|
Solat Jumaat/ Friday Prayer (merged: Kerengge, mikhael76, cak!)
[Copy link]
|
|
Reply #1 cak!'s post
bukan ke kalo kita dtg belajar di sesuatu tmpat dikira bermukim sudah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 sitilina's post
Contoh orang musafir yang bermukim ialah seorang pelancung yang tinggal di pusat peranginan selama 2 minggu, seorang nelayan laut dalam yang keluar ke laut selama sebulan, jamaah Tabligh yang 'keluar' 40 hari, seorang jurutera yang menghadiri kursus selama 2 bulan, atau seorang pekerja asing yang bertugas dengan tempoh permit visa 2 tahun atau seorang pelajar yang menuntut ijazah selama 4 tahun dan sebagainya. Contoh orang yang bermusafir lalu menetap di satu tempat dengan niat mastautin ialah sebagaimana Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan rombongannya yang berpindah dari Mekah ke Madinah lalu dijadikan Madinah sebagai tempat mastautin yang baru atau orang Malaysia yang berpindah ke Australia dan menjadikan ia sebagai tempat mastuatin yang baru (permanent residence) atau orang yang dipindahkan tempat tugasnya ke lokasi baru oleh majikan secara tetap (permanent transfer) atau seseorang yang berkahwin lalu berniat untuk tinggal di tempat pasangannya secara tetap dan sebagainya.
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bermukim di Tabuk selama 20 hari dan beliau terus mengqasarkan solat dan tidak pernah pula mengatakan kepada umatnya supaya tidak seorangpun dari mereka mengqasarkan solat bila bermukim lebih lama dari itu. Hanya secara kebetulan sahaja lama tempoh bermukim Nabi sallallahu-alaihi-wasallam adalah 20 hari di peristiwa itu (di Tabuk). Bermukim dalam waktu berpergian tidak dapat dianggap sudah keluar dari hukum musafir baik lama mahupun sebentar asal sahaja dia tidak bermaksud hendak menetap di sana sebagai penduduk (mastautin) |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting kita tunaikan solat jumaat tu. Jangan tak sembahyang dah le. Yang khilaf tu kita serah pada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
pada haku kalo dah masuk waktu solat Jumaat.....solat jerk kat mana kita jumpa masjid.....tpt kita keje ker, tak kisah janji kita solat......jgn lak khilaf nih jadik alasan utk kita tak solat Jumaat dah ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
Menunaikan solat Jumaat ni wajib bagi orang mastautin dan bermukim. Tidak wajib bagi musafir.
Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya, wanita, anak-anak atau orang sakit.
Adapun riwayat yang berbunyi Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka wajib ke atasnya solat Jumaat kecuali wanita atau orang musafir atau hamba sahaya atau orang sakit adalah tersangat daif kedudukannya, demikian juga sebuah lagi riwayat lain yang bermaksud Tidak wajib Jumaat atas orang musafir adalah juga daif kedudukannya. Kedua-dua hadith yang daif ini tidak boleh dijadikan hujah pegangan atau sumber rujukan hukum.
Justeru itu sekalipun majoriti para fuqaha berpendapat bahawa solat Jumaat tidak wajib ke atas orang musafir, tetapi sebagai pilihan yang selamat lagi dipertengahan, adalah amat disyorkan bagi seseorang itu untuk tetap berusaha menghadiri solat Jumaat berjemaah. Anjuran ini menjadi lebih berat mengingatkan banyaknya fadilat-fadilat Hari Jumaat itu sendiri beserta keutamaan solatnya, sebagaimana yang banyak dipesan oleh baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Tambahan lagi solat Jumaat di kala musafir membuka peluang untuk kita berkenalan dengan komuniti tempatan dan beramah mesra lagi memperluaskan hubungan sesama umat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum 40 puluh orang jemaah untuk solat Jumaat tu hanya dalam mazhab shafie. Kalau tak cukup 40, bukan bermakna tak payah solat Jumaat. Kena usaha pi kat masjid lain yg berdekatan untuk solat (itu bagi yang nak ikut mazhab shafie). Islam tu mudah.
[ Last edited by ibnur at 8-4-2007 10:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
:setuju: Kalau duk kat negara non-muslim, mmg susah la nak cukup 40 orang. Alamatnya tak semayang jumaat 2-3 tahun laa.
kalau kat malaysia rasanya xada masalah kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|