CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Munc

Persembahan Minggu Ke 2 OIAM: Mlm Dyg

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by majinn at 3-8-2006 03:53 PM



apsal tang name suki tuh ko marah2..hehehe



tak marah pun..cuma heran apasal org semua dok puji dia ni sedangkan bg aku mcm biasa ajer dia ni...tak konsisten ...mcm memain pun ada...

tp wartawan, puji plak...hmmmmmmmm....

sore dia sedap jugak sebenarnya...tp tak konsisten tu yg aku boring ngan dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 01:06 PM | Show all posts
aku rasa saingan dayang dlm oiam nih suki ngan faizal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 02:35 PM | Show all posts

UTUSAN online 04/08/2006

One In A Million siapa terpilih Top 9 malam ini?
Oleh WANDA IDRIS

SIAPA tersingkir malam ini? Peserta Top 10 yang akan bersaing untuk merebut kedudukan dalam program One In A Million.
--------------------------------------------------------------------------------

SIAPA bakal tersingkir daripada pertandingan realiti One In A Million malam ini?. Dan siapa pula bakal meneruskan persaingan untuk merebut hadiah lumayan bernilai RM1 juta?

Pastinya tiga peserta yang berada pada kedudukan lima tercorot Top 10 minggu lalu - Azfar, Aliya dan Farah - akan berusaha keras memastikan undian terus memihak kepada mereka agar mampu meneruskan perjuangan di Top 9 minggu ini.

Sementara para peserta yang berada dalam kedudukan selesa pada minggu lalu tetap merasakan debarannya kerana apa sahaja boleh berlaku dengan sistem undian yang keputusannya adalah seratus peratus di tangan penonton dan peminat.

Dengan konsep persembahan minggu ini - lagu pembuka tirai persembahan - setiap peserta tentu sudah bersedia memberikan persembahan hebat dalam usaha untuk merebut kedudukan terbaik program realiti yang menawarkan ganjaran lumayan terbitan 8TV itu.

Apa yang pasti, sembilan peserta yang meneruskan cabaran Top 9 minggu ini (apabila seorang tersingkir setelah pengumuman dibuat di awal rancangan) akan memberikan persembahan terbaik mereka untuk menempatkan diri pada kedudukan terbaik untuk Top 8 minggu depan.

Disiarkan secara langsung menerusi 8TV pada pukul 9.30 malam, minggu lalu dua peserta, Anny dan Mimi masing-masing menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti itu.

Sementara satu-satunya peserta Cina, Low Sook Yee atau Suki, 17, menjadi pilihan orang ramai apabila berjaya mencatat undian tertinggi sehingga melayakkannya menerima imuniti.

Justeru, dia tentunya tidak begitu terganggu dengan kedudukannya kerana dengan imuniti yang berada digenggaman, peserta yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tidak akan diundi keluar minggu ini.

Malah Suki sendiri dengan lagu You Outto Know (Alanis Morrisette) telah memberikan persembahan memberansangkan.

Namun mampukah dia mengekalkan kedudukan undian tertinggi minggu ini? Atau apakah kedudukan itu bakal dikuasai pula oleh peserta lain?

Minggu lalu menyaksikan Dayang Nurfaizah memberikan persembahan terbaiknya dan menguasai konsert dengan lagu Survivor.

Walaupun lagu pilihan daripada Destiny? Child dianggap terlalu klise dengan gadis Sarawak itu namun berbekalkan pengalaman sebagai artis, Dayang berjaya menonjolkan kehebatan dirinya.

Tidak pernah menyampaikan lagu itu namun ia tetap dianggap pemberi semangat kepada penyanyi itu dalam usaha untuk membuka ruang yang luas kepadanya meraih kedudukan undian tertinggi pada minggu ini.

Sebenarnya tidak sahaja Dayang yang dianggap ?intang? pada malam itu yang memberikan persembahan terbaiknya.


Secara keseluruhan, berbanding minggu sebelumnya, persembahan para peserta Top 10 minggu lalu yang menyampaikan lagu-lagu pilihan juri nyata semakin berkeyakinan.

Ia terlihat melalui pujian juri tetapnya, Syafinaz Selamat dan Paul Moss serta juri undangan Zainal Alam Kadir yang menilai persembahan peserta.

Bekas anggota kumpulan Mirwana, Faizal yang diberikan tanggungjawab mempersembahkan lagu With A Little Help From A Friend (Joe Cocker) antara peserta yang turut menerima pujian daripada juri.

Zai yang mendapat lagu kegemarannya, I Don? Wanna Miss A Thing (Aerosmith) juga merupakan antara peserta berpotensi. Walaupun sakit tekak, persembahannya tidak menghampakan.

Begitu juga dengan Lokman yang diberikan lagu Generasiku (OAG); Ameen (Hatiku Luka Lagi/Black Dog Bone) dan Alif (Mama Tolonglah Percaya/Exist).

Bagaimanapun Farah, Aliya dan Azfar terpaksa akur bahawa kedudukan sebagai artis bukanlah jaminan bagi mereka untuk menjadi pilihan penonton apabila mereka menjadi peserta yang mendapat undian terendah minggu lalu.

