut Pakar Kulit, Dr Ruban Nathan, masalah alahan kulit atau ekzema boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur dan pada bila-bila masa. Biasanya ia berlaku pada bayi seawal usia dua bulan dan kanak-kanak berumur dua tahun.

Hampir 75 peratus pesakit mula mengalami masalah ketika berumur enam bulan dan 90 peratus lagi mendapat ekzema selepas berumur setahun. Malah, ekzema juga kini sudah menjadi masalah biasa di kalangan kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ramai individu yang mengalami ekzema turut mempunyai masalah alahan rinitis dan asma.

Apabila ekzema menyerang, kulit akan menjadi merah, kering, radang dan terasa amat gatal. Kawasan yang kerap dilanda masalah ialah tangan, pergelangan tangan, leher, muka, kulit kepala, siku dan kaki.

Bagaimanapun, dalam kes yang teruk ia boleh membabitkan seluruh badan termasuklah di kemaluan. Apabila digaru, ia menjadi semakin besar dan kadang kala boleh berdarah.

Gejala alahan kulit ini datang dan pergi. Masalah hanya akan timbul apabila seseorang itu terdedah kepada faktor yang merangsang alahan. Sehingga kini punca sebenar alahan masih belum diketahui tetapi ia dipercayai disebabkan tindak balas tidak normal sistem pertahanan badan terhadap persekitaran.

Ia adalah masalah keturunan dan individu yang mempunyai sejarah keluarga mengalami ekzema berisiko tinggi mendapat masalah yang sama. Walaupun rupanya agak buruk dan menakutkan tetapi ekzema tidak berjangkit serta mudah dirawat.

"Setiap orang mengalami alahan yang berbeza. Biasanya agak susah hendak menentukan faktor yang menyebabkan seseorang itu alah.

Pesakit perlu berjumpa doktor bagi memastikan masalahnya.

"Makanan biasanya bukan penyebab alahan kulit walaupun ramai yang kata mereka alah pada makanan laut. Jika seseorang itu alah pada makanan, dia akan mengalami masalah gatal-gatal dalam masa 20 hingga 30 minit selepas makan. Ada juga yang berasa gatal sebaik menyentuh makanan berkenaan," katanya.

Pencetus alahan

Ada banyak faktor yang boleh mencetuskan alahan kulit dan ia berbeza antara setiap pesakit. Pesakit boleh alah kepada banyak benda seperti sabun, habuk, sengatan serangga atau alat yang dibuat daripada logam.

Ada pesakit yang alah kepada nikel. Ini bermakna dia tidak boleh memakai sebarang alat yang dibuat daripada nikel termasulah tali pinggang atau lencana besi walaupun ia berlapik. Ini kerana serbuk nikel boleh terkena pada kain dan mencetuskan keradangan kulit.

Malah, ada individu yang tidak boleh bersentuhan dengan permukaan kasar seperti kain keras. Ini menyebabkan kulitnya berasa gatal. Masalah menjadi lebih buruk apabila individu berkenaan berpeluh kerana peluh mengandungi urea (bahan toksin) yang akan menyebabkan rasa lebih gatal.

Sekiranya langkah rawatan disenaraikan tidak berjaya mengurangkan masalah alahan kulit, Dr Ruban menasihatkan mendapatkan nasihat pakar. Ada beberapa ubat yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini seperti ubat sapu steroid dan imunomodulator, antibiotik dan antihistamin.

Malah, pengambilan pil makanan tambahan seperti probiotik (bakteria baik untuk sistem usus) juga terbukti membantu mengurangkan keradangan atau alahan kulit kerana ia meningkatkan sistem imun badan.

Kajian mendapati pengambilan probiotik ketika mengandung dan selepas melahirkan anak mampu meningkatkan daya ketahanan badan kedua-duanya serta mengelakkan masalah alahan pada si kecil.

"Paling penting ialah hentikan menggaru kulit yang gatal. Ia hanya akan memburukkan keadaan kerana apabila bakteria masuk ke dalam badan ia boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan walaupun menggaru itu boleh memberikan kelegaan sementara.

"Langkah pertama yang perlu diambil ialah berjumpa dengan pakar kulit. Ramai orang cuba mengubati diri sendiri dengan membeli ubat di farmasi tanpa mendapatkan pandangan dan panduan pakar. Ini langkah kurang praktikal kerana ramai yang tidak pasti dengan masalah mereka sendiri," katanya.

