hatimukucuri This user has been deleted
|
Jangan berputus asa sekiranya tiada siapa yang mempercayai anda. Bahawasanya andai mempercayai diri sendiri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
hatimukucuri This user has been deleted
|
perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan |
|
|
|
|
|
|
hatimukucuri This user has been deleted
|
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan
======================================================
carilah kesempatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya. Tiada siapa tahu......
======================================================
Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
======================================================
Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.
Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.
Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh musuhmu.
=====================================================
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
======================================================
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
=======================================================
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji
======================================================
JAngan terlalu ikut kata hati.
Langit itu tinggi.
Laut itu dalam.
Dunia ini luas
Terlalu banyak yang kita tak tahu
====================================================== |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasa cinta datang dari hati bukan dari rupa paras yang cantik
cinta yang sama tidak akan datang untuk kali kedua daripada orang yang sama, tetapi cinta yang lain akan datang daripada orang lain yang lebih indah
setiap barang yang dibelanjakan bertambah kurang, sedangkan air laut ditimba pun akan kering, tetapi lautan ilmu kian ditimba kian penuh iarnya
lebih baik anda dibenci dan tidak disukai kerana apa yang ada pada anda, daripada anda disayangi di atas apa yang sebenarnya tidak ada pada anda
cinta itu terlalu indah tidak pernah berubah, yang mudah berubah adalah hati yang tidak setia |
|
|
|
|
|
|
|
- Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu
- Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan
- Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri
- Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA
- Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan |
|
|
|
|
|
|
|
~Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.~
~Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari~
~Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki~ |
|
|
|
|
|
|
|
DARI KAHLIL GIBRAN...................
"Erti penting manusia bukan apa yang ingin dicapai,
tapi lebih pada apa yang ingin di raihnya"
"Hantukkanlah kepalamu ke dinding sekalipun
tidak akan berguna, jika hatimu mati."
"Mereka diam2 menemui maut, kerana kemanusiaan
memekakkan telinganya daripada mendengar tangisan mereka." |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pula kata-kata yg sering keluar dari bicara penyampai radio Andy Hakim of Time Highway Radio circa 1997
"Penyesalan krn lambat mengambil keputusan sesungguhnya
lebih baik dari penyesalan krn terburu2 mengambil keputusan."
970715
"Hidup ini resah gelisah bagi kita yg lemah tetapi satu
anugerah pada mereka yang tabah."
970716
"Percayalah amat memeritkan bila kita ingin memulakan satu
permulaan, tetapi lebih memeritkan lagi utk kita mengekalkan
permulaan yang dibina.
970717
"Kita akan hanya merasa kehilangan sesuatu apabila
kita meletakkan nilai yang tinggi padanya."
971227 |
|
|
|
|
|
|
|
"Kamu tahu apa yang kamu tahu sahaja dan kamu tidak tahu apa yang kamu tidak tahu.." |
|
|
|
|
|
|
|
Dari koleksi peribadi
Akal itu menteri yang menasihati
Hati itu ialah raja yang menetukan
Harta itu, seorang tetamu yang akan berangkat
Kesenangan itu, satu masa yang ditinggalkan.
===========================================
Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan jika disalahguna menjerumuskan manusia kepada kehancuran.
============================================
Ada empat tanda-tanda orang yang berakal:
- Cinta pada ilmu
- Tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji
- Bagus jawapanya
- Banyak benarnya
==========================================
|
|
|
|
|
|
|
|
ketika cinta memanggilmu maka dekatilah ia
walaupun jalannya terjal berliku
jika cinta memelukmu makan dakaplah ia
walaupun pedang di sela - sela sayapnya melukaimu
~ KHALIL GIBRAN~ |
|
|
|
|
|
|
|
tiada gunanya berbudi tanpa keikhlasan;
tiada gunanya keikhlasan jika budimu jadi bualan
<<saidina ali r.a.>> |
|
|
|
|
|
|
|
Allah menempatkan disetiap jiwa , penunjuk kepada cahaya yg terang. Tetapi manusia berkeras untuk mencari kehidupan di luar dirinya, tidak sedar apa yg dia cari ada dlm dirinya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takut MATI jangan HIDUP,
kalau mahu HIDUP jangan takut MATI. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajaran Islam tak akan tumbuh di dalam jiwa yang dibungkus oleh kemusyrikan, kebendaan dan kemegahan dan ianya akan tumbuh subur dalam hati yang penuh keikhlasan.
(Fuqahak)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
-Source Unknown. |
|
|
|
|
|
|
|
~ Kita sering lupa bersyukur atas apa yang Dia beri. Tak reti menghargai...tak bijak menghayati. Saat segalanya ditarik dari sisi...baru kita sedari...pilihan terlalu sedikit dalam hidup ini ~ |
|
|
|
|
|
|
|
~ Manusia...andai pernah dilukai akan sentiasa beringat untuk tidak terus terluka lagi. Namun ada yang suka menjadi pemaaf...melupakan apa yang telah terjadi agar dendam tidak terus menghimpit rasa ~ |
|
|
|
|
|
|
|
~ Kekayaan yang hakiki adalah kaya jiwa ~
~ Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyuman, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina ~
~ Bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar perkataan yang keji, sebagaimana engkau membersihkan lidahmu dari mengeluarkan kata-kata yang keji dan kotor. Seseorang yang hodoh dan keji selalu menumpahkan kekejiannya itu untuk mengisi kebersihanmu, jika engkau jawab dengan kekejian pula, engkau akan berbuat keji sebagaimana perbuatan orang yang keji itu ~ Imam Al - Shafi'e |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|