?tu hakikat yang perlu diterima,? kata Azfar yang mendendangkan lagu Manis (Zainal Abidin) minggu lalu manakala Aliya dan Farah masing-masing dengan lagu Tentang Dia (Melly Goeslow) dan Total Eclipse of the Heart (Bonnie Tyler).

Pada persaingan Top 9 malam ini, promoter terkenal, Ali Bakar akan bertindak sebagai juri undangan bersama Syafinaz dan Paul Moss.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 4-8-2006 02:35 PM
One In A Million siapa terpilih Top 9 malam ini?
Oleh WANDA IDRIS

SIAPA tersingkir malam ini? Peserta Top 10 yang akan bersaing untuk merebut kedudukan dalam program One In A Million.
------- ...


hmm... dayang nyanyi lagu survivor 2 best... at least die nyanyi tak de kemelayuan dlm every word... tak mcm si TER 2, her english ekk, suck big time seh!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 4-8-2006 08:44 AM



tak marah pun..cuma heran apasal org semua dok puji dia ni sedangkan bg aku mcm biasa ajer dia ni...tak konsisten ...mcm memain pun ada...

tp wartawan, puji plak...hmmmmmmmm....

sore di ...



aku mula2 pun, mcm minat tgk suki ni. tapi, lama kelamaan rasa mcm meluat plak dgn gaya dia. tapi kan....sepanjang 2 minggu aku ke Plaza Alam Sentral tu, aku tgk...x ramai pun fans dia. :hmm: pelik gak, dpd mana dia dpt undian yg byk tu. aku rasa ramai chinese yg vote dia ar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 01:47 AM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 4-8-2006 07:10 PM



aku mula2 pun, mcm minat tgk suki ni. tapi, lama kelamaan rasa mcm meluat plak dgn gaya dia. tapi kan....sepanjang 2 minggu aku ke Plaza Alam Sentral tu, aku tgk...x ramai pun fans dia. :hmm: ...


aku pun rasa... memandang kan, shes the only chinese girl there...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 4-8-2006 07:10 PM



aku mula2 pun, mcm minat tgk suki ni. tapi, lama kelamaan rasa mcm meluat plak dgn gaya dia. tapi kan....sepanjang 2 minggu aku ke Plaza Alam Sentral tu, aku tgk...x ramai pun fans dia. :hmm: ...




dah sah2 la....tgk je la daniel MI last year..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 5-8-2006 01:05 PM




dah sah2 la....tgk je la daniel MI last year..


oh daniel dulu pun gitu ekk???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2006 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 4-8-2006 07:10 PM



aku mula2 pun, mcm minat tgk suki ni. tapi, lama kelamaan rasa mcm meluat plak dgn gaya dia. tapi kan....sepanjang 2 minggu aku ke Plaza Alam Sentral tu, aku tgk...x ramai pun fans dia. :hmm: ...


ff:...kalau betul la dia nak jd penyanyi yg 'hebat' & berbakat , kenapa tak masuk ASTRO TALENT QUEST (ATQ) atau PROJECT SUPERSTAR tempohari....??????? boleh baca dah taktik tu...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 4-8-2006 07:10 PM



aku mula2 pun, mcm minat tgk suki ni. tapi, lama kelamaan rasa mcm meluat plak dgn gaya dia. tapi kan....sepanjang 2 minggu aku ke Plaza Alam Sentral tu, aku tgk...x ramai pun fans dia. :hmm: ...


tv8 yg tengok channel tu org aper..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by shirah at 6-8-2006 12:28 AM


tv8 yg tengok channel tu org aper..

ha ah...sebab tu memang channel diaorg...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 05:17 PM | Show all posts
adehhh...senak perut aku tetiba...mmm harap2 rezeki di pihak dayang
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 05:56 PM | Show all posts
walau apa pun spekulasi yg timbul skang ni, kita semua peminat dayang, jangan putus asa. teruskan VOTE IN dayang. kita semua sayang dayang, dan nak dayang menang OIAM ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 6-8-2006 05:56 PM
walau apa pun spekulasi yg timbul skang ni, kita semua peminat dayang, jangan putus asa. teruskan VOTE IN dayang. kita semua sayang dayang, dan nak dayang menang OIAM ni.


aku da RM50 gone... smlm pi jb... dlm 1 hari da bis duit 2 suma...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 03:42 PM | Show all posts
aku tak berapa puas hati sgt sebab dah terlalu lah kerap dengar dyg naynyi that song..setuju dengan syafinaz..dayang dah buktikan hebat nyanyi lagu2 camtu..kena cuba something else plak..

p/s nasib baik paul moss tu tak kerap tengok dyg nyanyi lagu tu..
apapun mesti vote in dyg jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 10:34 PM | Show all posts
tu la
kena cari lagu lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 7-8-2006 03:42 PM
aku tak berapa puas hati sgt sebab dah terlalu lah kerap dengar dyg naynyi that song..setuju dengan syafinaz..dayang dah buktikan hebat nyanyi lagu2 camtu..kena cuba something else plak..

p/s na ...


yeah... dats right... wadever it is, must vote 4 her...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.324718 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list