-Rawatan alahan

KATA Dr Ruban, cara yang paling berkesan ialah cuba mengelakkan alergen iaitu faktor pencetus alahan. Bagaimanapun, cara ini agak sukar dipraktikkan terutama jika seseorang itu alah terhadap makanan tertentu. Bahkan agak mustahil juga untuk mengelakkan diri daripada berada dalam persekitaran panas kerana iklim negara kita yang panas sepanjang tahun.

Antara cara yang boleh diamalkan ialah:

-Memakai losyen pelembab setiap kali selepas mandi. Ia bertujuan 'mengunci' air yang masuk ke dalam sel kulit ketika mandi untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan keradangan atau kegatalan.

-Gunakan sabun yang lembut ketika mandi.

-Cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

-Pakai sarung tangan getah apabila membuat kerja rumah bagi mengelakkan kulit terkena bahan kimia dalam sabun atau serbuk pencuci.

-Pakai pakaian yang dibuat daripada kapas.

-Berhenti menggaru dan pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Pakaikan sarung tangan kepada bayi yang mengalami ekzema.

-Jangan pendam masalah. Ceritakan kepada kawan supaya masalah itu dapat diatasi. Jika masih tidak berjaya, dapatkan nasihat pakar supaya anda boleh mengendalikan tekanan dengan baik.

-Galakkan anak anda untuk meluahkan perasaannya.

-Belajar untuk bertenang dan berehat. Ini dapat mengurangkan tekanan dan risiko serangan ekzema.

-Letakkan ketulan ais atau air sejuk pada kulit yang gatal. Ia dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru.

-Pakai pelindung setiap kali keluar rumah seperti payung, topi atau setidak-tidaknya memakai baju berlengan panjang bagi melindungi pancaran matahari yang terik.

-Bersihkan rumah sekerap mungkin. Elakkan penggunaan permaidani yang banyak dalam rumah.

Pencetus alahan

SECARA umumnya faktor pencetus alahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

-Jangkitan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 12:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 10:28 AM | Show all posts
EpiPen autopenyuntik renjatan alahan
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

揂NAK lelaki saya, Angus, 憁emberikan amaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2006 01:11 PM | Show all posts
emmm..ckp pasal alahan nih..saper sini dah buat allergy test?aku rs nih penting gaks...sbb kite leh control mende2 yg kite alah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 12:01 PM | Show all posts
Alahan bawa maut
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Individu yang ada alahan anafilaksis perlu waspada kerana tindak balas badan berlaku dengan cepat

ADA orang menganggap alahan bukan perkara yang sangat membimbangkan, tetapi mereka tidak tahu perkara ini sebenarnya boleh membahayakan nyawa jika dipandang remeh.





Apabila seseorang mengalami alahan, perkara yang sering ditanya ialah 憁akan apa semalam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2007 03:47 PM | Show all posts
Makanan punca alahan
Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullah


PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek 揳llon argon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 03:48 PM | Show all posts
Pakar Kanak-kanak: Alahan punca sakit perut


Istilah 憇akit perut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 03:49 PM | Show all posts
Alahan susu, intoleransi laktosa berbeza
Oleh Hafizah Iszahanid


KEBANYAKAN ibu bapa sering terkeliru antara alahan kepada susu dengan intoleransi kepada laktosa. Apatah lagi kedua-duanya membabitkan kanak-kanak yang menyusu susu formula dan menunjukkan simptom yang hampir sama.

Sebenarnya, kedua-dua senario ini tiada kaitan. Alahan kepada susu adalah tindak balas sistem imun tubuh kepada satu atau lebih protein yang berada dalam susu lembu. Selalunya alahan kepada susu akan pulih seiring usia kanak-kanak itu.

Intoleransi kepada laktosa pula bermaksud ketidakupayaan untuk mencerna sejumlah laktosa - komponen gula ringkas yang terdapat dalam susu selain produk tenusu. Ia terjadi apabila usus kecil tidak menghasilkan enzim lactase yang mencukupi.

Intoleransi kepada laktosa adalah senario yang biasa terutama di kalangan kanak-kanak Asia, Afrika, Amerika, Selatan dan Barat Eropah. Walaupun selalunya ia dikaitkan dengan kanak-kanak dan bayi, sebenarnya golongan dewasa lebih kerap berhadapan dengan intoleransi kepada laktosa.

Pakar Perunding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Noor, berkata golongan dewasa tidak mempunyai banyak ketahanan berhadapan dengan laktosa berbanding kanak-kanak. Beliau berkata, keadaan ini disebabkan kanak-kanak memiliki lebih banyak enzim untuk mencernakan laktosa.

揔anak-kanak memang sejak azali makanannya adalah susu. Jadi mereka memiliki keupayaan untuk mencernakan enzim berbanding orang dewasa. Tetapi ada juga kanak-kanak yang memang langsung tidak boleh menerima laktosa sejak lahir. Keadaan ini dikenali sebagai 慶ongenital lactose deficiency
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 11:17 AM | Show all posts
Kesihatan Anak: Alahan protein susu lembu
Bersama Dr Azam Mohd Noor
[email protected]


Alahan pemakanan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai jenis simptom. Untuk menyelidik apa yang menyebabkan alahan terjadi agak sukar. Dalam berjenis-jenis alahan pemakanan, alahan kepada susu lembu kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, terutama kanak-kanak di bawah umur setahun.

Data menunjukkan lebih kurang dua hingga tiga peratus kanak-kanak akan mengalami masalah alahan susu lembu.

Bagaimanapun kebanyakan alahan itu akan berkurangan apabila kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Segelintir dari kanak-kanak akan terus alah kepada susu lembu sehingga dewasa. Kebanyakan kanak-kanak ini juga akan menunjukkan alahan kepada makanan-makanan lain.

Apa dia alahan protein susu lembu?

Susu biasa adalah campuran protein, karbohidrat atau gula, lemak, vitamin, mineral dan air. Protein susu yang menjadi punca reaksi alahan dalam kes alahan susu lembu. Protein susu lembu boleh terjadi di kalangan bayi yang menyusu badan dan bayi yang mengambil susu formula.

Bagaimanapun, bayi yang menyusu badan selalunya kurang mengalami masalah alahan makanan seperti ini.Begitupun, sesekali bayi menyusu badan akan juga mengalami alahan pada protein susu lembu daripada diet yang diambil ibu.

Dalam kes yang lain, terdapat juga sesetengah bayi yang sensitif terhadap protein susu lembu yang ada dalam susu badan ibu. Tetapi ia tidak menyebabkan reaksi alahan hingga mereka diperkenalkan dengan susu lembu kemudiannya.

Kenapa alahan susu lembu berlaku?

Sistem usus yang kurang matang boleh menyebabkan protein susu lembu meresap kepada saluran darah. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan sistem imunisasi menghasilkan antibodi dan menyebabkan alahan.

Alahan susu lembu ini kurang jika bayi menyusu susu ibu dibandingkan dengan susu formula .Ini mungkin disebabkan terdapatnya antibodi dalam susu ibu yang menghalang alahan terjadi.

Apakah simptom alahan susu lembu

1. Sistem usus

- loya
- sakit perut
- muntah selepas minum susu
- cirit birit
- sembelit
- darah dalam najis

2. Kulit

- ekzema / ruam
- bengkak kulit

3. Pernafasan

- selsema / resdung
- lelah

4. Berat badan yang tidak naik dan perkembangan yang terbantut

5. Ada juga kanak-kanak mengalami alahan yang teruk dikenali sebagai anafilaksis. Ia biasanya terjadi beberapa minit selepas pengambilan makanan yang mencetuskan alahan. Begitupun, anafilaksis sangat jarang berlaku.

Bagaimana alahan protein susu lembu disahkan?

Ada dua sebab penting untuk memastikan doktor menilai keadaan bayi anda sama ada dia mengalami alaham susu atau tidak.

Sebab pertama, alahan susu lembu bukan hanya menyebabkan sakit perut, eksema, ruam, muntah, cirit birit atau menangis tanpa henti. Simptom-simptom ini boleh juga disebabkan keadaan lain yang memerlukan kaedah rawatan yang lain pula.

Sebab kedua, jika tidak dirawat, ia mungkin alahan anafilaksis. Jika dia didiagnos mengalami alahan proetin susu, semua menu berkaitan harus dikeluarkan daripada senarai dietnya. Kerana setiap kanak-kanak itu unik, bayi yang disyaki mengalami alahan susu mesti dikendalikan dengan pelan rawatan merangkumi rawatan susulan.

Rawatan:

Rawatan yang utama adalah mengelakkan susu lembu dari amalan pemakanan. Perkara ini mudah dilakukan pada bayi tetapi bagi kanak-kanak yang besar, ibu bapa mestilah mengenal pasti makanan yang mengandungi protein susu.

Untuk bayi yang menyusu ibu, teruskan penyusuan susu ibu. Adalah baik jika ibu mengelak daripada makanan mengandungi susu lembu dalam diet.

Bagi bayi yang sudah memulakan susu formula, altenatif kepada susu lembu ialah susu soya. Selain itu susu lembu yang telah dihidrolisiskan boleh juga digunakan. Bagaimanapun rasa susu yang telah dihirolisiskan adalah tidak sedap dan juga harganya mahal.

Susu soya tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan kandungan nutrusi susu soya sama dengan susu lembu. Justeru, ia cukup memadai untuk perkembangan kanak kanak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 09:18 AM | Show all posts
Sihat: Alahan terhadap CMPA jejas kesihatan anak
Oleh Halina Mohd Noor


Pemberian susu ibu cegah, lewatkan masalah lazim dialami bayi apabila diberi susu lembu

IBU dan bakal ibu digalakkan menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia adalah pilihan terbaik untuk bayi terutama yang mengalami masalah alahan protein susu lembu (CMPA).

Penyusuan dengan susu badan secara eksklusif pada usia empat hingga enam bulan pertama usia kehidupan bayi, didapati mampu mencegah bayi daripada mengalami sebarang alahan terhadap susu atau sekurang-kurangnya menunda masalah berkenaan daripada berlaku lebih awal.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Noor Aini Mohd Yusoff, berkata berbanding susu lembu, kandungan susu ibu yang kurang protein secara tidak langsung membantu mengurangkan alahan kepada bayi.

揚enyusuan susu badan secara eksklusif perlu dipertimbangkan terutama bayi yang mengalami CMPA. Ia memanjangkan tempoh bebas alahan berbanding bayi yang disusukan dalam tempoh singkat,
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 20-11-2006 01:11 PM
emmm..ckp pasal alahan nih..saper sini dah buat allergy test?aku rs nih penting gaks...sbb kite leh control mende2 yg kite alah...



my son buat allergy test when he was 6 month old.....dia allergy to meat,fish,egg...bayangkan nak bagi dia makan masa tu...tapi as he grows, gradually allergy to hilang ...tapi masih sensitif pd jenis2 ikan...

dia balik m'sia....asthma makin teruk, bukan sebab habuk tapi sebab makanan proses yg dia ambik....memang susah nak jaga anak2 yg ade allergy, kena jaga makanan depa btol....sampai sekarang paed, memang suruh hentikan nugget,sausage,vitagen......plg risau kalo dia pi party, sebab fast foods kan byk ....

nasib baik, adik dia ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:00 AM | Show all posts
Kesihatan Anak: Alahan kacang sukarkan anak bernafas


ALAHAN mungkin menyebabkan anda terbayang selesema atau bersin, tetapi alahan pada kacang boleh menyebabkan kesukaran bernafas atau masalah kesihatan yang serius.

Justeru, penting jika anak yang alah pada kacang dididik untuk mengelaknya sama sekali. Bagi kes lebih serius, dia mungkin perlu duduk berasingan dengan kawan apabila tiba waktu makan. Jika tidak, simptom alahan akan muncul walaupun dengan hanya menyentuh menu berformulasi kacang.

Alahan pada kacang sebenarnya masalah yang sangat biasa pada kanak-kanak. Selalunya, mereka akan mengalami alahan buat pertama kali pada usia antara setahun hingga 2 tahun.

Dalam satu kajian di Australia dan Britain, penyelidik mendapati kes alahan pada kacang meningkat untuk tempoh lima hingga 10 tahun kebelakangan ini manakala di Amerika, secara kasar alahan kacang membabitkan 1.5 juta orang.

Penyelidik tiada jawapan khusus untuk itu. Malah, mereka juga tidak tahu punca sesetengah orang mengalami alahan manakala tidak bagi yang lain. Kebanyakan mereka yang mengalami alahan memiliki sejarah keluarga yang turut alah pada kacang.

Ada beberapa teori mengaitkan alahan terhadap kacang boleh terjadi pada sesetengah kanak-kanak. Antaranya, memperkenalkan kacang dalam menu makanan anak-anak terlalu awal, peningkatan penggunaan kacang soya dalam formula dan makanan berproses.

Kanak-kanak boleh mengalami alahan kacang yang serius tanpa makan kacang. Mereka boleh mengalami alahan dengan hanya mengucup atau berjabat tangan dengan seseorang yang memakan produk kacang.

Apabila seseorang itu berhadapan alahan makanan, tubuhnya akan bertindak balas (misfires). Badannya akan bertindak seolah-olah kacang itu benda asing yang bahaya. Dalam usaha melindungi tubuh, sistem imun menghasilkan antibodi (bahan kimia khas untuk menentang jangkitan) menentang makanan.

Antibodi itu menyebabkan 憁ast cell
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 12:03 PM | Show all posts
Alahan susu atau intolerans laktosa?
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

KITA tinggalkan sekejap tuding-menuding dalam isu keracunan susu yang semakin menjadi-jadi di kalangan murid-murid sekolah selepas meminum susu yang dibekalkan menerusi Program Susu Sekolah.

Lebih baik kita jaga diri sendiri dengan meningkatkan kesedaran mengenai susu dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya - mengambil 憇emangat susu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 11:12 AM | Show all posts
Syd, tajuk nie just for the babies and kids with lactose intolerence aje ke? Or anything that has to do with allergies?

Kesian kepada mereka yang ada food allergy. My friend's son has peanut allergy. Ke mana-mana mereka pergi mesti my friend bawa a shot of epinephrine in her handbag. Pernah sekali anak dia termakan cookies yang ada hazel nut kat sekolah terus sesak nafas. Nasib baik ada epinephrine kat beg sekolah dia. School nurse injected epinephrine to make him breath easily and took him to ER.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 11:49 AM | Show all posts
apa semua alahan, boleh taruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2007 12:10 PM | Show all posts
Kesihatan Anak: Faktor genetik punca alahan
Bersama Dr Azam Mohd Noor (Pakar Kanak-kanak dan Kardiovaskular)


ALAHAN merujuk kepada tindakan imuniti berlebihan terhadap bahan yang lazimnya tidak berbahaya. Badan kita mempunyai sistem imuniti yang melindungi daripada bahan yang berbahaya. Sistem imuniti yang sihat hanya akan memberi reaksi kepada bahan yang berbahaya seperti kuman atau mikro organisma lain.

Bagaimanapun, kadang kala sistem imun tubuh mengenal bahan yang tidak berbahaya seperti habuk, debu bunga dan juga makanan sebagai bahan yang berbahaya dan secara langsung menyebabkan tindak balas berlaku. Tindak balas ini yang menghasilkan simptom alahan.


Apakah yang menyebabkan alahan?

Walaupun banyak faktor sekeliling yang boleh menyebabkan alahan, kebanyakannya ditentukan oleh faktor genetik. Jika keluarga mempunyai masalah alahan, kemungkinan besar anak mereka juga mempunyai masalah sama.

Kebarangkalian kanak-kanak mempunyai masalah alahan adalah seperti berikut;


Ibu dan bapa tiada alahan risiko anak 10 - 20 peratus


Ibu atau bapa ada alahan risiko anak 20 - 40 peratus


Kedua-dua ibu bapa ada alahan risiko anak 40 - 60 peratus


Kedua-dua ibu bapa mengalami masalah alahan yang sama risiko anak 72 peratus

Apakah simptom alahan


Kulit - Ruam, masalah ekzema dan kulit bengkak


Pernafasan - selsema, bunyi semput dan masalah pernafasan


Sistem pencernaan - sakit perut, cirit dan muntah

Apakah bahan yang kerap dikaitkan dengan alahan


Makanan, kulat, hama debu bulu kucing atau anjing

Alahan makanan berlaku apabila sistem imun bertindak balas terhadap makanan yang diambil oleh kanak-kanak. Lapan makanan utama yang boleh menyebabkan alahan adalah seperti berikut; susu, telur, kacang, ikan, udang, gandum, kacang soya dan kekacang. Makanan lain boleh juga menyebabkan alahan tetapi tidak sekerap makanan di atas.

Bagaimanapun, alahan makanan ini tidak kekal dan lazimnya hilang apabila umurnya mencecah lima tahun.

Jika ibu bapa merasakan anak anda mengalami masalah alahan ini dapatkan nasihat doktor. Jangan mengurangkan pemakanan anak anda tanpa nasihat doktor kerana ini boleh mengakibatkan kekurangan zat dalam pemakanannya.

Doktor akan melakukan ujian yang boleh menentukan tahap alahan anak anda.

Ujian alahan


Skin prick test - Ujian ini dilakukan dengan menyuntik bahan yang mungkin menyebabkan alahan pada kulit anak. Ia dikatakan positif jika terdapat tanda merah dan bengkak pada tempat suntikan


Ujian rast - Ujian darah yang dapat menunjukkan terdapatnya masalah alahan pada kanak-kanak itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087893 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list